01 February, 2016

HoneymoonDiaries #1

Selepas korang membaca betapa lamanya proses kenduri kendara aku ni nak habis, now its time for me & my ex-boyfriend go for cuti-cuti cinta *sila muntah*

ktorg memang tak plan lansung nak pergi jalan mana. memang dah sepakat, habis je kenduri belah lelaki, baru la google segala tempat yang ada dekat malaysia ni. ktorg memang nak jalan dlm Malaysia je. Ye la, baru je habis kenduri kendara kan, banyak duit habis. so dari membazir pergi obersea, baik aku simpan duit tu buat belanja sara diri. kehkehkeh

sebelum ni plan nak cover malaysia sebenarnya (overr) tapi macam tak logik je nak cover malaysia dalam masa lima hari. kalau check in satu tempat semalam sekalipun, baru dapat cover 5 negeri je. hahaha. pikir punya pikir, tengok kos, jarak, masa segala bagai, bincang punya bincang, ktorang setuju untuk cover pahang dulu. 

so 1st destination aku, Cameron Highland. tempat biasa la orang pergi honeymoon. tempat sejuk sejukkk je. takkan nak honeymoon tempat panas rembang. gilo ape. nanti asyik menjauhh je sebab rimas + panas. kalau tempat sejuk barula bekepitt. kui kui kui

Majlis bertandang hari sabtu, so ahad tu aku ajak husband singgah rumah mak dulu kat perak, isnin pagi baru gerak pergi Cameron. Perak dengan Cameron kan dah dekat. *trick nak ajak balik kampung je tu*

aku gerak lepas zohor jugak. biasala, sebelum jalan jauh, kena la rasa mak masak dulu. kang takot kempunan.

aku sebenarnya tak berani nak jalan berdua. aku confirm2 la tak tau jalan sebab last aku pegi Cameron, masa sekolah rendah tau. so boleh la klasifikasikan aku sebagai org yang tak pernah pergi Cameron sebab satu tempat pun haghamm aku tak ingat. aku pun tak berapa confident dengan cik abang nak bawak kita pergi jalan2. tapi bila aku tanya, macam biasa la dia "jangan risau. biar "abang" yang bawak. duduk je diam2 situ" sambil sengihh (sila baca dengan nada "abang" tu ditekan kan)

ikot je la labu. janji sampai. 

sebelum nak start lalu jalan bengkang bengkok tu, aku dah standby men-statik kan diri plus pejam kan mata. sebab apa? sebab aku cepat pening kalau jalan raya dok bengkok2 gitu. kang ada yang muntah sebelum masanya kang.

ding dong ding dong, ktorang sampai atas dalam pukul 5 lebih macam tu kot. turun je kereta, aku dah start sengih2 sebab fefiling dekat obersea sebab sejukkkkkk. laki aku dah sengih mengejek tengok aku. 

ape? tak penah tengok aku jakun? ni la padahnya bila kau kahwin dengan orang yang jarang holiday. sepanjang 28tahun hidup, boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi bercuti. tak kisah la dengan family ke, kawan2 ke, rakan sebaya ke, rakan seperjuangan ke. so silalah tabah menghadapi saya okay?

okay sambung balik.

aku decide nak stay dekat brinchang. hasil dari pendapat orang ramai, dorang suggest aku stay situ je sebab senang nak jalan. takyah naik kereta, pakai kaki je. 
punya la banyak hotel budget dekat situ, taktau nak pilih yang mana. sebab ni unplanned vacation, so haruslah aku tak booking awal. konsep yang ingin diterapkan kali ini ialah "walk in" ^.^

aku try masuk dalam 2,3 hotel. hotel ketiga aku masuk, terus check in. sebab? sebab aku dah malas. hahaha. nasib baik yang ketiga tu rate semalam below 100. kalau tak, hanguss. aku ada tanya laki aku, "awak nak kita habiskan kos dekat bilik or luar bilik?" sebab pada aku, bilik sama je. lagipun banyak masa dihabiskan dekat luar. takkan 24jam nak duduk bilik. so lepas berjalan penat, balik bilik, memang aku tak sempat pikir dah bilik tu ada bunga ros ke, ada tuala bentuk angsa ke, bath tab penuh dengan bunga bunga ke, berapa batang lilin kena nyalakan ke, yang penting ada tilam yang sesedap rasa untuk aku tido! 

memandangkan ktorang baru sampai, masa tu pun dah nak senja, banyak kedai dah tutup, so ktorg decide lepak bilik dulu baru keluar makan. aku target nak pergi pasar malam brinchang sebenarnya, tapi frust bila aku tanya orang dekat situ, rupanya pasar malam tu ada hari jumaat & sabtu sahaja! cisss. aku pulak datang weekdays. memang harapan la nak pergi pasar malam tu. tula, sape suruh tak habis study sebelum bercuti. ni main redah je. padan muka kau. xtvt hari ni, makan je le.

no gambar for today sebab takde xtvt. 

to be con't . . . . 

30 January, 2016

Reception Ruzaini + Azimah

No caption. Just picture. Just realized that I leave this post as a draft for a longg time. Tak ingat dah details masa reception ni. hahaha. 





























16 January, 2016

#ArffSyra


With warm congratulations to a very special pair.
May u always find in each other the love, laughter & happiness that only
partners in life share!
















03 January, 2016

#AtuLiq


Congratulations to u both on ur very special day!
May ur wedding be filled with special memories u can treasure forever.


























26 December, 2015

Azimah + Ruzaini

No caption. Just picture. Just realized that I leave this post as a draft for a longg time. Tak ingat dah details masa reception ni. hahaha. 

#makeup masa ni tebal betul. aku publish post ni tahun 2023. aku pun scary tgok muka sndiri. hahaha. but its a experience kan. moment aku dengan shuben. so dont care just publish. 













02 November, 2015

Only.

The only things I need right now is
your 'TIME' & your 'EFFORT'


01 November, 2015

Random #11

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Adik Beradik

Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


For me & husband is "Tengah - Tengah" hehe. Overall, 95% is correct. Tp utk kategori aku & pada pandangan aku je la. Lain org lain cara kan. Ada yg betul, ada jugak yg tak. So terpulang. Good Luck!

Nak credit article ni pun aku tak ingat dah aku curi dari mana. Sorry.
Btw, thanks for the info!