11 August, 2014

Gadis Bunga.

tiba-tiba aku rasa jadual aku macam pack after raya. sangat pack! menyesal pulak aku amik cuti raya sampai seminggu. tobat takmo buat dah. keja kat ofis dah overload. sangat! sampai aku terpaksa buat OT tak berbayar la dua tiga hari. aku dah start sakit kepala tiba-tiba. badan lenguh sana sini. berkemungkinan aku akan tua sebelum usia :'l 

tapi raya tetap raya. open house wajib pegi! hahaha. SABTU 09hb. Mr ajak ikot dia pegi open house umah Idin. selalu aku dengar dorang cakap pasal bandung soda bila idin buat open house. Mok cakap kalau nak try, jomm!




Not bad la bandung soda dia. Yang paling penting, Idin buat sendiri Bandung Soda tu okayyy. Dorang cakap, itu mmg menu wajib setiap kali raya. Patotlaaa. Selepas mengenyangkan perut, sesi membuang isi perot. hihihi. 

Actually minggu ni secara lansung dan tidak lansung, aku telah melibatkan diri dalam majlis perkahwinan sepupu Mok. Aku kena jadi flower girl nokkk! seumo hidup aku tak penah aku jadi gadis bunga teluq kaa, gadis bunga tahi ayam kaaa. pengapit apa ntah lagi. harreemmm. 

Kenduri nya 10hb. so lepas open house tu, kami terus bergerak ke rumah sepupu Mok. Dia cakap Pak lang suruh balik. Rupanya dorang ada Doa Selamat.


AHAD
10hb Ogos 2014


Jeng. Jeng. Jeng. Omeyy dopp?? HAHAHAHA. aku pun taktau mcm mana aku boleh setuju jadi Flower Girls untuk kenduri ni. Dah la kena pakai dress, shawl lagi, memang menempah bala la untuk orang2 yang kadang kala kasar macam aku ni. hahaha.






Omeyy kan. Hahahaa. Btw, congratulations Cik Ya (Sepupu Mok). Semoga berbahagia selamanya. *pelik dop gambar pengantin takde?? hihi. ktorg tak sempat lansung nak bergambar dengan pengantin. nak kata bz sangat tu takde la, tapi sumpah penat. mungkin sebab aku tengah bulan mengambang kot :)

2 comments!:

lalallalala said...

gambar denganaku mmg xde eyk??

ZimaZain said...

yelahh! sibuk sgt korg nak balik cepat. pastu panggil aku utk tolong tangkapkan gambar kauorang je! tak ajak pn masuk sekali. tau la aku geng lainnnnnnnn