17 July, 2012

oh remaja.

Resah, gelisah. seraut wajah itu termenung jauh.

'orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang je'

sekeping hati bermonolog. monolog itu ditujahi prasangka,
'aku tak cantik ke?'
 'aku kurang bergaya ke?'
 'ataupun pasal gaji aku yang tak seberapa?' 
'aku tak pandai meng'ayat' agaknya'

mungkin itulah kerisauan yang memberat diminda remaja yang belum berpunya. rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki dan dimiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. apa yang penting, 'aku dapat'

melihat remaja yang merana kerana cinta walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. tidak pernah serik. diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta. semua batasan-Nya diredah segala.

oh, remaja!

cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. semuanya dah dirasa dan terbiasa. nak rasa nikmatnya apa lagi? anak anak menjadi mangsa. terimalah ia sebagai hukuman di dunia. amat pedih. namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah.
jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita cita. usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

begitu juga buat saudara yang belum berpunya. 'first thing first'
Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. kenali priority anda sekarang. jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. ingat, pastikan waktu nak berusaha itu, anda betul betul sudah bersedia.

memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat payah dan penuh cabaran. jangan putus asa. rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. teruskan berusaha!

ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? dengan sms siang dan malam? atau bergayut di telefon memanjang? ataupun ajak keluar makan dan menonton wayang? begitukah?

seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. pepohon berduri sanggup diredah, curam, jurang sabar ditempuh. namun, apabila memiliki, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering sahaja. kosong.

begitulah perumpamaan, sia sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk yang betul.

beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. ianya urusan yang pasti. apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatnya cara mulia atau sebaliknya. 
Wallahu'alam.



5 comments!:

Anonymous said...

:')


good entry dik :)

ZimaZain said...

:)

terima kasih sis anonymous :)

ZimaZain said...

lupa plak nak selit kat entry tu.

entry neh hanyalah coretan kosong semata mata. tiada kena mengena dgn yang hidup ataupun tiada. muhasabah diri sendiri juga. :)

Anonymous said...

hhahhhahahahha...leh plak nk selit2...
Ouch...entry yg sgt matang...
Xsangka..housemate sy selama 5sem dh besau...

ZimaZain said...

hahahahhaaa. takde la matang sangat. campur campur cakap orang dengan diri sendiri. hasilnya ini. hihihi.