Showing posts with label Them. Show all posts
Showing posts with label Them. Show all posts

20 September, 2014

Throwback Saturday.

gambar ni masa adik ogy kawen, ada la dalam 4 ke 5 bulan lepas. tapi aku baru dapat hari selasa lepas. hahahaa. biasala. photographer yang tangkapkan, nak dapat gambar gambar tu semua haruslah kena tunggu. 

saje nak share sebab gambar cantikkkk! hehehehehe. 





01 September, 2014

Your Day.

SUNDAY
17 AUGUST 2014

ni lah 2nd project kami. yakni hasil dari penghasilan group whatsapp rahsia tu. hhahahaha. yang klakar tuh, hari sabtu kan ktorg dah jumpa ramai2 kat umah kak aida, so masa tu pipah dah terlepas cakap "okay, jumpa esok" hahaha. tak ke mengantoikan namanya. taktau la yaya dengar or buat2 tak dengar.

so masa hari ahad tu, dida gerak ngan ogy, aku pegi amik paa. janji jumpa kat sana je. aku dah boleh bayang dengan sesak nya, keta banyak, orang ramai. demi mu yaya, akan ku redah! hhahahaa

ogy ngan dida dah smpai dulu sbb pagi2 dorang dah keluar pegi cari hadiah konvo yaya. aku ngan paa smp lambat sikit. nasib aku masih ingat jalan pg uniten bagi. hihi. 



sekali masa sampai, terkejut aku tengok. lengang kot. kereta tak banyak. tak sesak. orang pun tak ramai. aikk? tak ramai konvo ke harini? mcm pelik plak. 













menjerit si yaya nampak ktorang. hihihi.
sebelum sampai tadi, dida dah whatsapp dalam grup yg dia terpaksa balik dulu. yg lain pun join ckp tak dpt datang sebab ada hal. yaya kata, ms ktorg cakap mcm tu dia dah nak nangis. hihihihihi.

nahhh. siap teddy bear lagi ktorg bagi. dulu ktorg ms konvo, ktorg buat tukar2 hadiah yang harga maksimumnya 10hengget je tau *masa tu kami ramai. hahaha* time hang, hamikkk. special angaatttttt! haahahhahaa. 

the last person in manilacard yang naik stage. dah dia yang paling bongsu, paling mudoo, paling begetahh. hahha. *nad tu tak kira la sebab dia nak sambung phd pulopp* hihihii

lepas ni nak surprise sape plak?? soon.

11 August, 2014

Gadis Bunga.

tiba-tiba aku rasa jadual aku macam pack after raya. sangat pack! menyesal pulak aku amik cuti raya sampai seminggu. tobat takmo buat dah. keja kat ofis dah overload. sangat! sampai aku terpaksa buat OT tak berbayar la dua tiga hari. aku dah start sakit kepala tiba-tiba. badan lenguh sana sini. berkemungkinan aku akan tua sebelum usia :'l 

tapi raya tetap raya. open house wajib pegi! hahaha. SABTU 09hb. Mr ajak ikot dia pegi open house umah Idin. selalu aku dengar dorang cakap pasal bandung soda bila idin buat open house. Mok cakap kalau nak try, jomm!




Not bad la bandung soda dia. Yang paling penting, Idin buat sendiri Bandung Soda tu okayyy. Dorang cakap, itu mmg menu wajib setiap kali raya. Patotlaaa. Selepas mengenyangkan perut, sesi membuang isi perot. hihihi. 

Actually minggu ni secara lansung dan tidak lansung, aku telah melibatkan diri dalam majlis perkahwinan sepupu Mok. Aku kena jadi flower girl nokkk! seumo hidup aku tak penah aku jadi gadis bunga teluq kaa, gadis bunga tahi ayam kaaa. pengapit apa ntah lagi. harreemmm. 

