25 June, 2012

Random #4


peduli la buruk pun aku lukis :P 
*ya. saya sangat rindu! sekian terima kasih.


Lidah dan hati tidak boleh bertelagah. 
Lidah bila berjanji, hati jangan sekali mungkir.

22 June, 2012

Saya suka #1

malas nak merepeks bebanyak. just nak share lagu je. ni antara lagu lagu yang aku suka dengar buat masa neh la. ada banyak lagi, kang kalau letak semua panjang plak entry neh. hihi. aku letak yg neh dulu ;) 

First song is Majnun by Hazama.
feberet aii nehhh! hahaha. *Hazama yg feberet aku tau* aku tak perasan dia ada lagu baru, first time dengar kat radio. tapi bila aku dengar tajuk lagu dia 'Majnun', ishh, macam lagu lama je. bila dah dengar, ngeh ngeh ngeh. kalau tak, takde la aku share kat sini dok. untuk Majnun aku tak supply lirik sebab dlm vid tu dah ado. korang play ajo. syahdu aku dgr hazama nyanyi beb.




Next song is Harapan by HyperAct.
lagu neh aku tau sbb hari hari tengok cite Seindah Sakura kat Tv3 tuh. Honestly cakap, aku tak berapa minat sangat fasha. tapi sebab aku dengar lagu neh, aku jadi setia di depan Tv bila dah pukul 7. lagu lain dalam cite tu pun banyak lagi sedap. tapi Harapan neh la yang paling attractive org kata? hahahaa. memang sumpah sangat sedap! merayu sangat, tolong la dengar. hahahaa.


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya


and last is Andaiku bercinta lagi by MOJO.
ini pun feberett aku nokk! memang gila aku dengan lagu neh. mula mula aku dengar, macam biasa kat radio la. yang tragis nya, setiap kali aku dengar mesti aku terlepas nak tau sapa penyanyi dia. banyak kali tau tak. mesti aku tak sempat! geram gila. reason pertama aku suka kat lagu neh sebab suara lead singer dia. aku memang lain sikit. kalau org lain suka lagu sebab lirik dia menusuk jiwa lah, menyayat hati la, aku tidak sama sekali. 

memang kebiasaan nya aku akan sangkut kat satu satu lagu tu sebab suara org yang menyanyi tu. lepas tu, baru aku tengok lirik. kadang kadang aku tak tengok lansung pun lirik. hahaha. so, bila aku dengar lagu MOJO neh, aku try la teka sapa yang nyanyi. hmm. macam awie pun ada sikit. tapi bila part chorus mmg lari. bukan awie neh. 

disebabkan nafsu yang melampau nak tahu sapa yang nyanyi, aku sampai bukak website hotfm then aku bukak carta Hot30. aku pegi download satu satu lagu kat carta tu sebab nak dengar lagu yang mana aku nak tu. hahahahaa. kau bayanglah nak download satu lagu pun amik masa yg lama tau. hasilnya, nahhhh! aku dah jumpa. yihaaaaa.

tapi memang sedap ahh suara si aweera neh. lama dah dia hilang. dulu dia masuk OIAM. pastu senyap. skang amik kau, edry KRU tu pun salah sorang ahli MOJO neh tau. haihhh, memang cair siott dengar suara mamat neh! dengar lah. kompem korang cair. kalau tak cair, aku tampo sekor sekor.



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



Knowing a person is like music. What attracts us to them is their melody 
and as we get to know who they are, we learn their lyrics.

15 June, 2012

Hakama.

its HAKAMA okay. bukan HAZAMA. bukak mata besar besar. HAKAMA.

cantik tak? cantik tak? merah menyala tau mak ngah!


pertama sekali, ingin di nyatakan disini, ini bukan baju raya aku tahun ni okay! pasti. bukan yang ini. sebab raya kita tak perlu pedang samurai bagai. kita hanya perlu ketupat lemang shj. dah macam zaman jepun plak aku rasa.

percaya tak pakaian ini telah dijahit sendiri oleh pipah! sangat WOW bukan? bukan wow sbb apa, 'wow' sebab 'ouhh. kau reti menjahit rupanya?' hahahahahaa. penat tau hari hari teman dia menjahit benda alah neh. akhirnya, tak sangka menjadi. kalau dia pun tak sangka, aku apetah lagi -..-

korang teka la mana satu pipah, mana satu aku. hihihihi. lepas siap je alter kat kedai skit sikit, balik umah, terus sarung. nak tgok elok ke tak pakai kat badan. kalau ada cacat kat mana2, sempat lg nak alter.



