16 November, 2014

Rock Climbing.

semenjak menanam niat nak membuang lemak lemak tepu di badan ni, aku berazam nak buat balik xtvt2 lasak macam masa muda remaja dulu *sekarang wanita hokey. bukan tua! :P*

so lepas skytrex, this is next. Rock climbing! *-*


*tertunduk2 aku isi nama*


tp ni last la aku join event cenggini.
event ni best, takde yang kurang pun, cuma terlampau ramai. setiap orang yang nak join just bayar RM 25 je. Murah kan? memang murah sebab ni charity event under Aman Palestin. So bila dah murah, confirm ramai gila yang register. 

dorang memang dah state yg event ni start dr 8am smpai 4pm. so kalau ikot plan nya, memang nak smp gua damai tu tepat pukul 8am, tp tau la. kita hanya merancang, tapi kalau dh masing masing jenis liat bangun, rancangan hanya tinggal rancangan lah. haha

ktorg sampai ada la dalam pukul 10am macam tu. sekali masuk, punya la ramai. ramai gilos. taktau dah nak slot diri kat mana. dia ada bukak banyak check point. ada rock climbing, abseiling, tree climbing, macam macam lagi la. tp setiap xtvt tu penuh. beratuq panjang kot.

haaa. ni la punca punca kenapa kita kena datang awal. paham?

so dalam banyak2 tu, abseiling macam senang sikit sebab menurun kan. aku ngan geng2 perempuan ni pun pergilah register nama untuk abseiling. tengah nak tulis nama tu, ktorg tengok turn ktorg no 16 & 17. korang tau masa tu yg tengah naik no brapa? baru no 2 tau. no 2! 

masa tu dah start malas dah. dengan ramai nya, penuh, sesak. yang bebudak lelaki, dorang malas dah tunggu, dorang pegi carik makanan dulu. so aku, paa, lai ngan yati pun jadila penunggu yang setia. 
tunggu pnya tunggu, dalam pukul 2 lebih macam tu aku pegi balik kat tempat register abseiling tadi. telek punya telek, yg kat atas tengah tunggu turn nak turun tu, baru group no 3. walawehh. dah pukul 2 lebih baru no 3? kau rasa aku yang no 16&17 ni bila nak naik ea? *pitam*

tapi memandangkan dah datang & tunggu punya lama habaq hang, ktorg sambung beratur kat rock climbing plak. dapat la naik sepuluh langkah atas sepuluh langkah bawah. tapi Pa'a dengan Lai je naik. aku tengok dari bawah je. hihihi.

lepas ni kalau nak ber aktiviti kena join yang ada tiket ke, yang memang limited seat ke, yang memang kau bayar kau dapat buat aktiviti tu. boleh join event charity, tp mcm lari, marathon, jalan kaki beramai-ramai ke, baru la boleh. 

kesian dorang. semua tunggu kat kereta sampai ktorg habis buat rock climbing. aku dh pesan suh balik dulu tapi dorang nak tunggu jugak. so untuk mengubati kelukaan hari ni, dorang ajak mendaki batu caves. 

haaaa. elok la tuh. aku pun tak penah naik lagi tau *horeh*


menggigil lutut aku naik tangga batu caves hoii. rs nak menangis pun ado.
tapi best la. cover balik kekecewaan di gua damai tadi. hahhaha
janji peluh keluar. 

lepas beriadah, mcm biasalah, rombongan cik kiah di bawa ke meja makan. so pusing pusing cari kedai, at last berenti kat wangsa walk. makan kat kopitiam corner lot tuh. 

uihh. dia punya mee kari memang terbaikk toq. pedas tahap super saiya! pekat nya kuah dia superb. seriously aku tak penah rasa kuah mee kari pekat & pedas macam tuh. 

sambil kami menikmati makanan memasing, tetiba azan bangun. taktau pergi mana. ktorang sambung je sembang-sembang. lima minit lepas tuh liq ngan atul plak bangun pegi kat kereta. 

sepuluh minit lepas tuh,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.





hihihihihi. siap belon semua. tenchiuuu uolssss! really appreciated. kek aiskrim choc plak tuh. chocolate memang feberet titew. hahaha. thank again to my shayang :* yati, paa, lai, mior, liq, atul, azan, sapex & wan.

Thank you so much!


14 November, 2014

In advance.


Its November! :D

Macam biasa, bulan november sama je macam bulan bulan yang lain. makin lama aku rasa masa makin cepat. pejam celik pejam celik, dah nak masuk December. 

Sekarang ni rutin aku, bangun pagi, beli breakfast, makan. sampai waktu lunch, tidoo. haha. balik kerja, pergi tuisyen pulak. lama lama aku pun naik lemau -.-''

tetibe hari ni asma interkom ajak lunch sama sama. aku cakapla, kan memang korang tau waktu lunch aku tidoo. tapi dia tetap jugak nak ajak pergi makan. katanya dah lama tak makan sama.

iolss follow je la uollsss walaupun masa tu aku dah mengantuk tahap cipan. 
ktorg lunch Nasi ayam kat Damansara Utama. Sedap nasi ayam kat situ. Lagi sedap dari chicken rice shop, tapi pedas sikit la. ktorg kalau nak makan nasi ayam memang pergi kedai tu. 

Lepas dah kenyang, siap nak selfie bagai kat kedai tu, ktorg pun balik ofis macam biasa. boringnya. kerja, kerja, kerja. bila nak kaya woiii.

sekali masa aku nak photostat paper, 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.


hahahhaaha. makcik maluuwwwww! dah la satu level dok nyanyi. ayam tol buat surprise bila makcik tak ready. nasib korang tak surprise kan aku dengan bawak Ms Kim (aku punya big boss) nyanyi. mau pengsan kat situ. hahaha.

thanks asma, yati, dila sbb jadi duri dalam daging untuk birthday celebration ni :P
thanks to Vivian sebab belanja cake. cake feberet tuh! heeee. 




tengok. semua staff perempuan kan :D boss aku memang tak suka sangat amik staff lelaki jadi officer. bagi dia, staff lelaki tak boleh tahan dengan dia punya perangai & kehendak. herdik, maki hamun dia semua tu lah. kita perempuan ni jenis sabar banyak. tu pasal ktorg masih bertahan sampai skang. hahaha


dah ding dong ding dong kat ofis, malam nya ada xtvt lain pulok

exercise!! hahaha. 
percaya tak? percaya tak? :P

kalau free, setiap jumaat aku main badminton ngan Pa'a, Ogy, Yati, Farah ngan Lai. Biasanya memang 6 ketoi ni je la. tak dapat lagi menarik rakan rakan yang lain untuk join sesama :D

biasanya ktorg main dekat ampang, damansara dengan PJ. nak fair, ktorg rotate turn setiap minggu. so minggu ni turn tempat aku lah, damansara. 

punya lama tinggal aktiviti sukan, skang baru nak gerakkan lemak lemak badan. nasib baik ilmu pengetahuan tentang perkara asas bermain badminton masih tersisa dalam otakku. haha

habis main dalam pukul 11 lebih macam tu lah. tengah nak prepare barang nk balik, aku nampak si siti masuk dengan berjubah nya bawak kek :D *tapi aku buat buat tak nampak la. hahahaha*

once again,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.



thanks korang sebab celebrate birthday titteww. hakhakhak. 
thanks siti, ogy, paa, lai, yati, farah. tak pasal pasal, dua kek dah iolss dapat hari ni uollss :P
im 26 already. how time flies. lagi 4 tahun, aku dah 30? -.- well, hidup perlu diteruskan. ye dok?

sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan rakan yang dikasihi sekalian. semoga kita sama sama dipanjangkan umur. amin.


26 October, 2014

Skytrex Adventure.


plan punya plan, akhirnya berjaya jugak mengumpulkan semua orang join skytrex ni. asal nak booked je penuh, nak booked je penuh. 
memang masa date 26hb ni, dah malas nak tunggu. 
sape on bagi duit & nama.
kalau dok tunggu, sampai raya tahun depan pun tak jadi. HAHAHA.

aku memang dari sekolah dah lasak. main hoki, main netball, masuk kem itu, masuk kem ini,
xtvt masuk hutan ni memang aku suka la dari window shopping. 
kalau dari luar orang tengok gua jiwa kental je beb.
tapi dari dalam hanya tuhan je yang tau. hahahaha.

penakut.
aku takut hantu.
aku takut gelap.
aku takut tinggi.
aku takut air.
aku takut binatang.

banyak lagi kalau nak list ni :P




even nak buat flying fox pun aku dah cuak. lama kot tinggal benda2 ni. ni pun makcik redah je nak. saje nak test diri sendiri. jiwa masih muda ke dah nyanyuk.

alhamdulillah makcik masih mudaa!! kaki kuat lagi toqq. hahahha. cuma rasa macam nak tercabut nyawa tu ada la sikit. tapi pakcik dan makcik tetap gagahkan diri. Malaysia boleh! 




Skytrex offer 3 category of activities. Little adventure, Big trill & Extreme Challenge. so masa ni ktorg amik Big Thrill je. tak berani nak ambil Extreme. takot terkangkang kangkang pulak makcik. 

Tapi lepas je aku buat Big Thrill, menyesal pulak tak ambil Extreme. hhahaha.
Bukan nak kata Big Thrill tu kacang celah gigi, tapi rasa macam kejap la buat Big Trill. Rasa macam tak puas. Ecehhh! 

20 September, 2014

Throwback Saturday.

gambar ni masa adik ogy kawen, ada la dalam 4 ke 5 bulan lepas. tapi aku baru dapat hari selasa lepas. hahahaa. biasala. photographer yang tangkapkan, nak dapat gambar gambar tu semua haruslah kena tunggu. 

saje nak share sebab gambar cantikkkk! hehehehehe. 





18 September, 2014

3.

ini mmg plan last minute. ktorg mmg tak plan awal2 nak celebrate besday si joyah ni. tp memang tipu la kalau aku boleh lupa besday dia sebabb, hari ni ada 3 orang celebrate besday hari yang sama. hehe. Mak aku, yaya ngan yati :)

birthday dorang ni jatuh pada hari khamis. so aku memang tak dapat la celebrate birthday mak ngan yaya skang, dah sorang kat Perak, sorang kat Johor -.-''

hari rabu tu aku tanya Yati,

'weh, esok nak OT sama tak?'
'esok aku nak keluar. hihihi'
'haaa? nak keluar? bukan bf kau cuti jumaat ke?'
'aah kan. nanti aku cnfirm balik'

masa tu aku tak budget lansung kenapa hari khamis jugak dia nak keluar. pastu baru aku teringat hari khamis tu hari jadi dia. hhhahaha.

ahhh. aku buat buat bodoh je. hihihi. rabu malam tu asma whatsapp aku

'ehh. kau memang saje buat2 taktau ke camne'
'yelahh. dah kalau aku wish skang, apa guna kita nak surprise esok???'
'aah kan. hihi'
'kau jangan wish selagi kita tak celebrate!'

hahaha. hari kejadian, ktorang buat bodoh je. lansung tak sebut pasal birthday. dia pun diam je tak cakap apa apa. sebetulnya, plan ktorg, dalam pukul 12, aku ngan asma curi2 keluar jap nak pg beli kek, sekali, department aku tinggal aku ngan yati je?? fishcake tol! yg lain semua cuti?? dah tu camne aku nak keluar. haruslah dorang perasan. 

terpaksa tukar plan. asma ngan dila yg kena pegi beli. 

masa tuh plak asma ada discussion. tak dapat nak keluar sharp pukul 12. haihhh, apa susah sgt nak celebrate birthday kau ni yati. hahhhaa

dlm 12.40 baru asma dapat keluar. aku plak pening nak pikir mcm mana nak cover asma ngan dila ni. yela. dah nak dekat pukul 1. jap lagi mesti yati turun bawah cari asma ajak makan. kalau dia tengok asma takde camno?

aku pun dalam 12.50 aku buat2 sakit perot. aku cakap la kat yati nak pegi berak kat level 3 *kami mmg suka berak kat level 3 sebab air laju. bak kata yati, baru feel nak berak. hahaha*

so aku duduk la dalam toilet tu, sekali betol betol rasa nak berak daaa. hahahaha. dah melunaskan hajat, aku msj asma. apasal lambat sangat. aku takot yati call dila ajak makan. pastu asma kata dia odw. aku tunggu la sampai dorang datang.

