28 December, 2012

Im Home!

permisi! permisi! gue sudah pulang ke tanah air tercinta. hehe.

seronok rasanya dapat hirup udara di negara sendiri. hahaha. blurweekkkk! tapi aku taknak cite skang. tak sempat. gambar tak edit lagi. kerja kat ofis plak belambak. hujung tahun beb!
so, kasi gua settle dulu kerja, kasi boss gua senyum sampai dahi dulu, nanti gua kasi settle dengan ini belog.

chiawwww! 

Rindu. macam nak declare jadi orang gila dah ni. tapi kenapa kau tak pernah mengerti? ecehhh. 
aku yang terlampau serius mungkin? okay then. 
aku ikut je lepas ni *sigh* :)




21 December, 2012

Diary #2

semakin hari semakin malas nak bekerja sebab tulang belakang aku semakin sakit. hahaaha *alasan!* tapi betol ouhh. aku taktau la salah kerusi yang keras dan tak empuk or cara aku duduk salah. bahu penat je rasa.

tambah2 skang dah hujung tahun, lagi la lenguh aku mengadap PC. bertambah lenguh mengadap nombor yang banyak neh! cramp! 
start esok, seminggu aku tak masuk ofis. myb 27hb or 28hb baru masuk ofis. cuba kau kira, masa tu, tinggal berapa hari je nak new year?? EMPAT. 

masalah bila hujung tahun ni, everything nak kena hantar audit. so, semua aku kena update. kalau aku dah kerja sini dari tujuh tahun lepas, takpe la jugak. laju je aku cari data. ini, tak sampai tiga bulan. bila aku key in, ada amount yang tak tally. mampus aku nak kena cek balik dari awal tahun utk belek satu satu mana yang salah key in *CPR*

so the question is, cukup ke empat hari? HAHAHA. kalau boss besar buat muka ketat, kau sengih je hokay. dia mesti paham, kau pekerja baru. hewhewhew.

sebelum nak bercuti ni pun, terkejar kejar aku nak siapkan mana yang boleh dulu. sbb masa cuti, aku malas nak pikir! hehehe.




p/s : Me heart You. sorry. lima hari je . tak lama pun. betol. kejap je dah 26hb. hihihi  :*  tunggu tau!
masa ni kalau nak pegi melepak sampai taknak balik rumah pun takpe tau, tau, tauuuu :P
doakan selamat pergi, selamat balik ea :)

20 December, 2012

19 December, 2012

18 December, 2012

Taaatih!

hiju dah pandai jalan! hihihi. kalau aku sbg mak sedara pun eksaited, bayangkan apok ngan mak dia camne. seronok plak tgok budak membesar depan mata. tak kisah la bukan anak aku pun @_@






tapi susah ouhh nak jaga. nak berjalan je keja dia! pastu confident dah terror macam dah jalan soploh tahun. lajuuuu tak hengat! kita nak kejar satu hal. risau dia jatuh pun ye. geramnya haku! pastu skang dah pandai gigit org. dia punya geram nak gigit tu, eeee. tengok muka dia gigit abah dia pun, aku tau dah sakit nak mampus! adeke abg aku suruh aku try bagi tangan biar hiju gigit?? gilo ke? @#$%^&*

lepas ni berlari pulokk. taktau la macam mana nak control dia ni. comel tu comel dah. nakal tu yang tak larat.  takpe. nakal masa kecik takpe hiju. orang tengok pun comel je. dah besar nak nakal lagi, mmg mintak kaki nama dia.
besar nanti jadi budak baik hokay?!!

.....................................

I hate for being too paranoid. feel insecure. I try not to worry too much. think too far. tapi kadang kadang aku rasa jugak. kadang kadang macam okay. kadang kadang tak. kadang kadang macam nak. kadang kadang macam tak suka. terlampau banyak kadang kadangmy confidence level definitely low isn't?  

aku benci diri aku sekarang. seriously. hate. lembik. 
why is so different right now?

dealing with the past, living the present and fight for the future. itu yang aku usahakan sekarang. forsho its not easy mengg. but its possible.
whatever it is, i'm still me. before, now and forever.







13 December, 2012

Craziness!

