22 July, 2012

Kini.

sudah dua hari kita berpuasa. dah dua hari jugak lah aku tolong mak aku kat bazaar. fenattt nak mampuihh. masa tolong mak aku kat kedai, hari hari balik pukul 12mlm ke atas. then aku on9 sampai pagi, bangun esok plak tengahari *hihihihi* lepas tu terus siap pegi kedai. macam tu la jadual aku seharian.

sekarang bila kedai tutup sebulan sbb puasa, pindah plak penat tu kat bazaar. jadual ada kasi tukar sikit. ammakk. hari hari paling lambat aku boleh tido sampai pukul 9pg je sebab aku kena buat kuih. kalau tahun lepas, tugas adik aku yang kena buat kuih neh. tapi tahun neh dia dah amik job tolong mak aku masak. so buat kuih aku yang kena take over. haihhh. 

dah isi semua barang kat dalam kereta, mandi, siap siap, gerak pegi bazaar. itu satu hal. kalau lambat sikit je dah sesak kat dalam. sempit gila nak masuk kereta hantar barang. tahun lepas takde sempit gini. duduk la kat bazaar sampai berbuka. dah balik rumah, bukan boleh tido terus. kena kemas rumah dulu, baju banyak tak berlipat, bekas bekas lauk tadi semua nak kena settle. dapur? masyallah. hihihi. bila dah siap semua, mandi bagai, online la pulop. hahaha. tetapi! line tenet macam harreemmm. super duper lembab yang amat *menunjukkan tahap kelembapan* biasanya line akan jadi laju bila jam menunjukkan pukul 3pagi dan ke atas. masak la aku nak berjaga smp pagi. kalau jaga kedai, takpe lah. boleh bangun lambat sebab kedai bukak petang. neh bazaar kot. aku kena bangun pagi dah skang. kenapa aku rasa macam sibuk semacam je hidup aku skang :l

mencabar tahap kewarasan betol sebab aku susah nak update belog bila line macam siput! nak bukak fb & twitter lagi la macam nak gila lembab nya. arghhh. saje je bulan2 pose neh nak bagi aku hilang pahala. dah la. lagi banyak aku mencarut kat sini, lagi banyak dosa plak aku buat kang :P sabar itu kan separuh dari iman? :)




Everything God created has its purpose. 
He made things the way He sees it. Perfect.

21 July, 2012

Ramadhan.

hallo saudala saudali cikebom cikebom. ehh. assalamualaikum . .
saje sempena bulan puasa yang mulia ini saya ingin share sumthing yang sangat general, cuma kadang kadang kita terlupa atau buat buat lupa tentang tatatertib di bulan puasa.

mungkin ada yang akan kata ;
alahh. bulan puasa je kau macam tu, dah raya, balik perangai lama. 

kita memang takkan jadi sempurna. tapi, apa salahnya kita ambil peluang di bulan puasa neh untuk mengisi lompong lompong/ lubang lubang yang dah lama sebati dalam diri kita. sikit sikit, lama lama kan membukit?

bagi aku, kalau kita tak mampu nak kutip pahala solat terawih pada setiap malam. confirm ada yang tak dapat nak pergi setiap hari kan. mengaji atau sembahyang sunat mungkin. yang wajib pun kadang kadang tak tertunaikan. why not, kita jaga pahala yang kecik kecik neh sebab aku rasa sangat mudah untuk kita dapat. macam adab berpuasa. kalau kita boleh control, aku rasa takde masalah untuk kita dapat keberkatan bulan ramadhan tu :)


Doa ramadhan.

‘’Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredhaanMu serta keredhaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhammad s.a.w dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam’’


Adab berpuasa di bulan ramadhan.

Menjaga lidah daripada menipu, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.
Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia sia.
Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal dan bersih.
Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada melakukan maksiat dan perkara yang sia sia. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh.
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.
Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan. Sebaik baiknya, adat makannya sama sahaja dengan bulan bulan yang lain. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t
Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan ramadhan. Bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah s.w.t dan mengingatiNya.
Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah kurma, serta melambatkan makan sahur.


Melalui hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :
"Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan"

Huraian Hadith :
Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.

sama sama kita berusaha ke arah yang lebih baik okay? :)
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

19 July, 2012

Seru.

bukan kekasihku seru ya. ini seruan namanya. sudah sampai seru untuk nenek aku pergi melancong ke mekah selama 31hari 30 malam. bestnya kalau aku dapat ikot. nak tunggu kumpul duit sendiri, 20 tahun pun belom tentu cukup. kalau cukup confirm kena hantar mak abah dulu. hihihi. insyallah, satu masa aku mesti pegi. semoga dipanjangkan umur :)

nenek aku punya flight hari rabu pukul 5 petang. memandangkan mak aku still bukak kedai on tuesday, so rabu tu, pagi pagi dah kena gerak pg kl. penat, mengantuk jangan kata la. hari selasa tu sampai umah dah pukul 12 lebih. tido pukul 2 lebih. pastu, pagi pagi dah kena bangun nak pg kl pulop. takpe. demi nenek aku, ku gagahkan jua untuk bangun pagi. hahaha.










kalau orang cakap aku neh gila camera sebab suka sangat tangkap gambar, adik aku jijah neh lagi gilooo. fenatt aku nak melayan camera addicted neh. baru kau tau macam mana org layan kau sebelum neh. hahahhaa.