sorry. terpaksa hitamkan muka. sebab ktorang terlupa
nak pakai tudung ms ambik gmbar. hehehe
tapi sbb aku eksaited sgt nak story hasil kerja tangan pipah neh
aku letak jugak.



kenapa kena buat benda alah neh? kenapa pipah kena jahit baju neh? hihihihi. utk semester terakhir, dorang kena ambik subjek JEPUN. aku tak sure belajar bahasa jepun shj or the whole thing bout negara matahari terbit tu. dah dapat pikir kan kenapa kena buat baju neh? bijak bijak semua orang taw!

one of the requirement, bebudak class jepun neh kena present sumthing pasal negara tu. ada setengah grup tu ckp pasal makanan jepun, ada yg cakap pasal origami, macam macam lagi lah. aku mana nak tau bukan class aku -.-''

masa ktorg dulu, subjek jepun neh takde lagi. dulu ktorg ambik subjek Public Relation (PR). masuk je batch dorang, PR dimansuhkan. JAPAN dimasukkan :D aku tak tau la senang ke susah. tp advantage kat korang la blaja 3rd language kan.

sedikit pasal baju neh yang aku curik di internet,

nama dia HAKAMA *spt yg aku mention di atas tadi*. Hakama ni adalah pakaian tradisi org jepun. Asalnya Hakama hanya dipakai oleh lelaki sahaja. tapi di zaman Samsung SIII neh, perempuan pun dah start pakai pakai Hakama.


kebiasaannya lelaki pakai Hakama bila ada formal occasions, wedding atau kematian. 
plus Hakama jugak dorang pakai utk martial arts (kendo, taido, aikido).



contoh MIKO uniform

perempuan plak jarang pakai Hakama kecuali masa graduation or traditional japanese sport. Hakama paling famous yg perempuan suka pakai is MIKO. Miko uniform neh mcm gambar di atas ni lah. Kimono warna putih combine dgn Hakama warna merah terang seterang terangnya. haha.

aku pun tak payah cita banyak sebab kalau korang berminat dgn culture jepun neh sila sila lah google sendiri spt saya. hihihiihi.

*tiga gambar dari bawah adalah ihsan google. terima kasih


apa yang penting. cantik kan ktorg pakai hakama?
jepun sangatttt!
tambah tambah mataku yang sepet ini
hewhewhew.


I'll respect those who respect me, and forget those who forget me.
 Simple as that.

13 June, 2012

its yours.

birthday lagi. kalau aku neh jenis bg hadiah, mmg tinggal bulu tiak dahh skang. ehhh. aku bukan kedekut hokay. aku masih tanggungan ibu dan bapa. me so kering. hahahaaa.

13june1990. adalah hari adik aku jijah keluar dari perut mak aku. mak aku kata masa dia keluar aku kecik lagi. ye lah. aku lahir 1988. beza 2 tahun je. masa dia lahir, semua perkara yg menjadi hak aku, semua dia take over! huh. termasuk lah menyusu badan. mak aku kata, dorang terpaksa memaksa aku stop menyusu badan masa tu sbb nak bagi jalan kat jijah plak *org dulu kata tak elok menyusu dua orang sekali* 

mak aku kata lagi, itu pasal sekarang aku selalu beralah dengan dia sbb dari kecik aku dah beralah dgn dia. mak aku kata la. bukan aku yg kata tau :P so, dah makin membesar neh jangan nak melawan cakap akak okay. dari kecik akk dah bg ang menang tau. hahahaa. sila lah matangkan diri mengikut peredaran umur anda tu yee. 

what eva it is ;

i sit and think about all the fights
and arguments we had.
and behind all that,
i see all the love dug deep.
because of that sista,
may we have many more fights and quarrels ahead!
HAPPY BIRTHDAY JIJAH.



berkongsi birthday dgn jijah neh, ada sorang lagi kawan aku, nama dia SALWA. tapi lahir tahun 1988 lahh. sebaya aku. aku kenal dia since Sekolah Teknik dulu. mmg minah rock masa sekolah neh. tp dulu lahh. skang dah jadi wanita yg sangat matang yuhh. kahkahkah. bila kau nak kawen haa?? :P

aku tak dapat la nak cite kisah kau dari kecik sbb masa kau keluar dari perut mak kau, aku pun tak keluar lagi. kihkihkih. 




aku ada 3 wish utk kau ;
first, hope that this birthday teaches u 
something new and beautiful.
2nd, wish that, 
setiap tahun akan ada satu hari,
that u'll remember forever with a smile.
and 3rd, I wish . . .
that such days keep coming in every single day.
HAPPY BIRTHDAY CWA!