SATURDAY
08.12.2012
Mid Valley.

semalam aku ada interview kat subang. khamis still kena kerja. kebetulan, jijah pun ada interview utk praktikal kat amanah raya. alang alang tu sekali je lah. nasib baik ada geng. so, afta kerja, malam tu gerak pegi kl. 

aku malas nak pikir tahap kecuakkan nak interview. kang semua hancuss! tapi kesian kat Mr. dia teman aku dari pukul 7 lebih sampai petang tanpa makan & minum ea. lepas semayang jumaat pun, interview session still tak habis lagi. dia tunggu sorang sorang kat bawah. alolololloooo. shiannnyaaa! dat why me so sayang kat you lebih lebih meyh. hihihihi *duckface*

yang aku eksaited nak cite ni,
aku dah jumpa durian crepe!!!!! hihihii
dorang kata kat mid ada jual. so, hari sabtu, aku ajak ogy ngan abe, pegi jumpa pa'a kat mid. smp je, ktorang pusing pusing carik kat mana ada jual. hari tu kat twitter, ileen ada mention, kat mid ada jual sbb dia penah try. sambil sambil ogy duk tanya kawan dia, aku tanya ileen kat twitter.

ileen kata kat Groundflo. dia kiosk/stall kecik je. ada satu stall depan KFC. nama dia 'durian durian' rasa macam betol dah, tapi kenapa mcm takde pun durian crepe. pusing punya pusing, still tak jumpa stall lain. 

ktorang patah balik kat kfc, tanya amoi yang jaga 'durian durian' tu. ghupenya, durian crepe dah habis! cissss. punah harapan.
takpe2. ileen kata, kalau takde kat stall, try carik kat sweet chat. rushing ni pegi carik sbb masa tu dah lewat. takot tutup. ahad aku nak balik perak dah. sweet chat ni cafe. bukan stall. disebabkan nak jumpa dengan segera, malas nak usaha sendiri, kitorang direct tanya akak yg keja situ je.

at last! jumpa jugak sweet chat :D




tapi dalam menu, dia tak tulis durian crepe. dorang letak 'durian pancake'. 1 set ada 3 biji je. cukup ke? hahahaaa. bak kata dorang, test dulu. 
lepas makan, hmmmmm. macam mana nak cakap ea. takde la WOW sangat mcm yg diperkatakan oleh org ramai tu. rasa durian la. hahahaa. namapun durian crepe kan.

maksud aku, bila aku makan, aku rasa macam aku makan durian biasa. durian duri duri tu. so, apakah perbezaan nya disitu? whats so special bout durian crepe then? bak kata Mr. , baiklah pegi beli durian sebiji, dalam tu ada berulas ulas kita boleh makan. durian crepe ni, 3 ketul yg dia serve kat customer, rasa rasanya, tak sampai dua ulas dia pakai. kan rugi. *aku sebenarnya tak berapa sure dengan penjodoh bilangan yang aku gunakan utk durian tu. ahh. belasah je*

tapi untuk menyedapkan hati, mungkin yang ini je rasa biasa. kita tak try durian crepe kat tempat lain lagi kan. hewhewheww. positip!

04 December, 2012

With Love Part III

SESI KEDUA
AHAD
04.11.2012


our turn! hihihi.
tapi hari ni aku sangat malang! nak cite! nak cite gakk!
macam aku tulis dalam entry sebelum ni la. Uniten ni kalau berjanji, dorang pakai janji omputih. keep it short, of coz semua kena ada kat dewan + siap beratur nak masuk dewan by 7am! korang tau? pukul 7.30 aku kat parking lagi. terkedek kedek sarung kasut yg ada sikit tinggi. sikit je la coz aku taknak memalukan diri sendiri atas stage. hahaa. pastu dah aku menyesal pakai kasut tu masa jalan. sampai je dewan, habis! melecet ouhh. kenapa la aku tak berkaki kambing je tadi.

aku pun taktau macam mana boleh lambat. bangun dah awal dah *ehh yeke* aku dengan dida je dari bangsar ni. Pa'a, Ira, Nad, semua dengan family. Family aku ngan dida datang kemudian.
ktorang sampai berlari lari nak pegi amik kreta kat rooftop tu. naik tangga okay! kurus 2 kilo dah ni. dengan termengah mengah fuhh fuhh fuhh, sampai atas je, start enjin kereta, pap! mana hanpong aku? carik punya carik, alahhh. tinggal dalam bilik la ni. hukk a lohhh! dah lambat dah ni gileeeee! *kau nak marah sape?* hee. diri sendiri.

aku dengan dida pun rushing la drive turun bawah balik nak pegi amik hp *aku dgn dida bwk kereta asing. takot lepas konvo masing2 ada hal* dekat corner nak turun ke tingkat bawah, seengrekkkkkkk *lebih kurang la bunyik tu* sudah. apa tuh??!! belakang kereta aku sagat!! urghhhh. khinzir betol la!! dah la lambat. ni nak pikir apa aku nak jawab dengan abang aku plak nanti. kereta tu nama bini dia kot. ehhh. bukan ke baman cakap kereta tu dah jadi hak milik aku sebab aku yang kena bayar. ouhh. okay. settle. AKU PUNYA. so, owner dia cakap, takpe. sikit je. cincai boncai meyhh.

naik balik rumah ambik hp, dengan nak redah highway yang belom tentu paham kelambatan aku di saat ini, dengan sesak kat dalam uniten, parking penuh nya, menapak pegi dewannya, Ya Allah. dugaan betol.
dah sampai depan dewan, terus ktorang pegi tempat beratur ramai2 tu.

