18 July, 2012

The making.

tarraaa! kukunat sudah pakai baju baru. santekkk tak? hihihihi. sangat teruja nak update hari hari sebab dah cantik. hahahaa.

macam yang korang sedia maklum, aku sudah tukar nama belog kepada kukunatshake.blogspot.com. kenapa aku tukar? sebab tiba tiba aku rasa tak secure guna nama sendiri untuk belog neh. hihihi. so, masa aku plan nak tukar nama tu, aku tanya semorang, okay tak kalau aku nak tukar? dorang kata okay jahh.

bila dah okay, masalah plak nak pakai nama apa. aku nak amik coconut/kukunat je sebab itu nama mirc aku masa kat uniten dulu, tiba tiba kikio cakap ada org dah pakai nama tu. so aku mintak la pendapat dekat manilacard yang lain. aku cakap, yang penting aku nak ada 'kukunat/coconut' tu. macam macam la dorang suggest. nama yang merepek pun ado. hahaha.

at last, yaya petik satu nama, kukunatshake. hmmm. okay jugak. yang lain pun kata nama tu okay. sekali aku try tukar, successful babe! takde orang pakai lagi nama tu. yeahhhh.

then come another problem, header aku macam tak kena dengan nama baru. masalah la neh. sapo nak edit neh haaa. takkan aku nak suruh kikiok lagi. dah la dia tolong for free dulu. kawan tu kawan jugak, kesian plak kat dia. macam takde kerja lain dah asyik nak make ober blog aku je. hihihi.

ini template lama aku yang kikio tolong editkan dulu.
sila klik ---> lama punya
untuk entry yang berkaitan.





nak dekat setahun dah aku guna template kau neh kikio. aku tukar design baru bukan sebab kau punya tak cantik tau. aku tukar sempena nama belog yang sudah dibarukan. hihihi. 

bermula lah pencarian aku untuk mencari blogger2 yang mengambil tempahan blog design. aku nak buat sendiri aku tak pandai. jadi, kenalah carik yang pakar. jenuh aku carik, semua bz. sebab kebanyakan yang buat part time blog design neh masih student. masa tu dorang tengah bz dengan final exam, assignment lagi. so agak payah jugak aku nak carik neh. aku ada jumpa satu dua belog yang boleh amik order, tapi mahal sangat la babe. tak mampu makcik. :(

carik punya carik, finally, aku jumpa satu belog yang still open utk order blog design. aku pm dia kat fesbuk. mintak mintak la dia reply. fuhhhh. nasib baik dia respon cepat. bila bincang tentang harga, design semua, dia setuju utk design blog aku plus harga sangat la berpatutan. hihihihi.

bermulalah perbincangan kami tentang design yang aku nak. so, aku pun bagi contoh la blog blog yang aku berkenan then aku taknak serabut sangat. background aku nak hitam & entry aku nak dia nampak besar.

dia pun buatlah blog aku step by step. sangat cepat ya dia buat. aku pun terkejut. tengah malam aku request, esok pagi dah siap. macam tu la seterusnya. mula mula dia buat header dulu. aku nak shout combine sekali dengan header, so dia bagi contoh yang ini dulu ;


aku macam tak berkenan sebab too simple. sebab aku punya body dah simple, kalau
boleh aku nak fokus kat header la.
then aku mintak dia tukar font 'kukunatshake' tu
supaya tak sama dengan font 'shout'
bagi nampak lain sikit plus
warna pink untuk shout tu nak gelap sikit.
terang sangat le pulop.

aku ada mintak dia buatkan kartun/doodle kat header.
sebab nama belog aku kan kukunatshake.
aku nak doodle perempuan tengah minum kukunatshake.
hihihi. demand plak aku kan :D


lepas tu dia draft design yang ini plak ;


okay tu dah okay dah, memang cun dah dia pakai font 3D tu. just aku pun tak sure apa yang tak kena kat header dia. tapi aku dah tanya, kalau dah pasang, tiba tiba nampak tak cun, still boleh adjust kan. dia kata boleh :)

sementara aku nak tengok header ni sesuai tak dengan body, dia cantikkan body belog aku dulu. ada la aku adjust sini sikit, sana sikit, macam kotak untuk title entry & side bar, space post entry. bila aku dah puas hati dengan semua tu, baru aku tengok balik header. aku rasa macam dah okay. rasa macam ada yang tak kena. haihhh. macam mana neh.

tapi aku masih ada seminggu untuk adjust kalau ada pape yang aku nak tukar. so, dalam masa seminggu tu, aku tanya semorang, okay tak design baru. ramai yang tak berkenan dengan header. bila aku tanya apa yang cacatnya, dorang plak tak sure kat mana. ke aku kena tukar font?

so, aku roger balik designer belog aku neh. takot jugak nak adjust, mana tau dia bz nak buat belog lain ke. tapi dia kata boleh kalau nak tukar. aku cakap la macam ada yang tak best kat header. aku mintak dia tukar font. dia tanya plak aku nak font macam mana. aku pun tak tau nak kata. hahaha.

sudahnya aku bagi contoh design font, mintak dia buat macam tu. dia kata dia cuba sebab font 3D susah sikit. dekat seminggu aku tunggu, dia tak update pun apa apa lagi. aku dah risau. nak tanya ke tak? banyak kot blog dia kena buat. kalau aku tanya macam push plak.

akhirnya, aku tanya jugak, kalau dia bz, aku tak kisah kalau stick dengan design lama. bukannya buruk pun. okay dah. maybe colour dia je. lepas tu dia reply, dia kata dia baru bukak sem baru, so memang bz sikit. halamaakkk. sorry. saya tak tau. hihihii. takpe takpe. take ur time. saya okay je. lambat sikit pun takpe :)

tengok tengok, esoknya dia dah bagi draft design yang baru. alaaa. mesti dia terkejar kejar nak buat. me so sorry mehh. 

ni la design baru yang dia bagi ;


jujurnya aku suka dengan design neh. hihihihi.
tapi untuk menguatkan lagi rasa suka aku neh, aku tanya yang lain.
nasib baaiikkkk, dorang suka jugak. lega makcik.
takpayah tukar tukar dah :)

apa yang korang tengok skang, ini lah hasilnya! berani la cakap tak cantik. tumbuk kang.

di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wan sebab sudi men comel kan belog saya. sorry kalau saya ni cerewet ke, banyak sangat demand. saya sangat suka dengan hasil & cara kerja wan. thanks!

kalau korang nak mintak wan tolong design kan belog korang, pegi la carik dia kat wanhazel.blogspot.com

babai.

7 comments!:

:)) said...

hye wan ~
hehehe. . :p

ZimaZain said...

nak 'hai. hai' wan, pegi hai kat belog dia lah :P

Anonymous said...

hahahahaaha...silap comment tuuu :p :p :p

:) said...

klo die bace, mesti die reply. . Heeee

ZimaZain said...

menggatai!

Wany Territory said...

hikhik nama saya ada dalam entri ni lewww. kahkah.

tp mmg comel header baru awak ni. macam lolipop siot. nak gigittt

ZimaZain said...

hahahaha. oit kikiok. bukak la balik belog kau tu gilaa. tension aku takde benda merepek aku nak baca. hahahaha