08 July, 2012

Them #5

reunion! hahaa. takde nak reunion sangatla kan. baru sebulan lebih je tak jumpa pun. sebenarnya, aku memang dah plan lama nak turun kl 7july sebab ira nak bertunang. tiba tiba pertunangan ditunda ke tarikh yang lebih sesuai atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. so sedih. tapi nak buat macam mana. kita kan hanya mampu merancang :)

alang alang dah masuk dalam plan aku nak pegi kl, aku teruskan je la niat tu. saje nak jumpa dorang. hihi. walaupun aku sangat sangat nebes sebab nak drive jauh sorang sorang, aku redah jugak! sampai bila taknak try kan? :D semua orang aku tanya direction nak pegi keramat tu. cuak punya pasal. ye la, sebab aku tak pernah try. takot kot. tapi aku tak boleh tunjuk perasaan takot tu depan mak aku. kang ada yang kena cancel plan je kang. 

aku gerak hari jumaat. mak aku bagi cuti 3 hari jahh. nama je keja dengan mak sendiri, tapi kedekut cuti! disebabkan aku tak banyak masa, so kena plan betol betol tentatif program supaya tidak membazir. sampai kl dalam pukul 6ptg macam tu kot. dah jumpa jalan yang benar nak masuk setiawangsa, aku roger mereka yang ada di keramat land ni. kebetulan masa tu hujan sangat lebat. dorang ajak lepak malam je. alah masa tu pun dah pukul 6 kot. berapa jam lagi dah malam pun. aku pun tunggu la og bersiap sebab dia baru balik keja. so untuk hari pertama neh ktorang melepak je. aku ajak dorang makan kat chengal. malangnya liq dengan mok tak suka makan kat situ. hahahaa. dorang kata tak sedap! cehhh. sukahati la. lagipun korang teman aku makan je kan. so, duduk situ diam diam! dalam 5 minit makanan sampai, nad call kata dah sampai setiawangsa *alamak. camno nak bagi direction sampai chengal neh* sudahnya, sambil nad drive sambil hold cakap fon. kredit takde hal, memang topup tuk kawan kawan pun. hahahahaha :P

sembang sembang pasal nad praktikal kat mediaprima *mana tau ktorang ada peluang jadi personaliti tv3 ke. hihihi* sampai tak sedar dah pukul 11 lebih. nad pun nak gerak balik umah kakak dia. esok dia balik perak, tu pasal dia datang lepak sekali malam ni *aku datang kl, dia plak turun perak. cehhh*
dah makan kat chengal, sambung melepak kat ali plak. bosan aku! ali memanjang. tapi nak buat macam mana. ikot majoriti kan -.-''
dorang dah tanya apa plan untuk sabtu. aku pun taktau nak cakap sebab og kena bawak mak & makcik makcik dia pegi shopping dulu. lepas tu baru dia free. kira kita set malam je la karok kat festival. pagi sampai petang tu, depend. sape free, jumpa.

pagi pagi sabtu shahiza dah call tanya jadi tak nak teman dia pegi BB. aku okay je just aku tak tau jalan. hihi. terpaksa la dia ambik aku kat jerijit. kebetulan adam dah habis training, aku paksa dia siap ikot aku teman ira shopping. paksa rela!
sampai pavi ktorang cari port makan dulu. adam ngan ira dah lapar. tiba tiba og wtsapp kat grup tanya dah beli ke belum tiket spiderman nak tengok hari ahad. alamak. camne? takkan nak beli kat pavi, adam taknak tgok kat pavi. ramai. aku roger adik liq, si faiz. tanya dia ada kat mana. sekali dia ada kat luar. ngeh ngeh ngeh. nak mintak tolong kan. kena la cakap baik baik. hahahaa. nasib baik faiz boleh tolong. settle satu masalah.

so, berjalan la kami kat pavi tu teman shahiza cari wallet. pening aku dengan ira nak melayan si adam. macam bawak budak kecik berjalan. sapa yang nak shopping? kau ke ira neh??
tak jumpa apa yang ira nak kat pavi, ktorang gerak pegi kenanga plak. ni first time aku pegi kenanga. dorang kata macam TS. sekali aku masuk, takde la macam TS, lebih macam Plaza GM skit. barang2 borong kan. ktorang keluar afta lunch, tolak tambah kesesakan, pukul 8mlm baru sampai colombia anta adam. ingat nak terus lepak smbil tunggu og settle. tapi adam nak balik mandi dulu. plus kakak dia balik hari ni. takkan tak jumpa kakak kot.