Kenduri nya 10hb. so lepas open house tu, kami terus bergerak ke rumah sepupu Mok. Dia cakap Pak lang suruh balik. Rupanya dorang ada Doa Selamat.


AHAD
10hb Ogos 2014


Jeng. Jeng. Jeng. Omeyy dopp?? HAHAHAHA. aku pun taktau mcm mana aku boleh setuju jadi Flower Girls untuk kenduri ni. Dah la kena pakai dress, shawl lagi, memang menempah bala la untuk orang2 yang kadang kala kasar macam aku ni. hahaha.






Omeyy kan. Hahahaa. Btw, congratulations Cik Ya (Sepupu Mok). Semoga berbahagia selamanya. *pelik dop gambar pengantin takde?? hihi. ktorg tak sempat lansung nak bergambar dengan pengantin. nak kata bz sangat tu takde la, tapi sumpah penat. mungkin sebab aku tengah bulan mengambang kot :)

20 August, 2013

Friends.



Missing the old day right now.
Missing all my friend and how we used to talk all the time. 
The times that we spent together.

Times changed too much.
I miss the old us :')






14 June, 2013

birthday boy.

last week ktorang celebrate besday adam on 7 june. actually besday dia 11 june. tapi gf adam nak celebrate awal dan kebetulan 7june tu aku cuti, so kebetulan yang sangat betulnya, aku ngan ogy pun join empat kaki. hehehee.

dorang plan nak buat bbq kat kemensah. aku ngan ogy memang tak tolong prepare apa apa pun. yela. tau pun last minit. itupun mok ajak sehari sebelum hari kejadian. camano nak tolong prepare nya. nasib baiklah gf adam jenis tak kisah dan dia memberi kebenaran untuk kami join cuci kaki je. hehehehehee.

aku taktau pun tengah tengah key ell yang bingit tu ada sungai. hahahhaa. nama kemensah ni pun aku tak penah dengar okay. tapi memang cuak ouhh masa aku ngan mok nak redah dulu pegi tempat tu. yelah, dorang sume odw masa tu, dorang suruh ktorg pegi sana dulu. aku ngan mok pun okay je la. mana nak tau, separuh jalan ktorang stop.

ktorang bukan sesat okay. ktorang just tak berani nak terus kan je. jalan sunyi gila. gelap plak tu. dengan tak confident lagi. memang patah balik la jawabnya. sudahnya ktorg tunggu je adam ngan ain kat jalan masuk tu. heeeee.


aku pun taktau sape punya ayat kat atas kek tu -.-''


HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.

*tepukk.tepukk.tepuukkk*

lepas tu boleh buat buat tanya ''besday sape wehh?''
choiii. innocent la sangatt.













nasib baik segalanya berjalan dengan bersih sekali. hahahahahaa/ ktorang la bersih. adam jangan harap la. thanks semua sebab sudi jemput saya *kelip kelip* sorry la tak dapat nak stay lama hari tu. sbb keesokkan hari nya aku bekerja. 7.30 dah kena thumbprint. dats y la aku memang tak leh lelama. 

nothing more nothing less. adiosa. 




27 September, 2012

Half.

22 SEPT 2012.
Mid Valley.

nak pegi ke takk. nakk? taknakk?? ahhh. pegi pegi! lama tak jumpa dak dak pompuan ni. lagipun take advantage utk carik keja lain kat jobfair tuhh. heeee. sambil menyelam minum air ye dokk. ada lagi satu yang buat aku menyelam, tapi tak payah story sini la. gua malu. kang muka gua merah, gua tak tau nak lari mana :D

aku gerak sabtu pagi. pagi pagi aku dah bangun. nak siap lagi. kereta nak kena cek lagi. mak aku dah potpetpotpet. dia kata ''ouhh! kalau hal dia, nak berjalan, pandai bangun pagi pagi! kalau mak yang suruh bangun pagi, bukan main liat lagi kan??!!''
hihihihi. well. you know your daughter very well aite? :)

