30 November, 2012

With Love Part II

SESI PERTAMA
SABTU
03.11.2012


kami telah diwajibkan untuk menghadirkan diri pada hari ini. 
ayat senang nya, 
kami telah diugut untuk dtg ke majlis dua hamba Allah ni ;

adeke patot?! 
'kalau korang tak datang hari sabtu, ktorang taknak dtg korang nya konvo esok! muktamad!'
tak adil kan? hahahahaa.

Ogy ngan Pipah budak Marketing. dorang punya turn hari sabtu. mcm aku ngan budak2 HR, hari ahad. untuk adil dan saksama, masing2 kena datang untuk kedua dua hari tersebut. ngeh ngeh ngeh. *adil.adil*

aku dengan pa'a gerak dari bangsar. dida gerak dari keramat. ira dari cheras. nad tak dapat join hari ni sebab ada hal. so ktorg budget dalam pukul 11 lebih tu nak smp kat bangi la. dorg mesti habis around 12 kan. tapi, melayu tetap melayu. hihihii. 
ktorang smp bangi tepat pada masanya tau, betol. tak tipu. dah masuk dalam, itu yang mnjadikan lambat. sesakk ouhh! parking penuh. dah jumpa parking, sesat plak nak carik dewan. ktorang pusing kiri kanan, tak jumpa jalan nak ke dewan. 

sekali nampak sorg akak ni 
'kak. mcm mana nak pg dewan ea?' 
'ouhh. korang kena naik shuttle bas' 
'haaa? bas?'
'a'ah. sebab kalau nak menapak dr sini mmg jauh'

pulakkkkkkkkk. tapi takpe! dah lama tak naik bus uniten. hewhewhew.


but the best part is,
SURAYA SULONG & ARIFF HAIKAL datang bangi!!

terharu beb! dorang datang dari Muadzam Shah kot.
aku pun terkejut tgok dorang depan mata
waaaaaaaaaaaa *nganga*
nganga sebab apa? rambut yaya dah pendek???
for real??!! suraya!
macam tak percaya rambut dia dah pendek. homaiigaddd.
*rindu si kerinting!* meeoowwww.


tapi kak yati memang berani mati ouhh. minah tu pegi pakai kuning??!! sebelum ni sumpah takkan pakai baju colour pelangi. takot nampak gemss katanya. 
mentang mentang la dah ada chenta hati skang, lansung tak takot untuk kelihatan gemms dikhalayak ramai. confident jerrkk! hahahahaa.


tapi pipah kejap je boleh join sebab dia kena bekejar pegi IJN plak. ayah dia sakit. so tak leh lama lama kat situ. kena masuk wad balik. mana yang sempat dia join je tangkap gmbar sekali.







padahal dah janji semua kena bawak jubah hari ni sbb nak tgkap gambar utk 1st session.
sekali,
 aku ngan pa'a je bawak.
caitttt!






seharian duk bergambar kat situ. dr ramai org smp la takde org. itu pun taknak balik. nasib hujan plus lapo. baru la nak gerak. lagipun yaya ngan arep nak balik muadzam dah. tak kan nak suruh dorg balik lambat. better dorg gerak awal. lebih terjamin keselamatan.

lepas settle semua kat bangi. ktorang gerak pg carik tmpat makan plak. sekali lagi, moh le kita beramai ramai pegi tunggu bas uniten. hihihi



malam tu takde pegi mana mana. Ira nak balik puncak alam. Pa'a nak pg jumpa family dia. Ogy nak balik sebab nak settle hadiah konvo. so, aku bawak dida pegi uptown carik ehem ehem *hahahaa* nak pakai konvo esok katanya. hhihihii.

haihhh. boleh ke bangun awal esok? ogy cakap, uniten ni pakai janji omputih. kalau dia cakap pukul 7 masuk dewan, maka 6.59 tu memang kau dah kena standby lahh. Ya Allah, permudahkanlah kami esok. aminnn.

27 November, 2012

Diary #1



nak mengadu.
hari ni rasa sangat penat + lenguh + sengal + kejang!
dekat 8 jam aku berdiri ke hulu ke hilir buat kerja.
naik pijar mata kaki tangan mengadap printer, photostat bagai.

*tak boleh cakap lebih lebih sebab boss kecik tau add belog aku.
kang ingat aku mengata dia. HAHA*


okay. see u soon. aku tengah tunggu gambar dari ogy ngan faiz ni.
lambat bebenor nak bagi nya pun.
berjanggut la aku nak update entry konvo haihh :P




21 November, 2012

Durian Crepe!

sana sini aku bukak, semua pasal durian crepe! sedap sangat ke? aku dah la sememangnya hantu durian. kompom sedap kalau base dia durian. eeeee. meleleh dah tgok gambar ni.


doakan misi aku untuk 
mencari durian crepe di sekitar ipoh/batu gajah/sri iskandar, 
berjaya! 
hoyeahh!



aku sebenarnya nak update with love Part II, tapi dilarang sekeras kerasnya oleh rozeyante. dia suruh tunggu smp dia bagi gambar yang ada dekat dia tu. cisss! so kita tunda la ye.



dont worry about me or what I do. What happens in my life has nothing to do with you. So keep your mouth shut and stop talking shit. pengalaman, masalah, hidup, keadaan, setiap manusia sangat berbeza. if kita tak tahu apa apa, stop making conclusion for others. tak selama lamanya kita ada di atas. just remember that.

20 November, 2012

With Love Part I

REHEARSAL
JUMAAT
02.11.2012

terujaahhhh! nak jumpa kawan kawan santeek hensem bergaya kat rehearsal. fieeeewww. rasa macam dah lama tak jumpa nokk. aku smp kl hari khamis. tapi tak dapat jumpa dorang lagi sbb aku sampai lambat :l
nasib la si tahi lalat tu baik hati nak bagi aku dgn dida menumpang kat rumah sewa dia. kalau tak, makcik pening. heeee. 

kalau ikot jadual, rehearsal pukul 8 pagi. tapi biasa laaa. bangun dah awal ni, tp still lambat sampai. aku pun taktau kenapa :D masuk je dewan, bukan ktorang dengar pun apa pakcik2 tu cakap kat depan. sibuk kepochi bersembang tak habis2. ye lahhh. lama tak jumpa kan. banyak laa mau tanya. cehhh.


kenapa aku takde? kenapa??
kau jangan nak buat onar tanya soalan cam gitu ogy.
kau tau kenapa kau takde kann?? kann??!!


takde la lama sangat pun. lepas dia petik dalam 20 org pegi buat demo atas stage, cakap sikit2, habissss! 
bagus pun. perut aku dah ding dong ni. lapaq nak mampuih ang tau

habis melepak kat fudcot uniten tu, ogy ajak pegi cari hadiah konvo. pelik dop? pelik dopp? kenapa dia nak cari hadiah walhal dia sendiri konvo? beli utk diri sndiri kah? hahahaha. 
macam ni, ktorang sbenarnya ada plan nak tukar tukar hadiah masa konvo nanti. mcm skang ni ada 7 orang termasuk diri sendiri. so aku kena cari 6 hadiah la nak bagi kat dorang.

aku punya hadiah dah settle semalam. nasib baik jumpa. terima kasih la Mr. sebab teman saya. heee *ye. aku tau. first time ayat macam ni keluar di kaca pc/hp/tablet or dimana mana tmpat yang mbolehkan anda mbaca belog saya. kan. aku tau korang nak cakap macam tu kan!* hahaha
so, sila jangan tanya apa apa :P





dah lama tak pegi mines. dulu masa belajar kpm, tu la tempat dorg berdating. kahkahkah. bukan aku hokay :P tak de la banyak beza pun The mines, just rindu nak naik cruise. heeee. 


lepas pusing pusing kat mines tu, ktorang gerak pg wangsa walk. dah lama hoii tak karok. aku ni haa. dah berbulan tak pegang mic. pegi mampos sore tak sedap pun. kisah? yang penting, makcik gian. penah tengok ghupe makcik gian? haa. mcm tu la ghupe aku masa tu. hahahaa. 
disebabkan dah lama sgt sore ni simpan, biasanya aku nyanyi 2 3 potong je, kebiasaannya lah :P tetapi tidak kali ni. semua lagu aku nak nyanyi. yang lain aku buat jadi backup singer je. ziana tak ziana. backup! hahahahaa. sian mereka :P

12 November, 2012

Second & Third Day.

SECOND DAY.





















THIRD DAY.




itu je lah gambar yang ado. ehh, gambar yang aku sempat masukkan. overall best sangat sebab

1)   Makanan dia superb sedap nak mampuih tak hengat. hyperbola sangat. kalau korang selalu pegi kedai makan tom yam yang ala ala Thai tu kan. kat sini ORIGINAL punyo. sampai aku lansung tak ingat pasal nak diet. tapi kena pandai carik tempat laa. salah tempat, takut tak sedap plak.

2) of coz barang murah. barang2 macam kat uptown, gerbang malam tu semua korang boleh dapat sampai separuh dari harga kat msia. kalau pandai adjust, lagi murah kau boleh dapat. 

tu je la dua benda penting yang aku boleh cakap. lagipun aku pegi hatyai je. lain lain tak sempat.

sekian :)

First Day.

aku sebenarnya nak update pasal konvo, bila duk edit gambar baru aku perasan ada gmbar yang aku tak story lagi kat sini. caitt. penat edit sekali simpan dalam laptop tu buat pa!
disebabkan story ni dah lamaaaaaa sangaattttt uollsss, so aku share gambar je la ye. mmg tak ingat sgt dah. kalau aku cite pun mesti tak best sbb aku malas dah nak story benda yang dah lama sangat ni. heee.

masa ni aku ikot family ayah aku pegi Hatyai. dalam 2,3 hari afta raya tak silap. tapi dalam family aku, aku dengan jijah je yang ikot. wakil katanya :D

FIRST DAY.

disebabkan aku takde passport, terpaksa la buat border pass ni


























09 November, 2012

boleh ea?

Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan

17, Jalan Angkasa
24300, Kemaman
Terengganu.


31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini
.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,


Suami bin Lelaki



ihsan google :) HAHA.