30 April, 2015

Its time for Vacation!

Dah msuk tengah2 alam pekerjaan ni, aku makin malas nak menaip panjang2 bercerita. seriously takde masa beb. nak masuk gambar pun dah take time. ni nak merangka story. memandangkan cerita ni pun dah basi (even nama tempat2 dia pun aku dah lupa) aku just upload gmbar je lah. hahaha. 

mungkin masa umur aku dalam 40 ke atas baru aku ada masa nak menaip balik? mungkin lah. hahaha

24.03.2015






25.03.2015











26.03.2015








27.03.2015







09 April, 2015

Once in a lifetime.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.
Kau berkatilah setiap keputusan kami.
Kau berikanlah kami jalan supaya kami dapat menguruskan segalanya dengan baik.

Kuatkanlah hati kami dengan keputusan ini.
Berilah kami semangat untuk menempuh segala cabaran dan dugaan nanti.
Sesungguhnya kami hanyalah hambamu yang hina.
Kami tidak tahu apa yang akan berlaku kelak.

Segala yang terjadi adalah ketentuanMu.
yang baik datangnya darimu.
yang buruk semestinya dari kami.

Ya Allah, jika dia ialah jodohku yang telah ditentukan, 
Kau rahmatilah hubungan kami ini.
Jauhkanlah kami dari sifat dengki dan amarah.
Hindarilah kami dari bisikan syaitan yang sentiasa sukakan kemusnahan anak adam.

Amin Ya Rabb.


02 February, 2015

Diary #12


dunia mengenalmu sebagai seorang yang sangat terbuka untuk menerima segala jenis
tohmahan, persekitaran, dan kelakuan.
pada mereka,
perbezaan dan semua perilaku manusia, 
kau boleh menanganinya dengan baik.

jika cacat, kau ditugaskan untuk mencantikkan.
jika buruk, kau disuruh untuk mengindahkan.
jika salah, kau diharuskan untuk memperbetulkan.

tetapi,

bila berlakunya kecacatan,
kau dipersalahkan.
bila berlakunya keburukan, 
kau di pertanggungjawabkan.
bila berlakunya kesalahan,
kau dijadikan punca.

sekelip mata.
sekelip mata segala yang indah tentang kau menjadi buruk.

dunia.
mereka lupa yang kau bukan tuhan.
mereka lupa yang kau hanya manusia biasa.
mereka lupa yang kau juga ada hati dan perasaan.
mereka lupa yang kau juga perlu diberi perhatian.

apabila pohon yang selama ini berada di sisi,
tidak lagi mahu melindungi diri kau,
tidak lagi mmepercayai kata kata kau,
tidak lagi memahami tingkah laku kau,
tidak lagi mendengari cerita kau,
tidak lagi ingin menyelami hati dan perasaan kau,
apa lagi yang patut kau lakukan?

kecewa. sedih. terkilan.
satu perasaan yang kau paling benci dalam dunia.
sangat berbeza dengan perasaan marah. 
bila datang perasaan itu, 
kau boleh tunjukkan pada semua, sekeliling kau, pada dunia 
yang kau memang marah.

tapi,
bila kau kecewa, sedih, terkilan,
kau hanya mampu sorokkan perasaan tu jauh ke dalam hati kau.
kau tak mampu nak buang dan tunjuk pada sesiapa.
sebab rasa itu sangat halus dan kecil untuk di beritahu pada semua.

walaupun,
kesannya tidaklah sekecil rasanya.
sakitnya tidaklah sehalus rupa.
tapi apabila rasanya di biak
ia mampu menghitamkan perasaan dan jiwa.

di satu tahap dan ketika
kau sudah tidak mampu lagi hidup untuk mendengar 
anggapan dan pendapat dunia

pada mereka apa yang kau lakukan salah,
tapi apa yang diperlakukan terhadap kau, itu lumrah.

tapi bagaimana pula dengan pendapat kau?
tanggapan kau? perasaan kau?

adakah bagi mereka penting untuk mereka mengambil kira?


21 December, 2014

Melaka getaway.

