17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April
2006
Puan,
PERKARA :
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di
atas adalah di rujuk.
2. Sebab
utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota
yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma
satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat
mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik
Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan
komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan
dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya
akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk
makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan
tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan
dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan
permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan
ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4.
Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang
ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang.
Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama
insan lain kebahagiaan kita ini
.
5. Pihak
puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan
tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih
singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti
rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan
yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan.
Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga.
Menguntungkan bukan?
6. Segala
kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat
berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih
baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya
harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak
puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan
periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang
menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya
harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana
ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun
lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang
baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan
membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan
belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir
kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita
bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan
jayanya.
Sekian,
Terima Kasih.
“BERKORBAN
DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas
Memohon,
Suami bin Lelaki
ihsan google :) HAHA.
0 comments!:
Post a Comment