hallo saudala saudali cikebom cikebom. ehh. assalamualaikum . .
saje
sempena bulan puasa yang mulia ini saya ingin share sumthing yang
sangat general, cuma kadang kadang kita terlupa atau buat buat lupa
tentang tatatertib di bulan puasa.
mungkin ada yang akan kata ;
alahh. bulan puasa je kau macam tu, dah raya, balik perangai lama.
kita memang takkan jadi sempurna. tapi, apa salahnya kita ambil peluang di bulan puasa neh untuk mengisi lompong lompong/ lubang lubang yang dah lama sebati dalam diri kita. sikit sikit, lama lama kan membukit?
bagi aku, kalau kita tak mampu nak kutip pahala solat terawih pada setiap malam. confirm ada yang tak dapat nak pergi setiap hari kan. mengaji atau sembahyang sunat mungkin. yang wajib pun kadang kadang tak tertunaikan. why not, kita jaga pahala yang kecik kecik neh sebab aku rasa sangat mudah untuk kita dapat. macam adab berpuasa. kalau kita boleh control, aku rasa takde masalah untuk kita dapat keberkatan bulan ramadhan tu :)
Doa ramadhan.
‘’Ya Allah,
jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan
keredhaanMu serta keredhaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan
keberkatan, demi kenabian Muhammad s.a.w dan keluarga baginda yang suci dan segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’’
Adab berpuasa di bulan ramadhan.
Menjaga
lidah daripada menipu, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada
kena mengena dengannya.
Memelihara
mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh
syarak dan yang sia sia.
Mengawal
perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur
syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan
pemakanan yang halal dan bersih.
Berusaha
menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada melakukan maksiat
dan perkara yang sia sia. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’,
sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia
bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh.
Jangan
membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan
bersederhanalah pada kedua duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.
Jauhkan
diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis
makanan. Sebaik baiknya, adat makannya sama sahaja dengan bulan bulan yang
lain. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk
taat kepada Allah s.w.t
Tidak
menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan ramadhan. Bahkan mengambil
kesempatan bagi beribadat kepada Allah s.w.t dan mengingatiNya.
Mempraktikkan
amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah
kurma, serta melambatkan makan sahur.
Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
Melalui hadith yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :
"Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan"
"Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan"
Huraian Hadith :
Orang yang berpuasa disunatkan
segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh
hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
sama sama kita berusaha ke arah yang lebih baik okay? :)
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.
0 comments!:
Post a Comment