06 February, 2016

HoneymoonDiaries #4

last check point. Bukit Tinggi.

aku memang dah lama nak pergi Bukit Tinggi ni. kalau tengok org post kat instagram tu, cantik gila tempat dia, mcm dekat Peghanchiss!

jarak Bukit Fraser dengan Bukit Tinggi, takde la jauh sangat. Plus location Bukit Tinggi dah dekat dengan KL. sebab tu aku pilih Bukit Tinggi sebagai destinasi terakhir.

disebabkan ni plan main redah je, aku baru la nak booking hotel. atas research yang ada, Bukit Tinggi ada 3 tempat untuk menginap. 

1) Bukit Tinggi golf resort (yang mana aku rs haruslah mahal)
2) Colmar Tropicale Berjaya Hills (Bukit Tinggi famous sebab hotel ni la)
3) Dusun Nora (kalau search dekat trivago ke agoda ke booking.com ke, korang mmg tak jumpa. aku jumpa tempat ni pun dekat blog2 org lain)

No 1 awal2 aku dah reject. skang ni antara No 2 dengan No 3. 

kalau pikir niat asal aku nak ke Bukit Tinggi, mesti la aku pilih No 2. tapi Dusun Nora lagi murah. untuk memastikan aku membuat pilihan yang tepat, aku buat research lagi. 

banyak review tulis Dusun Nora tu best jugak, tempat dia style rumah kampung. tapi yang scary nya tempat ni, jalan dia teruk & kecik. jauh sikit ke dalam. pastu toilet pun dekat luar. hmmmm.

setelah discuss sedalam dalamnya, ktorg pilih Colmar Tropicale Berjaya Hills (CTBH). honeymoon bukan selalu kan. alang2 tu, kita pilih je la apa yang kita teringin. heee. tapi macam biasa la, weekend kan, harga pun naik la dari biasa. mula2 nak walk in je, tp takot pulak harga walk in lagi mahal melambung lambung, aku booking pakai agoda la jawabnya.

Nasib baik Bukit Tinggi tak setinggi Bukit Fraser. Fuhh. Nak masuk tu kena bayar tau. Satu kepala RM 13. ha ha. boleh tahan mahal jugak. tapi kalau kita bermalam dekat CTBH, nanti masa check out, dia akan bayar balik duit tiket tu. So simpan tiket tu sampai la korang check out.

Sesampainya kami dekat atas. . .

Woahhh! cantik siot bangunan dia. bila aku dah start jalan ke dalam tu memang feeling macam dekat France. selama ni tengok orang lain je pergi, skang ni im here babe. hihihi.





Masa nak check in tu, ikotkan booking aku, receptionist tu kata aku pegi booked bilik yang dua katil single. aiyoyooo. tak sonoks la honeymoon dua katil single. HAHAHA

tapi, maybe receptionist tu tengok tangan aku penuh inai kot, dia bermurah hati bagi bilik yang king size bed ^_^  (tips untuk korang ye. mana tau dia nampak korang baru kahwin, macam2 lagi dia offer kann)

masuk je bilik, lagi sekali Woaahhh!! pehhh. aku suka gila bilik dia. tak macam hotel yang biasa kita pergi tau. susun atur, perabot, toilet, semuanya nampak lain. memang puas hati. bilik ni paling best antara bilik2 yang aku pernah check in sebelum ni. view dia pun best jugak, mengadap entrance CTBH. so bila malam2, lagi feel macam dekat istana zaman dulu kala.

sorry geng. gua lupa ambik gambar bilik. 













sampai2 je terus jalan jalan dekat Hotel tu. memang menarik la. ada beberapa cafe/kedai makan. setiap cafe tu berbeza cara masakan. ada cafe yang khas untuk western, ada bakery, ada kedai makan asian, ada kedai makan France dll. korang boleh pilih la nak makan masakan dari mana. dekat atas ni takde kedai makan yang biasa2 tau. restoran ke apa. semua nya dalam CTBH ni je. 

mula2 aku takut jugak makanan mahal. siap nak carik ATM sebab takut tak cukup duit. kena la drive turun balik bukit tinggi, withdraw dekat RnR Genting Sepah, pastu naik Bukit Tinggi balik. @.@

tapi bila aku masuk satu kedai makanan western ni, aku tengok harga dia standard. sama je macam dekat cafe2 area KL ni. 

