Dia teman juga sibuk mengejar kejayaan
Dia yang menemani semakin dikenali semakin meningkat semakin sibuk
Aku?
Di mana?
Aku
Di sini
Masih dengan dunia aku
Masih dengan cerita aku
Cuma kemeriahan
Gelak tawa yang dulunya selalu membuat mereka tersenyum
Kini hanya membisu
Di tanya sepatah jawabnya sepatah
Pelik? Kenapa aku berubah?
Keceriaan yang dulu kian pudar
Hanya mampu perhatikan dari jauh
Tangan terus menerus menulis luahan
Bukan seperti mereka yang hebat berpunjangga
Aku, sebatang pen dan sebuah buku
Di simpan rapi
Ada masa aku tulis
Ada masa aku hanya memandang seolah mata yang berbicara segalanya
Satu kelemahan bagi aku,
Gagal buat mereka yang aku sayang
Tersenyum, Ketawa, Bahagia
Tiada istilah sepi, air mata atau keseorangan
Kerana
Hadirnya aku, aku berusaha membuat mereka tersenyum
Tapi harus diingat itu semua sementara
Walau hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah,
akan terputus juga.
Siapa bilang jika sudah berkahwin tiada istilah perpisahan?
Kematian adalah perpisahannya
Tunang tidak semestinya dialah jodoh buatmu
Pasangan itu tidak kekal
Kerana Dia yang Maha Esa tahu segalaNya dan semuanya sudah ditulis
Redhakanlah setiap perpisahan
Mungkin saat ini kau menjadi teman
Mungkin saat ini kau yang diperlukan
Tapi satu masa
Kau akan menjadi kenangan buat dia
Mungkin dia sedang melakar kebahagiaan dia sendiri
Siapa tahu
Setiap orang mempunyai perancangan masa depan untuk yang lebih baik
Tapi harus diingat
Rancanglah saham buat akhiratmu
Supaya yang ditimbang itu berat kepada amalan bukan dosa
Berdoalah supaya amalannu sentiasa diterima
Niatlah keranaNya
Andai kau pernah disakiti oleh insan yang bernama manusia
Itu wajar kerana kau dikurniakan hati
Hati untuk merasa
Hati itu benda ghaib yang tidak dapat dilihat
Bayangkan jika setiap kali disakiti ia berdarah
Apa akan jadi? Berkecai lembik memek
Siapa yang mahu lihat?
Kau. Sanggup?
Hanya air mata sahaja yang dapat melegakan
Tapi lebih indah pada sejadah tempat kau bersujud
Aku doakan kau sentiasa kuat tabah dan sentiada dalam jagaaNya
Tidak kira siapa pon kamu,
Teman Kawan Sahabat
Aku sayang kalian
Ini bukan cerita novel
Bukan ayat untuk minta simpati
Bukan ayat untuk menarik perhatian
Tapi ayat untuk engkau insan yang aku sayang
#copypaste
0 comments!:
Post a Comment