Showing posts with label DariHati.. Show all posts
Showing posts with label DariHati.. Show all posts

14 March, 2017

Monolog #5

kadang kadang tak tahu nak salahkan siapa. 
otak aku buntu, serabut, pikirkan masalah yang makin lama makin banyak.

at this age, masalah yang datang bukan nye macam time kau belajar dulu. kalau dulu problem setakat celah gigi je kot. kawan kawan pun ramai boleh tolong. sekarang? kawan kawan pun tak berani nak tolong kalau masalah tu besar & asyik berulang. 

tak kan nak salah kan member yang tak bersalah kot. kalau aku dekat tempat dorang pun belum tentu aku boleh buat. masing masing ada masalah sendiri kan. 

tapi bila kenang nasib sendiri, ntah la. satu soalan je asyik repeat dalam kepala otak aku ni. Kenapa?
Kenapa dari kecik sampai sekarang, lepas satu, satu masalah datang. Ni balasan atas segala dosa dosa aku ke? 

bukan nak kata aku tak nak bersyukur dan aku tahu, Allah tak kan uji hambaNya kalau dia tidak mampu. Buktinya, aku masih hidup lagi sampai sekarang. Kan?

Tapi otak ni tak berenti renti dari dulu asyik pikir macam mana nak selesai kan masalah itu, masalah ini. kadang kadang tu rasa penat sangat. hmmm

Aku harap dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir nanti akan mengubah nasib aku & keluarga lepas ni. Anak kan rezeki yang Allah anugerahkan untuk kita. InshaaAllah, lama kelamaan semuanya akan selesai :')

Amin.



02 February, 2017

Monolog #4

Dia sahabat mengejar kejayaan
Dia teman juga sibuk mengejar kejayaan
Dia yang menemani semakin dikenali semakin meningkat semakin sibuk

Aku?
Di mana?
Aku
Di sini
Masih dengan dunia aku
Masih dengan cerita aku
Cuma kemeriahan
Gelak tawa yang dulunya selalu membuat mereka tersenyum
Kini hanya membisu
Di tanya sepatah jawabnya sepatah
Pelik? Kenapa aku berubah?
Keceriaan yang dulu kian pudar
Hanya mampu perhatikan dari jauh

Tangan terus menerus menulis luahan
Bukan seperti mereka yang hebat berpunjangga
Aku, sebatang pen dan sebuah buku
Di simpan rapi
Ada masa aku tulis
Ada masa aku hanya memandang seolah mata yang berbicara segalanya

Satu kelemahan bagi aku,
Gagal buat mereka yang aku sayang
Tersenyum, Ketawa, Bahagia
Tiada istilah sepi, air mata atau keseorangan
Kerana
Hadirnya aku, aku berusaha membuat mereka tersenyum

Tapi harus diingat itu semua sementara
Walau hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah,
akan terputus juga.
Siapa bilang jika sudah berkahwin tiada istilah perpisahan?
Kematian adalah perpisahannya
Tunang tidak semestinya dialah jodoh buatmu
Pasangan itu tidak kekal
Kerana Dia yang Maha Esa tahu segalaNya dan semuanya sudah ditulis

Redhakanlah setiap perpisahan
Mungkin saat ini kau menjadi teman
Mungkin saat ini kau yang diperlukan
Tapi satu masa
Kau akan menjadi kenangan buat dia
Mungkin dia sedang melakar kebahagiaan dia sendiri
Siapa tahu
Setiap orang mempunyai perancangan masa depan untuk yang lebih baik

Tapi harus diingat
Rancanglah saham buat akhiratmu
Supaya yang ditimbang itu berat kepada amalan bukan dosa
Berdoalah supaya amalannu sentiasa diterima
Niatlah keranaNya

Andai kau pernah disakiti oleh insan yang bernama manusia
Itu wajar kerana kau dikurniakan hati
Hati untuk merasa
Hati itu benda ghaib yang tidak dapat dilihat
Bayangkan jika setiap kali disakiti ia berdarah
Apa akan jadi? Berkecai lembik memek
Siapa yang mahu lihat?
Kau. Sanggup?
Hanya air mata sahaja yang dapat melegakan
Tapi lebih indah pada sejadah tempat kau bersujud

