Showing posts with label ManilaCard. Show all posts
Showing posts with label ManilaCard. Show all posts

01 June, 2015

MiorxFara.

Finally, Farah & Mior, officially husband and wife!
10 years relationship babe!
kau hadoo?? hahaha

kami doakan semoga kebahagiaan, keceriaan & kesejahteraan akan sentiasa menemani
kehidupan korang berdua selepas ini.
semoga sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi 
segala dugaan dan cabaran di alam perkahwinan.
You go girl!






















20 September, 2014

Throwback Saturday.

gambar ni masa adik ogy kawen, ada la dalam 4 ke 5 bulan lepas. tapi aku baru dapat hari selasa lepas. hahahaa. biasala. photographer yang tangkapkan, nak dapat gambar gambar tu semua haruslah kena tunggu. 

saje nak share sebab gambar cantikkkk! hehehehehe. 





16 September, 2014

Malaysia Day.

hari ni orang cuti pegi sambut Hari Malaysia, aku cuti, pegi sambut orang kahwin. hihi.

aku sebenarnya tak expect ada kenduri hari ni. yelah. tak terpikir ada jugak org buat kenduri masa cuti sehari je ni. biasanya orang buat sabtu ahad kan. sekali, ramai rupanya buat majlis. senang kot.

tapi hari ni aku follow orang pegi kenduri je. nak makan free. hahaha. dah orang ajak, takkan nak tolak ye dopp.

kenduri kat bentong Pahang. 
masa aku dengar kat bentong, 'mak aihh. jauhnya kenduri. takpelah. boleh jalan2' aku pun memang expect nak jalan jauh dah ni. tp bila tanya ogy, brapa jam? ogy cakap dalam sejam je. kalau tak jem lah.

haaa?? sejam je? dekat nya. 

ogy kata, dulu masa budak2, dia pun ingat jauh. sebab dah set dalam otak, 'Pahang'
tapi bila pegi, dekat je. tak jauh pun dengan tol Gombak tu. hehe
nampak sangat aku lulus dengan cemerlang subjek geografi! hahahaa

janji jumpa pukul 10.30 kat umah ogy, sebab nak gerak pukul 11pg dari umah kawan ogy, Uju. so sebelum nak berlepas ke bentong tu, awokk pegi la breakfast jap ngan teddy bear kesayangan hamba ni. hihi

*kang merajuk tak bawak pegi bentong. tu yang rasuah breakfast dulu. hahaha





pengantin perempuan ni kawan ogy dengan ayan masa blaja kat KPM dulu. aku penah la jumpa dia ni. tp jumpa gitu2 je lah. dia pun mesti tak ingat aku dah. hahaha

tapi nasib baik jugaklah aku ikot ogy pegi wedding ni, kalau tak, sampai sudah aku tak jumpa si ayan tu. dekat setahun kot tak jumpa. last aku jumpa dia masa kenduri kawen dia. skang ni siap dah jadi mak buyong. 4 ke 5 bulan dah wehh. 

macam tak caya je tgok kau bawak budak dalam perot. dulu kau la paling sengal, paling degil, paling ting tong. skang ni nak jadi mak orang dah?? kami yang kononnya matang dari kau dulu, masih belom berpeluang membawak budak dalam perot. hehehehehe. 

neway, congratulations Ziera. semoga perjalanan hidup selepas ni sentiasa diberkati dan dirahmati. amin. 

01 September, 2014

Your Day.