satu lagi yang menarik kalau korang stay dekat CTBH ni, malam2 ada stage performance. aku ada baca dekat blog lain, macam2 performance yang dorang sedia kan, tapi time aku datang ni, satu team akrobatik china yang perform. bila aku datang lagi esoknya, team yang sama jugak perform. so aku dapat simpulkan disini yang satu minggu, satu team & satu jenis performance. next week baru tukar team. aku rasa la.



the next day which hari Jumaat, aku start plan apa xtvt ktorng harini. 
1st place yang ktorg jejak is Japanese Village. Kami decide nak try naik shuttle bas yg disediakan oleh CTBH je. tapi kena tunggu sikit la sebab dorang ada jadual kan. tak silap aku jadual dia selang sejam. kalau tak silap la. sampai je dekat check point shuttle bus tu, kami kena mendaki sikit untuk sampai ke Japanese Village tu. Berpeluh jugak la tiak makcik.

Japanese Village memang cantik. dia buat macam mini perkampungan Jepun dekat atas ni. Dekat sini dorang ada sediakan Kimono untuk bergambar tapi kena bayar la RM 20 sekali pakai. kalau teringin boleh la try. tapi aku tak try pun sebab aku sorang je eksaited. mok nak tolong tangkap gambar je. ciss.  






Masa nak datang Japanese Village memang takde masalah, tapi masa nak balik, haishhh, lama gila tunggu shuttle bus tu. sejam lebih tak silap aku. dah lunch hour baru ktorg sampai CTBH. takjadi terus nak sambung pegi tempat lain. terus balik hotel, tido. penat pulak rasa. So untuk hari Jumaat ni ktorg pergi satu tempat je. Tapi ktorg tak kisah pun sbb seronok stay dalam bilik je. (sebab bilik dia cantik hokayy. hahahaa) 

Harini dah kena check out, suami aku kata, kita bawak kereta terus. lepas pergi semua tempat tu, terus balik. Okay, aku setuju.

Kalau ikut peta yang CTBH bagi, dekat sini ada Adventure park, Animal park & Horse Trails. Utk adventure park, aku dah reject awal2 la sebab aku dtg sini bukan nak buat xtvt lasak. Next is Animal park. ktorg pun pergi la cari dekat mana Animal park ni ha, bila dah sampai, agak terkejut la makcik. Kecik je. binatang yang ada pun tak banyak. sekali tengok tempat dia dah macam reban ayam pulak. betul weh, tak tipu. aku terus tak jadi pergi sini. ktorg pusing kereta pergi Horse Trails pulak.

Dekat sini pun tidak seperti jangkaan aku. tempat dia pun kecik je. Horse Trails dekat Tmn Tasik Titiwangsa tu lagi cun dari sini. Tapi aku turun jugak la sebab hati ni teringin nak naik kuda. 

Bila dok baca harga dia, fulamak, boleh tahan mahal. lepas tu takleh tangkap gambar pulak. lagi la malas aku nak proceed. org kalau naik nak ada xperience naik kuda DAN nak tangkap gambar. ni tak boleh pulak. so cancel je.

memandangkan dah takde apa nak dibuat dekat Bukit Tinggi ni, ktorang pun berangkat la pulang.

Sebenarnya dekat Bukit Tinggi ni yang menarik nya Hotel CTBH je. sebab design hotel. yang lain takde apa pun. so kalau korang just nak tangkap gambar berlatar belakang kan CTBH, takyah bermalam dekat situ pun takpe. sbb Hotel ni open to public. Tapi kalau nak merasa bilik dia, apa lagi, check in le!


Habisla program honeymoon aku. Tak puas cuti. rasa nak sambung cuti je. hehehe.

Sampai je KL, sesi membuka hadiah kahwin ktorg. Alhamdulillah, hasil dari hadiah2 yang korang bagi, complete set dapur aku walaupun aku tak tahu masak. hahaha. pasai pa la korang tak bagi mesin basuh ke, set bilik tidur ke, tv ke, peti ais ke. kihkihkih.



Terima semua yang secara lansung or tak lansung menyumbang dalam menjayakan majlis aku ni. and many thanks utk semua yang sudi memberikan hadiah2 kahwin ni. jasa, budi & niat baik anda semua hanya Allah yang mampu balas. 

Doakan supaya hubungan kami sentiasa diberkati & diredhai oleh Allah s.w.t
Amin.

04 February, 2016

HoneymoonDiaries #3

lepas checkout dari hotel cameron highland, ktorg terus gerak ke next destination. tapi sejujurnya masa tu ktorg tak betul2 decide lagi nak pergi mana. ktorg bawak je kreta tu keluar dari cameron. dalam kepala otak ni ada tiga tempat. Cherating, Perhentian or Bukit Fraser. Aku google tiga2 tempat ni, paling dekat is Bukit Fraser. Nak ke Cherating / Perhentian ambik masa sampai 5 jam lebih. pehhh! 

masa tu pun dah tengahari, mula2 ktorang menghala je ke cherating sebab pikir2 tak sempat nak sampai jeti before pukul 4. ktorg ikot je google map tu, sekali aku pun taktau jalan mana yang dia bawak, sebab jalan tu sunyi gila!aku tengok hp, line hp dah takde, wifi YES aku lagi la takde line. tapi map tu still bergerak. tawakal je la ktorg ikot jalan yang betul. dekat situ penuh dengan lori bawak kayu balak la, kereta pun sebijik dua je. siap aku boleh lalu dekat satu empangan yang besar gila. empangan tu dah macam dalam movie omputih yang kita selalu tengok dalam wayang tu. haha. besar & tinggi beb! aku pikir positive je masa tu. pahang kan memang penuh dengan hutan kayu balak. (hmm. salahkan diri sendiri yang lemah geografi) walaupun siang tapi seram. disebabkan aku rasa terlampau jauh, ktorang discuss balik next plan. 

sebab apa pun jadi, by Khamis tu ktorg nak check in dekat Bukit Tinggi. so pikir punya pikir berbaloi tak pegi cherating just utk check in satu malam. dah la jauh, pastu nak patah balik ke Bukit Tinggi. ktorang stop dekat pekan Raub utk makan. sambil2 tu aku search la pasal Bukit Fraser. aku check apa org cakap. most of them puji Bukit Fraser sebab view dia sangat cantik fefeling oversea la katakan. Tapi yang tak best nya, org cakap pasal jalan nak pegi ke Bukit Fraser ni. 

1) jalan teruk & kecik
2) sunyi
3) bahaya
4) ada hotel kat Fraser yang agak scary
5) tak ramai orang
6) kalau kereta rosak memang takde sape nak tolong sebab takde kedai, rumah etc dekat situ

cuak pulak aku. masa tu dah 50-50 dah. nak pergi ke tak. kalau ikot dari Raub tu, dalam sejam jugak nak sampai dah Bukit Fraser. dah habis makan tu, ktorg decide pergi je la Bukit Fraser. at least kita penah pergi sekali kan. tp kalau masa tu dah senja, memang aku cancel la. taknak aku naik atas waktu malam. gile. 

nampak je signboard Bukit Fraser, bermula la perjalanan kami mendaki ke atas. walawehh. memang scary. jalan dia lagi teruk dari Cameron. jalan kecik sgt2 kecik. memang bahaya la. macam takde org jaga tempat ni. pelik aku. kata one of tempat pelancongan. takkan govt tak baikpulih tempat ni. takpela, teruskan perjalanan. 

pening tu jangan kata la. siap driver pun pening. pastu rasa mcm lama je nak naik atas. rasa macam, "bila nak sampai ni?" driver paling penat la. setelah satu jam lebih bawak kereta, ktorang nampak ni 



bila nampak je tugu jam ni rasa lega sangat2 lega. ktorg dua2 jerit "yeayy. berjaya sampai!" hahaha. ktorang terus check in sebab penat sgt. aku check in dekat Shahzan Inn Hotel. not bad la hotel ni & yang paling penting hotel ni dekat dengan tugu jam tu. so tak sunyi sgt ^_^

sampai ke malam ktorg duduk hotel je sebab lepas maghrib tu aku tengok kat tingkap memang takde satu kedai pun yang bukak. luar sunyi dengan lampu2 & kabus malam. so order makan dekat hotel je la. 