arghhhhhhhh. dorang tengah berjalan masuk dewannn!!! haiyooooo. dah la nama aku start dengan huruf 'A' confirm la aku antara yang terawal naik stage. dengan mortar board tak pakai lagi, kaki melecet, aku berlari lari baby keja budak kos aku. sorry dida. aku terpaksa tinggalkan kau sebab kau HR. nama kau plak start 'W' mungkin kau masih boleh diselamatkan? aku ni Finance. depan sekali. ishhh. masa ni baru menyesal ambik finance *ade ke*

aku lari lari lari dan lari smp pintu masuk utama, tak jugak jumpa budak2 kos aku. jadi, itu bermakna, dorang dah masuk dewan + duduk dengan selesanya. hmmmmm. mcm mana nak buat ni??? 
ada la student yg jadi urusetia kat situ datang tanya, mungkin sebab dia tengok muka aku mcm nak nangis dah kot :D

'ni lambat ea??'
'a'ah. macam mana ni. kwn saya semua dah masuk. *mata kedip kedip*'
'takpe. duduk tepi dulu. nanti kami selitkan'

haihhhhh. duduk la aku kat tepi pintu tu. penat + hampa + menyesal. semua ada masa tu. dengan malunya lagi. gila tak malu. bayangkan aku berlari dari barisan paling belakang sampai ke pintu masuk. berapa ratus student yang konvo? dengan bunyi kasut ketak ketak ketak yang menarik perhatian org untuk melihat sape yang berlari macam gergasi tu *mesti dorang tengok punggung aku kan?* aarrghhhhhhhhhhhhh! syaitonirrajimm tol.

tengah aku tunggu kat tepi tu, sorang sorang datang join duk sebelah. hoh? ehh. muka familiar sekor sekor ni. pehhhhhh. nasib baik! ada jugak budak kos aku yang bernasib malang hari ni. welcome! welcome! hihi.
selang lima minit, jeng jeng jeng. dida yang aku tinggalkan tadi tu, datang menyusul. gila lambat kau nak sampai sini. lepas tu Nad pulak tumpang satu body. Yes. aku sudah tidak berasa gentar lagi. ada geng. hoyeahh. 

tengah dorang beratur, of coz kami dapat masa tambahan. masa tu la nak alter baju, tudung, topi, senget sana sini. mampus dorang yang beratur tu duk tengok tengok. kisah? bila dah confident dengan kepala sendiri *yelah. cuak doe. takot mortar board jatuh* cik/puan/encik yang membatu jadi urusetia kat pintu tu pun panggil.
'Sape budak Finance?'
'SAYA'
'haa. finance masuk dulu. HR tunggu'

ramai ghupenya yang lambat. hehehee. 
babai dida & nad. kena tinggal lagi :P aku masuk dulu ea.

sedih bila melihat kawan kawan sekelasku naik stage dan aku tercongok kat barisan belakang. what the heck! tu laa. sapa suruh lambat! ketuk kepala sendiri.

aku taktau la macam mana ghaye nya rupa aku naik stage, lantak ahh. nebes tahap super saiya. gambar cantik or tak, blakang cite. bila lepas dah azab aku naik stage, azab mengantuk plak terpaksa ditanggung. NASIB BAIK ktorang bawak hp masuk hall. aku pun meminta jasa baik manilacard yang lain untuk melayan kemengantukan aku di dalam wtsapp grup. hahaa.

dah nak habis bebudak naik stage, jijah text. dah sampai katanya. memang sengaja aku suruh family aku datang lambat. ntah la. bagi aku, buat apa masuk dalam tu. sumpah boring. kami yg student ni pun dah naik bosan, ni kan plak org tua. lagi dorang tak larat. lagipun abg aku ada anak kecik. susah, lama lama nak tunggu. 

bila disuruh bersurai je, haaa. apo lae, merebut rebut orang nak keluar.
aku ; mak mana mak. ouhh mak. dimanakah dikau.

penuh orang kat entrance. aku menapak keluar nak amik udara yg aman sikit. sampai luar je, aku nampak jodoh. camno neh. jumpa jodoh dulu. macam tau tau je kan. tu pasal nama dia jodoh. pahamm?! :P 
bayang mak aku pun tak nampak lagi haa. sementara nak carik family aku, sambil sambil tu aku pegi la say hi to my jodoh.  SAMBIL okay. sebab memang lalu depan dia. bukan sengaja menggatai nak hai hai *tipu* 

dah muahh sana sini *lagi menipu.* Mr. cakap dia nampak mak aku kat tempat org tunggu shuttle bas tu. ahaaah!. nampak tak calon menantu yang baik tolong searching mak mentua dia kat mana. bodek letteww! HAHA.

okay. jodoh letak tepi kejap. taraaaaaa. jumpa dah mummehh saya. dgn berbaju kurungnya. mesti dia rimas. mak aku memang tak berkenan pakai baju kurung. senang cita pakai kain. dia lebih selesa pakai seluar. kalau nak berlari ke, duduk ke, lasak ke, senang katanya.
yang aku pelik ni, apasal adik aku, Jijah, pakai baju kurung jugak? sape nak konvo ni? aku ke dia?