apabila kelakuan tidak seperti kebiasaan, itu dipanggil perubahan #fact

11 June, 2012

heyy budak.

heyy budak *budak kehh??* 
HAPPY BIRTHDAY haaaa.
the best part is,
aku org pertama yang wish.
kann? kann?
kau yang cakap aku org pertama! 
suka. suka. suka tauuu!
hahahahaa.

sory tak dapat or 
terpaksa lambat celebrate besday kau.
patotnya entry neh penuh dgn gmba kau kena teluq
me so sedihh yuhh noee!
aku wakilkan kak yati laa ehh *itupun kalau dia celebrate lah :P*

I wish that for every extra candle on ur cake,
u receive an extra reason to smile.
wishing u a beautiful day,
may all be good and
ur hopes & dreams come true.
HAPPY BIRTHDAY ADAM!



 pelik dop aku buat gmba dia fancy bagai.
siap ada candy apa lahh. 
aku pun pelik. 
mungkin lahh
sebab aku tak penah tgok dia membesar kot.
tinggi lah cepat skit woiii.
HAHAHHAHAA.

If you don’t like something, change it. 
If you can’t change it, change the way you think about it.

20 May, 2012

Random #3


new friends are fun to hang out with. 
but dont forget the old ones, 
they're the ones who made you.

keep remind myself too ;)

18 May, 2012

Them #4

esok dah balik perak. me so sedih rite now *alah. balik perak je pon* memang la "perak je pon" tapi, lepas neh dah susah nak lepak sekali, karok sekali. urghh. tapi sampai bila nak melekat je kann. hihihihi. btw, memandangkan hari ni hari terakhir, ingat nak ber xtvt ramai2 *bukanlah terakhir utk selama lamanya. perak - kl bukan jauh pun kan :P*

ingat nak ajak karok, dah semua nya kaki memekak kan. tapi lupa plak adam tak suka karok sangat. so, dari semalam adam dah ckp dia tak join karok tapi ajak ktorang main bowling petang. aku dengan yakin nya ''takde hal. aku follow je''

tapi bila dorang nak confirm balik main bowling tu sebab nak tahu sape boleh pegi book dulu, aku macam tak sure plak nak pegi ke tak. sebab tetbe teringat, kalau petang, ogy kerja. how come aku sorang je nanti. bukan masalah tak biasa or apa dengan dorang. macam la baru 1st time lepak sekali kan. tapi, dorang semua terror kottt! kalau ada ogy, aku ada geng. sama ada aku atau ogy akan dapat last or 2nd last. ikot nasib. kadang2 ogy menang. neh aku sorang. for sure aku kalah nanti. dorang tu semua wakil uniten, wakil flat, wakil jiran tetangga. haihhh. 

nak pegi ke tak? nak? tak? hmm. last kan. pegi je lahhh. lantak lah kalah pun. mmg dorang tahu aku tak reti main kan :D

mula2 aku ngan mok pegi wangsa walk dulu nak book game. sekali full sebab pukul 3 ada tournament. so bincang dengan yg lain, dorang ajak pegi ampang point main kat sana. sampai je situ, adam, liq ngan faiz dah ada kat situ ngah makan mcd. dorang soh pegi amik kasut terus. aku tanya la, berapa game kau amik? empat. haa? ayam kau empat. aku nak main satu je. kejadah smp empat. kembang tangan aku kang -.-''

macam biasa, dorang bukan kira kaki kau kembang ke, tangan kau kembung ke, aku kata main, pegi main -..-



serius, lama dah tak pegang bola bowling. last main pon bila ntah. tapi mmg lama betol dah takk main. aku neh dah la ikot redah je. memang baling ikot nasib je. jadi, elok la jatuh, tak jadi, aku yang jatuh. si adam nak belagak dengan aku sapa kalah bayar. dulu penah bet sekali, dia menang. yang neh kalau aku tak sayang duit, pegi la setuju deal dgn dia tu -..-




tapi kan. tapi kann. hehehehee. aku tak tau lah apa nasib aku hari neh. aku pun tak sure, aku yang terlebih bernasib baik or adam yang malang sungguh. hahahaha. first game, jeng jeng jeng. tiba tiba aku TERmenang *perhatian. ni deal antara aku ngan adam je. kalau deal ngan semua, tggu muka aku tumbuh misai pun, aku takkan menang* 

aku pun dengan gelojohnya ''dam, tadi kau cakap, sape kalah, bayar kan? hihihi'' nampak tak sifat over confident aku tuh? baru satu game, kalah kang baru nganga kau. then macam biasa, adam keluar la ayat pasrah dia tuh ''takpe. dulu pun starting kau menang. ada lagi tiga kot'' hahahahaa.