SUNDAY
17 AUGUST 2014

ni lah 2nd project kami. yakni hasil dari penghasilan group whatsapp rahsia tu. hhahahaha. yang klakar tuh, hari sabtu kan ktorg dah jumpa ramai2 kat umah kak aida, so masa tu pipah dah terlepas cakap "okay, jumpa esok" hahaha. tak ke mengantoikan namanya. taktau la yaya dengar or buat2 tak dengar.

so masa hari ahad tu, dida gerak ngan ogy, aku pegi amik paa. janji jumpa kat sana je. aku dah boleh bayang dengan sesak nya, keta banyak, orang ramai. demi mu yaya, akan ku redah! hhahahaa

ogy ngan dida dah smpai dulu sbb pagi2 dorang dah keluar pegi cari hadiah konvo yaya. aku ngan paa smp lambat sikit. nasib aku masih ingat jalan pg uniten bagi. hihi. 



sekali masa sampai, terkejut aku tengok. lengang kot. kereta tak banyak. tak sesak. orang pun tak ramai. aikk? tak ramai konvo ke harini? mcm pelik plak. 













menjerit si yaya nampak ktorang. hihihi.
sebelum sampai tadi, dida dah whatsapp dalam grup yg dia terpaksa balik dulu. yg lain pun join ckp tak dpt datang sebab ada hal. yaya kata, ms ktorg cakap mcm tu dia dah nak nangis. hihihihihi.

nahhh. siap teddy bear lagi ktorg bagi. dulu ktorg ms konvo, ktorg buat tukar2 hadiah yang harga maksimumnya 10hengget je tau *masa tu kami ramai. hahaha* time hang, hamikkk. special angaatttttt! haahahhahaa. 

the last person in manilacard yang naik stage. dah dia yang paling bongsu, paling mudoo, paling begetahh. hahha. *nad tu tak kira la sebab dia nak sambung phd pulopp* hihihii

lepas ni nak surprise sape plak?? soon.

31 August, 2014

Manilacard is back!

16 AUGUST 2014
SABTU

Reunion! hehe. walaupun tak semua nya ada, okaylah tu dari takde kan. hahaha. ntah macam mana kak aida kata nak buat open house hari ni, dan ktorg plak tetbe rasa macam nak cancelkan semua kerja/hal yang ada semata-mata nak pergi umah kak aida *suwitt dopp?*

rasa macam dah lama sangat tak kumpul ramai-ramai mcm ni. kak aida la paling susah nak jumpa sekali. businesswomeng katakann. hahaha.

macam-macam hal jadi hari ni. tak payah la aku elaborate lebih macam-macam hal tu *sebab aku la salah satu punca macam-macam hal tu. hahahha*  apa yang penting, semuanya berjaya jugak berkumpul kat umah kak aida. heehehee. 

















ktorg ni bila nak plan & surprise kan orang, ktorg akan buat group lain. so untuk this week punya plan, aku ada tiga group berasingan. hahaha. pening doh! aku risau betol buat banyak2 group ni. takot TERsalah group. memang klakar ms neh. kat main group, ktorg cakap tak jadi datang umah kak aida, kat sub-group, ktorg plan nak pegi umah dia. mula2 aku rasa surprise ni mmg akan menjadi sebabb.. yelah! mana kak aida boleh xpect kami datang seromban kan tapi disebabkan macam macam hal tuh, at last terpaksa jugak cakap yg kami odw pegi seremban. hahahaha. duh.

untuk sub-group yg kedua, next entry aku cite. hihihi. 

mengidam creampuff kak aida! kak aida sila baca ayat ni banyak kali! sekiannnn!


05 September, 2013

Engaged.

24.08.2013
SABTU

congratulation kakak! akhirnya, sudah menjadi tunangan orang. ktorang tak plan betol betol pun masa ira nak tunang ni. sebab normally, bila ada yang nak berkahwin, then baru meeting segala bagai, discuss macam mana nak set up everything. 

bukannya aku nak cakap tunang tak penting or orang yang bertunang tu tak penting. tapi if disuruh pilih satu, ofcoz la kita utamakan nikah & kawen dulu ye dopp. yelah. skang susah dah nak kumpul ramai ramai macam dulu. masing masing dah ada tanggungjawab.

anyway, tahniah ira. even ktorang tak kenal siapa bakal suami kau tuh, insyallah he could be the one who can guide you till jannah.Amin.