patotnya flight pukul 5ptg, tiba tiba delayed pukul 6ptg. aku dengan sakit perut nya, laparnya. takpe takpe. sabooo. kita nak hantar orang pg umrah neh, behave sikit. hihihi.

dalam pukul 5ptg tu, nenek aku dah kena masuk dah. bermula lah sesi berair mata. aku? cover babe. mana boleh tunjuk. kihkihkih. nenek aku bukannya pegi sorang. dorang pegi berlima. Pak long, Mak long, Pak Lang, Mak mertua Pakcu aku, Mak Pak Long aku.


babai opah. nanti raya kita jumpa.
tau aku mintak nenek aku doa apa?
hikhiks.
aku mintak nenek aku doakan moga
di permudahkan, di perelokkan & dipercepatkan jodoh.
hahahahha.

sebab adik aku bising suruh kawen cepat. dia taknak langkah bendul. nanti aku mintak macam macam. op coz laaa. confirm aku mintak sepersalinan sekuku sekaki sebadan rantai, gelang, cincin, gelang kaki, subang. EMAS ye semuanya. celup tak main. hahahaaa. memang tinggal bulu tiak adik ipar aku :P






comel dopp? comel macam aku kan?
hahahaahahaa.
inilah anak sedara saya.
Mohd Hirzu Lutfi. nickname Hiju / Iju.
nama anak punya panjang. nama ayah pendek je. Azman.
gerrammmnya aku ngan dia nehh. rasa nak gigit gigit je!



















 The best gift you can give is a hug. 
One size fits all, and no one ever minds if you return it.

18 July, 2012

The making.

tarraaa! kukunat sudah pakai baju baru. santekkk tak? hihihihi. sangat teruja nak update hari hari sebab dah cantik. hahahaa.

macam yang korang sedia maklum, aku sudah tukar nama belog kepada kukunatshake.blogspot.com. kenapa aku tukar? sebab tiba tiba aku rasa tak secure guna nama sendiri untuk belog neh. hihihi. so, masa aku plan nak tukar nama tu, aku tanya semorang, okay tak kalau aku nak tukar? dorang kata okay jahh.

bila dah okay, masalah plak nak pakai nama apa. aku nak amik coconut/kukunat je sebab itu nama mirc aku masa kat uniten dulu, tiba tiba kikio cakap ada org dah pakai nama tu. so aku mintak la pendapat dekat manilacard yang lain. aku cakap, yang penting aku nak ada 'kukunat/coconut' tu. macam macam la dorang suggest. nama yang merepek pun ado. hahaha.

at last, yaya petik satu nama, kukunatshake. hmmm. okay jugak. yang lain pun kata nama tu okay. sekali aku try tukar, successful babe! takde orang pakai lagi nama tu. yeahhhh.

then come another problem, header aku macam tak kena dengan nama baru. masalah la neh. sapo nak edit neh haaa. takkan aku nak suruh kikiok lagi. dah la dia tolong for free dulu. kawan tu kawan jugak, kesian plak kat dia. macam takde kerja lain dah asyik nak make ober blog aku je. hihihi.

ini template lama aku yang kikio tolong editkan dulu.
sila klik ---> lama punya
untuk entry yang berkaitan.





nak dekat setahun dah aku guna template kau neh kikio. aku tukar design baru bukan sebab kau punya tak cantik tau. aku tukar sempena nama belog yang sudah dibarukan. hihihi. 

bermula lah pencarian aku untuk mencari blogger2 yang mengambil tempahan blog design. aku nak buat sendiri aku tak pandai. jadi, kenalah carik yang pakar. jenuh aku carik, semua bz. sebab kebanyakan yang buat part time blog design neh masih student. masa tu dorang tengah bz dengan final exam, assignment lagi. so agak payah jugak aku nak carik neh. aku ada jumpa satu dua belog yang boleh amik order, tapi mahal sangat la babe. tak mampu makcik. :(

carik punya carik, finally, aku jumpa satu belog yang still open utk order blog design. aku pm dia kat fesbuk. mintak mintak la dia reply. fuhhhh. nasib baik dia respon cepat. bila bincang tentang harga, design semua, dia setuju utk design blog aku plus harga sangat la berpatutan. hihihihi.

bermulalah perbincangan kami tentang design yang aku nak. so, aku pun bagi contoh la blog blog yang aku berkenan then aku taknak serabut sangat. background aku nak hitam & entry aku nak dia nampak besar.

dia pun buatlah blog aku step by step. sangat cepat ya dia buat. aku pun terkejut. tengah malam aku request, esok pagi dah siap. macam tu la seterusnya. mula mula dia buat header dulu. aku nak shout combine sekali dengan header, so dia bagi contoh yang ini dulu ;


aku macam tak berkenan sebab too simple. sebab aku punya body dah simple, kalau
boleh aku nak fokus kat header la.
then aku mintak dia tukar font 'kukunatshake' tu
supaya tak sama dengan font 'shout'
bagi nampak lain sikit plus
warna pink untuk shout tu nak gelap sikit.
terang sangat le pulop.

aku ada mintak dia buatkan kartun/doodle kat header.
sebab nama belog aku kan kukunatshake.
aku nak doodle perempuan tengah minum kukunatshake.
hihihi. demand plak aku kan :D


lepas tu dia draft design yang ini plak ;


okay tu dah okay dah, memang cun dah dia pakai font 3D tu. just aku pun tak sure apa yang tak kena kat header dia. tapi aku dah tanya, kalau dah pasang, tiba tiba nampak tak cun, still boleh adjust kan. dia kata boleh :)

sementara aku nak tengok header ni sesuai tak dengan body, dia cantikkan body belog aku dulu. ada la aku adjust sini sikit, sana sikit, macam kotak untuk title entry & side bar, space post entry. bila aku dah puas hati dengan semua tu, baru aku tengok balik header. aku rasa macam dah okay. rasa macam ada yang tak kena. haihhh. macam mana neh.

tapi aku masih ada seminggu untuk adjust kalau ada pape yang aku nak tukar. so, dalam masa seminggu tu, aku tanya semorang, okay tak design baru. ramai yang tak berkenan dengan header. bila aku tanya apa yang cacatnya, dorang plak tak sure kat mana. ke aku kena tukar font?

so, aku roger balik designer belog aku neh. takot jugak nak adjust, mana tau dia bz nak buat belog lain ke. tapi dia kata boleh kalau nak tukar. aku cakap la macam ada yang tak best kat header. aku mintak dia tukar font. dia tanya plak aku nak font macam mana. aku pun tak tau nak kata. hahaha.

sudahnya aku bagi contoh design font, mintak dia buat macam tu. dia kata dia cuba sebab font 3D susah sikit. dekat seminggu aku tunggu, dia tak update pun apa apa lagi. aku dah risau. nak tanya ke tak? banyak kot blog dia kena buat. kalau aku tanya macam push plak.

akhirnya, aku tanya jugak, kalau dia bz, aku tak kisah kalau stick dengan design lama. bukannya buruk pun. okay dah. maybe colour dia je. lepas tu dia reply, dia kata dia baru bukak sem baru, so memang bz sikit. halamaakkk. sorry. saya tak tau. hihihii. takpe takpe. take ur time. saya okay je. lambat sikit pun takpe :)

tengok tengok, esoknya dia dah bagi draft design yang baru. alaaa. mesti dia terkejar kejar nak buat. me so sorry mehh. 

ni la design baru yang dia bagi ;


jujurnya aku suka dengan design neh. hihihihi.
tapi untuk menguatkan lagi rasa suka aku neh, aku tanya yang lain.
nasib baaiikkkk, dorang suka jugak. lega makcik.
takpayah tukar tukar dah :)

apa yang korang tengok skang, ini lah hasilnya! berani la cakap tak cantik. tumbuk kang.

di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wan sebab sudi men comel kan belog saya. sorry kalau saya ni cerewet ke, banyak sangat demand. saya sangat suka dengan hasil & cara kerja wan. thanks!

kalau korang nak mintak wan tolong design kan belog korang, pegi la carik dia kat wanhazel.blogspot.com

babai.

17 July, 2012

oh remaja.

Resah, gelisah. seraut wajah itu termenung jauh.

'orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang je'

sekeping hati bermonolog. monolog itu ditujahi prasangka,
'aku tak cantik ke?'
 'aku kurang bergaya ke?'
 'ataupun pasal gaji aku yang tak seberapa?' 
'aku tak pandai meng'ayat' agaknya'

mungkin itulah kerisauan yang memberat diminda remaja yang belum berpunya. rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki dan dimiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. apa yang penting, 'aku dapat'

melihat remaja yang merana kerana cinta walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. tidak pernah serik. diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta. semua batasan-Nya diredah segala.

oh, remaja!

cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. semuanya dah dirasa dan terbiasa. nak rasa nikmatnya apa lagi? anak anak menjadi mangsa. terimalah ia sebagai hukuman di dunia. amat pedih. namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah.
jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita cita. usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

begitu juga buat saudara yang belum berpunya. 'first thing first'
Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. kenali priority anda sekarang. jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. ingat, pastikan waktu nak berusaha itu, anda betul betul sudah bersedia.

memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat payah dan penuh cabaran. jangan putus asa. rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. teruskan berusaha!

ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? dengan sms siang dan malam? atau bergayut di telefon memanjang? ataupun ajak keluar makan dan menonton wayang? begitukah?

seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. pepohon berduri sanggup diredah, curam, jurang sabar ditempuh. namun, apabila memiliki, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering sahaja. kosong.

begitulah perumpamaan, sia sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk yang betul.

beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. ianya urusan yang pasti. apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatnya cara mulia atau sebaliknya. 
Wallahu'alam.



15 July, 2012

Me on diet.

Disebabkan aku terpaksa mencapai berat maksimum sebanyak 60kg sebelum bulan 12 neh, nak taknak aku kena usaha kurangkan makan dari sekarang. kalau tak mampus aku!

jadi, disini aku nak share 10 makanan yang boleh membantu membakar lemak dabel tripple layer kat badan kita neh. kalau pakai baju pun nampak tak cantik kan. berdiri okay la. try kau duduk sekali. hamikk. tu pasal selalu letak beg kat peha. nak cover perut. miahahahaa.

yang pertama : Bawang putih.
seperti yang kita tahu orang kata kalau makan banyak bawang neh akan menyebabkan kentot busuk la, ketiak busuk la. tapi aku tak sure la bawang apa yang busuk tu. ke semua bawang kita makan busuk? biaq p la.
tetapi! bawang putih ni mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dari lemak yang tidak sihat. kau tahu? confirm tak! minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak plus dia jugak berfungsi membersihkan badan dari dalam. membersihkan badan je okay. bukan membersihkan kau dari dosa. hahaha.

