16 November, 2014

Rock Climbing.

semenjak menanam niat nak membuang lemak lemak tepu di badan ni, aku berazam nak buat balik xtvt2 lasak macam masa muda remaja dulu *sekarang wanita hokey. bukan tua! :P*

so lepas skytrex, this is next. Rock climbing! *-*


*tertunduk2 aku isi nama*


tp ni last la aku join event cenggini.
event ni best, takde yang kurang pun, cuma terlampau ramai. setiap orang yang nak join just bayar RM 25 je. Murah kan? memang murah sebab ni charity event under Aman Palestin. So bila dah murah, confirm ramai gila yang register. 

dorang memang dah state yg event ni start dr 8am smpai 4pm. so kalau ikot plan nya, memang nak smp gua damai tu tepat pukul 8am, tp tau la. kita hanya merancang, tapi kalau dh masing masing jenis liat bangun, rancangan hanya tinggal rancangan lah. haha

ktorg sampai ada la dalam pukul 10am macam tu. sekali masuk, punya la ramai. ramai gilos. taktau dah nak slot diri kat mana. dia ada bukak banyak check point. ada rock climbing, abseiling, tree climbing, macam macam lagi la. tp setiap xtvt tu penuh. beratuq panjang kot.

haaa. ni la punca punca kenapa kita kena datang awal. paham?

so dalam banyak2 tu, abseiling macam senang sikit sebab menurun kan. aku ngan geng2 perempuan ni pun pergilah register nama untuk abseiling. tengah nak tulis nama tu, ktorg tengok turn ktorg no 16 & 17. korang tau masa tu yg tengah naik no brapa? baru no 2 tau. no 2! 

masa tu dah start malas dah. dengan ramai nya, penuh, sesak. yang bebudak lelaki, dorang malas dah tunggu, dorang pegi carik makanan dulu. so aku, paa, lai ngan yati pun jadila penunggu yang setia. 
tunggu pnya tunggu, dalam pukul 2 lebih macam tu aku pegi balik kat tempat register abseiling tadi. telek punya telek, yg kat atas tengah tunggu turn nak turun tu, baru group no 3. walawehh. dah pukul 2 lebih baru no 3? kau rasa aku yang no 16&17 ni bila nak naik ea? *pitam*

tapi memandangkan dah datang & tunggu punya lama habaq hang, ktorg sambung beratur kat rock climbing plak. dapat la naik sepuluh langkah atas sepuluh langkah bawah. tapi Pa'a dengan Lai je naik. aku tengok dari bawah je. hihihi.

lepas ni kalau nak ber aktiviti kena join yang ada tiket ke, yang memang limited seat ke, yang memang kau bayar kau dapat buat aktiviti tu. boleh join event charity, tp mcm lari, marathon, jalan kaki beramai-ramai ke, baru la boleh. 

kesian dorang. semua tunggu kat kereta sampai ktorg habis buat rock climbing. aku dh pesan suh balik dulu tapi dorang nak tunggu jugak. so untuk mengubati kelukaan hari ni, dorang ajak mendaki batu caves. 

haaaa. elok la tuh. aku pun tak penah naik lagi tau *horeh*


menggigil lutut aku naik tangga batu caves hoii. rs nak menangis pun ado.
tapi best la. cover balik kekecewaan di gua damai tadi. hahhaha
janji peluh keluar. 

lepas beriadah, mcm biasalah, rombongan cik kiah di bawa ke meja makan. so pusing pusing cari kedai, at last berenti kat wangsa walk. makan kat kopitiam corner lot tuh. 

uihh. dia punya mee kari memang terbaikk toq. pedas tahap super saiya! pekat nya kuah dia superb. seriously aku tak penah rasa kuah mee kari pekat & pedas macam tuh. 

sambil kami menikmati makanan memasing, tetiba azan bangun. taktau pergi mana. ktorang sambung je sembang-sembang. lima minit lepas tuh liq ngan atul plak bangun pegi kat kereta. 

sepuluh minit lepas tuh,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.





hihihihihi. siap belon semua. tenchiuuu uolssss! really appreciated. kek aiskrim choc plak tuh. chocolate memang feberet titew. hahaha. thank again to my shayang :* yati, paa, lai, mior, liq, atul, azan, sapex & wan.

Thank you so much!


0 comments!: