01 June, 2015

MiorxFara.

Finally, Farah & Mior, officially husband and wife!
10 years relationship babe!
kau hadoo?? hahaha

kami doakan semoga kebahagiaan, keceriaan & kesejahteraan akan sentiasa menemani
kehidupan korang berdua selepas ini.
semoga sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi 
segala dugaan dan cabaran di alam perkahwinan.
You go girl!






















02 May, 2015

I'm officially booked.

We've decided to step in to a world of commitments, care and eternal love.
Two of us finally decided to make our relationship official.
I'm glad to announce that we're engaged & soon to get married.











Dear You. Thank you for this. Let this commitment be a bond of love and support for each other.
Love you.


30 April, 2015

Its time for Vacation!

Dah msuk tengah2 alam pekerjaan ni, aku makin malas nak menaip panjang2 bercerita. seriously takde masa beb. nak masuk gambar pun dah take time. ni nak merangka story. memandangkan cerita ni pun dah basi (even nama tempat2 dia pun aku dah lupa) aku just upload gmbar je lah. hahaha. 

mungkin masa umur aku dalam 40 ke atas baru aku ada masa nak menaip balik? mungkin lah. hahaha

24.03.2015






25.03.2015











26.03.2015








27.03.2015







09 April, 2015

Once in a lifetime.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.
Kau berkatilah setiap keputusan kami.
Kau berikanlah kami jalan supaya kami dapat menguruskan segalanya dengan baik.

Kuatkanlah hati kami dengan keputusan ini.
Berilah kami semangat untuk menempuh segala cabaran dan dugaan nanti.
Sesungguhnya kami hanyalah hambamu yang hina.
Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kelak.

Segala yang terjadi adalah ketentuanMu.
yang baik datangnya darimu.
yang buruk semestinya dari kami.

Ya Allah, jika dia ialah jodohku yang telah ditentukan, 
Kau rahmatilah hubungan kami ini.
Jauhkanlah kami dari sifat dengki dan amarah.
Hindarilah kami dari bisikan syaitan yang sentiasa sukakan kemusnahan anak adam.

Amin Ya Rabb.


02 February, 2015

Diary #12


dunia mengenalmu sebagai seorang yang sangat terbuka untuk menerima segala jenis
tohmahan, persekitaran, dan kelakuan.
pada mereka,
perbezaan dan semua perilaku manusia, 
kau boleh menanganinya dengan baik.

jika cacat, kau ditugaskan untuk mencantikkan.
jika buruk, kau disuruh untuk mengindahkan.
jika salah, kau diharuskan untuk memperbetulkan.

tetapi,

bila berlakunya kecacatan,
kau dipersalahkan.
bila berlakunya keburukan, 
kau di pertanggungjawabkan.
bila berlakunya kesalahan,
kau dijadikan punca.

sekelip mata.
sekelip mata segala yang indah tentang kau menjadi buruk.

dunia.
mereka lupa yang kau bukan tuhan.
mereka lupa yang kau hanya manusia biasa.
mereka lupa yang kau juga ada hati dan perasaan.
mereka lupa yang kau juga perlu diberi perhatian.

apabila pohon yang selama ini berada di sisi,
tidak lagi mahu melindungi diri kau,
tidak lagi mmepercayai kata kata kau,
tidak lagi memahami tingkah laku kau,
tidak lagi mendengari cerita kau,
tidak lagi ingin menyelami hati dan perasaan kau,
apa lagi yang patut kau lakukan?

kecewa. sedih. terkilan.
satu perasaan yang kau paling benci dalam dunia.
sangat berbeza dengan perasaan marah. 
bila datang perasaan itu, 
kau boleh tunjukkan pada semua, sekeliling kau, pada dunia 
yang kau memang marah.

tapi,
bila kau kecewa, sedih, terkilan,
kau hanya mampu sorokkan perasaan tu jauh ke dalam hati kau.
kau tak mampu nak buang dan tunjuk pada sesiapa.
sebab rasa itu sangat halus dan kecil untuk di beritahu pada semua.

walaupun,
kesannya tidaklah sekecil rasanya.
sakitnya tidaklah sehalus rupa.
tapi apabila rasanya di biak
ia mampu menghitamkan perasaan dan jiwa.

di satu tahap dan ketika
kau sudah tidak mampu lagi hidup untuk mendengar 
anggapan dan pendapat dunia

pada mereka apa yang kau lakukan salah,
tapi apa yang diperlakukan terhadap kau, itu lumrah.

tapi bagaimana pula dengan pendapat kau?
tanggapan kau? perasaan kau?

adakah bagi mereka penting untuk mereka mengambil kira?


21 December, 2014

Melaka getaway.

SABTU
20 DEC 2014








AHAD
21 DEC 2014