yang kedua : Epal.
haa. kalau epal, aku memang takde masalah nak follow. epal kot! sedap dan senang aku nak hadam. kihkihkih.
epal neh mengandungi bahan kimia yang dipanggil Pectin. tapi Pectin ni tak semestinya ada kat buah epal je. buah buah lain pun ada jugak. serat Pectin ni merupakan senyawa polisakarida yang boleh larut dalam air dan membentuk cecair. so, cairan ini dapat berfungsi sebagai pelindung yang melapisi dinding usus. mean terlindung dari luka atau toksin kuman yang berlebihan.

yang ketiga : Kacang soya.
dulu. dulu lahhh. soya neh feberet aku. lagi lagi bulan puasa. memang wajib beli air soya selain tebu. tapi aku pun tak perasan sejak bila aku dah stop dan macam tak berapa suka dah minum soya. aku tak ingat sejak bila.
kalau korang taknak telan kacang soya mentah mentah, korang gantila dengan air soya. tapi jangan la buat manis sangat. serupa tak payah diet kan sebab kacang soya neh mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembetukan lemak.

peringatan : pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini. (sumber : 
Kim, Lin Keong (2005), Kacang soya & kesihatan wanita. 
Majalah Rapi, edisi 1 october 2005, bil 29)

yang keempat : Buah sitrus seperti Limau, Oren dan Lemon.
kalau yang ini takpayah disuruh, semua orang suka. kecuali sorang kawan aku, dia sangat tak suka buah sitrus neh sebab ada biji. semua buah yg ada biji kecik kecik macam oren, betik, bali, semua dia tak suka sebab dia geli. hahahaa.
buah sitrus neh mengandungi vitamin C atau lebih dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembetukan lemak *macam biasa lah*

yang kelima : Asparagus.
ini adalah sejenis sayuran hijau ya tuan puan. sangat sangat menjadi musuh aku tau. tapi mana tahu korang suka. bedal ajelah.
benda alah ni mengandungi kimia 'asparagin'. ia sejenis alkaloid yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang. asparagus ni kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. so, bila korang makan asparagus neh, then nak terkencing. nanti air kencing akan mengeluarkan bau yang lain sikit. tapi jangan risau. itu good impact. sebab, itu menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. haa, korang mesti suka point neh. jus asparagus boleh membantu masalah jerawat dan membersihkan kulit. tapi sanggup ke aku minum? iyeekkkkk!

yang keenam : Tauge.
feveret aku tau tauge campur kucai dengan fishball or fishcake masak kicap. pehhhh. terliur dah neh! tapi walaupun feberet aku, tak semestinya semua makanan bila campur tauge aku makan. contoh macam mee goreng, kuewtiaw goreng ke apa apa goreng la. adalah pantang sekiranya dicampur dengan tauge. macam tak matching je aku rasa. hihihi.
biasanya orang pandang sebelah mata je tauge neh. macam sayur murah je, tauge? apa class. tapi kau tau nyah, tauge mengandungi banyak khasiat tau terutamanya vitamin C yang kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme. tauge jugak dapat menghindarkan kita dari terkena kanser payudara. haa. point neh korang suka punya! tauge dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. kira macam tauge neh dapat membantu menghasilkan sperma yang lebih baik dan mengekalkan kesuburan telur yang dihasilkan. ehhh. apa aku cakap neh? tak lucah kan. general knowlegde kot. kompom partner yang baru kahwin, hari hari letak tauge kat tepi katil lepas neh. hahahaha.

yang ketujuh : Lobak Merah.
me hate carrot so much! carrot susu pun aku tak suka. yekkkk! tapi mungkin purata yang tak suka carrot macam aku neh 10% je, aku share la jugak ehh.
Lobak mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan untuk membuang sisa lemak dengan cepat. tapi mesti khasiat yang paling fofular pasal lobak yang selalu kita dengar, ia dapat membantu mengurangkan masalah rabun. especially rabun malam. yes, aku admit aku memang rabun. tambah kritikal bila drive malam. kalau masa tu hujan, lagi la nazak kaww. aku ada spec tapi taknak pakai. kenapa? sebab tak biasa pakai. rasa low confident pakai spec. hahahaa. nak pakai contect lens, takoot. tapi walaupun aku sedar aku rabun, aku tetap tak suka lobak. senang cite, sebenarnya aku neh tak makan sayur. hihihi.
so korang boleh makan lobak neh mentah mentah. takpun minum air lobak sehari sekali. tapi, hati hati, jika terlampau banyak minum or makan lobak terutamanya kanak kanak, dorang boleh jadi hyper active dan susah dikawal pergerakan nya.

yang kelapan : Seleri.
seleri ni sama la dengan daun sup yang kita selalu letak dalam makanan kita tu. sejenis sayur berbatang lembut. ia mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi. khasiat utama, seleri dapat mengurangkan tekanan darah. cara paling mudah, korang boleh potong halus halus daun seleri tu, then campur sedikit gula dengan air. nak lebih berkesan? minum tiga kali sehari.

yang kesembilan : Timun.
timun. selalu sangat kita jumpa dalam makanan. kalau pegi dekat kedai makan, order nasi goreng, tak sah kalau dorang tak letak timun.
Timun mengandungi sulfur dan silikon yang juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik. tapi aku tengok ada setengah kawan kawan aku memilih timun. kira, tak semua timun dorang bedal. kadang kadang ada yang pahit sangat. tak boleh nak telan.

yang kesepuluh : Tomato.
yang terakhir, tomato. sangat fofuler dikalangan kawan kawan aku. pantang jumpa tomato, dorang makan masa tu jugak. aku pun tak tau la sedap mana tomato tu. tapi ada jugak yang guna tomato letak kat muka. timun pun ya jugak. boleh cantik ke letak kat muka? aku tengok muka macam tu jugak. tak berubah pun. hahahaa.
antara khasiat tomato ; Tinggi vitamin C dan asid citricmalic - oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.

jadi, itu adalah sepuluh contoh pemakanan sihat. banyak lagi sebenarnya. larat plak aku nak letak semua kat sini. even setiap satu point tu pun banyak lagi khasiat dia yang aku tak list kan di sini. semua dah besar. pg google sendiri p.

semoga kita dapat menurunkan berat badan sama sama okay!
happy for sharing :)


An apple a day keeps the doctor away.

14 July, 2012

Its just a number isn't it?

hari jumaat 13hb aku tengok calendar. ehh. esok 14hb laa. macam familiar je 14hb 7 neh. hari apa ehh. jenuh aku pikir. ada apa esok? ketepek! hari jadi dida laaaa! haiyooooo. 

hahaha. tipu je. takde la jenuh aku pikir. tengok date 14 je dah ingat kau laa :P

just aku terlupa nak wish malam 13hb pukul 11.59mlm. dah masuk 14hb, tengahari tu baru aku ingat aku tak wish lagi. sorry la dida. sejak hp hilang neh memang aku harap kat daya ingatan yang Allah kurnia kan neh je untuk ingat semua tarikh tarikh kejadian kawan kawan. masa ada  hp dulu memang tepat 11.55mlm, sehari sebelum hari kejadian, hp aku confirm bising. hihihi.

btw, berapa ehh umo kau sekarang?  24? fuyoooo. for real 24? eleh macam la aku bukan 24. ehhh. tolong sikit. aku masih 23 hokay. belum tiba masa lagi untuk 24. hahahaha. ala, lagipun, ada apa dengan duapuluhempat? its just a number isnt it?

am i the first one to wish you Happy Birthday today? NO? the second one maybe? also NO for the answer? doesnt matter. in my mind I was the first one who thought of you at midnight on your special day :)



HAPPY BIRTHDAY DIDA!!
I probably dont tell you often enough,
but I treasure our friendship.
Wishing you happiness
today, tomorrow and always!
again, happy birthday :)



13 July, 2012

Saya suka #4

akhirnya aku jumpa jugak vid ni! suara aqasha yang best tu yang menarik aku untuk suka lagu ni sebenarnya. tapi, malangnya, sekejap je aqasha nyanyi lagu neh :( tak kisah lah! janji best.

ini lagi satu lagu yang aqasha nyanyi dalam dejavu di kinabalu tu. aku macam nak admit, aqasha bawak lagu ni lagi sedap dari hazama bawak, tapi aku kan suka hazama? hmmm. ahh. dua dua sedap! nampak kan. aku sangat adil. hihihihi.
sedap kan? okay. bye :)
We might not have it all together, but together we have it all.

12 July, 2012

announcement.

disini saya ingin buat pengumuman, saya dijangka akan berkahwin dalam masa terdekat ini! haippp! bukan announcement ni yang aku nak buat.

aku just nak memberitahu yang mana tidak ketahuan lagi tu, memandangkan hanpong saya sudah hilang, maka dengan ini, saya akan jarang muncul di laman laman social seperti twitter or whatsapp chatroom. kalau facebook tu, sedang kan hanfon masih ada pun jarang, ni hanfon dah tiada di tangan, lagi la harramm. 

mungkin lambat lagi kemunculan saya di laman laman tersebut kerana saya sudah membuat keputusan untuk tidak membeli hanfon baru dalam masa terdekat ini sebab aku nak utamakan benda lain dulu *walaupun hari hari mak aku hasut suruh beli baru! huh*

plus, sekarang no celcom yang 01341_ _ _ _ _ sudah tidak diguna pakai lagi sebab hp dah hilang lah. kalau ada apa apa kemusykilan, boleh hubungi saya di no maxis 01247 _ _ _ _ _ call atau mesej ya. ditekan sekali lagi, call atau mesej. no more whatsapp. faham? kalau ada yang tanya kenapa takde whatsapp, itu tanda kau mintak penyepak aku.

tapi aku tetap aktif berblogging jika mempunyai kesempatan. sebab blog neh tak perlu 24jam nak post. sehari, dua hari, seminggu sekali pun, ada aku kesah? hihihihi.

okay? adios!



Dont let any person change the happy caring person you used to be.

11 July, 2012

Saya suka #3

Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

Pelangi Senja - Stacy
Babak Cinta - Tengku Aidil
lirik search sendiri la ehh. malas plak nak supply. hihihi. intenet di hujung jari je kan. 
dengarlah. lagu lagu ni best! :)
All good things come to those who wait.  

10 July, 2012

Random #6

I love you all as you can see. But it's better now, because I'm free. Sometimes you need to run away just to see who will follow you. It's hard to answer the question "what's wrong" when nothing is right. I'm tired of trying, sick of crying, I know I've been smiling, but inside I'm dying. Maybe one day it will be ok again. That's all I want. I don't care what it takes. I just want to be ok again. When I was younger crying always seemed to be the answer. Now that I'm older crying seems to be the only option.