sementara nak tunggu adam mandi & og, aku ajak liq dan kerabatnya lepak ali dulu. sebab ktorang taktau og habis pukul berapa. duduk main kad, main game, adam pun sampai. ogy tak settle lagi neh. hahaha. aku tengok jam dah nak dekat pukul 12, aku suruh dorang gerak dulu pegi festival. kang tak sempat plak. aku ngan ira pegi tunggu og dekat rumah dia. ktorang sampai setengah jam lambat. takpe lah. janji karok! hihihi

aktiviti untuk hari terakhir ni, tengok wayang je. faiz beli pukul 5.30ptg punya. so, bangun je hari ni, aku bawak lily pegi makan meatballs kat ikea dulu sebab lepas wayang kang aku nak gerak perak dah. sesak dia jangan kata lah. naik lenguh kaki aku drive. aku pun tak paham apa la yang dorang nak beli sangat kat ikea tu. nasib baik aku tak stuck kat situ. takot tak sempat aku nak kejar wayang kul 5.30. tiket dah la semua dekat aku -.-

dah settle lily, aku gerak pg keramat. masa aku smp kat sana, dah pukul 5ptg. aku terus ambik mok ngan adam. tiba tiba adam suruh pegi ambik ogy dulu sebab dia nak berak. pulak! ogy pun suruh ambik adam dulu sbb dia nak berak. korang neh berjanji ke apa? dah tu, aku nak utamakan sapa punya berak dulu neh??
aku tengok jam dah lambat, aku suruh adam pegi sendiri je. mok ngan og je la naik dengan aku.
sampai kat wangsawalk, ktorang tunggu dorang kat wayang. tiba tiba nampak cik ya *kakak liq* ada sekali. ehh? semalam beli lapan je tak silap aku. sapa yang takde neh? rupanya, cik ya ganti azan, sebab azan dah tengok cita spiderman tu. lepas dorang dah membeli belah kat kaunter makanan tu, ktorang masuk.

overall, cita tu best. just aku pelik kenapa kena buat cita spiderman tu kalau based cita dia lebih kurang yang lama. korang cite balik macam mana spiderman jadi. macam mana pakcik dia mati. ubah sana sikit. ubah sini sikit. tu je. what for? tapi, takpe lah. sebab hero dia comel. hahaha.

habis wayang, aku, og dengan cik ya pegi toilet. keluar dari toilet, aku nak cek la hp aku kalau ada miscall ke, msj ke. sekali 'G, hp aku takde' 'G, hp aku takde!!' mana pegi hp aku neh gilaaa! terus og call hp aku. masuk voicemail siot! aduihhhh! syaiton la. confirm hilang neh.

plus, takkan korang tak perasan, dah masuk hari ketiga pun, takde sekeping gambar pun aku share kat sini. pelik bukan? sangat bukan aku. ni semua sbb hp hilang! defuk!

ktorang patah balik masuk wayang, carik dekat seat tadi. takde! lagipun masa aku tengok beg aku, zip dia dah terbukak separuh. kenapa la bengap sangat aku boleh tak perasan! rasa nak menangis pun ada. sayang kot hp tu. mana tak sayang. beli guna duit sendiri kot! aku tau ramai lagi yang guna duit sendiri tuk beli hp. tapi aku nak dapat satu fon bukan senang macam kawan2 aku yg lain. berapa lama aku tunggu nak beli hp tu. yang kenal aku, tau la macam mana. even kat tangan ada 3ribu pun, belom tentu aku rembat SIII ke Iphone4S ke. hp yang hilang tu pun bukan nya mahal pun, tapi. . . ishh. bergenang dah mata aku kat situ tau dop! jenuh aku tahan je tak bagi orang nampak. ye lah. dah la kat situ berderet kedai fon, jalan pulak dgn kak yati. kang orang kata aku menangis sebab kakak taknak beli hp tuk aku plak. makcik makcik kat situ tengok aku senyum je. hahaha.

yang adam, liq, mok, shah, faiz, semua duk suruh aku beli SIII. HAHAHA! tak kelakar doe! aku dah la tengah runsing hp hilang, macam mana aku nak balik perak lagi, dorang boleh sengih sengih tengok aku. og boleh cakap dorang sweet? sweet kejadahnya. dari tadi gelak tak habis habis. og kata dorang sweet sebab dari tadi dorang tahan nak bahan kau takot kau marah. hahahahaa. bongok!

hp dah hilang, aku pun tak boleh nak buat apa. benda dah jadi. masalahnya sekarang, og tak bagi aku balik kalau takde hp kat tangan. dia takot jadi pape odw balik kang. mak aku pulak suruh balik sebab esok aku still kena kerja. aku pun kesian kat mak aku jugak. og suh beli hp cikai je sbb dah urgent sgt neh. aku ingat nak redah je nak balik perak. ye la. kat umah aku dah ada 2nd fon just aku tak bawak sebab hp ayah aku repair, so dia pinjam. adalah menjadi kerugian kalau aku beli fon lagi walaupun hp cikai. memang la murah, tapi duit tetap duit doe! banyak lagi benda lain aku nak buat dengan duit tu. haihhh. 

aku berkeras nak redah je, og plak berkeras nak belikan hp. dia relaks je pegi beli hp walaupun aku dah tahan banyak kali.. degil! tapi, terharu la jugak kan. sanggup kakak sorang tu. hihihihi. ni baru kita panggil sweet! :P terima kasih sangat sangat kak yati. tak tau nak cakap camno. hihihi.

seronok sebab jumpa dorang, tapi kenapa kena sedih sebab hp hilang! uwaaaaa. dah tak boleh wtsapp, tak boleh on9, paling penting, gambar ktorang selama 3 hari aku kat kl semua hilang! benci! benciiii!! sakitnya hati aku kalau pikir. dorang siap bahan, ktorang boleh tangkap balik gambar gambar yg hilang tu. boleh je flashback. hahahaaa. bongok!

sampai rumah, aku kena tadah plak mak ngan adik aku membahan.
berjalan tak ingat dunia smp hp hilang.
kesian dia. bunyi mesej pun tak best dah sekarang.
sangat sangat . . eeeee! menyakitkan hati sungguh!

mak aku suh beli je hp baru. masalahnya skang, duit tu aku simpan utk benda lain. aku dah janji nak pegi bercuti dengan rakan rakan perempuan afta raya plus aku kena simpan jugak kalau2 aku kalah dengan dengan liq bulan 12 nanti. kalau aku kalah la kann :P apa yang ktorang deal? nanti2 je la aku story.
adik aku kata takpayah membazir. nanti2 je beli. bukan keperluan sangat pun. kehendak je tu. betol jugak dia cakap. selama neh aku pakai smartfon pun sbb wtsapp, twitter, camera. game aku tak main. map aku tak guna apatah lagi gps. haihh. ntah la. tengokla macam mana nanti :)

sorry la. this time bosan skit sbb takde gambar :(

tapi disebabkan aku rasa macam tak cukup aku bercerita takde gambar, aku letak je la gambar ni. utk 3 hari, aku sekali kan dalam satu gambar. hahahaa. cantik kann??!! hihihi.



Sometimes, even close friends can hurt you so bad.

5 comments!:

Anonymous said...

hooo..ni la entry yg paling bnyk dgn tulisan.hihihi...

"kredit takde hal, memang topup tuk kawan kawan pun" hahaahhahaa...pasrah rela namanya..

hurm...phone ilang..ptt awak xde wassup2 or on9 dah...xpe..nnti rembat sIII...

ouchhhh...hei..kak ogy sgt sweet ! aaaummm.. :)

eh...vacation...jom cari........ hihihihihi...kale pink ! :D :D :D eh...

Anonymous said...

eh lupe..

1lg..
lukisan tu sgt2 masterpiece..

hihihihi... :D :D :D
org lidi...hihihihi...tang rmbut tu xmenahan... hahahahahahahahahaa

ZimaZain said...

hahahaa. banyak la s3! jual bulu tiak pun tak lepas. haha

sweet kan? smp skang kalau sy tgok hp baru neh, mmg tak leh lupa ke sweet an dia. hehehee

hahahhhaah! rambut okay what! comel jahhh.

ogy said...

aku dh taip smlm tuk comment kt sini..tp mane komen aku???? ko deleted eyk??

ZimaZain said...

sayang. kalau aku delete, dia akan keluar macam ni ;

This comment has been removed by the author

takde pun comment kau???