Aku doakan kau sentiasa kuat tabah dan sentiada dalam jagaaNya
Tidak kira siapa pon kamu,
Teman Kawan Sahabat
Aku sayang kalian
Ini bukan cerita novel
Bukan ayat untuk minta simpati
Bukan ayat untuk menarik perhatian
Tapi ayat untuk engkau insan yang aku sayang

#copypaste

11 June, 2016

Monolog #3


kini
perasaan seperti
ketakutan
mimpi dan realiti
sepi dan sunyi
kosong tidak berisi

jiwa seperti tidak tenteram
hati seperti tidak tenang
seperti ada sesuatu yang belum dicapai
yang belum digapai

kini hati kuat memikirkan
pengakhiran diri
penghabisan duniawi
penghujung hidup ini

apa yang akan terjadi apabila
tidak sempat menyempurnakan
kewajipan
tidak dapat menjadi seorang manusia
dan hamba yang sempurna
tidak sempat menemui jalan ilahi

dan
apa akan jadi apabila tiba hari itu?

tiba tiba berasa
kerdil
sangat kerdil
terlalu jauh
jauh hingga tidak dapat diukur jarak itu

kini diri makin tidak peduli
dengan duniawi
dengan umpatan dan tohmahan
dengan percakapan

biarkan

fikiran kini tertumpu hanya pada satu
satu

apa yang akan jadi
apabila tiba hari itu.

08 May, 2016

Happy Mother's Day

Mak.

Seorang wanita yang sentiasa ada
Tak kira susah senang
Jatuh bangun
Apabila kau cari
Dia sentiasa menanti

Jauh mana kau lari
Jauh mana kau pergi
Dia tetap menunggu
Kau pulang
Kembali ke sisi

Jangan pernah kau lukakan hati
Jangan pernah kau sakitkan hati
Jangan pernah kau lupakan
Insan yang kau panggil Mak

Kerana dia tidak pernah
tidak pernah ingin menyakiti
tidak pernah ingin meninggalkan
tidak pernah lupakan
kau yang dia panggil Anak

Lihatlah
Ketabahan
Kecekalan
Kesabaran Mak
dalam mengharungi
kapayahan
kesusahan
kepahitan
bersama si Ayah

Lihatlah
supaya kau sedar
supaya kau bangkit
dari masalah yang menghimpit

Dosa? Silap?
Mak juga manusia biasa
Mak juga hamba Allah yang maha esa
Mak juga seperti kau yang tidak sempurna

Tapi
Siapa kau
Untuk menghukum Mak
Siapa kau
Untuk menghakimi Mak
Siapa kau
Untuk menidakkan pengorbanan Mak
membawa kau selama 9 bulan di dalam perut

Hmm.
Hidup ini tidak lama
Satu masa
Mak Ayah
Abang Kakak Adik
Kau dan Aku
akan pergi buat selamanya

Berbaktilah kawan
Selagi mampu
Selagi terdaya
Selagi kau bernafas

----------------------------------

Mak
Aku sayang Mak
Kesabaran  & Ketabahan
yang aku miliki
semuanya
di sebabkan Mak

Aku mohon
supaya Allah memanggilku dahulu
sebelum Mak
Supaya aku tidak pernah merasai
dan tidak akan merasai
bagaimana
rasa
kehilangan Mak


I LOVE YOU MAK




06 May, 2016

Monolog #2

Kosong.

Kini sendiri di hari hari ku
Huh.
Keluhan berat
Amat berat
Simpanlah apa yang di rasa
Biarlah sahaja
Apa yang diperlakukan
Redha

Hujan lebat turun
Guruh
Petir
Bagaikan berlawan sesama sendiri
Adakah mereka sama seperti aku
Kasih sayang
Ego dan geram
Berlumba mendapatkan tempat

Hati tidak dapat menampung kesedihan
Mata mula mengeluarkan air jernih
Mungkin mampu untuk aku sorokkan
dalam bingit guruh hujan
Tapi belum mampu sendu itu
aku dapat lindung kan

Hmm
Kenapa berubah
Di saat aku mula mencipta kebahagiaan.
Adakah kau sudah mula bosan
ataupun
Kau sedang selesa
sebab aku di genggaman

Di saat aku bersetuju
Aku bersetuju menerima semuanya
Dan membuat perjanjian dengan diri
akan melakukan apa saja

Semoga ini tidak sia sia

Harus ingat
Aku sentiasa ada selagi kau mengingati
Kini
Aku hanya diam dan memerhati
kebahagiaan mu
Walau apa pun yang terjadi
Senyumlah
Kerna senyum kamu penawar bagi setiap duka ku


27 April, 2016

Diary #13






Dont mistake my kindness for weakness.
Im kind to everyone, but when someone is unkind to me,
weak is not what u're going to remember about me.
You cant even handle half of what I've dealt with.
If you were me, you'd know.
But u're not.
So, dont think you do.









01 April, 2016

Monolog #1



Mereka yang memandangku mulia,
Tak pernah melihat aibku.
Mereka yang menganggap aku bahagia,
Tak pernah melihat duka ku.
Mereka yang menyangka aku kuat,
Tak pernah melihat kelemahanku.
Mereka yang melihat aku sempurna,
Tak pernah mengetahui kekuranganku.

Jujur.
Allah lah yang menyembunyikan semua itu,
Dari pandangan kamu.

Kerana,
Terkadang,
Tak semua hal perlu kau tahu.


26 February, 2016

TGIF.


Kadang kadang kau mesti rasa hidup ini tak adil kan. 
Yang susah makin susah. Yang senang makin senang.
Yang bersusah payah, susah nak hidup senang. 
Tapi yang bersenang senang, susah nak hidup susah.

Kadang-kadang kau rasa kau usaha setinggi bukit pun, masih tidak dapat memenuhi impian sendiri.
Walhal insan di sekelililing kau, usahanya hanyalah selangkah dua, tapi hasilnya mampu buat kau ternganga.

Ini di namakan ujian. 

Bak kata seorang hamba Allah dekat office aku, ujian setiap hambaNya berbeza. kesenangan itu belum tentu dapat meletakkan seseorang itu di atas. dan kesusahan itu belum tentu tempatnya di bawah. Ini semua ujian sama ada kita akan lalai dengan kesenangan ataupun kita akan cepat berputus asa dengan kesusahan. 

Setiap hari aku berdoa supaya aku tidak pernah mengalah dengan kesempitan dunia dan aku tidak akan lalai sekiranya suatu hari nanti aku berpeluang untuk berada di atas. Aku yakin rezeki Allah itu luas. Aku yakin. InshaaAllah. 


















02 November, 2015

Only.

The only things I need right now is
your 'TIME' & your 'EFFORT'


09 April, 2015

Once in a lifetime.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.
Kau berkatilah setiap keputusan kami.
Kau berikanlah kami jalan supaya kami dapat menguruskan segalanya dengan baik.

Kuatkanlah hati kami dengan keputusan ini.
Berilah kami semangat untuk menempuh segala cabaran dan dugaan nanti.
Sesungguhnya kami hanyalah hambamu yang hina.
Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kelak.

Segala yang terjadi adalah ketentuanMu.
yang baik datangnya darimu.
yang buruk semestinya dari kami.

Ya Allah, jika dia ialah jodohku yang telah ditentukan, 
Kau rahmatilah hubungan kami ini.
Jauhkanlah kami dari sifat dengki dan amarah.
Hindarilah kami dari bisikan syaitan yang sentiasa sukakan kemusnahan anak adam.

Amin Ya Rabb.