*jauh ouhh rumah kauuu. nanti nikah buat kat cheras je senang. hahaha.


dah alang alang ktorg pakai baju kurung ni, ktorang pun google sape yang ada buat open house hari ni. kita redah je rumah rumah orang tuh. dorang takkan halau ahh. confirm!



next is rumah bell. aku tak berapa kenal sangat bell ni. sebab bell budak HR. classmate pa'a, ira, nad ngan dida masa kat uniten. bell kata umah dia open hari ni. dia ajak datang sebab dia tau ktorang pegi umah ira kat puncak alam. katanya dah dekat sangat puncak alam tu dgn rumah dia. heeee.

well, orang kata tak elok tolak rezeki kan. the best part is, aku dapat makan nasi dagang kat umah bell. heaven gile! even rasa nasi tu tak power macam nenek aku buat *sebab bell pakai catering. tak silap aku la* tapi okaylah. at least terubat rindu kat nenek aku :')

dah settle area selangor tu, kita redah area ampang plak. nebes ni nak pegi umah belah sana. hihihi. gilo tak nebes. umah cik abe kot. aku punya la paksa kawan kawan aku ikot sekali sebab aku taknak pegi sengsorang. makcik alluuuww. haha.

mula mula aku dah lega dah sebab mok cakap nenek ngan mak dia takde. ada hal. kena pegi johor ke melaka ntah. then mak dia suruh postpone hari ahad. masalahnya, dlm seminggu, aku dpt cuti sekali je. so ira btunang hari sabtu. tu pasal aku ingat nak jalan raya hari ni. hmm, sorry ye makcik. takde niat pun taknak jumpa makcik mintak restu *haha* tapi memang saya takde option lain. terpaksa jugak pegi hari sabtu. *calon menantu pilihan. soft tak aku? HAHA*

tiba tiba, odw nak pegi umah mok tu, aishh cakap  nenek ada kat umah. tak jadi pegi johor. what?? huk a lohhhh. dengan pantas darah aku naik tinggi. aku cepat2 text mok. tanya dia betol ke nenek ada rumah? mama? ada jugak? ke aishh saje nak prank aku. 

sekali mok kata memang nenek ada rumah. mak dia je yang takde. haiyoooo. acane nih?? memang la nenek je. tapi memang aku takleh nak bendung tahap nebes aku ni. sampai ogy pun tegur dalam kereta 'kau nervous ea mah?' hahaha. nampak sangat ea???

nenek tu satu hal nak redah. sepupu sepapat dia lagi. tambah tambah si faliq gile tu. aku punya la berdoa mintak mintak faliq takde. tapi mana mungkin dia melepaskan peluang nak membahan aku depan semua orang dan bertuahnya dia bila mana aku tak boleh nak membalas balik apabila berada di rumah nenek. kang kalau aku buat perangai gile takot hilang satu point kena reject terus. haha.

dah settle menambah lemak kat umah mok, ktorg sambung kat rumah aidil pulokk. rumah aidil lagi kelakar. masa tu tinggal aku, ogy, pa'a, fadh ngan mok je. yaya ngan arep dah gerak balik seremban.
sampai je gombak, dah jumpa pun lorong rumah dia. masa dah parking tu, ktorang confuse, betol ke rumah si aidil tu.tapi memang sepanjang lorong tu, umah tu je ada pasang khemah and nampak mcm buat open house. 

aku ngan ogy redah la masuk rumah tu. yg lagi tiga orang takot takot nak masuk. nasib ktorang tak amik makanan lagi kawww. sekali silap rumah daa. tanya kat org yg tengah makan tu, 'rumah aidil ke ni?'
'aidil? umah dia sebelah ni.' HAHAHAA. bengong tol. nasib tak buat apa apa yang memalukan lagi. dorang pun satu, yang pegi buat open house sama date tu apasal?? cikedis tol!

hari ni sangat kekenyangan. full tapi seronok. hihihi. sorry ye. rumah mok ngan rumah aidil takde gambar. masa kat rumah mok memang ktorg tak bergambar sebab shegann.
rumah aidil ada tangkap sekeping tapi aku tak ingat gambar tu kat fon sape. hihi.

caww.

20 August, 2013

Friends.