You say I'm always happy, and that I'm good at what I do, but what you'll never realize is, 
I'm a damn good actress too.

Just because I'm smiling doesn't mean I'm happy. I don't necessarily want to be happy, I just want to stop feeling miserable. Don't fall into the trap of pretending everything's fine when you know it isn't. Sometimes it hurts more to smile in front of everyone, then to cry all alone. I want to be remembered as the girl who always smiled. The one who could brighten up your day, even if she couldn't brighten her own.

To find yourself standing up when everyone else is sitting down. And you aren't sure whether you're walking toward something, or if you're just walking away. Maybe I am crazy but laughing makes the pain pass by.

What do you do when you become too scared, too scared to live, too scared to die, too scared to love, too scared to even care? You can't just hug me and say it's okay because right now... it doesn't feel that way…
We change, people change and things just change. If you are gonna lie about something at least make sure it's worth lying about. I'm often silent when I am screaming inside. Do you ever get that feeling where you don't want to talk to anybody? You don't want to smile and you don't want to fake being happy. But at the same time you don't know exactly what's wrong either. I've been a loser all my life. I'm not about to change. If you don't like it, there's a door. Nobody made you stay.

Sometimes I feel like no one cares. Sometimes I feel like no one is there. Sometimes I think I need some help. Sometimes I feel like I'm alone. Sometimes I'm in an empty zone. Sometimes I feel like I'm not alive. Sometimes I think the world should end. Sometimes I think I have no friends. Sometimes I want to make them see that sometimes I wish I wasn't me.

but at least, I'm happy, cause I have friends that always comforting me, they're in my heart.

Please don't judge people who are struggling.
 It rains the hardest on the people who deserve the most sunshine




08 July, 2012

Them #5

reunion! hahaa. takde nak reunion sangatla kan. baru sebulan lebih je tak jumpa pun. sebenarnya, aku memang dah plan lama nak turun kl 7july sebab ira nak bertunang. tiba tiba pertunangan ditunda ke tarikh yang lebih sesuai atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. so sedih. tapi nak buat macam mana. kita kan hanya mampu merancang :)

alang alang dah masuk dalam plan aku nak pegi kl, aku teruskan je la niat tu. saje nak jumpa dorang. hihi. walaupun aku sangat sangat nebes sebab nak drive jauh sorang sorang, aku redah jugak! sampai bila taknak try kan? :D semua orang aku tanya direction nak pegi keramat tu. cuak punya pasal. ye la, sebab aku tak pernah try. takot kot. tapi aku tak boleh tunjuk perasaan takot tu depan mak aku. kang ada yang kena cancel plan je kang. 

aku gerak hari jumaat. mak aku bagi cuti 3 hari jahh. nama je keja dengan mak sendiri, tapi kedekut cuti! disebabkan aku tak banyak masa, so kena plan betol betol tentatif program supaya tidak membazir. sampai kl dalam pukul 6ptg macam tu kot. dah jumpa jalan yang benar nak masuk setiawangsa, aku roger mereka yang ada di keramat land ni. kebetulan masa tu hujan sangat lebat. dorang ajak lepak malam je. alah masa tu pun dah pukul 6 kot. berapa jam lagi dah malam pun. aku pun tunggu la og bersiap sebab dia baru balik keja. so untuk hari pertama neh ktorang melepak je. aku ajak dorang makan kat chengal. malangnya liq dengan mok tak suka makan kat situ. hahahaa. dorang kata tak sedap! cehhh. sukahati la. lagipun korang teman aku makan je kan. so, duduk situ diam diam! dalam 5 minit makanan sampai, nad call kata dah sampai setiawangsa *alamak. camno nak bagi direction sampai chengal neh* sudahnya, sambil nad drive sambil hold cakap fon. kredit takde hal, memang topup tuk kawan kawan pun. hahahahaha :P

sembang sembang pasal nad praktikal kat mediaprima *mana tau ktorang ada peluang jadi personaliti tv3 ke. hihihi* sampai tak sedar dah pukul 11 lebih. nad pun nak gerak balik umah kakak dia. esok dia balik perak, tu pasal dia datang lepak sekali malam ni *aku datang kl, dia plak turun perak. cehhh*
dah makan kat chengal, sambung melepak kat ali plak. bosan aku! ali memanjang. tapi nak buat macam mana. ikot majoriti kan -.-''
dorang dah tanya apa plan untuk sabtu. aku pun taktau nak cakap sebab og kena bawak mak & makcik makcik dia pegi shopping dulu. lepas tu baru dia free. kira kita set malam je la karok kat festival. pagi sampai petang tu, depend. sape free, jumpa.

pagi pagi sabtu shahiza dah call tanya jadi tak nak teman dia pegi BB. aku okay je just aku tak tau jalan. hihi. terpaksa la dia ambik aku kat jerijit. kebetulan adam dah habis training, aku paksa dia siap ikot aku teman ira shopping. paksa rela!
sampai pavi ktorang cari port makan dulu. adam ngan ira dah lapar. tiba tiba og wtsapp kat grup tanya dah beli ke belum tiket spiderman nak tengok hari ahad. alamak. camne? takkan nak beli kat pavi, adam taknak tgok kat pavi. ramai. aku roger adik liq, si faiz. tanya dia ada kat mana. sekali dia ada kat luar. ngeh ngeh ngeh. nak mintak tolong kan. kena la cakap baik baik. hahahaa. nasib baik faiz boleh tolong. settle satu masalah.

so, berjalan la kami kat pavi tu teman shahiza cari wallet. pening aku dengan ira nak melayan si adam. macam bawak budak kecik berjalan. sapa yang nak shopping? kau ke ira neh??
tak jumpa apa yang ira nak kat pavi, ktorang gerak pegi kenanga plak. ni first time aku pegi kenanga. dorang kata macam TS. sekali aku masuk, takde la macam TS, lebih macam Plaza GM skit. barang2 borong kan. ktorang keluar afta lunch, tolak tambah kesesakan, pukul 8mlm baru sampai colombia anta adam. ingat nak terus lepak smbil tunggu og settle. tapi adam nak balik mandi dulu. plus kakak dia balik hari ni. takkan tak jumpa kakak kot.

sementara nak tunggu adam mandi & og, aku ajak liq dan kerabatnya lepak ali dulu. sebab ktorang taktau og habis pukul berapa. duduk main kad, main game, adam pun sampai. ogy tak settle lagi neh. hahaha. aku tengok jam dah nak dekat pukul 12, aku suruh dorang gerak dulu pegi festival. kang tak sempat plak. aku ngan ira pegi tunggu og dekat rumah dia. ktorang sampai setengah jam lambat. takpe lah. janji karok! hihihi

aktiviti untuk hari terakhir ni, tengok wayang je. faiz beli pukul 5.30ptg punya. so, bangun je hari ni, aku bawak lily pegi makan meatballs kat ikea dulu sebab lepas wayang kang aku nak gerak perak dah. sesak dia jangan kata lah. naik lenguh kaki aku drive. aku pun tak paham apa la yang dorang nak beli sangat kat ikea tu. nasib baik aku tak stuck kat situ. takot tak sempat aku nak kejar wayang kul 5.30. tiket dah la semua dekat aku -.-

dah settle lily, aku gerak pg keramat. masa aku smp kat sana, dah pukul 5ptg. aku terus ambik mok ngan adam. tiba tiba adam suruh pegi ambik ogy dulu sebab dia nak berak. pulak! ogy pun suruh ambik adam dulu sbb dia nak berak. korang neh berjanji ke apa? dah tu, aku nak utamakan sapa punya berak dulu neh??
aku tengok jam dah lambat, aku suruh adam pegi sendiri je. mok ngan og je la naik dengan aku.
sampai kat wangsawalk, ktorang tunggu dorang kat wayang. tiba tiba nampak cik ya *kakak liq* ada sekali. ehh? semalam beli lapan je tak silap aku. sapa yang takde neh? rupanya, cik ya ganti azan, sebab azan dah tengok cita spiderman tu. lepas dorang dah membeli belah kat kaunter makanan tu, ktorang masuk.

overall, cita tu best. just aku pelik kenapa kena buat cita spiderman tu kalau based cita dia lebih kurang yang lama. korang cite balik macam mana spiderman jadi. macam mana pakcik dia mati. ubah sana sikit. ubah sini sikit. tu je. what for? tapi, takpe lah. sebab hero dia comel. hahaha.

habis wayang, aku, og dengan cik ya pegi toilet. keluar dari toilet, aku nak cek la hp aku kalau ada miscall ke, msj ke. sekali 'G, hp aku takde' 'G, hp aku takde!!' mana pegi hp aku neh gilaaa! terus og call hp aku. masuk voicemail siot! aduihhhh! syaiton la. confirm hilang neh.

plus, takkan korang tak perasan, dah masuk hari ketiga pun, takde sekeping gambar pun aku share kat sini. pelik bukan? sangat bukan aku. ni semua sbb hp hilang! defuk!

ktorang patah balik masuk wayang, carik dekat seat tadi. takde! lagipun masa aku tengok beg aku, zip dia dah terbukak separuh. kenapa la bengap sangat aku boleh tak perasan! rasa nak menangis pun ada. sayang kot hp tu. mana tak sayang. beli guna duit sendiri kot! aku tau ramai lagi yang guna duit sendiri tuk beli hp. tapi aku nak dapat satu fon bukan senang macam kawan2 aku yg lain. berapa lama aku tunggu nak beli hp tu. yang kenal aku, tau la macam mana. even kat tangan ada 3ribu pun, belom tentu aku rembat SIII ke Iphone4S ke. hp yang hilang tu pun bukan nya mahal pun, tapi. . . ishh. bergenang dah mata aku kat situ tau dop! jenuh aku tahan je tak bagi orang nampak. ye lah. dah la kat situ berderet kedai fon, jalan pulak dgn kak yati. kang orang kata aku menangis sebab kakak taknak beli hp tuk aku plak. makcik makcik kat situ tengok aku senyum je. hahaha.

yang adam, liq, mok, shah, faiz, semua duk suruh aku beli SIII. HAHAHA! tak kelakar doe! aku dah la tengah runsing hp hilang, macam mana aku nak balik perak lagi, dorang boleh sengih sengih tengok aku. og boleh cakap dorang sweet? sweet kejadahnya. dari tadi gelak tak habis habis. og kata dorang sweet sebab dari tadi dorang tahan nak bahan kau takot kau marah. hahahahaa. bongok!

