Its November! :D
Macam biasa, bulan november sama je macam bulan bulan yang lain. makin lama aku rasa masa makin cepat. pejam celik pejam celik, dah nak masuk December.
Sekarang ni rutin aku, bangun pagi, beli breakfast, makan. sampai waktu lunch, tidoo. haha. balik kerja, pergi tuisyen pulak. lama lama aku pun naik lemau -.-''
tetibe hari ni asma interkom ajak lunch sama sama. aku cakapla, kan memang korang tau waktu lunch aku tidoo. tapi dia tetap jugak nak ajak pergi makan. katanya dah lama tak makan sama.
iolss follow je la uollsss walaupun masa tu aku dah mengantuk tahap cipan.
ktorg lunch Nasi ayam kat Damansara Utama. Sedap nasi ayam kat situ. Lagi sedap dari chicken rice shop, tapi pedas sikit la. ktorg kalau nak makan nasi ayam memang pergi kedai tu.
Lepas dah kenyang, siap nak selfie bagai kat kedai tu, ktorg pun balik ofis macam biasa. boringnya. kerja, kerja, kerja. bila nak kaya woiii.
sekali masa aku nak photostat paper,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
hahahhaaha. makcik maluuwwwww! dah la satu level dok nyanyi. ayam tol buat surprise bila makcik tak ready. nasib korang tak surprise kan aku dengan bawak Ms Kim (aku punya big boss) nyanyi. mau pengsan kat situ. hahaha.
thanks asma, yati, dila sbb jadi duri dalam daging untuk birthday celebration ni :P
thanks to Vivian sebab belanja cake. cake feberet tuh! heeee.
tengok. semua staff perempuan kan :D boss aku memang tak suka sangat amik staff lelaki jadi officer. bagi dia, staff lelaki tak boleh tahan dengan dia punya perangai & kehendak. herdik, maki hamun dia semua tu lah. kita perempuan ni jenis sabar banyak. tu pasal ktorg masih bertahan sampai skang. hahaha
dah ding dong ding dong kat ofis, malam nya ada xtvt lain pulok
exercise!! hahaha.
percaya tak? percaya tak? :P
kalau free, setiap jumaat aku main badminton ngan Pa'a, Ogy, Yati, Farah ngan Lai. Biasanya memang 6 ketoi ni je la. tak dapat lagi menarik rakan rakan yang lain untuk join sesama :D
biasanya ktorg main dekat ampang, damansara dengan PJ. nak fair, ktorg rotate turn setiap minggu. so minggu ni turn tempat aku lah, damansara.
punya lama tinggal aktiviti sukan, skang baru nak gerakkan lemak lemak badan. nasib baik ilmu pengetahuan tentang perkara asas bermain badminton masih tersisa dalam otakku. haha
habis main dalam pukul 11 lebih macam tu lah. tengah nak prepare barang nk balik, aku nampak si siti masuk dengan berjubah nya bawak kek :D *tapi aku buat buat tak nampak la. hahahaha*
once again,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
thanks korang sebab celebrate birthday titteww. hakhakhak.
thanks siti, ogy, paa, lai, yati, farah. tak pasal pasal, dua kek dah iolss dapat hari ni uollss :P
im 26 already. how time flies. lagi 4 tahun, aku dah 30? -.- well, hidup perlu diteruskan. ye dok?
sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan rakan yang dikasihi sekalian. semoga kita sama sama dipanjangkan umur. amin.
0 comments!:
Post a Comment