aku sampai depan rumah ogy dalam pukul 12 lebih lebih macam tu. and guess what. KAK YATI TAK SIAP LAGI! urghhhh. :P
tunggu la makcik tu siap then baru gerak pg midvalley. yang lain lain dah tunggu kat sana *eksaitedd*








aku rasa ni first and last kot aku pegi. sesak tak hengat! memang aku rasa nak blah awal awal dah. tapi kesian kat dorang. plus aku tak prepare lansung. resume aku tak print. aku bawak badan je haa. eksaited nak jumpa dorang yang lebih :D

tapi nasib baik la abe, dia ada TERsimpan copy resume aku. ada 6 copy kalau tak silap. aku pakai yang tu je lah. tak edit apa, aku tibai -.-''


lepas settle kat mid, ktorang pegi UK perdana melawat shida, kwn KPM kami. pregnant dah skang. first time tgok dia masa dia bukak pintu rumah, makkk aiiii! lain gilaa siot. ibu ibuan sungguh dah muka. lain sangat bila dah bawak perut boyot *aku nanti macam tu ke? takot le pulokk*


kesian shida. dengan perut macam tu pun, sempat lagi masak tuk ktorang. class kau jah! thanks shida for the bihun tom yam. sedappp! aku, kalau dah kawen esok, kawan kawan datang, aku bagi roti gardenia cicah milo je la ehh. milo aku expert! hahaha



23 SEPT 2012.
WANGSA WALK.

hari ni nak balik dah. tapi sebelum balik tu, aku kena jumpa adam jap. ada hal. apa pun jadi aku kena jumpa jugak dia sebelum balik. ini antara kehidupan dan kematian ni. hihihihi. 

sebelum nak lepak ngan ogy & adam, aku ngan ira sempat la tengok Resident evil kat Festival. lepas tu baru ktorang pegi wangsawalk.
walaupun aku rasa menyesal skang sebab memilih untuk berjumpa kau dam hari tu *hahahaahaha* tapi atleast, satu beban yang buat kepala gua sesak, dah hilang. hehehee. 


ada jodoh kita jumpa lagi kawan kawan. chiaww! 
terima kasih semua sebab membuatkan aku rasa yakin & percaya dengan apa yang berlaku sekarang. amin.

20 September, 2012

Check In.

02.09.2012
Semenyih.

yang ini, memang tak termasuk dalam plan aku. aku ingat nak beraya rumah kawan kawan area keramat, wangsa maju, cheras, yg dekat dekat situ la. tiba tiba, sehari sebelum aku nak balik perak tu, kak syam call aku. dia ajak pegi openouse rumah dia. macam tau tau je aku ada kat kl dokk. hihihihi. 

dah di ajak makan free, kebetulan esok pun memang aku nak pegi beraya, masuk kan je la rumah kak syam dalam plan. 

di sebabkan rumah dia jauh kat semenyih tu, so kami gerak rumah dia dulu pagi tu. takot sesak. tau je lah kL ni. jalan macam syaiton. nasib bahekkk, jalan okay. ktorang sampai rumah dia dalam pukul 12 cam tu kot *lupa*



pehhhh. bihun sup dia memang terbaheekkk. sedap doe! aku tanya sape masak? arip kata, dia dengan mak sedara dia la yang masak. fuyooooo. malu makcik macam ni -.-''



btw, thanks arip! tak dapat ktorang jumpa ksyam. sebab dia kerja. ktorang jumpa adik dia je lah. heee. sorry naa. kami tak boleh lama. sebab ada tiga rumah lagi ni.

habis melantak, ktorang gerak pegi keramat plak. janji tunggu ira kat sana je. sekali, ira yang sampai dulu. hewhewhewhwe. kat keramat ada tiga rumah. rumah mok, rumah azan & rumah ogy. kitorang pegi rumah mok dulu. rumah ogy ktorang letak last. tapi, tu lah, kat rumah mok dengan azan, aku tak ambik gambar. sebab aku segan le plak tetiba nak bangun ambik gambar. hihihi. menyesal gilo!