hp dah hilang, aku pun tak boleh nak buat apa. benda dah jadi. masalahnya sekarang, og tak bagi aku balik kalau takde hp kat tangan. dia takot jadi pape odw balik kang. mak aku pulak suruh balik sebab esok aku still kena kerja. aku pun kesian kat mak aku jugak. og suh beli hp cikai je sbb dah urgent sgt neh. aku ingat nak redah je nak balik perak. ye la. kat umah aku dah ada 2nd fon just aku tak bawak sebab hp ayah aku repair, so dia pinjam. adalah menjadi kerugian kalau aku beli fon lagi walaupun hp cikai. memang la murah, tapi duit tetap duit doe! banyak lagi benda lain aku nak buat dengan duit tu. haihhh. 

aku berkeras nak redah je, og plak berkeras nak belikan hp. dia relaks je pegi beli hp walaupun aku dah tahan banyak kali.. degil! tapi, terharu la jugak kan. sanggup kakak sorang tu. hihihihi. ni baru kita panggil sweet! :P terima kasih sangat sangat kak yati. tak tau nak cakap camno. hihihi.

seronok sebab jumpa dorang, tapi kenapa kena sedih sebab hp hilang! uwaaaaa. dah tak boleh wtsapp, tak boleh on9, paling penting, gambar ktorang selama 3 hari aku kat kl semua hilang! benci! benciiii!! sakitnya hati aku kalau pikir. dorang siap bahan, ktorang boleh tangkap balik gambar gambar yg hilang tu. boleh je flashback. hahahaaa. bongok!

sampai rumah, aku kena tadah plak mak ngan adik aku membahan.
berjalan tak ingat dunia smp hp hilang.
kesian dia. bunyi mesej pun tak best dah sekarang.
sangat sangat . . eeeee! menyakitkan hati sungguh!

mak aku suh beli je hp baru. masalahnya skang, duit tu aku simpan utk benda lain. aku dah janji nak pegi bercuti dengan rakan rakan perempuan afta raya plus aku kena simpan jugak kalau2 aku kalah dengan dengan liq bulan 12 nanti. kalau aku kalah la kann :P apa yang ktorang deal? nanti2 je la aku story.
adik aku kata takpayah membazir. nanti2 je beli. bukan keperluan sangat pun. kehendak je tu. betol jugak dia cakap. selama neh aku pakai smartfon pun sbb wtsapp, twitter, camera. game aku tak main. map aku tak guna apatah lagi gps. haihh. ntah la. tengokla macam mana nanti :)

sorry la. this time bosan skit sbb takde gambar :(

tapi disebabkan aku rasa macam tak cukup aku bercerita takde gambar, aku letak je la gambar ni. utk 3 hari, aku sekali kan dalam satu gambar. hahahaa. cantik kann??!! hihihi.



Sometimes, even close friends can hurt you so bad.

03 July, 2012

Botak yang Sepet.

sapa suka tengok cerita cina? atau lebih tepat, kungfu? kalau korang neh peminat tegar cita kungfu, confirm korang kenal dengan dua budak botak neh ;

Sik Siu Lung and Kok Siu Man.

yang kurus tu Sik Siu Lung.
yang montel tu Kok Siu Man.

ingat tak? ingat tak?
dulu masa budak budak, aku suka sangat tengok cita cina. ayah aku la yang ajar neh. semua drama cina kat tv tu tak pernah tinggal. kalau cita cina kungfu, lagi la taksub yang amat. kadang kadang ayah aku tolong ingat kan aku ''jimah, malam ni ada cita cina kungfu kul 10'' kalau yang bersiri tu lagi senak. ''abah, dah pukul 6. cita dah start'' 

dulu la. sekarang dah kurang follow cita kungfu neh. kalau dulu kat tv3, pukul 6petang, mesti ada cita cina TVB tu. sekarang mana ada dah. dorang ganti dengan slot akasia. semua cita cina dah transfer kat 8TV.




tiba tiba aku nak cerita pasal dua orang budak botak yang comel neh sebab semalam, balik je rumah, aku bukak tv. sekali nampak dua dua ni dalam tv. rupanya ada cerita Shaolin Popeye. aku apa lagi, dah kelam kabut duduk depan tv taknak mandi lagi. tiba tiba habis daa. arghhh. frust! tak sempat nak tengok. mana nak sempatnya kalau hari hari sampai rumah pukul 12 lebih. confirm standard cita start dalam pukul 10pm kan. 

aku teruja nak tengok si Kok Siu Man neh. yang tembam sikit tuh. dia berlakon sangat comel kot! sumpah kelakar. yang terror kungfu nya si Sik Siu Lung tu haaa. yang debab neh banyak alasan je lebih. tapi kalau takde dia dalam cita tu, confirm tak best. walaupun si kurus biasanya berlakon serius & si debab kelakar, dua dua tetap comel! budak botak yang cute gila. aku rasa kalau lagi sepuluh tahun pun, cerita kungfu yang dorang berlakon, tetap best & tak bosan aku tengok. macam cita P.Ramlee la. sampai sekarang kita tengok lagi kan :)


tapi sekarang budak budak neh dah besar. hurmmmm. dah tak comel dahhhh :(
hahahaa. gila. takkan dorang nak kecik sampai tua. tapi bila dah besar, kalau berlakon mesti tak secomel dulu kann. apa apa pun dorang tetap best!






Trying to pleased everyone, its like hurting urself.