SESI KEDUA
AHAD
04.11.2012
our turn! hihihi.
tapi hari ni aku sangat malang! nak cite! nak cite gakk!
macam aku tulis dalam entry sebelum ni la. Uniten ni kalau berjanji, dorang pakai janji omputih. keep it short, of coz semua kena ada kat dewan + siap beratur nak masuk dewan by 7am! korang tau? pukul 7.30 aku kat parking lagi. terkedek kedek sarung kasut yg ada sikit tinggi. sikit je la coz aku taknak memalukan diri sendiri atas stage. hahaa. pastu dah aku menyesal pakai kasut tu masa jalan. sampai je dewan, habis! melecet ouhh. kenapa la aku tak berkaki kambing je tadi.
aku pun taktau macam mana boleh lambat. bangun dah awal dah *ehh yeke* aku dengan dida je dari bangsar ni. Pa'a, Ira, Nad, semua dengan family. Family aku ngan dida datang kemudian.
ktorang sampai berlari lari nak pegi amik kreta kat rooftop tu. naik tangga okay! kurus 2 kilo dah ni. dengan termengah mengah fuhh fuhh fuhh, sampai atas je, start enjin kereta, pap! mana hanpong aku? carik punya carik, alahhh. tinggal dalam bilik la ni. hukk a lohhh! dah lambat dah ni gileeeee! *kau nak marah sape?* hee. diri sendiri.
aku dengan dida pun rushing la drive turun bawah balik nak pegi amik hp *aku dgn dida bwk kereta asing. takot lepas konvo masing2 ada hal* dekat corner nak turun ke tingkat bawah, seengrekkkkkkk *lebih kurang la bunyik tu* sudah. apa tuh??!! belakang kereta aku sagat!! urghhhh. khinzir betol la!! dah la lambat. ni nak pikir apa aku nak jawab dengan abang aku plak nanti. kereta tu nama bini dia kot. ehhh. bukan ke baman cakap kereta tu dah jadi hak milik aku sebab aku yang kena bayar. ouhh. okay. settle. AKU PUNYA. so, owner dia cakap, takpe. sikit je. cincai boncai meyhh.
naik balik rumah ambik hp, dengan nak redah highway yang belom tentu paham kelambatan aku di saat ini, dengan sesak kat dalam uniten, parking penuh nya, menapak pegi dewannya, Ya Allah. dugaan betol.
dah sampai depan dewan, terus ktorang pegi tempat beratur ramai2 tu.
arghhhhhhhh. dorang tengah berjalan masuk dewannn!!! haiyooooo. dah la nama aku start dengan huruf 'A' confirm la aku antara yang terawal naik stage. dengan mortar board tak pakai lagi, kaki melecet, aku berlari lari baby keja budak kos aku. sorry dida. aku terpaksa tinggalkan kau sebab kau HR. nama kau plak start 'W' mungkin kau masih boleh diselamatkan? aku ni Finance. depan sekali. ishhh. masa ni baru menyesal ambik finance *ade ke*
aku lari lari lari dan lari smp pintu masuk utama, tak jugak jumpa budak2 kos aku. jadi, itu bermakna, dorang dah masuk dewan + duduk dengan selesanya. hmmmmm. mcm mana nak buat ni???
ada la student yg jadi urusetia kat situ datang tanya, mungkin sebab dia tengok muka aku mcm nak nangis dah kot :D
'ni lambat ea??'
'a'ah. macam mana ni. kwn saya semua dah masuk. *mata kedip kedip*'
'takpe. duduk tepi dulu. nanti kami selitkan'
haihhhhh. duduk la aku kat tepi pintu tu. penat + hampa + menyesal. semua ada masa tu. dengan malunya lagi. gila tak malu. bayangkan aku berlari dari barisan paling belakang sampai ke pintu masuk. berapa ratus student yang konvo? dengan bunyi kasut ketak ketak ketak yang menarik perhatian org untuk melihat sape yang berlari macam gergasi tu *mesti dorang tengok punggung aku kan?* aarrghhhhhhhhhhhhh! syaitonirrajimm tol.
tengah aku tunggu kat tepi tu, sorang sorang datang join duk sebelah. hoh? ehh. muka familiar sekor sekor ni. pehhhhhh. nasib baik! ada jugak budak kos aku yang bernasib malang hari ni. welcome! welcome! hihi.
selang lima minit, jeng jeng jeng. dida yang aku tinggalkan tadi tu, datang menyusul. gila lambat kau nak sampai sini. lepas tu Nad pulak tumpang satu body. Yes. aku sudah tidak berasa gentar lagi. ada geng. hoyeahh.
tengah dorang beratur, of coz kami dapat masa tambahan. masa tu la nak alter baju, tudung, topi, senget sana sini. mampus dorang yang beratur tu duk tengok tengok. kisah? bila dah confident dengan kepala sendiri *yelah. cuak doe. takot mortar board jatuh* cik/puan/encik yang membatu jadi urusetia kat pintu tu pun panggil.
'Sape budak Finance?'
'SAYA'
'haa. finance masuk dulu. HR tunggu'
ramai ghupenya yang lambat. hehehee.
babai dida & nad. kena tinggal lagi :P aku masuk dulu ea.
sedih bila melihat kawan kawan sekelasku naik stage dan aku tercongok kat barisan belakang. what the heck! tu laa. sapa suruh lambat! ketuk kepala sendiri.
aku taktau la macam mana ghaye nya rupa aku naik stage, lantak ahh. nebes tahap super saiya. gambar cantik or tak, blakang cite. bila lepas dah azab aku naik stage, azab mengantuk plak terpaksa ditanggung. NASIB BAIK ktorang bawak hp masuk hall. aku pun meminta jasa baik manilacard yang lain untuk melayan kemengantukan aku di dalam wtsapp grup. hahaa.
dah nak habis bebudak naik stage, jijah text. dah sampai katanya. memang sengaja aku suruh family aku datang lambat. ntah la. bagi aku, buat apa masuk dalam tu. sumpah boring. kami yg student ni pun dah naik bosan, ni kan plak org tua. lagi dorang tak larat. lagipun abg aku ada anak kecik. susah, lama lama nak tunggu.
bila disuruh bersurai je, haaa. apo lae, merebut rebut orang nak keluar.
aku ; mak mana mak. ouhh mak. dimanakah dikau.
penuh orang kat entrance. aku menapak keluar nak amik udara yg aman sikit. sampai luar je, aku nampak jodoh. camno neh. jumpa jodoh dulu. macam tau tau je kan. tu pasal nama dia jodoh. pahamm?! :P
bayang mak aku pun tak nampak lagi haa. sementara nak carik family aku, sambil sambil tu aku pegi la say hi to my jodoh. SAMBIL okay. sebab memang lalu depan dia. bukan sengaja menggatai nak hai hai *tipu*
dah muahh sana sini *lagi menipu.* Mr. cakap dia nampak mak aku kat tempat org tunggu shuttle bas tu. ahaaah!. nampak tak calon menantu yang baik tolong searching mak mentua dia kat mana. bodek letteww! HAHA.
okay. jodoh letak tepi kejap. taraaaaaa. jumpa dah mummehh saya. dgn berbaju kurungnya. mesti dia rimas. mak aku memang tak berkenan pakai baju kurung. senang cita pakai kain. dia lebih selesa pakai seluar. kalau nak berlari ke, duduk ke, lasak ke, senang katanya.
yang aku pelik ni, apasal adik aku, Jijah, pakai baju kurung jugak? sape nak konvo ni? aku ke dia?
"kenapa ang pakai baju kurung? ang ke akak yang konvo?"
"alahhh. ingat nak masuk dewan hari ni. dah siap gosok pun. pakai je lah"
"ahh. dusta itu semua. ang saje kan pakai baju kurung. saje je nak cantas jodoh akak kat sini kan?! mentang mentang lagik kurus dari haku! huh"
"hoiii. gila ke?"