08 July, 2012

Them #5

reunion! hahaa. takde nak reunion sangatla kan. baru sebulan lebih je tak jumpa pun. sebenarnya, aku memang dah plan lama nak turun kl 7july sebab ira nak bertunang. tiba tiba pertunangan ditunda ke tarikh yang lebih sesuai atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. so sedih. tapi nak buat macam mana. kita kan hanya mampu merancang :)

alang alang dah masuk dalam plan aku nak pegi kl, aku teruskan je la niat tu. saje nak jumpa dorang. hihi. walaupun aku sangat sangat nebes sebab nak drive jauh sorang sorang, aku redah jugak! sampai bila taknak try kan? :D semua orang aku tanya direction nak pegi keramat tu. cuak punya pasal. ye la, sebab aku tak pernah try. takot kot. tapi aku tak boleh tunjuk perasaan takot tu depan mak aku. kang ada yang kena cancel plan je kang. 

aku gerak hari jumaat. mak aku bagi cuti 3 hari jahh. nama je keja dengan mak sendiri, tapi kedekut cuti! disebabkan aku tak banyak masa, so kena plan betol betol tentatif program supaya tidak membazir. sampai kl dalam pukul 6ptg macam tu kot. dah jumpa jalan yang benar nak masuk setiawangsa, aku roger mereka yang ada di keramat land ni. kebetulan masa tu hujan sangat lebat. dorang ajak lepak malam je. alah masa tu pun dah pukul 6 kot. berapa jam lagi dah malam pun. aku pun tunggu la og bersiap sebab dia baru balik keja. so untuk hari pertama neh ktorang melepak je. aku ajak dorang makan kat chengal. malangnya liq dengan mok tak suka makan kat situ. hahahaa. dorang kata tak sedap! cehhh. sukahati la. lagipun korang teman aku makan je kan. so, duduk situ diam diam! dalam 5 minit makanan sampai, nad call kata dah sampai setiawangsa *alamak. camno nak bagi direction sampai chengal neh* sudahnya, sambil nad drive sambil hold cakap fon. kredit takde hal, memang topup tuk kawan kawan pun. hahahahaha :P

sembang sembang pasal nad praktikal kat mediaprima *mana tau ktorang ada peluang jadi personaliti tv3 ke. hihihi* sampai tak sedar dah pukul 11 lebih. nad pun nak gerak balik umah kakak dia. esok dia balik perak, tu pasal dia datang lepak sekali malam ni *aku datang kl, dia plak turun perak. cehhh*
dah makan kat chengal, sambung melepak kat ali plak. bosan aku! ali memanjang. tapi nak buat macam mana. ikot majoriti kan -.-''
dorang dah tanya apa plan untuk sabtu. aku pun taktau nak cakap sebab og kena bawak mak & makcik makcik dia pegi shopping dulu. lepas tu baru dia free. kira kita set malam je la karok kat festival. pagi sampai petang tu, depend. sape free, jumpa.

pagi pagi sabtu shahiza dah call tanya jadi tak nak teman dia pegi BB. aku okay je just aku tak tau jalan. hihi. terpaksa la dia ambik aku kat jerijit. kebetulan adam dah habis training, aku paksa dia siap ikot aku teman ira shopping. paksa rela!
sampai pavi ktorang cari port makan dulu. adam ngan ira dah lapar. tiba tiba og wtsapp kat grup tanya dah beli ke belum tiket spiderman nak tengok hari ahad. alamak. camne? takkan nak beli kat pavi, adam taknak tgok kat pavi. ramai. aku roger adik liq, si faiz. tanya dia ada kat mana. sekali dia ada kat luar. ngeh ngeh ngeh. nak mintak tolong kan. kena la cakap baik baik. hahahaa. nasib baik faiz boleh tolong. settle satu masalah.

