08 October, 2012

arghh.

marah adalah sifat semulajadi manusia macam aku ni :D kita tak boleh nak buang. gila ke? fitrah tu. tapi kita boleh kawal kemarahan :)


(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.


(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.


(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.


(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.


hasil penciplakan dari blog org lain. aku pun tak ingat dah blog mana. mohon curik.

kadang kadang aku pun tak dapat nak control rasa marah aku. bila aku marah, takde mood, semua benda aku buat serba tak kena. hal kecik pun boleh jadi besar. malang betol manusia manusia yang ada di sekeliling aku ni kan? 

tapi bila aku baca balik tips kat atas ni,boleh ke kita nak buat. dah tengah marah, ada masa plak aku nak mengingatkan diri sendiri la, keyakinan diri la. kalau tarik nafas dalam dalam tu mungkin sempat kot. ngeh ngeh.

tapi kan, ni tips aku sendiri. no more curik. aku biasa buat :) 
kalau aku rasa serabut, rimas, nak marah, takde mood dan yang sewaktu dengan nya kan, aku terus pegi mandi. tak kisah la pukul berapa masa tu. hihihii. ehh. menjadi okay! 



0 comments!: