14 July, 2013

Love Him!

jumpa jugak official dia. dulu masa lagu ni keluar, MV dia tak siap lagi. now, dah adaaa. 
heeee. lebiu laaa hajama.



15 June, 2013

Random #10


SPECIAL DEDICATED TO :

MR.




saje je nak share sekali. 
dok google, terjumpa yang ini :P


14 June, 2013

birthday boy.

last week ktorang celebrate besday adam on 7 june. actually besday dia 11 june. tapi gf adam nak celebrate awal dan kebetulan 7june tu aku cuti, so kebetulan yang sangat betulnya, aku ngan ogy pun join empat kaki. hehehee.

dorang plan nak buat bbq kat kemensah. aku ngan ogy memang tak tolong prepare apa apa pun. yela. tau pun last minit. itupun mok ajak sehari sebelum hari kejadian. camano nak tolong prepare nya. nasib baiklah gf adam jenis tak kisah dan dia memberi kebenaran untuk kami join cuci kaki je. hehehehehee.

aku taktau pun tengah tengah key ell yang bingit tu ada sungai. hahahhaa. nama kemensah ni pun aku tak penah dengar okay. tapi memang cuak ouhh masa aku ngan mok nak redah dulu pegi tempat tu. yelah, dorang sume odw masa tu, dorang suruh ktorg pegi sana dulu. aku ngan mok pun okay je la. mana nak tau, separuh jalan ktorang stop.

ktorang bukan sesat okay. ktorang just tak berani nak terus kan je. jalan sunyi gila. gelap plak tu. dengan tak confident lagi. memang patah balik la jawabnya. sudahnya ktorg tunggu je adam ngan ain kat jalan masuk tu. heeeee.


aku pun taktau sape punya ayat kat atas kek tu -.-''


HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.

*tepukk.tepukk.tepuukkk*

lepas tu boleh buat buat tanya ''besday sape wehh?''
choiii. innocent la sangatt.













nasib baik segalanya berjalan dengan bersih sekali. hahahahahaa/ ktorang la bersih. adam jangan harap la. thanks semua sebab sudi jemput saya *kelip kelip* sorry la tak dapat nak stay lama hari tu. sbb keesokkan hari nya aku bekerja. 7.30 dah kena thumbprint. dats y la aku memang tak leh lelama. 

nothing more nothing less. adiosa. 




13 June, 2013

Diary #9

berapa haribulan hari ni? 13 june 2013. last aku update? 14 may 2013. hurmmm. dekat sebulan jugakk aku tak update.
haiyaaaa! baik kau bungkus je kukunatshake ni cik mahh oiii. kalau stakat sebulan sekali baru nak timbul, settle down je la weh. 
tapii. sayang le pulokk. dah penat buat cecomeyy cenggini *hahaha. comey ke?* takkan nak tutup. takpe2. gigih weh. gigih! lagipun bukan sesape pun nak visit. aku buat pun utk kepuasan hati aku sendiri. so, who cares. nak update, silakan. taknak update, boleh jalan.

lately ni sangat bz dengan kerja smp takde masa nak texting jiwang karat tahap super saiya dengan Mr demokkk. ini bukan omong omong kosong yaa. memang benarr kok gue bz. ngakk percaya? kamu bilang saja pada shiapa shiapa yang mengenali diri gue, kompom mereka juga menyetujui perkara ini. haaa dah kenapa speaking indon? sebabnya aku bekerja dah macam indon/bangla yang datang malaysia semata mata nak carik duit tanpa mengenal erti siang dan malam. 

mana tak nya, keluar rumah, langit gelap lagi. balik umah pun, langit masih gelap. boleh bayang betapa penatnya body aku seharian bekerja? aku takde masalah dorang nak kerah tenaga mental & fizikal aku ni, tapi bila boss macam monyet yang otak letak kat bontot, itu gua jadi tak tahan. 

meh aku cite sinopsisnya. ahhh. mampuih la. bukan dia baca pun. 
aku keja dekat branch. so of coz la aku ada branch manager. atas branch manager ni mestila ada boss lagi yang kdg2 kita panggil area manager. 
okay. masa mula mula aku masuk dulu, semua nya macam nice je. mmg aku rasa untung laa di post ke branch tu. branch manager pun baik. teamwork bagus. lama lama, baru la nampak kat mana pincangnyaa. area manager aku memang problem! hebat tak hebat, dia buat smp branch manager aku resign. mula mula branch manager, lepas tu assistant dia plak resign. 

masa tu memang aku dengan muka muka baru yang lain gelabah la. celah mana ktorg nak in charge. baru lagi kot. tak habis cedok lagi pengalaman orang lain, sekali dia lari da. tapi, ada sorang je manusia yang tak gelabah. in fact, dia macam tunggu tunggu je saat boss aku resign. mana taknya, ni la masanya untuk dia menggantikan tempat boss aku kan.

dia yang aku kata tu berbangsa cina. area manager aku pun cina. Ingin aku tekan kan disini, aku sama sekali TIDAK memilih kaum untuk bekerja sama si bawah satu bumbung. janji kerja kau okay, aku on je.

tapi, kat tempat aku, memang nampak kot berat sebelah nya. Dia yang duk menunggu masa nak jadi boss tu, lansung taktau buat kerja kot! LANSUNG TIDAK TAHU. yang dia tahu masuk keluar masuk keluar. semua orang tahu yang dia tak boleh buat kerja. Area manager tu pun tau yang dia tak boleh buat kerja. Even hq pun tau mangkuk tu takleh buat kerja. so, kenapa kau simpan lagi orang macam tu? siap dorang plan nak naikkan dia jadi boss dekat branch tu. 

aku jadi hanginn laa. gila apa nak bagi orang dungu jadi boss. aku bukan nak cakap besar. tapi, aku yang masuk lambat dari dia pun, lagi tahu buat kerja tau. buktinya aku tahu buat kerja, bila mana, every single thing, area manager tu suruh ktorang yang baru baru ni yang buat. so? nampak tak politik perkauman di situ. yang dungu tu kau pejam mata je dia tak leh buat kerja. yang ktorang ni bukan main bingit lagi kau kalau kau tangkap kami salah buat kerja. so sangat tak fair! sangat!!

aku memang plan lepas je boss aku, branch manager, resign, aku nak resign. bukan bermakna aku mengikut, tapi, kalau kau dah nampak cara pemerintahan kat situ, dan kau pun mungkin bakal ditindas satu masa nanti, baiklah kau angkat kaki ye dokkk. buat apa tunggu lama lama. menyenangkan dorang adalah. dan alhamdulillah, aku dh dapat kerja baru skang. dengan rasa berbahagia dan gumbira nya, aku dah tender resign letter kat company lama tu. 

aku harap ini satu keputusan yang betol. yelah. sape tahu kan apa akan jadi lepas ni. hopefully everything akan baik baik aja. 

btw, congratulationnn to my demokk sebab dia pun dah dapat job baru. hihihi. maybe this is a starting point for us. wishing you great success. may ur new job be all that you wish for and a whole lot more. nak kawen cepat annn. keja lek lok tauuu. hukhukhukhuk :P










14 May, 2013

Finally.

mak aihh. bersawang habis. punya la lama tak hapdate. cite dah lama draft. just takde masa nak online. hihihihi.
tapi acane. aku takde idea nak cite panjang manjang ni sebab esok keja pagi. ahhh. belasah aje.

anyway, aku nak ucapkan beribu ribu juta jutaan tahniah buat Nor Diyana Mohd Hani sebab sudah sah menjadi isteri orang. tak sangka dalam ramai ramai, kau yang kawen dulu. tapi aku memang dah agak dah! dr belajar dulu aku dah agak kau yg akan kawen dulu. hahahaa. 







En Suami mmg aku tak penah kenal sebelum ni. bak kata ogy, ayan kenal En Suami masa sama2 buat PJJ. Nasib baik aku cuti tau masa kau kawen ni. kalau tak, memang tak sempat la aku nak tgok si joyah ni malu malu tangkap gambar ngan somi dia :P

lepas habis kenduri, ogy nak balik umah dulu, nak mandi. dah la pagi td dia ada exam ptd, pastu pegi kenduri plak. memang tiak ashahhh yang amat la kan. 

sementara nak tunggu ogy mandi tu, aku dengan mok jenjalan dulu. hihihiii. ktorang nak pegi tgok tiket laahhh :P
kebetulan, ayan kawen 13.04.2013. besday ogy plak 14.04.2013. so dah alang alang aku cuti gak, plan sekali la sambut besday dia. dok pusing2 mencari kek aje. pening sebab nak carik kek yg ikot selera aku. hahahahaa.