keesokkan harinya, lepas breakfast, ktorang jalan2 sikit nak ambik gambar. sekali aku nampak ramai gila orang dekat situ. mcm ada shooting. tengok kiri kanan, tak nampak pun artis yang aku kenal. ktorang pun lalu la dekat tepi. sekali dengar ada satu suara cakap pakai pembesar suara tu. director kot. dia suruh sesape yg tengah jalan tu duduk tepi. aku dh geram. ktorang pun jalan depan sikit. tengah jalan tu kena sound lagi. pastu staff dia pun suruh ktorang ke tepi. aku dah hangin. aku nak bercuti, korang nak shooting plak dekat sini. staff dia just cakap sorry la. apa la

ikot hati nak balik hotel je. tp husband aku taknak, dia kata lantak la. tangkap je la gambar. so disebabkan suami aku berkeras, dapat la ktorang amik gambar dekat sini






tak banyak sangat tempat yang ada dekat sini. so snap sekeping dua je la.ikot hati nak jalan2 lagi atas bukit, tempat naik kuda semua. tapi kereta ktorang kurang minyak. dah smp atas semalam, baru tau takde petrol station dekat atas. paling dekat yang ada, dekat Raub, takot minyak tak cukup nak turun, ktorang batalkan je la niat nak jalan lg

so kepada yang nak kan ketenangan & suka menghabiskan masa dalam bilik, digalakkan datang sini. memang tenang la. tambah2 waktu pagi, memang sejuk & penuh kabus. 




03 February, 2016

HoneymoonDiaries #2

aku dah survey tempat2 menarik dekat cameron. tapi taktau nak start yang mana dulu. so disebabkan sebab cuaca pagi sejuk, mesti best minum2 sambil tengok ladang teh kan (ajet2 je)

dari hotel aku terus pergi ke Ladang Teh Sg Palas. Hasil dari google aku, banyak ladang teh sebenarnya, tapi yang famous dekat Sg Palas ni sebab view dia cantik. Jalan nak pergi sini sempit. Kecik je. so bila jalan kecik dorang buat dua hala, memang bahaya la. tambah2 dekat selekoh. so setiap kali dekat selekoh, suami aku (lain pulak rasa panggil suami skang. hahaha) akan hon banyak kali. 

bila dah sampai tempat parking tu, kena menapak sikit la naik bukit. tapi tak rasa sangat pun sebab sejukkk. sampai je dekat atas tu, aku tengok meja luar yang betul2 dekat dengan ladang teh tu full. kalau nak duduk dalam, dah lari la niat aku nak fefiling minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh & angin sejuk. hahaha. so ktorang snap je sekeping dua gambar, jalan2 sikit, then move to next checkpoint. 











lepas Ladang teh Sg palas, ktorang pegi ke strawberry farm. dekat je dengan ladang teh tu. nak sampai ke situ, jalan dia lagi teruk dari tadi tetapi view dia lagi cantik sebab kedudukan dia lagi atas. even masa aku sampai strawberry farm tu pun, tak ramai dekat situ. ada satu family je masa tu. bila aku tanya pekerja dia, dorang kata sebab situ atas bukit & jauh sikit. aku pun tak lama sangat dekat situ sebab aku bukan minah strawberry. 

next is Cameron Lavender. dekat sini banyak gila bunga macam2 colour. nak masuk tu kena bayar. 8 hengget satu kepala. aku pun tak paham kenapa nak kena bayar. sebab tempat ni bukannya besar sangat pun. kecik je. barang2 yang jual dalam tu pun, kena beli bukan nya free. dunia sekarang duit je memanjang.  
kalau nak compare dengan blog2 yang aku baca, memang harga dia dah lain la. biasala, skang ni nak masuk toilet awam pun dah mahal ye dop. dalam ni pun takde apa yang aku rasa nak beli. aku just jalan2 ambik gambar je.












lepas tu gue pergi ke Taman Agroteknologi Mardi. dekat sini pun sama jugak. penuh dengan taman, bunga, strawberry, kedai jual teh dan banyak lagi. kepada yang suka kan ketenangan, cameron highland is the best place.



baru berapa tempat je ktorang pegi, tapi jam dah nak dekat pukul 6. kalau nak pergi tempat lain, masa dah tak cukup. mcm aku kata la, kalau weekdays, pekan ni mati lepas pukul 6. kalau ada pun yang bukak, kedai makan je.
aku pun pikir nak buat apa malam ni. takkan pergi makan pastu balik tido. tiba2 aku teringat makcik aku baru lepas pergi cameron & dia ada post gambar dia pergi satu tempat macam museum 3D art tu. walaupun tak pernah dengar ada 3D art dekat cameron, even suami aku yang selalu pergi cameron dengan family dia pun taktau, aku search jugak memikirkan makcik aku pernah post gambar dekat situ. 

cari punya cari, tadaaaa, jumpa! 

tempat dia macam dalam mall. bersebelahan dengan NOVA hotel. per entry kena bayar RM 18 ye kengkawang. fuhhh. pikir dah takde tempat yang best je malam ni. kalau tak, takde maknanya aku nak masuk. sebab aku rasa macam mahal. bila dah bayar RM 18 tu, memang berharap sangat la tempat tu best, sekali  aku masuk, hurmmmm, biasa2 je. dia punya lukisan 3D tu pun tak banyak & the annoying part is, staff dekat situ. mula2 aku masuk, okay lagi. aku pun start la ambik gambar sebab suami aku bawak camera dslr tu. tengah2 nak ambik, dari 1st check point lagi staff bangla ke dari negara mana ntah dia tu, datang kacau. konon nak tolong ambil gambar ktorg berdua pakai camera dia. satu dua snap aku relaks je. bila aku suruh tolong ambil pakai hp aku, dia macam tak suka & macam nak taknak je ambik kan. 

dah blah staff tu, datang pulak kawan dia lagi sorang. ni lagi menyakitkan hati. dia pulak marah bila kita suruh ambik pakai phone. lepas tu aku tak bagi dia ambik gambar pun, dia nak ambik gambar jugak. sakit hati betul. yela, bukannya sesaje tu, kejap lagi nak suruh aku beli la semua gambar2 tu. 

last gambar 3D dorang ada provide baju. Ada dua & kau boleh pilih. sama ada nak pakai baju ala2 dari dinasti Cina or baju ala-ala dekat padang pasir tu. disebabkan dah nak dekat Chinese New Year, ktorg pilih baju China. tapi sebelum aku pakai tu, aku tanya betul2 dekat dorang, kena bayar or tak baju tu. staff tu kata tak payah bayar. okay fine.

dah habis semua tu, aku pun pergi la nak ambik kasut. sekali dia ajak ktorg tengok gambar yang dia ambik tadi. ada dalam 60++ keping la. pastu dia kata dia bagi gambar tu sekali CD, total harga RM50. haaa. kan aku dah kata! nak mencekik pun agak2 la. 50 hengget? gila apa. tengok gambar2 tu memang la mcm nak, sebab gambar berdua, dlm camera ktorg susah la nak gambar berdua kan. hurmm.

so start la nego harga. aku cakap aku taknak CD, nak transfer kat phone je sebab dalam CD buat apa. susah nak upload. dia macam tak puas hati, dia kata dia bagi dalam CD & transfer phone = RM 50
aku cakap lagi aku taknak CD, pastu dia turun harga RM 40. ktorang taknak jugak. then dia macam nak tinggi suara. last price dia bagi RM 30 = CD + transfer phone. ahhh. belasah la. malas dah aku nak gaduh dekat situ. aku suruh dia cepat2 transfer, aku nak blah!













habis lah xtvt. ada yang best ada yang tak. overall aku rasa macam salah tempat pulak nak honeymoon. hahahaha. yela, aku tak suka strawberry, aku tak suka beli sayur, takde apa yang aku nak beli. kalau mak aku yang datang sini lain la. habis semua dia sapu.

aku stay sini 3 hari 2 malam je. so hari rabu aku dah kena check out. sempat la aku beli tshirt Cameron before balik. weee

Bye bye Cameron. See u when I see u.






01 February, 2016

HoneymoonDiaries #1

Selepas korang membaca betapa lamanya proses kenduri kendara aku ni nak habis, now its time for me & my ex-boyfriend go for cuti-cuti cinta *sila muntah*

ktorg memang tak plan lansung nak pergi jalan mana. memang dah sepakat, habis je kenduri belah lelaki, baru la google segala tempat yang ada dekat malaysia ni. ktorg memang nak jalan dlm Malaysia je. Ye la, baru je habis kenduri kendara kan, banyak duit habis. so dari membazir pergi obersea, baik aku simpan duit tu buat belanja sara diri. kehkehkeh

sebelum ni plan nak cover malaysia sebenarnya (overr) tapi macam tak logik je nak cover malaysia dalam masa lima hari. kalau check in satu tempat semalam sekalipun, baru dapat cover 5 negeri je. hahaha. pikir punya pikir, tengok kos, jarak, masa segala bagai, bincang punya bincang, ktorang setuju untuk cover pahang dulu. 

so 1st destination aku, Cameron Highland. tempat biasa la orang pergi honeymoon. tempat sejuk sejukkk je. takkan nak honeymoon tempat panas rembang. gilo ape. nanti asyik menjauhh je sebab rimas + panas. kalau tempat sejuk barula bekepitt. kui kui kui

Majlis bertandang hari sabtu, so ahad tu aku ajak husband singgah rumah mak dulu kat perak, isnin pagi baru gerak pergi Cameron. Perak dengan Cameron kan dah dekat. *trick nak ajak balik kampung je tu*

aku gerak lepas zohor jugak. biasala, sebelum jalan jauh, kena la rasa mak masak dulu. kang takot kempunan.

aku sebenarnya tak berani nak jalan berdua. aku confirm2 la tak tau jalan sebab last aku pegi Cameron, masa sekolah rendah tau. so boleh la klasifikasikan aku sebagai org yang tak pernah pergi Cameron sebab satu tempat pun haghamm aku tak ingat. aku pun tak berapa confident dengan cik abang nak bawak kita pergi jalan2. tapi bila aku tanya, macam biasa la dia "jangan risau. biar "abang" yang bawak. duduk je diam2 situ" sambil sengihh (sila baca dengan nada "abang" tu ditekan kan)

ikot je la labu. janji sampai. 

sebelum nak start lalu jalan bengkang bengkok tu, aku dah standby men-statik kan diri plus pejam kan mata. sebab apa? sebab aku cepat pening kalau jalan raya dok bengkok2 gitu. kang ada yang muntah sebelum masanya kang.

ding dong ding dong, ktorang sampai atas dalam pukul 5 lebih macam tu kot. turun je kereta, aku dah start sengih2 sebab fefiling dekat obersea sebab sejukkkkkk. laki aku dah sengih mengejek tengok aku. 

ape? tak penah tengok aku jakun? ni la padahnya bila kau kahwin dengan orang yang jarang holiday. sepanjang 28tahun hidup, boleh kira dengan jari berapa kali aku pergi bercuti. tak kisah la dengan family ke, kawan2 ke, rakan sebaya ke, rakan seperjuangan ke. so silalah tabah menghadapi saya okay?

okay sambung balik.

aku decide nak stay dekat brinchang. hasil dari pendapat orang ramai, dorang suggest aku stay situ je sebab senang nak jalan. takyah naik kereta, pakai kaki je. 
punya la banyak hotel budget dekat situ, taktau nak pilih yang mana. sebab ni unplanned vacation, so haruslah aku tak booking awal. konsep yang ingin diterapkan kali ini ialah "walk in" ^.^

aku try masuk dalam 2,3 hotel. hotel ketiga aku masuk, terus check in. sebab? sebab aku dah malas. hahaha. nasib baik yang ketiga tu rate semalam below 100. kalau tak, hanguss. aku ada tanya laki aku, "awak nak kita habiskan kos dekat bilik or luar bilik?" sebab pada aku, bilik sama je. lagipun banyak masa dihabiskan dekat luar. takkan 24jam nak duduk bilik. so lepas berjalan penat, balik bilik, memang aku tak sempat pikir dah bilik tu ada bunga ros ke, ada tuala bentuk angsa ke, bath tab penuh dengan bunga bunga ke, berapa batang lilin kena nyalakan ke, yang penting ada tilam yang sesedap rasa untuk aku tido! 

memandangkan ktorang baru sampai, masa tu pun dah nak senja, banyak kedai dah tutup, so ktorg decide lepak bilik dulu baru keluar makan. aku target nak pergi pasar malam brinchang sebenarnya, tapi frust bila aku tanya orang dekat situ, rupanya pasar malam tu ada hari jumaat & sabtu sahaja! cisss. aku pulak datang weekdays. memang harapan la nak pergi pasar malam tu. tula, sape suruh tak habis study sebelum bercuti. ni main redah je. padan muka kau. xtvt hari ni, makan je le.

no gambar for today sebab takde xtvt. 

to be con't . . . .