"kenapa ang pakai baju kurung? ang ke akak yang konvo?"
"alahhh. ingat nak masuk dewan hari ni. dah siap gosok pun. pakai je lah"
"ahh. dusta itu semua. ang saje kan pakai baju kurung. saje je nak cantas jodoh akak kat sini kan?! mentang mentang lagik kurus dari haku! huh"
"hoiii. gila ke?"

HAHA. nampak tak betapa tingginya tahap mahakarya kejelesan aku? adik sendiri pun tak percaya. heehehe.
aku tengok abg aku takde. mana dorang. kan datang sekali? rupanya dorang naik bas lain. bas yang mak aku naik tu penuh dah. tunggu punya tunggu, nampak dah muka abg aku ngan anak dia dalam bas tu. mak aihhh. comel gile hiju naik bas! dengan muka jakun tepuk tepuk tingkap bas. hahahaa. 





habis sesi bersama keluarga, aku dengan Mr. pun menghantar mereka pulang. abg aku kuang ajaq! dok tersengih sengih macam kerang bakar. memang nak kena bakar pun dia tuh! aku malas nak layan. buat muka bahagia je senang. hihihi.

babai korang. jumpa kat rumah hari isnin ea :D

now, sesi bersama kawan kawan tercinta. update kat wtsapp group. sape dah settle sila tunggu kat tangga :)


snap sana sikit. sini sikit. done untuk sesi di luar. skang kita mula sesi dalam aircond. sebab paneh nak mampuih! masa nak kemas kemas barang spt bunga, beg dan sebagainya, TIBA TIBA, ting tong! mortar board dida hilang. homaigaddd! camno neh??

nampak tak? semua gambar, gambar dida je kepala togel. hmmmm. sian dida. dah carik tapi tak jumpa jugak. nak buat camno :l bertambah lagi la nasib malang kita hari ni kan. kan.









tengah duk syok snap gambar, hujan turun dengan lebat selebat lebatnya. ktorang plan nak pegi snap kat putrajaya. melampau tak? mcm pre wed dah. hahaha. kesah?
plus ktorang ada bawak pro photographer sekali, FAIZ. ehh. silap. pinjam adam punya photographer *uuweekkkk. menyampah!* penat merebut dengan adam smp photographer tu merajuk dengan aku sbb buat dia serba salah. mangkuk pecah tol. nak sangat. hambikkkkkkkk!

bila hujan dah kurang sikit, ktorang gerak pegi putrajaya. ini lagi satu hal. sorang satu kereta. kejadahnya lahaii. penat tau tak. bukannya semua orang key ell. tak payah cakap org lain. aku neh haaa. kalau tak folo betol betol, sumpah sesat. LAPAN kereta konvoi pg putrajaya. penat doe nak mengekalkan rantaian ke lapan lapan kereta tu. hahahaa. tapi akhirnya, berkat kesabaran faiz ngan adam yang lead kat depan, kami sampai ke destinasi. kihkihkih.
















omey dakk? omeyy kan. hihihi. tak semua gambar dari camera faiz. campur2. ada camera pa'a, ogy, dida, pipah. btw, thanks aishhhh. lepas ni kalau nak merajuk dengan aku, jangan off wtsapp! aku tampa kang. gambar mana yang cantik datang dari faiz, mana yang buruk datang dari camera kami :D

faiz & his gigi besi :D

dah malam apo lae. balik ahhh. esok aku dah kena ready nak balik perak plak. nak kena pegi uniten hantar jubah, amik sijil, gambar semua lagi. 


odw nak pegi carik tempat makang, ktorang drop isi minyak. dah settle kat shell tu, tiba tiba dorang suruh park tepi. aku ingat ada apa, ghupenya 'korang taknak ke tangkap gambar kita pegang hadiah masing2?' 
ouhhh. a'ahkan. penat sekor sekor carik hadiah, takkan takde credit ye dopp. btw, terima kasih korang pasal hadiah tu. tak sia sia kita berzanji nak beli hadiah konvo. heeee.








bak kata pa'a ;
kan best kalau konvo seminggu. hmmm. kan. kalau sebulan konvo pun takpe. sehari, soploh org naik stage. hahahaa.


nanti kita jumpa lagi ea kawan kawan.
p/s : Thanks for the birthday present Mr.! suka! hihihi.