so, berjalan la kami kat pavi tu teman shahiza cari wallet. pening aku dengan ira nak melayan si adam. macam bawak budak kecik berjalan. sapa yang nak shopping? kau ke ira neh??
tak jumpa apa yang ira nak kat pavi, ktorang gerak pegi kenanga plak. ni first time aku pegi kenanga. dorang kata macam TS. sekali aku masuk, takde la macam TS, lebih macam Plaza GM skit. barang2 borong kan. ktorang keluar afta lunch, tolak tambah kesesakan, pukul 8mlm baru sampai colombia anta adam. ingat nak terus lepak smbil tunggu og settle. tapi adam nak balik mandi dulu. plus kakak dia balik hari ni. takkan tak jumpa kakak kot.

sementara nak tunggu adam mandi & og, aku ajak liq dan kerabatnya lepak ali dulu. sebab ktorang taktau og habis pukul berapa. duduk main kad, main game, adam pun sampai. ogy tak settle lagi neh. hahaha. aku tengok jam dah nak dekat pukul 12, aku suruh dorang gerak dulu pegi festival. kang tak sempat plak. aku ngan ira pegi tunggu og dekat rumah dia. ktorang sampai setengah jam lambat. takpe lah. janji karok! hihihi

aktiviti untuk hari terakhir ni, tengok wayang je. faiz beli pukul 5.30ptg punya. so, bangun je hari ni, aku bawak lily pegi makan meatballs kat ikea dulu sebab lepas wayang kang aku nak gerak perak dah. sesak dia jangan kata lah. naik lenguh kaki aku drive. aku pun tak paham apa la yang dorang nak beli sangat kat ikea tu. nasib baik aku tak stuck kat situ. takot tak sempat aku nak kejar wayang kul 5.30. tiket dah la semua dekat aku -.-

dah settle lily, aku gerak pg keramat. masa aku smp kat sana, dah pukul 5ptg. aku terus ambik mok ngan adam. tiba tiba adam suruh pegi ambik ogy dulu sebab dia nak berak. pulak! ogy pun suruh ambik adam dulu sbb dia nak berak. korang neh berjanji ke apa? dah tu, aku nak utamakan sapa punya berak dulu neh??
aku tengok jam dah lambat, aku suruh adam pegi sendiri je. mok ngan og je la naik dengan aku.
sampai kat wangsawalk, ktorang tunggu dorang kat wayang. tiba tiba nampak cik ya *kakak liq* ada sekali. ehh? semalam beli lapan je tak silap aku. sapa yang takde neh? rupanya, cik ya ganti azan, sebab azan dah tengok cita spiderman tu. lepas dorang dah membeli belah kat kaunter makanan tu, ktorang masuk.

overall, cita tu best. just aku pelik kenapa kena buat cita spiderman tu kalau based cita dia lebih kurang yang lama. korang cite balik macam mana spiderman jadi. macam mana pakcik dia mati. ubah sana sikit. ubah sini sikit. tu je. what for? tapi, takpe lah. sebab hero dia comel. hahaha.

habis wayang, aku, og dengan cik ya pegi toilet. keluar dari toilet, aku nak cek la hp aku kalau ada miscall ke, msj ke. sekali 'G, hp aku takde' 'G, hp aku takde!!' mana pegi hp aku neh gilaaa! terus og call hp aku. masuk voicemail siot! aduihhhh! syaiton la. confirm hilang neh.

plus, takkan korang tak perasan, dah masuk hari ketiga pun, takde sekeping gambar pun aku share kat sini. pelik bukan? sangat bukan aku. ni semua sbb hp hilang! defuk!