SABTU
20 DEC 2014








AHAD
21 DEC 2014











18 December, 2014

14 December, 2014

Asma's Big Day

Congratulations to Asma & Acong. Finally, today is the day. aku tak ingat berapa tahun dah dorang bercinta. tapi lama jugak la. setelah segala susah senang diharungi bersama *eceh. haha* akhirnya dapat disatukan dengan selamat.






















alhamdulillah dengan sekali lafaz je kau dah sah jadi isteri orang. semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami dan aku harap kehidupan yang kau impikan selama ini akan tercapai setelah bergelar isteri ni. Insya Allah, semua nya akan berjalan dengan lancar :)

amin.










07 December, 2014

Liq and Eika Birthday.

Birthday celebration again! this time kita celebrate birthday cik abang atul pulokk. macam macam idea si atul ni bagi, tp end up mesti kat sini.

karok! HAHAHA.

memang takleh lari dengan mic. dah macam macam usaha atul nak buat lain dari yang lain tapi dorang tetap nak karok. alasannya "birthday boy suka karok" poyos! kawan kawan birthday boy yang gian karok sebenarnya -.-''

so bermula lah dengan created group, survey tempat karok & money collection. aku ditugaskan untuk survey pusat pusat karaoke area damansara. first time kot aku masuk ktv damansara tuh. seram rasa. yela, ktv bukan macam superstar or redbox. tempat dia agak scary sikit. tapi nasib baik aku berteman. 

dah dua tiga aku masuk ktv tu, semua aku tak berkenan. hatiku tetap superstar. haha. aku kalau bab karok ni aku mementingkan system. haaa. class kau jah. aku nak yang senang nak carik lagu, lagu update, mic tak sabotaj. hahaha.

so far superstar je yang memberikan kerjasama yang sangat sangat memuaskan :)
tapi kalau superstar lagi tak best la. banyak dah birthday org ktorg buat kat superstar & sangat predictable kalau buat lagi.

so this time kita try red box. makcik pun tak pernah masuk. mihmihmih.

yang menjadi masalahnya skang, birthday liq jatuh pada hari yang sama dengan semi final piala suzuki. haaaa, masalah nya apa? masalahnya birthday boy pun kaki bola. dia siap dah ajak ramai2 pegi stadium kot. pening dah! 

tapi disebabkan usaha dan kerjasama yang baik, jeng jeng jeng, organizer berjaya mendapatkan bilik karok yang provide skali tv untuk tengok bolaa. hahahahaa. 

so macam mana ktorg boleh bawak faliq datang dengan jayanya?

sapex merangkap pengerusi dan ahli paling tua dalam komuniti *hahahaa* telah ditugaskan untuk membawa liq ke tempat kejadian. dia kata kat liq malam tuh dia ada event dengan client so dia nak ajak liq la kononnya. sebab tu kau tengok liq pakai kemeja putih kasut bagai. hahahahha. 

makin nak dekat makin nebes. atul lagi la nebes. nebes takot tak jadi. hahaha.

ktorang dah standby kat belakang pintu suma, sapex pun dah bagi hint,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO FALIQ,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUU.




karok 5 jam. tapi bila kau karok dengan orang yang kaki karok, memang 5 jam tu macam 50 minit je -.-''
mic ada empat, pegang sorang satu kot. taknak bagi orang lain. hantu betol. pastu elok2 dah pilih lagu and tunggu turn, tetibe ada je tangan yang gatai pegi jump lagu. hahahahaha! kuang jaq! yang tak boleh belah, birthday boy lansung lupa yang ada semi final piala suzuki. tinggal terus bola tuh! hahaha.


next celebration is for eika!! kebetulan birthday dorang sebelah sebelah. liq 7hb, eika plak 8hb. so dah alang alang tuh celebrate sekali je. tapi eika ktorg buat dah nak dekat pukul 12 la dah masa tu baru 8hb kan. hahaha.

tapi susah jugak nak bawak masuk kek. eika ngan apis bawak anak dorang join karok skali, memang budak kan. mana reti duduk diam. bila dah sampai masa apis nak pegi amik kek, sekali anak dia ikot keluar nak carik bapak dia. banyak kali dorang keluar sebab nak angkat auni(anak apis & ika) masuk bilik balik. jenuh nak suh dia duduk diam. hahaha

tetiba dorang dah ready kat skrin nak standby pasang lagu birthday. apis pun masuk.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
HAPPY BIRTHDAY TO EIKA.
HAPPY BITHDAY TO YOU.


sweet je dorang satu family. best nye dah kawen kan. hahahhaa *tetiba* :P


Happy birthday to both of you.
Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.