02 February, 2015

Diary #12


dunia mengenalmu sebagai seorang yang sangat terbuka untuk menerima segala jenis
tohmahan, persekitaran, dan kelakuan.
pada mereka,
perbezaan dan semua perilaku manusia, 
kau boleh menanganinya dengan baik.

jika cacat, kau ditugaskan untuk mencantikkan.
jika buruk, kau disuruh untuk mengindahkan.
jika salah, kau diharuskan untuk memperbetulkan.

tetapi,

bila berlakunya kecacatan,
kau dipersalahkan.
bila berlakunya keburukan, 
kau di pertanggungjawabkan.
bila berlakunya kesalahan,
kau dijadikan punca.

sekelip mata.
sekelip mata segala yang indah tentang kau menjadi buruk.

dunia.
mereka lupa yang kau bukan tuhan.
mereka lupa yang kau hanya manusia biasa.
mereka lupa yang kau juga ada hati dan perasaan.
mereka lupa yang kau juga perlu diberi perhatian.

apabila pohon yang selama ini berada di sisi,
tidak lagi mahu melindungi diri kau,
tidak lagi mmepercayai kata kata kau,
tidak lagi memahami tingkah laku kau,
tidak lagi mendengari cerita kau,
tidak lagi ingin menyelami hati dan perasaan kau,
apa lagi yang patut kau lakukan?

kecewa. sedih. terkilan.
satu perasaan yang kau paling benci dalam dunia.
sangat berbeza dengan perasaan marah. 
bila datang perasaan itu, 
kau boleh tunjukkan pada semua, sekeliling kau, pada dunia 
yang kau memang marah.

tapi,
bila kau kecewa, sedih, terkilan,
kau hanya mampu sorokkan perasaan tu jauh ke dalam hati kau.
kau tak mampu nak buang dan tunjuk pada sesiapa.
sebab rasa itu sangat halus dan kecil untuk di beritahu pada semua.

walaupun,
kesannya tidaklah sekecil rasanya.
sakitnya tidaklah sehalus rupa.
tapi apabila rasanya di biak
ia mampu menghitamkan perasaan dan jiwa.

di satu tahap dan ketika
kau sudah tidak mampu lagi hidup untuk mendengar 
anggapan dan pendapat dunia

pada mereka apa yang kau lakukan salah,
tapi apa yang diperlakukan terhadap kau, itu lumrah.

tapi bagaimana pula dengan pendapat kau?
tanggapan kau? perasaan kau?

adakah bagi mereka penting untuk mereka mengambil kira?


16 September, 2014

You.



Dear You,
I don't care what car you drive.
Where you live.
If you know someone who knows someone who knows someone.
If your clothes are this years cutting edge.
If you are A list or B list or never heard of you list.
If your trust fund is unlimited.

I only care about the words that flutter from your mind.
They are the only thing you own.
The only thing I will remember you by.
I will not fall in love with your bones or skin.
I will not fall in love with the places you have been.
I will not fall in love with anything but the words that flutter from your
extraordinary mind.

sincerely,
me

03 September, 2014

730 days.

730 days. Congratulations to us! hihi. two years. ada setengah orang akan cakap "elehh. baru dua tahun" setengah orang lagi akan cakap, "fuyooo. dua tahun dah?!"

whatever people say, for me its a long journey for us. untuk tujuh ratus tiga puluh hari ni (saje nak nmpak lama, kira dalam hari :P) pun aku agak tercungap cungap nak jaga *hahaha* apatah lagi yang dah enam tujuh tahun bercinta. gua memang salutee lu orang beb! tabik toing toing. 

its normal bila bergaduh, bertekak, bermasam muka, merajuk, rasa mcam nak buat something stupid. hehe. bila ingat balik, macam kelakar plak. im 26 this year and cant stop acting like a child but this is love people. hahahaha. you cant have a relationship without any fights, but you can make ur relationship worth the fight. 




ada orang kata, persamaan itu kunci sesuatu hubungan. ada jugak yang kata, perbezaan yang akan membuatkan hubungan kita kekal lama. hmmm. mana satu ni? sepanjang dua tahun aku kenal si dia ni, 90% is perbezaan. haha. 
  • aku suka coklat, dia suka selain coklat. 
  • dia suka sukan (bola, badminton, futsal), aku tak minat. 
  • aku suka duduk rumah melayan perasaan, dia tak boleh walaupun sejam, mesti nak keluar. 
  • dia suka bersosial jumpa orang sana sini, even baru seminit jumpa makcik jual aiskrim tu pun dia boleh tau makcik tu tinggal mana (hahaha), aku? amatlah susah. sebab tu aku tak suka marketing. tp once aku dah kenal, aku yang jadi tak tahu malu. lambat skit network aku berkembang :)
  • aku tak suka window shopping. jenis aku, ada duit baru jalan. takde duit aku tak suka letak harapan. tapi dia, hehe. suka! suka sangat jalan2 tgok barang, survey dulu, jalan lama2 pun takpe. (aku tau ini pelik. sebab patutnya terbalik kan. hahaha)
  • dia suka orang ramai-ramai. aku suka orang sikit-sikit
  • dia suka iphone. aku suka selain iphone
  • aku seorang yang pendiam, bercakap bila perlu. datang mood aku nak cakap memang nonstop. dia lebih banyak bercerita, bercakap, mengomel :P
  • dia lebih tenang. aku cepat gelabah. risau tak tentu pasal.
banyak lagi kalau nak list. tp ni yang paling ingat. hahahaha *mampus aku kalau dia baca ni* :P


to the person i love most, thank you so much.
terima kasih sebab terima saya seadanya, susah senang saya awak ada dengan saya. 
kecik besar cantik buruknya saya awak tak pernah pertikaikan. salah silap saya awak tadahkan aje :D 
I cant promise you a perfect relationship but what I can promise you is that 
as long as we're trying, I'm staying. 
Please stay by my side and be my other half, my soul, my heart, 
my husband to be, my motivator & my best friends. 
Happy 730 days sayang. 


26 August, 2014

My other half.


Saat aku rindu kamu,
Mentari tak ku sedar kehangatannya,
Langit tak sebiru selalu,
Semilir angin pun hilang,
Bulan tidak memantul cahayanya . .

Saat aku rindu kamu,
Burung tidak lagi berkicau,
Pohon hanya berdiri kaku,
Dedaun hilang hijaunya,
Mawar kuncup tidak berkembang . .

Saat aku rindu kamu,
Nafas ku bagai tersekat,
Jantung ku lemah berdenyut,
Senyuman tidak lagi seriang selalu,
Minda tersesak mengenangkanmu . .

Semua hadir pada . . Saat aku rindu kamu . .

Kau tidak jauh dariku,
Dekat . .
Sangat dekat malah . . hmm . .

Namun kini aku merasa kau jauh dariku,
Sangat . .
Tapi perlu kau tahu
Kini, cinta dan rinduku masih tetap seperti dulu

Semoga waktu dapat menjawabnya . .
Aku sentiasa mendoakanmu Sayang.





12 May, 2014

All of me

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh





giving up doesn't mean you are weak
sometimes it means
that you are strong enough to
let go.

07 March, 2013

Diary #8





I do a lot of thinking before I go to sleep.

I play scenes in my head.
I practice the things I want to say.
I have endless 'What IFs'
I make plans for the next day.
I think of all the people I miss.
I think of all the one I hate.
I ask myself a lot of questions.
Im thinking of YOU.


04 March, 2013

Diary #7



makin lama makin susah plak nak faham. 
as long as boleh bertahan, im okay. malas nak fikir. ikot je senang. 


lutut rasa semacam. tak boleh jadi ni. 
muda lagi kot, takkan sakit lutut! kena buat sumthing.








25 February, 2013

Diary #6

Haiii. HAiiiiii. Haloooooooo!!!!
Eksaited nak mampuihh! lama gila tak online. hewhewhehwhew.

sorry geng, fans fanss sekaliannss. hihii. akibat masa yang sangat limited, aku takde masa lansung nak bukak lappy. hari ni aku cuti plus aku malas nak pegi memana, so boleh la update. penat aku vacum kukunatshake ni tadi. sarang kelawor pun ade -.-''

ekcelii, aku dah tukar kerja. skang tak kerja kat peghokk lagi. buat masa ni aku masih dalam proses menyesuaikan hati nurani dengan environment baru ni. so far hokey jah. first time aku jumpa boss, rasa nak menangis je. muka garang kot. cam kerek kerek sikit. lelaki plak tuh. dalam hati jangan kata la. cuak nak mampus. tapi first day je lah. lama lama tu okay dah. muka dia je garang, tapi bila bersembang, takde la takut sangat. halaahh. macam aku. muka je kerek sikit. hati baheekk meyhh. HAHAHA.