Missing the old day right now.
Missing all my friend and how we used to talk all the time. 
The times that we spent together.

Times changed too much.
I miss the old us :')






04 December, 2012

With Love Part III

SESI KEDUA
AHAD
04.11.2012


our turn! hihihi.
tapi hari ni aku sangat malang! nak cite! nak cite gakk!
macam aku tulis dalam entry sebelum ni la. Uniten ni kalau berjanji, dorang pakai janji omputih. keep it short, of coz semua kena ada kat dewan + siap beratur nak masuk dewan by 7am! korang tau? pukul 7.30 aku kat parking lagi. terkedek kedek sarung kasut yg ada sikit tinggi. sikit je la coz aku taknak memalukan diri sendiri atas stage. hahaa. pastu dah aku menyesal pakai kasut tu masa jalan. sampai je dewan, habis! melecet ouhh. kenapa la aku tak berkaki kambing je tadi.

aku pun taktau macam mana boleh lambat. bangun dah awal dah *ehh yeke* aku dengan dida je dari bangsar ni. Pa'a, Ira, Nad, semua dengan family. Family aku ngan dida datang kemudian.
ktorang sampai berlari lari nak pegi amik kreta kat rooftop tu. naik tangga okay! kurus 2 kilo dah ni. dengan termengah mengah fuhh fuhh fuhh, sampai atas je, start enjin kereta, pap! mana hanpong aku? carik punya carik, alahhh. tinggal dalam bilik la ni. hukk a lohhh! dah lambat dah ni gileeeee! *kau nak marah sape?* hee. diri sendiri.

aku dengan dida pun rushing la drive turun bawah balik nak pegi amik hp *aku dgn dida bwk kereta asing. takot lepas konvo masing2 ada hal* dekat corner nak turun ke tingkat bawah, seengrekkkkkkk *lebih kurang la bunyik tu* sudah. apa tuh??!! belakang kereta aku sagat!! urghhhh. khinzir betol la!! dah la lambat. ni nak pikir apa aku nak jawab dengan abang aku plak nanti. kereta tu nama bini dia kot. ehhh. bukan ke baman cakap kereta tu dah jadi hak milik aku sebab aku yang kena bayar. ouhh. okay. settle. AKU PUNYA. so, owner dia cakap, takpe. sikit je. cincai boncai meyhh.

naik balik rumah ambik hp, dengan nak redah highway yang belom tentu paham kelambatan aku di saat ini, dengan sesak kat dalam uniten, parking penuh nya, menapak pegi dewannya, Ya Allah. dugaan betol.
dah sampai depan dewan, terus ktorang pegi tempat beratur ramai2 tu.

arghhhhhhhh. dorang tengah berjalan masuk dewannn!!! haiyooooo. dah la nama aku start dengan huruf 'A' confirm la aku antara yang terawal naik stage. dengan mortar board tak pakai lagi, kaki melecet, aku berlari lari baby keja budak kos aku. sorry dida. aku terpaksa tinggalkan kau sebab kau HR. nama kau plak start 'W' mungkin kau masih boleh diselamatkan? aku ni Finance. depan sekali. ishhh. masa ni baru menyesal ambik finance *ade ke*

aku lari lari lari dan lari smp pintu masuk utama, tak jugak jumpa budak2 kos aku. jadi, itu bermakna, dorang dah masuk dewan + duduk dengan selesanya. hmmmmm. mcm mana nak buat ni??? 
ada la student yg jadi urusetia kat situ datang tanya, mungkin sebab dia tengok muka aku mcm nak nangis dah kot :D

'ni lambat ea??'
'a'ah. macam mana ni. kwn saya semua dah masuk. *mata kedip kedip*'
'takpe. duduk tepi dulu. nanti kami selitkan'

haihhhhh. duduk la aku kat tepi pintu tu. penat + hampa + menyesal. semua ada masa tu. dengan malunya lagi. gila tak malu. bayangkan aku berlari dari barisan paling belakang sampai ke pintu masuk. berapa ratus student yang konvo? dengan bunyi kasut ketak ketak ketak yang menarik perhatian org untuk melihat sape yang berlari macam gergasi tu *mesti dorang tengok punggung aku kan?* aarrghhhhhhhhhhhhh! syaitonirrajimm tol.