ktorang patah balik masuk wayang, carik dekat seat tadi. takde! lagipun masa aku tengok beg aku, zip dia dah terbukak separuh. kenapa la bengap sangat aku boleh tak perasan! rasa nak menangis pun ada. sayang kot hp tu. mana tak sayang. beli guna duit sendiri kot! aku tau ramai lagi yang guna duit sendiri tuk beli hp. tapi aku nak dapat satu fon bukan senang macam kawan2 aku yg lain. berapa lama aku tunggu nak beli hp tu. yang kenal aku, tau la macam mana. even kat tangan ada 3ribu pun, belom tentu aku rembat SIII ke Iphone4S ke. hp yang hilang tu pun bukan nya mahal pun, tapi. . . ishh. bergenang dah mata aku kat situ tau dop! jenuh aku tahan je tak bagi orang nampak. ye lah. dah la kat situ berderet kedai fon, jalan pulak dgn kak yati. kang orang kata aku menangis sebab kakak taknak beli hp tuk aku plak. makcik makcik kat situ tengok aku senyum je. hahaha.

yang adam, liq, mok, shah, faiz, semua duk suruh aku beli SIII. HAHAHA! tak kelakar doe! aku dah la tengah runsing hp hilang, macam mana aku nak balik perak lagi, dorang boleh sengih sengih tengok aku. og boleh cakap dorang sweet? sweet kejadahnya. dari tadi gelak tak habis habis. og kata dorang sweet sebab dari tadi dorang tahan nak bahan kau takot kau marah. hahahahaa. bongok!

hp dah hilang, aku pun tak boleh nak buat apa. benda dah jadi. masalahnya sekarang, og tak bagi aku balik kalau takde hp kat tangan. dia takot jadi pape odw balik kang. mak aku pulak suruh balik sebab esok aku still kena kerja. aku pun kesian kat mak aku jugak. og suh beli hp cikai je sbb dah urgent sgt neh. aku ingat nak redah je nak balik perak. ye la. kat umah aku dah ada 2nd fon just aku tak bawak sebab hp ayah aku repair, so dia pinjam. adalah menjadi kerugian kalau aku beli fon lagi walaupun hp cikai. memang la murah, tapi duit tetap duit doe! banyak lagi benda lain aku nak buat dengan duit tu. haihhh. 

aku berkeras nak redah je, og plak berkeras nak belikan hp. dia relaks je pegi beli hp walaupun aku dah tahan banyak kali.. degil! tapi, terharu la jugak kan. sanggup kakak sorang tu. hihihihi. ni baru kita panggil sweet! :P terima kasih sangat sangat kak yati. tak tau nak cakap camno. hihihi.

seronok sebab jumpa dorang, tapi kenapa kena sedih sebab hp hilang! uwaaaaa. dah tak boleh wtsapp, tak boleh on9, paling penting, gambar ktorang selama 3 hari aku kat kl semua hilang! benci! benciiii!! sakitnya hati aku kalau pikir. dorang siap bahan, ktorang boleh tangkap balik gambar gambar yg hilang tu. boleh je flashback. hahahaaa. bongok!

sampai rumah, aku kena tadah plak mak ngan adik aku membahan.
berjalan tak ingat dunia smp hp hilang.
kesian dia. bunyi mesej pun tak best dah sekarang.
sangat sangat . . eeeee! menyakitkan hati sungguh!

mak aku suh beli je hp baru. masalahnya skang, duit tu aku simpan utk benda lain. aku dah janji nak pegi bercuti dengan rakan rakan perempuan afta raya plus aku kena simpan jugak kalau2 aku kalah dengan dengan liq bulan 12 nanti. kalau aku kalah la kann :P apa yang ktorang deal? nanti2 je la aku story.
adik aku kata takpayah membazir. nanti2 je beli. bukan keperluan sangat pun. kehendak je tu. betol jugak dia cakap. selama neh aku pakai smartfon pun sbb wtsapp, twitter, camera. game aku tak main. map aku tak guna apatah lagi gps. haihh. ntah la. tengokla macam mana nanti :)

sorry la. this time bosan skit sbb takde gambar :(

tapi disebabkan aku rasa macam tak cukup aku bercerita takde gambar, aku letak je la gambar ni. utk 3 hari, aku sekali kan dalam satu gambar. hahahaa. cantik kann??!! hihihi.