berapa lama aku akan stay kat sini, aku pun tak tau lagi. depend. tapi yang paling okay nya skang kan, yang paling okay laa, hmmm, dah dekat dengan kengkawan. kengkawan tau! hihihi. macam dulu, sebulan sekali baru aku turun sini. sekaranggg, evryweek! hahaha. tetapi! aku takde niat pung tau nak carik keja kat sini sebab nak dekat dengan kengkawan. dah dapat. aku nak buat camne kan. kan. kan.

skang dah senang nak jumpa. haritu dapat lepak ngan pa'a & pipah. pipah pun dah nak kawen hujung tahun ni. lagi la ktorg eksaitedd nak cerita pasal preparation dia. hihihi.

paling shuwitt, ada sekali tu, Mr, ogy ngan adam, tetbe dah terpacak kat tempat kerja aku. woww! :P surprise. surprise! menjerit aku kat situ. bukan mengada2 nak jerit jerit bagai, tapi dorang yang aku kenal memang bukan jenis yang rajin hokay. kebiasaannya, aku yang pergi kat dorang. aku. betol tak? betol ke tidakk??? sape yang berani bangkang, meh sini habaq mai :D

tapi aku taknak tunjuk terharu sangat, aku cakap la 'alaahh, sbb aku skang dekat. tak terkejut sgt la kan. kalau surprise masa aku kat perak tu, sumpah aku menangis!' hahahaa.

well. tak banyak sangat nak cerita dalam sebulan ni. doakan aku baik baik saje kat sini okay. nasib, kawan aku masa sekolah dulu pun dapat kerja kat tempat yang sama jugak. hihihi.

chiawwww. miss you!


16 January, 2013

Diary #5

yeahh! akhirnya account tally sudey. tapi ada lagi sikit nak kena settle. then boleh submit ke audit firm. suka makcik! lepas ni boleh smbung balik edit gambar yang bebanyak tuh. hihihi.

btw, aku nak share sumthing sebenarnya. boleh dikatakan sebagai paksaan jugak la ni. haha.
abg aku dah start nak buat online business kecik kecik an. memang baru sangat nak mula. so sesiapa yang berminat nak tengok, korang boleh bukak website ni


then boleh la like page ni sekali,


barang memang sikit je ada. nama pun baru nak mula kan. setakat ni dorang jual tudung dulu. nanti, ada la tu tambah tambah barang.
ni aku yang tukang promote pun bukan dapat komisen pung. kedekut tol.

tengkiu uollss :D


bila tengah musim pendebungaan ni, baru la aku rasa apa yang kawan kawan aku rasa dulu. bila dorang duk mengadu itu ini, aku pun dengan rasionalnya memberi nasihat secara logik akal. macam macam la aku advice ; mungkin laki kau macam tu, macam ni, tapi sebenarnya takde apa pun. semuanya okay je ekk. ekk.
sekarang bila kena batang hidung sendiri, hamikk kau. dulu rasional la sangat. logik akal lagi. cuba nasihat kan diri sendiri macam mana kau buat dulu. hahaha. kelakar betol. kan. kan. 
kalau dorang baca ni, mesti dorang mengutuk aku; padan muka kau. dulu dr.cinta sangat. rasakan. hahahaa. haihhh. hidup katakan.

10 January, 2013

Diary #4

berdenyut denyut kepala aku mengadap account comp. ni! aku dah tak larat dah wehh. tolong la sayaaaa -.-
benci betol bila account tak tally. aku yang pening nak carik! cari secara manual plak tuh. 
dah habis kerja kat opis, malam kena kerja part time plak kat kedai mak aku tu. hadoiii. seriously rasa macam nak shut down kejap diri ini. patot la kakak yang kerja sebelum aku ni nak berenti before hujung tahun. pasal ni la agaknya! haihhh.

dah. melalut banyak sangat pun tak guna. bukan boleh membantu pun kalau aku membebel bebanyak. bai.

cramp!