                                                       


dah set up sume makanan kat pantri, ktorg suh dila call yati. cakap la mcm mana pun sampai boleh buat yati naik atas. lama tunggu dalam pantri, minah tu tak muncul2 lagi. lamanya???

nak je keluar pegi jenguk nape lambat sangat, tapi kang kantoi. hihihi

tunggu punya tunggu . . . . 

surpriseee!!!!

happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to yati
happy birthday to youuuuu.





to yati, 
I hope you have a wonderful day and that the year ahead is filled with much love 
and many wonderful surprises





to suraya sulong a.k.a yaya
superheroes are one in a million,
great sister like you are one in a lifetime. Happy birthday yaya!





and of coz to my lovely mak,
I want to thank you for all this years you raised me.
I really appreciate it and admire you.
U're an amazing person  and my heart is 
filled with warmth when I thinking of you.
Thank you for that feeling and
Happy Birthday Makk!


16 September, 2014

Malaysia Day.

hari ni orang cuti pegi sambut Hari Malaysia, aku cuti, pegi sambut orang kahwin. hihi.

aku sebenarnya tak expect ada kenduri hari ni. yelah. tak terpikir ada jugak org buat kenduri masa cuti sehari je ni. biasanya orang buat sabtu ahad kan. sekali, ramai rupanya buat majlis. senang kot.

tapi hari ni aku follow orang pegi kenduri je. nak makan free. hahaha. dah orang ajak, takkan nak tolak ye dopp.

kenduri kat bentong Pahang. 
masa aku dengar kat bentong, 'mak aihh. jauhnya kenduri. takpelah. boleh jalan2' aku pun memang expect nak jalan jauh dah ni. tp bila tanya ogy, brapa jam? ogy cakap dalam sejam je. kalau tak jem lah.

haaa?? sejam je? dekat nya. 

ogy kata, dulu masa budak2, dia pun ingat jauh. sebab dah set dalam otak, 'Pahang'
tapi bila pegi, dekat je. tak jauh pun dengan tol Gombak tu. hehe
nampak sangat aku lulus dengan cemerlang subjek geografi! hahahaa

janji jumpa pukul 10.30 kat umah ogy, sebab nak gerak pukul 11pg dari umah kawan ogy, Uju. so sebelum nak berlepas ke bentong tu, awokk pegi la breakfast jap ngan teddy bear kesayangan hamba ni. hihi

*kang merajuk tak bawak pegi bentong. tu yang rasuah breakfast dulu. hahaha





pengantin perempuan ni kawan ogy dengan ayan masa blaja kat KPM dulu. aku penah la jumpa dia ni. tp jumpa gitu2 je lah. dia pun mesti tak ingat aku dah. hahaha

tapi nasib baik jugaklah aku ikot ogy pegi wedding ni, kalau tak, sampai sudah aku tak jumpa si ayan tu. dekat setahun kot tak jumpa. last aku jumpa dia masa kenduri kawen dia. skang ni siap dah jadi mak buyong. 4 ke 5 bulan dah wehh. 

macam tak caya je tgok kau bawak budak dalam perot. dulu kau la paling sengal, paling degil, paling ting tong. skang ni nak jadi mak orang dah?? kami yang kononnya matang dari kau dulu, masih belom berpeluang membawak budak dalam perot. hehehehehe. 

neway, congratulations Ziera. semoga perjalanan hidup selepas ni sentiasa diberkati dan dirahmati. amin. 

You.



Dear You,
I don't care what car you drive.
Where you live.
If you know someone who knows someone who knows someone.
If your clothes are this years cutting edge.
If you are A list or B list or never heard of you list.
If your trust fund is unlimited.

I only care about the words that flutter from your mind.
They are the only thing you own.
The only thing I will remember you by.
I will not fall in love with your bones or skin.
I will not fall in love with the places you have been.
I will not fall in love with anything but the words that flutter from your
extraordinary mind.

sincerely,
me