masuk game kedua. HAHAHAHA. saya menang lagi awokk ehhh! miahahahahaha. hmmm. ni kita panggil mmg bernasib baik or kejap lagi malang bertimpa timpa datang kat aku? haaihhh. adam tersengih sengih ''takpe. ada lagi dua'' agagagaga.


masuk game ketiga, ketepekk! padan muka aku. adam menang! ishh. macam mana neh? last game kalau dia menang, susah la aku. masuk game ke empat, mmg kena main betol2. berapa bnyak kali dah aku baca bismillah tiap kali nak baling bola. hahahahaa. 

aku display satu game je la score ktorg ehh. 
itupun mula2 si katik tu tak bagi aku tangkap gamba. geram betol.
hasil pertolongan dari liq, mok & faiz,
dapat jugak aku tangkap sekeping. hahahaaha.

finally, hehehehehhee. saya menang! setelah di tambah, tolak, darab, bahagi, hasilnya, adam kalah. hahahahahaa. tak tau aku nak gambarkan perasaan ku di kala ini, di saat ini, di ketika ini. adam kalah? percaya tak adam kalah? aku pun tak percaya sampai skang :P nak dengar ayat pasrah adam lagi? ''alahh. aku bagi chance je tu. kau kan last hari ni. tu pasal aku buat kalah'' hahahahha. okay dam. aku terima niat suci murni ikhlas lagi mulia kau tu -.-'' skang, di persilakan bayar. terima kasih.

habis bowling lewat petang macam tuh. karok plak malam sebab nak kena tggu ogy habis kerja. adam kena balik nak pegi amik mak dia balik kerja. sementara nak tunggu karok tu, ktorang pegi lepak kat ali. lapaaaaa.

dalam pukul 8 lebih macam tu, ogy dah odw pg festival. dah settle kerja katanya. sebenarnya, niat aku hari ni, nak karok kat bilik kaca. hehehee. last kan. lepas neh susah nak karok sekali. alang alang tu, jom kita mencapap kat bilik kaca tu. tapi, hati ku terkuciwa. bilik full! yang ada pun, medium ngan small. large pun full? kami ramai neh. haha. *enam orang je pon*

buat muka kesian, macam nak menangis pun ada skit *hehehehe* adik tu pun pegi tanya kat kaunter. lepas tu dia datang, ''haa, kak. nasib akak mmg baik. saya tanya tadi, ada satu bilik besar'' erkk tadi kata full? ''akak punya pasal, ada lagi satu. C3'' serius? meeoowwww. ngeh ngeh ngeh.







ktorang start pukul 9. habis dalam pukul 12 cmtuh laa. tapi liq kena blah awal sebab malam tu ada futsal. kul 11 tu aku tgok dia dah nak gerak. aku tanya nak pegi mana? *buat buat tanya* futsal. sampai hati kau liq. aku last kot hari neh. sampai hati kau pegi futsal. sampai hati kau keluar awal? sampai hati kau. sampainya hati mu. macam neh la wehh. hahahahaa. sekali dia geram. ''jap lagi lepak ali laa. habis futsal aku pegi sana.'' hahahaha.


aku paling suka part last sekali. masa dah nak habis tu, tinggal lagu tak bisa memilihmu je. mic plak ada tiga. ktorang berdiri semua, nyanyi sama sama. so sweet. hehehe. nyanyi sama sama tu bukan nyanyi serentak macam koir tu. aku nyanyi sebaris, ogy sebaris, faiz sebaris, mok sebaris, azan sebaris. macam tu la ulang ulang. yang klaka tu, bila ktorang pas mic tu dah macam pas baton 4x400m dah haaa.

habis karok, xtvt biasa, lepak ali smp pagi. aku smp dah naik jemu asyik lepak ali je. takde mamak lain ke korang nak pegi. harap2 lepas neh, kalau aku dtg kl lagi, harap harap la, mamak lain la pulak korang lepak yee. bosan dah aku dgn brahim, mario semua tuh.

sangat seronok hari ni. malas nak pikir sedih nak balik perak. insyallah lepas neh kita jumpa lagi :)

When u're hurt by people and blue like a rainy day, close ur eyes and listen to the music,
 it will be there for u forever 
my friend.