HAHA. nampak tak betapa tingginya tahap mahakarya kejelesan aku? adik sendiri pun tak percaya. heehehe.
aku tengok abg aku takde. mana dorang. kan datang sekali? rupanya dorang naik bas lain. bas yang mak aku naik tu penuh dah. tunggu punya tunggu, nampak dah muka abg aku ngan anak dia dalam bas tu. mak aihhh. comel gile hiju naik bas! dengan muka jakun tepuk tepuk tingkap bas. hahahaa.
habis sesi bersama keluarga, aku dengan Mr. pun menghantar mereka pulang. abg aku kuang ajaq! dok tersengih sengih macam kerang bakar. memang nak kena bakar pun dia tuh! aku malas nak layan. buat muka bahagia je senang. hihihi.
now, sesi bersama kawan kawan tercinta. update kat wtsapp group. sape dah settle sila tunggu kat tangga :)
snap sana sikit. sini sikit. done untuk sesi di luar. skang kita mula sesi dalam aircond. sebab paneh nak mampuih! masa nak kemas kemas barang spt bunga, beg dan sebagainya, TIBA TIBA, ting tong! mortar board dida hilang. homaigaddd! camno neh??
nampak tak? semua gambar, gambar dida je kepala togel. hmmmm. sian dida. dah carik tapi tak jumpa jugak. nak buat camno :l bertambah lagi la nasib malang kita hari ni kan. kan.
tengah duk syok snap gambar, hujan turun dengan lebat selebat lebatnya. ktorang plan nak pegi snap kat putrajaya. melampau tak? mcm pre wed dah. hahaha. kesah?
plus ktorang ada bawak pro photographer sekali, FAIZ. ehh. silap. pinjam adam punya photographer *uuweekkkk. menyampah!* penat merebut dengan adam smp photographer tu merajuk dengan aku sbb buat dia serba salah. mangkuk pecah tol. nak sangat. hambikkkkkkkk!
bila hujan dah kurang sikit, ktorang gerak pegi putrajaya. ini lagi satu hal. sorang satu kereta. kejadahnya lahaii. penat tau tak. bukannya semua orang key ell. tak payah cakap org lain. aku neh haaa. kalau tak folo betol betol, sumpah sesat. LAPAN kereta konvoi pg putrajaya. penat doe nak mengekalkan rantaian ke lapan lapan kereta tu. hahahaa. tapi akhirnya, berkat kesabaran faiz ngan adam yang lead kat depan, kami sampai ke destinasi. kihkihkih.
omey dakk? omeyy kan. hihihi. tak semua gambar dari camera faiz. campur2. ada camera pa'a, ogy, dida, pipah. btw, thanks aishhhh. lepas ni kalau nak merajuk dengan aku, jangan off wtsapp! aku tampa kang. gambar mana yang cantik datang dari faiz, mana yang buruk datang dari camera kami :D
faiz & his gigi besi :D
dah malam apo lae. balik ahhh. esok aku dah kena ready nak balik perak plak. nak kena pegi uniten hantar jubah, amik sijil, gambar semua lagi.
odw nak pegi carik tempat makang, ktorang drop isi minyak. dah settle kat shell tu, tiba tiba dorang suruh park tepi. aku ingat ada apa, ghupenya 'korang taknak ke tangkap gambar kita pegang hadiah masing2?'
ouhhh. a'ahkan. penat sekor sekor carik hadiah, takkan takde credit ye dopp. btw, terima kasih korang pasal hadiah tu. tak sia sia kita berzanji nak beli hadiah konvo. heeee.
bak kata pa'a ;
kan best kalau konvo seminggu. hmmm. kan. kalau sebulan konvo pun takpe. sehari, soploh org naik stage. hahahaa.
nanti kita jumpa lagi ea kawan kawan.
p/s : Thanks for the birthday present Mr.! suka! hihihi.
2 comments!:
omaiiiiii..
makin berseri2 awak cik tuan tanah...
eh eh..
mane gmbr adiah Mr.terchinta? :p :p :p
berseri sebab pakai merah kot. hahaa
lahh. tu ada selit sekali. tp saya sorokkan sikit leee. hehe
Post a Comment