Selepas korang membaca betapa lamanya proses kenduri kendara aku ni nak habis, now its time for me & my ex-boyfriend go for cuti-cuti cinta *sila muntah*
ktorg memang tak plan lansung nak pergi jalan mana. memang dah sepakat, habis je kenduri belah lelaki, baru la google segala tempat yang ada dekat malaysia ni. ktorg memang nak jalan dlm Malaysia je. Ye la, baru je habis kenduri kendara kan, banyak duit habis. so dari membazir pergi obersea, baik aku simpan duit tu buat belanja sara diri. kehkehkeh
sebelum ni plan nak cover malaysia sebenarnya (overr) tapi macam tak logik je nak cover malaysia dalam masa lima hari. kalau check in satu tempat semalam sekalipun, baru dapat cover 5 negeri je. hahaha. pikir punya pikir, tengok kos, jarak, masa segala bagai, bincang punya bincang, ktorang setuju untuk cover pahang dulu.
so 1st destination aku, Cameron Highland. tempat biasa la orang pergi honeymoon. tempat sejuk sejukkk je. takkan nak honeymoon tempat panas rembang. gilo ape. nanti asyik menjauhh je sebab rimas + panas. kalau tempat sejuk barula bekepitt. kui kui kui
Majlis bertandang hari sabtu, so ahad tu aku ajak husband singgah rumah mak dulu kat perak, isnin pagi baru gerak pergi Cameron. Perak dengan Cameron kan dah dekat. *trick nak ajak balik kampung je tu*
aku gerak lepas zohor jugak. biasala, sebelum jalan jauh, kena la rasa mak masak dulu. kang takot kempunan.
aku sebenarnya tak berani nak jalan berdua. aku confirm2 la tak tau jalan sebab last aku pegi Cameron, masa sekolah rendah tau. so boleh la klasifikasikan aku sebagai org yang tak pernah pergi Cameron sebab satu tempat pun haghamm aku tak ingat. aku pun tak berapa confident dengan cik abang nak bawak kita pergi jalan2. tapi bila aku tanya, macam biasa la dia "jangan risau. biar "abang" yang bawak. duduk je diam2 situ" sambil sengihh (sila baca dengan nada "abang" tu ditekan kan)
ikot je la labu. janji sampai.
sebelum nak start lalu jalan bengkang bengkok tu, aku dah standby men-statik kan diri plus pejam kan mata. sebab apa? sebab aku cepat pening kalau jalan raya dok bengkok2 gitu. kang ada yang muntah sebelum masanya kang.
ding dong ding dong, ktorang sampai atas dalam pukul 5 lebih macam tu kot. turun je kereta, aku dah start sengih2 sebab fefiling dekat obersea sebab sejukkkkkk. laki aku dah sengih mengejek tengok aku.
ape? tak penah tengok aku jakun? ni la padahnya bila kau kahwin dengan orang yang jarang holiday. sepanjang 28tahun hidup, boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi bercuti. tak kisah la dengan family ke, kawan2 ke, rakan sebaya ke, rakan seperjuangan ke. so silalah tabah menghadapi saya okay?
okay sambung balik.
aku decide nak stay dekat brinchang. hasil dari pendapat orang ramai, dorang suggest aku stay situ je sebab senang nak jalan. takyah naik kereta, pakai kaki je.
punya la banyak hotel budget dekat situ, taktau nak pilih yang mana. sebab ni unplanned vacation, so haruslah aku tak booking awal. konsep yang ingin diterapkan kali ini ialah "walk in" ^.^
aku try masuk dalam 2,3 hotel. hotel ketiga aku masuk, terus check in. sebab? sebab aku dah malas. hahaha. nasib baik yang ketiga tu rate semalam below 100. kalau tak, hanguss. aku ada tanya laki aku, "awak nak kita habiskan kos dekat bilik or luar bilik?" sebab pada aku, bilik sama je. lagipun banyak masa dihabiskan dekat luar. takkan 24jam nak duduk bilik. so lepas berjalan penat, balik bilik, memang aku tak sempat pikir dah bilik tu ada bunga ros ke, ada tuala bentuk angsa ke, bath tab penuh dengan bunga bunga ke, berapa batang lilin kena nyalakan ke, yang penting ada tilam yang sesedap rasa untuk aku tido!
memandangkan ktorang baru sampai, masa tu pun dah nak senja, banyak kedai dah tutup, so ktorg decide lepak bilik dulu baru keluar makan. aku target nak pergi pasar malam brinchang sebenarnya, tapi frust bila aku tanya orang dekat situ, rupanya pasar malam tu ada hari jumaat & sabtu sahaja! cisss. aku pulak datang weekdays. memang harapan la nak pergi pasar malam tu. tula, sape suruh tak habis study sebelum bercuti. ni main redah je. padan muka kau. xtvt hari ni, makan je le.
no gambar for today sebab takde xtvt.
to be con't . . . .
0 comments!:
Post a Comment