tengah aku tunggu kat tepi tu, sorang sorang datang join duk sebelah. hoh? ehh. muka familiar sekor sekor ni. pehhhhhh. nasib baik! ada jugak budak kos aku yang bernasib malang hari ni. welcome! welcome! hihi.
selang lima minit, jeng jeng jeng. dida yang aku tinggalkan tadi tu, datang menyusul. gila lambat kau nak sampai sini. lepas tu Nad pulak tumpang satu body. Yes. aku sudah tidak berasa gentar lagi. ada geng. hoyeahh. 

tengah dorang beratur, of coz kami dapat masa tambahan. masa tu la nak alter baju, tudung, topi, senget sana sini. mampus dorang yang beratur tu duk tengok tengok. kisah? bila dah confident dengan kepala sendiri *yelah. cuak doe. takot mortar board jatuh* cik/puan/encik yang membatu jadi urusetia kat pintu tu pun panggil.
'Sape budak Finance?'
'SAYA'
'haa. finance masuk dulu. HR tunggu'

ramai ghupenya yang lambat. hehehee. 
babai dida & nad. kena tinggal lagi :P aku masuk dulu ea.

sedih bila melihat kawan kawan sekelasku naik stage dan aku tercongok kat barisan belakang. what the heck! tu laa. sapa suruh lambat! ketuk kepala sendiri.

aku taktau la macam mana ghaye nya rupa aku naik stage, lantak ahh. nebes tahap super saiya. gambar cantik or tak, blakang cite. bila lepas dah azab aku naik stage, azab mengantuk plak terpaksa ditanggung. NASIB BAIK ktorang bawak hp masuk hall. aku pun meminta jasa baik manilacard yang lain untuk melayan kemengantukan aku di dalam wtsapp grup. hahaa.

dah nak habis bebudak naik stage, jijah text. dah sampai katanya. memang sengaja aku suruh family aku datang lambat. ntah la. bagi aku, buat apa masuk dalam tu. sumpah boring. kami yg student ni pun dah naik bosan, ni kan plak org tua. lagi dorang tak larat. lagipun abg aku ada anak kecik. susah, lama lama nak tunggu. 

bila disuruh bersurai je, haaa. apo lae, merebut rebut orang nak keluar.
aku ; mak mana mak. ouhh mak. dimanakah dikau.

penuh orang kat entrance. aku menapak keluar nak amik udara yg aman sikit. sampai luar je, aku nampak jodoh. camno neh. jumpa jodoh dulu. macam tau tau je kan. tu pasal nama dia jodoh. pahamm?! :P 
bayang mak aku pun tak nampak lagi haa. sementara nak carik family aku, sambil sambil tu aku pegi la say hi to my jodoh.  SAMBIL okay. sebab memang lalu depan dia. bukan sengaja menggatai nak hai hai *tipu* 

dah muahh sana sini *lagi menipu.* Mr. cakap dia nampak mak aku kat tempat org tunggu shuttle bas tu. ahaaah!. nampak tak calon menantu yang baik tolong searching mak mentua dia kat mana. bodek letteww! HAHA.

okay. jodoh letak tepi kejap. taraaaaaa. jumpa dah mummehh saya. dgn berbaju kurungnya. mesti dia rimas. mak aku memang tak berkenan pakai baju kurung. senang cita pakai kain. dia lebih selesa pakai seluar. kalau nak berlari ke, duduk ke, lasak ke, senang katanya.
yang aku pelik ni, apasal adik aku, Jijah, pakai baju kurung jugak? sape nak konvo ni? aku ke dia?

"kenapa ang pakai baju kurung? ang ke akak yang konvo?"
"alahhh. ingat nak masuk dewan hari ni. dah siap gosok pun. pakai je lah"
"ahh. dusta itu semua. ang saje kan pakai baju kurung. saje je nak cantas jodoh akak kat sini kan?! mentang mentang lagik kurus dari haku! huh"
"hoiii. gila ke?"

HAHA. nampak tak betapa tingginya tahap mahakarya kejelesan aku? adik sendiri pun tak percaya. heehehe.
aku tengok abg aku takde. mana dorang. kan datang sekali? rupanya dorang naik bas lain. bas yang mak aku naik tu penuh dah. tunggu punya tunggu, nampak dah muka abg aku ngan anak dia dalam bas tu. mak aihhh. comel gile hiju naik bas! dengan muka jakun tepuk tepuk tingkap bas. hahahaa. 





habis sesi bersama keluarga, aku dengan Mr. pun menghantar mereka pulang. abg aku kuang ajaq! dok tersengih sengih macam kerang bakar. memang nak kena bakar pun dia tuh! aku malas nak layan. buat muka bahagia je senang. hihihi.

babai korang. jumpa kat rumah hari isnin ea :D

now, sesi bersama kawan kawan tercinta. update kat wtsapp group. sape dah settle sila tunggu kat tangga :)


snap sana sikit. sini sikit. done untuk sesi di luar. skang kita mula sesi dalam aircond. sebab paneh nak mampuih! masa nak kemas kemas barang spt bunga, beg dan sebagainya, TIBA TIBA, ting tong! mortar board dida hilang. homaigaddd! camno neh??

nampak tak? semua gambar, gambar dida je kepala togel. hmmmm. sian dida. dah carik tapi tak jumpa jugak. nak buat camno :l bertambah lagi la nasib malang kita hari ni kan. kan.









tengah duk syok snap gambar, hujan turun dengan lebat selebat lebatnya. ktorang plan nak pegi snap kat putrajaya. melampau tak? mcm pre wed dah. hahaha. kesah?
plus ktorang ada bawak pro photographer sekali, FAIZ. ehh. silap. pinjam adam punya photographer *uuweekkkk. menyampah!* penat merebut dengan adam smp photographer tu merajuk dengan aku sbb buat dia serba salah. mangkuk pecah tol. nak sangat. hambikkkkkkkk!

bila hujan dah kurang sikit, ktorang gerak pegi putrajaya. ini lagi satu hal. sorang satu kereta. kejadahnya lahaii. penat tau tak. bukannya semua orang key ell. tak payah cakap org lain. aku neh haaa. kalau tak folo betol betol, sumpah sesat. LAPAN kereta konvoi pg putrajaya. penat doe nak mengekalkan rantaian ke lapan lapan kereta tu. hahahaa. tapi akhirnya, berkat kesabaran faiz ngan adam yang lead kat depan, kami sampai ke destinasi. kihkihkih.
















omey dakk? omeyy kan. hihihi. tak semua gambar dari camera faiz. campur2. ada camera pa'a, ogy, dida, pipah. btw, thanks aishhhh. lepas ni kalau nak merajuk dengan aku, jangan off wtsapp! aku tampa kang. gambar mana yang cantik datang dari faiz, mana yang buruk datang dari camera kami :D

faiz & his gigi besi :D

dah malam apo lae. balik ahhh. esok aku dah kena ready nak balik perak plak. nak kena pegi uniten hantar jubah, amik sijil, gambar semua lagi. 


odw nak pegi carik tempat makang, ktorang drop isi minyak. dah settle kat shell tu, tiba tiba dorang suruh park tepi. aku ingat ada apa, ghupenya 'korang taknak ke tangkap gambar kita pegang hadiah masing2?' 
ouhhh. a'ahkan. penat sekor sekor carik hadiah, takkan takde credit ye dopp. btw, terima kasih korang pasal hadiah tu. tak sia sia kita berzanji nak beli hadiah konvo. heeee.








bak kata pa'a ;
kan best kalau konvo seminggu. hmmm. kan. kalau sebulan konvo pun takpe. sehari, soploh org naik stage. hahahaa.


nanti kita jumpa lagi ea kawan kawan.
p/s : Thanks for the birthday present Mr.! suka! hihihi.