13 December, 2012

Craziness!

SATURDAY
08.12.2012
Mid Valley.

semalam aku ada interview kat subang. khamis still kena kerja. kebetulan, jijah pun ada interview utk praktikal kat amanah raya. alang alang tu sekali je lah. nasib baik ada geng. so, afta kerja, malam tu gerak pegi kl. 

aku malas nak pikir tahap kecuakkan nak interview. kang semua hancuss! tapi kesian kat Mr. dia teman aku dari pukul 7 lebih sampai petang tanpa makan & minum ea. lepas semayang jumaat pun, interview session still tak habis lagi. dia tunggu sorang sorang kat bawah. alolololloooo. shiannnyaaa! dat why me so sayang kat you lebih lebih meyh. hihihihi *duckface*

yang aku eksaited nak cite ni,
aku dah jumpa durian crepe!!!!! hihihii
dorang kata kat mid ada jual. so, hari sabtu, aku ajak ogy ngan abe, pegi jumpa pa'a kat mid. smp je, ktorang pusing pusing carik kat mana ada jual. hari tu kat twitter, ileen ada mention, kat mid ada jual sbb dia penah try. sambil sambil ogy duk tanya kawan dia, aku tanya ileen kat twitter.

ileen kata kat Groundflo. dia kiosk/stall kecik je. ada satu stall depan KFC. nama dia 'durian durian' rasa macam betol dah, tapi kenapa mcm takde pun durian crepe. pusing punya pusing, still tak jumpa stall lain. 

ktorang patah balik kat kfc, tanya amoi yang jaga 'durian durian' tu. ghupenya, durian crepe dah habis! cissss. punah harapan.
takpe2. ileen kata, kalau takde kat stall, try carik kat sweet chat. rushing ni pegi carik sbb masa tu dah lewat. takot tutup. ahad aku nak balik perak dah. sweet chat ni cafe. bukan stall. disebabkan nak jumpa dengan segera, malas nak usaha sendiri, kitorang direct tanya akak yg keja situ je.

at last! jumpa jugak sweet chat :D




tapi dalam menu, dia tak tulis durian crepe. dorang letak 'durian pancake'. 1 set ada 3 biji je. cukup ke? hahahaaa. bak kata dorang, test dulu. 
lepas makan, hmmmmm. macam mana nak cakap ea. takde la WOW sangat mcm yg diperkatakan oleh org ramai tu. rasa durian la. hahahaa. namapun durian crepe kan.

maksud aku, bila aku makan, aku rasa macam aku makan durian biasa. durian duri duri tu. so, apakah perbezaan nya disitu? whats so special bout durian crepe then? bak kata Mr. , baiklah pegi beli durian sebiji, dalam tu ada berulas ulas kita boleh makan. durian crepe ni, 3 ketul yg dia serve kat customer, rasa rasanya, tak sampai dua ulas dia pakai. kan rugi. *aku sebenarnya tak berapa sure dengan penjodoh bilangan yang aku gunakan utk durian tu. ahh. belasah je*

tapi untuk menyedapkan hati, mungkin yang ini je rasa biasa. kita tak try durian crepe kat tempat lain lagi kan. hewhewheww. positip!

0 comments!: