14 March, 2017

Monolog #5

kadang kadang tak tahu nak salahkan siapa. 
otak aku buntu, serabut, pikirkan masalah yang makin lama makin banyak.

at this age, masalah yang datang bukan nye macam time kau belajar dulu. kalau dulu problem setakat celah gigi je kot. kawan kawan pun ramai boleh tolong. sekarang? kawan kawan pun tak berani nak tolong kalau masalah tu besar & asyik berulang. 

tak kan nak salah kan member yang tak bersalah kot. kalau aku dekat tempat dorang pun belum tentu aku boleh buat. masing masing ada masalah sendiri kan. 

tapi bila kenang nasib sendiri, ntah la. satu soalan je asyik repeat dalam kepala otak aku ni. Kenapa?
Kenapa dari kecik sampai sekarang, lepas satu, satu masalah datang. Ni balasan atas segala dosa dosa aku ke? 

bukan nak kata aku tak nak bersyukur dan aku tahu, Allah tak kan uji hambaNya kalau dia tidak mampu. Buktinya, aku masih hidup lagi sampai sekarang. Kan?

Tapi otak ni tak berenti renti dari dulu asyik pikir macam mana nak selesai kan masalah itu, masalah ini. kadang kadang tu rasa penat sangat. hmmm

Aku harap dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir nanti akan mengubah nasib aku & keluarga lepas ni. Anak kan rezeki yang Allah anugerahkan untuk kita. InshaaAllah, lama kelamaan semuanya akan selesai :')

Amin.



02 March, 2017

36 weeks.

Harini genap 36 minggu. So harini aku ada checkup dekat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak). Sekarang ni aku dah start checkup 2 minggu sekali. Lepas ni maybe seminggu sekali pulak.
2 minggu lepas berat aku 99kg, hari ni cuba teka? hahahaha
101kg hokey. walaupun aku sedar aku pregnant, tapi serius ahh, tak pernah terpikir berat aku akan cecah 100kg. hahaha. 

Masa 34 minggu, berat baby dah 2.62kg. 
So bila berat aku dah cecah 101kg ni, aku terpikir, yang bertambah berat tu aku ke baby? Risau. Sebab aku ada GDM atau dengan kata lain nye kencing manis semasa mengandung. So possibility untuk baby besar tu ada. Hmmm.

Bila dah nak dekat bersalin ni, rasa macam hari hari nak scan. 

Nak cek condition baby camne. 
Berat dia bertambah banyak mana
Air ketuban okay tak.
Tali pusat macam mana.
Kedudukan baby macam mana.
Macam macam lagi lah!

Tapi nurse kata, scan selalu pun tak elok jugak. Takpela. 

Nervous & takut tu jangan cakap la. Kadang2 aku lansung tak boleh nak fokus dengan kerja dekat office. Asyik pikir pasal baby & bersalin nanti macam mana. Tiba tiba aku rasa, masa ni macam cepat pulak berjalan. Kejap je dah 36 minggu.

Apa2 pun, kita berserah je la dengan ketentuan Allah s.w.t
Kalau Allah dah kata anak ni memang rezeki aku & suami, InshaaAllah semuanya akan selamat. 
Amin.


*nama anak pun tak confirm lagi ni. adoiii.

27 February, 2017

Mummy or Ibu ?

Mummy or Ibu?

Nama panggilan pun jadi isu. hahaha.

Yang suami aku, nak anak dia panggil dia daddy. So kalau dah daddy, partner yang sesuai mummy la kan. Tapi aku dah cuba bahasakan diri aku mummy dengan baby dalam perut ni. Tapii macam tak sesuai jeerk. hahaha. Rasa mcm gegirl angat.

Aku nak Ibu or Umi. Tapi husband aku takmo gak. Siap taknak panjangkan conversation, dia kata muktamad. Guna mummy daddy je. hahahaha

Adoii. ikut je la cakap dia. kang menderhaka pulokk. hehe.

#35weeks

02 February, 2017

Monolog #4

Dia sahabat mengejar kejayaan
Dia teman juga sibuk mengejar kejayaan
Dia yang menemani semakin dikenali semakin meningkat semakin sibuk

Aku?
Di mana?
Aku
Di sini
Masih dengan dunia aku
Masih dengan cerita aku
Cuma kemeriahan
Gelak tawa yang dulunya selalu membuat mereka tersenyum
Kini hanya membisu
Di tanya sepatah jawabnya sepatah
Pelik? Kenapa aku berubah?
Keceriaan yang dulu kian pudar
Hanya mampu perhatikan dari jauh

Tangan terus menerus menulis luahan
Bukan seperti mereka yang hebat berpunjangga
Aku, sebatang pen dan sebuah buku
Di simpan rapi
Ada masa aku tulis
Ada masa aku hanya memandang seolah mata yang berbicara segalanya

Satu kelemahan bagi aku,
Gagal buat mereka yang aku sayang
Tersenyum, Ketawa, Bahagia
Tiada istilah sepi, air mata atau keseorangan
Kerana
Hadirnya aku, aku berusaha membuat mereka tersenyum

Tapi harus diingat itu semua sementara
Walau hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah,
akan terputus juga.
Siapa bilang jika sudah berkahwin tiada istilah perpisahan?
Kematian adalah perpisahannya
Tunang tidak semestinya dialah jodoh buatmu
Pasangan itu tidak kekal
Kerana Dia yang Maha Esa tahu segalaNya dan semuanya sudah ditulis

Redhakanlah setiap perpisahan
Mungkin saat ini kau menjadi teman
Mungkin saat ini kau yang diperlukan
Tapi satu masa
Kau akan menjadi kenangan buat dia
Mungkin dia sedang melakar kebahagiaan dia sendiri
Siapa tahu
Setiap orang mempunyai perancangan masa depan untuk yang lebih baik

Tapi harus diingat
Rancanglah saham buat akhiratmu
Supaya yang ditimbang itu berat kepada amalan bukan dosa
Berdoalah supaya amalannu sentiasa diterima
Niatlah keranaNya

Andai kau pernah disakiti oleh insan yang bernama manusia
Itu wajar kerana kau dikurniakan hati
Hati untuk merasa
Hati itu benda ghaib yang tidak dapat dilihat
Bayangkan jika setiap kali disakiti ia berdarah
Apa akan jadi? Berkecai lembik memek
Siapa yang mahu lihat?
Kau. Sanggup?
Hanya air mata sahaja yang dapat melegakan
Tapi lebih indah pada sejadah tempat kau bersujud

Aku doakan kau sentiasa kuat tabah dan sentiada dalam jagaaNya
Tidak kira siapa pon kamu,
Teman Kawan Sahabat
Aku sayang kalian
Ini bukan cerita novel
Bukan ayat untuk minta simpati
Bukan ayat untuk menarik perhatian
Tapi ayat untuk engkau insan yang aku sayang

#copypaste

29 January, 2017

Family Picnic

Cuti CNY kali ni aku ajak family aku pergi picnic. Sebab aku dah la jarang balik kampung. Bila balik memang takde buat aktiviti apa apa. Just duduk rumah, keluar jalan-jalan sikit, pergi makan. itu aje.

So this time kena buat something. Aktiviti yang paling mudah, tak keluarkan duit & tak menyusahkan sangat is Picnic! Bila dah agih-agih tugas sesama adik beradik, kan kerja akan jadi mudah. tak gicheww? haha

Mula2 aku ajak pergi teluk batik je. Pastu abg aku taknak sebab ramai orang. So dia ajak pergi picnic dekat Teluk Senangin. Why not? aku pun tak pernah pergi Teluk Senangin. hehe

Pukul 6 pagi aku dgn mak dah bangun nak goreng ayam & masak nasi lemak semua. Adik aku Jijah, dia gerak dari rumah mak mertua dia dekat Sabak Bernam. Abg aku pulak dari rumah sewa dia. 



Agar-agar milo oreo & Puding marble by Kak Ipar Ceq











Kawasan dia tak besar la macam Teluk Batik, Walaupun sepatutnya tak ramai sangat pun orang, jadi nampak ramai. So our first family outing berjaya! yeayy. 

Family aku ni memang jarang sesangat ada aktiviti macam ni. Boleh kira dengan jari la berapa kali ktorg pergi bercuti. Dengan aku pun jarang balik kan. So okayla kita start dengan picnic dulu. Lain kali boleh plan lain pulak. hehe

Adios. Chiow.

01 January, 2017

#zimazainJr.

Ending 2016 getting to see this angel growing healthily.
Just so u know, u have been my utmost strength for the past few months.
Everything I do now just because of u.
I'll pray for ur arrival my dear. 
Only 3 months left.
Lets do this together!
#babyAR










31 December, 2016

Year End.

Wow. Lama sungguh aku menyepi. Kesian blog aku ni. dapat tuan yang suam-suam kuku. kahkahkah. 
Actually, aku dah takde laptop. Laptop tu dah menurun ke adik bongsu aku sebab dia baru masuk belajar. So dari mak pak aku nak kena cari duit utk beli laptop baru, baikla kakak dia yang sacrifice ye dokk. 

Nak curi curi update dekat office (hihihi) tetbe haritu dia dah block! Hayam betul. 

Ni pun aku just try & error bukak blog aku and jeng jeng jeng! Eh?? dah boleh bukak? mihmihmih.
sempat la aku menaip barang lima enam baris sebelum office hour habis ni. 

Okay. Jam sudah pukul hhenam. Gua chow dulu. lain kali bila line clear dekat office, gua update lagi.
Zasss!