dah settle pasal kek, ktorg pegi tgok wayang cite Olympus. memang hebakk! nasib baik la best. tak rugi aku beli tiket. sebenarnya aku takde la plan beria sangat, sebab aku takde masa. keja dah macam 24/7.
so yang dpt ku lakukan hanyalah membeli kek. heeeee. sowwyyy.





ktorang celebrate kat ali mamak bistro tu je. itu yang termampu kak yati. tetbe teringat plak masa kita sambut besday sume orang kat muadzam dulu :(
cisss. usah dikenang. hidup mesti diteruskan. hehehee. 


sorry for the short story. boring kan? ahhh kisah. lalalallalaa.
adios. gua mahu tido. kepada my demokkk, ni chapter baru saya tambah dalam novel awak. bayar hokeyy! ingat free ke baca novel orang?? :P  btw, miss youuu Mr. 

03 April, 2013

JOE.

hari ni aku off. di sebabkan keserabutan yang melampau, aku paksa bebudak kat tempat keja aku tu join aku tgok wayang. aku seronok la sbb mmg off hari ni. dorang plak tak cuti. so lepas habis kerja, kena cepat2 balik umah nak siap pg tgok wayang. hewhewheww. choo cuwiitt.

so pagi2 aku dah bangun, basuh baju. tiga kali basuh tau. penat tunggu! tukar cadar baru, sapu rumah atas bawah sampai peluh peluh tiakk.

nak dekat pukul 6 tuh aku msj dah sorang2. Intan settle. pukul 5ptg dia dah gerak balik. lagi dua orang ni mana pegi tak reply mesej aku. tetbe aku teringat, hari ni boss ada. confirm tak lepas nak balik tepat pada waktunya. kehkehkeh.

pukul 6 lebih baru la dorang reply. aku dah pesan, kalau nak balik awal make sure lepas maghrib je terus siap. kalau tak, bersengkang mata la korang nak masuk keja esok :D

ktorang pegi tgok kat alamanda. target nak tgok G.I JOE. ingat nak tgok yang biasa je, tapi full la pulak. terpaksa la tgok 3D. memang aku ni pelik skit. org lain sume dok kejar 3D aku pulak taknak. ntah la. aku rimas pakai spec 3D tu. rasa mcm mengganggu. betol tak? betol tak? hihihi

ktorang ada 6 orang, tapi tak dapat duduk satu line seat penuh. so terpaksa la duduk couple. Aini dgn somi dia. Intan dgn bie dia. aku dengan ateh. hahahaa. kesian aku dengan ateh :P

jeles je tgok org yang dah kawen ni. Aini tu baru umur 22 tak silap aku. baru je kawen tahun lepas. seronok tgok dorang. sweet jep. ni yang aku malas ni, dulu tak penah pun rasa macam ni. bila dah bercinta, mula la keinginan utk kawen tu membuak buak. hahahahaa :P betol la. niat ku suci lagi murni tawww. hiii.

neway, cite sangat superb! mmg rock. lepas ni nak ajak tgok olympus puloopp :)
sorry kak yati aku tgok dulu. tension duk umah, aku keluar la tgok mubie. heeee. nanti aku teman kau tgok eaaaa.





Missing someone badly. tuhan je yang tau macam mana aku tahan dua hari ni :'( 
I keep myself busy with things to do, but everytime I pause, I still think of you.

31 March, 2013

With Love.

boss dengan bermurah hati bagi aku cuti hari sabtu. hihihiii. yess! ingat senang ke nak cuti weekend. asal aku cuti je, org lain keja. org lain cuti, aku keja. tension tol.

so hari ni aku ajak dorang jalan ts. kenapa ts? sbb aku dah bosan, asyik asyik wangsa walk. tak ww, pegi festival. jemu makcik!













kebetulan, sampai je ts, ktorang tgok ada tournament squash kat situ. Nicole David ada hokayyy! sebelum ktorang smp, dah lepas 1st game. Nicole menang. so lepak situ kejap nak tgok dia main. sekali game kedua, nicole kalah. Ogy pun cakap ''bila kita datang tgok, dia kalah. tadi elok je menang''

apa kata kita try blah dari situ. nak tgok dia menang ke tak. hahahaa. lepas ktorang berambus dr situ, aku pun taktau la dia menang ke kalah. korang tgok la berita ea :D

yang penting, aku dapat rasa durian crepe kat sg wang yang ogy cakap sedap tu. sedap sbb isi durian dia baaanyaakkk. heeee. puas! tapi mana cukup satu bekas enam biji. memang aku sekali telan je. takpe. nanti beli lagi. hantu durian betol!