Sometimes, even close friends can hurt you so bad.

18 May, 2012

Them #4

esok dah balik perak. me so sedih rite now *alah. balik perak je pon* memang la "perak je pon" tapi, lepas neh dah susah nak lepak sekali, karok sekali. urghh. tapi sampai bila nak melekat je kann. hihihihi. btw, memandangkan hari ni hari terakhir, ingat nak ber xtvt ramai2 *bukanlah terakhir utk selama lamanya. perak - kl bukan jauh pun kan :P*

ingat nak ajak karok, dah semua nya kaki memekak kan. tapi lupa plak adam tak suka karok sangat. so, dari semalam adam dah ckp dia tak join karok tapi ajak ktorang main bowling petang. aku dengan yakin nya ''takde hal. aku follow je''

tapi bila dorang nak confirm balik main bowling tu sebab nak tahu sape boleh pegi book dulu, aku macam tak sure plak nak pegi ke tak. sebab tetbe teringat, kalau petang, ogy kerja. how come aku sorang je nanti. bukan masalah tak biasa or apa dengan dorang. macam la baru 1st time lepak sekali kan. tapi, dorang semua terror kottt! kalau ada ogy, aku ada geng. sama ada aku atau ogy akan dapat last or 2nd last. ikot nasib. kadang2 ogy menang. neh aku sorang. for sure aku kalah nanti. dorang tu semua wakil uniten, wakil flat, wakil jiran tetangga. haihhh. 

nak pegi ke tak? nak? tak? hmm. last kan. pegi je lahhh. lantak lah kalah pun. mmg dorang tahu aku tak reti main kan :D

mula2 aku ngan mok pegi wangsa walk dulu nak book game. sekali full sebab pukul 3 ada tournament. so bincang dengan yg lain, dorang ajak pegi ampang point main kat sana. sampai je situ, adam, liq ngan faiz dah ada kat situ ngah makan mcd. dorang soh pegi amik kasut terus. aku tanya la, berapa game kau amik? empat. haa? ayam kau empat. aku nak main satu je. kejadah smp empat. kembang tangan aku kang -.-''

macam biasa, dorang bukan kira kaki kau kembang ke, tangan kau kembung ke, aku kata main, pegi main -..-



serius, lama dah tak pegang bola bowling. last main pon bila ntah. tapi mmg lama betol dah takk main. aku neh dah la ikot redah je. memang baling ikot nasib je. jadi, elok la jatuh, tak jadi, aku yang jatuh. si adam nak belagak dengan aku sapa kalah bayar. dulu penah bet sekali, dia menang. yang neh kalau aku tak sayang duit, pegi la setuju deal dgn dia tu -..-




tapi kan. tapi kann. hehehehee. aku tak tau lah apa nasib aku hari neh. aku pun tak sure, aku yang terlebih bernasib baik or adam yang malang sungguh. hahahaha. first game, jeng jeng jeng. tiba tiba aku TERmenang *perhatian. ni deal antara aku ngan adam je. kalau deal ngan semua, tggu muka aku tumbuh misai pun, aku takkan menang* 

aku pun dengan gelojohnya ''dam, tadi kau cakap, sape kalah, bayar kan? hihihi'' nampak tak sifat over confident aku tuh? baru satu game, kalah kang baru nganga kau. then macam biasa, adam keluar la ayat pasrah dia tuh ''takpe. dulu pun starting kau menang. ada lagi tiga kot'' hahahahaa.

masuk game kedua. HAHAHAHA. saya menang lagi awokk ehhh! miahahahahaha. hmmm. ni kita panggil mmg bernasib baik or kejap lagi malang bertimpa timpa datang kat aku? haaihhh. adam tersengih sengih ''takpe. ada lagi dua'' agagagaga.


masuk game ketiga, ketepekk! padan muka aku. adam menang! ishh. macam mana neh? last game kalau dia menang, susah la aku. masuk game ke empat, mmg kena main betol2. berapa bnyak kali dah aku baca bismillah tiap kali nak baling bola. hahahahaa. 

aku display satu game je la score ktorg ehh. 
itupun mula2 si katik tu tak bagi aku tangkap gamba. geram betol.
hasil pertolongan dari liq, mok & faiz,
dapat jugak aku tangkap sekeping. hahahaaha.

finally, hehehehehhee. saya menang! setelah di tambah, tolak, darab, bahagi, hasilnya, adam kalah. hahahahahaa. tak tau aku nak gambarkan perasaan ku di kala ini, di saat ini, di ketika ini. adam kalah? percaya tak adam kalah? aku pun tak percaya sampai skang :P nak dengar ayat pasrah adam lagi? ''alahh. aku bagi chance je tu. kau kan last hari ni. tu pasal aku buat kalah'' hahahahha. okay dam. aku terima niat suci murni ikhlas lagi mulia kau tu -.-'' skang, di persilakan bayar. terima kasih.

habis bowling lewat petang macam tuh. karok plak malam sebab nak kena tggu ogy habis kerja. adam kena balik nak pegi amik mak dia balik kerja. sementara nak tunggu karok tu, ktorang pegi lepak kat ali. lapaaaaa.

dalam pukul 8 lebih macam tu, ogy dah odw pg festival. dah settle kerja katanya. sebenarnya, niat aku hari ni, nak karok kat bilik kaca. hehehee. last kan. lepas neh susah nak karok sekali. alang alang tu, jom kita mencapap kat bilik kaca tu. tapi, hati ku terkuciwa. bilik full! yang ada pun, medium ngan small. large pun full? kami ramai neh. haha. *enam orang je pon*

buat muka kesian, macam nak menangis pun ada skit *hehehehe* adik tu pun pegi tanya kat kaunter. lepas tu dia datang, ''haa, kak. nasib akak mmg baik. saya tanya tadi, ada satu bilik besar'' erkk tadi kata full? ''akak punya pasal, ada lagi satu. C3'' serius? meeoowwww. ngeh ngeh ngeh.







ktorang start pukul 9. habis dalam pukul 12 cmtuh laa. tapi liq kena blah awal sebab malam tu ada futsal. kul 11 tu aku tgok dia dah nak gerak. aku tanya nak pegi mana? *buat buat tanya* futsal. sampai hati kau liq. aku last kot hari neh. sampai hati kau pegi futsal. sampai hati kau keluar awal? sampai hati kau. sampainya hati mu. macam neh la wehh. hahahahaa. sekali dia geram. ''jap lagi lepak ali laa. habis futsal aku pegi sana.'' hahahaha.


aku paling suka part last sekali. masa dah nak habis tu, tinggal lagu tak bisa memilihmu je. mic plak ada tiga. ktorang berdiri semua, nyanyi sama sama. so sweet. hehehe. nyanyi sama sama tu bukan nyanyi serentak macam koir tu. aku nyanyi sebaris, ogy sebaris, faiz sebaris, mok sebaris, azan sebaris. macam tu la ulang ulang. yang klaka tu, bila ktorang pas mic tu dah macam pas baton 4x400m dah haaa.

habis karok, xtvt biasa, lepak ali smp pagi. aku smp dah naik jemu asyik lepak ali je. takde mamak lain ke korang nak pegi. harap2 lepas neh, kalau aku dtg kl lagi, harap harap la, mamak lain la pulak korang lepak yee. bosan dah aku dgn brahim, mario semua tuh.

sangat seronok hari ni. malas nak pikir sedih nak balik perak. insyallah lepas neh kita jumpa lagi :)

When u're hurt by people and blue like a rainy day, close ur eyes and listen to the music,
 it will be there for u forever 
my friend.