07 May, 2012

A Moment to Remember #2

hollaahhh. as promised, jeng jeng jeng! 2nd photoshoot. ngade dopp? banyak sangat shot. budget model *kesah?* untungnya, hari ni punya shot ada E dgn Dila :)

tapi sedih, Yaya, Arep ngan Abe tak boleh nak join. Macam yaya ngan arep, aku dh bgtau kat entry sblm neh kan. Abe plak mmg dia mintak maaf sgt tak dapat nak join shot yg kedua sbb dia nak study. hmmm. *subjek tu susah kot* takpelah. nak buat gane.

yang ada hari ni
Aku, Pa'a, Dida, Ira, Nad, Pot, Aida, Dila, Liq & E.

disebabkan kesilapan yang lepas, kali neh mmg kena make sure semua siap awal. tak boleh lambat2 dah. kang tak sempat lagi. pukul 5 semua dah ada kat Library. hari tu ada bincang nak buat tema apa? nak pakai baju sama lagi ke? dorang kata nak baju lain. so, nak bagi senang semua orang. Tema HITAM. hihihihi. sapa bising susah nak carik, memang nak kena :D


1st place. Library.

inilah tempat kami study bila final exam *ecehcecece* tempat pinjam buku, tempat dating *bukan aku okay :P* sejujur jujurnya, 3 tahun aku blaja situ, tak sampai LIMA kali aku pegi sana. hihihihi. betol. ntahla. aku tak suka study situ. pinjam buku? harapaann laa.


cantik dop Library? hihihi. Library memang cantik,
tapi tak tau kenapa aku malas nak pegi :P

next ktorang pg tasik ilmiah. hihihi. sini lagi lah banyak kenangan shiaall. tempat jogging, melepak malam2, berkelah - [ ktorang beli makanan kat pasa, malam2 bawak tikar, melepak kat sini. sanggup tu redah nyamuk liar.hehehe] praktis kapok, mengorat *erkk*, tempat meluah perasaan pun pernah. hahaha.

masa ktorang jadi resident, hari hari pegi class, lalu tasik ni lah. kalau petang2 balik class tu, sambil nak balik, sambil cuci mata tengok orang dating, jogging, melepak. ada yg lagi best, dorang basuh kereta kat sini -.-''






kitorang tawaf satu tasik tu. snap kat semua tempat yang ada. tempat yg ktorg tak penah pijak selama neh pun, ktorg pegi jugak. mcm kat tengah tengah tasik tu. yang batu banyak banyak. memang takot aku nak pegi situ. aku dah la tak reti berenang -.-'' tak pasal pasal je kang.

last skali, tempat wajib. Hollywood. grand kan nama dia. hahaha. bebudak uniten je suka panggil gitu. sebab kat sini ada huruf 'Muadzam Shah' beshaarrrr. dari sem lepas lagi aku niat nak naik huruf2 tu, tapi takde sape sanggup angkat aku yg gemook neh *aku pun tak sanggup nak suruh org angkat. takot putus plak urat blakang dorang*

TAPI,

hah! nampak tak? nampak tak? nampakkk doppp?? aku kat atas huruf H?
nampakkk takkkkkk??!!!
miahahahahahaa.

di sini saya ingin mengucapkan jutaan, ribuan, ratusan, puluhan, sa an,
terima kasih yang sangat sangat tidak terhingga kepada
Saudara faliquzaman kerana
sanggup mengambil risiko mengangkat saya yg gemookk neh,
naik ke atas huruf H dengan jayanya.
me so terharuuu. hahaha.

hangpa bayang lah, dia yg keding cicak tu angkat aku yg gemook barney neh *nak kartun yg comel jahh. hahaa* naik sampai atas? masa dia offer tu, erkk. kau bia betol liq. aku neh berat nak mampus tau dop. kau tu dah la kering. sekali dgn muka serius plus yakin seyakin yakinnya, "kau naik je" fuhhhh. cuak doe. takot patah plak bahu kau kang sapa nak bayar bil kalau kau masuk hospital pusrawi kali kedua. dengan lafaz bismillah *eceehhhhh* aku naik. waaaaaaaa. sekali up je hokayy. takde pun naik, jatuh, then try lagi. dengan ini, aku isytiharkan, kau memang gagah perkasa liq. hahahahahha :P *yess! berjaya jugak sem neh. yihaaaa.metacehh.metacehhh*



done for today.

habis je kat sini, tetbe pot pesan, dila ajak semua pegi blok akedemik. haa? pasai apa? nak tangkap kat mana lagi? kat class kan dah? pot kata, pegi je dulu. pot pun tak tau kenapa. so, konvoilah kami beramai ramai pegi sana. mula2 kata pegi dewan ilmu, sudahnya tuka pegi kat class AA. ada apa sebenarnya neh? makan makan ke? -.-''

dah masuk kat dalam kelas tu, tetbe dila ngan amzar pegi kat depan class.


jeng jeng jeng.
sebabkan dorang dah habis neh, dila buat surprise,
perform akustik depan ktorg.
lagu nya aku lupa lagu apa. ada dua lagu.
satu tu lagu artis mana ntah, satu lagi lagu dila buat sendiri

terima kasih banyak banyak :)

dah settle semua, macam biasa, lepak jap kat jentayu. utk terakhir kalinya lepak sini. tapi takleh lama sangat sebab dorang still kena study. exam tak habis lagi awokkk ehh :D




sangat2 berterima kasih kat ayih, syafiq, ahmad
sebab sudi jd photographer kami.
kali kedua dah susahkan korang tangkap gamba kami yg somell nehh.
hihiihihi.
thanks tau.


CLOSE UP SHOT.
*cantik, comel & hensem kan mereka?
kawan2 aku memang semua cantik, comel & hensem*
ikhlas tau. sumpah tak tipu :)














sama jugak macam sebelum neh. di sebabkan gambar banyak sangat, aku terpaksa buat video. sila sila lah play yep. biasa biasa jahh. budak baru blaja :)





kita jumpa nanti di entry yang seterusnya.
sayang korang! :D

Best friends are like heartbeats, you may not hear them frequently,
but they silently support life.

01 May, 2012

A Moment to Remember #1

halloooo! lama gila tak berisi blog aku neh haa. bz lately *poyo* aku habis je praktikal, aku dah kena submit report kat muadzam. mcm org lain ada masa 2 minggu tuk prepare. aku takde, sbb duration prac aku 10 minggu. org lain 8 minggu je :(

sekali aku dah jejak muadzam, biasa la bro. macam taknak balik. seronok kacau dorang. dorang bz nak study tuk final, nak siapkan asingmnt, aku sibukk ajak karok, jogging, makan luar, kuantan. hehehehee. me sooo sorryyy meyhh. lama tak jumpa korang. winduu wuu wuuu nak lepak sekali *padahal baru 2 bulan*

now, turn Dida, Pa'a, Ira, Nad, Pot & Abe plak nak habis. ni semester terakhir dorang, afta dis dah kena praktikal macam aku. Memandangkan sem lepas dorang buat photoshoot tuk aku & aten, sem nih pun dorang nak buat jugak sblm dorang blah dari muadzam. KEBETULAN, masa aku habis prac, dorang dah study week. so, alang2 tu, saja nak mencapap kannn, aku tunggu la smp date nak shoot tu *kebetulan sangat* heheheee.

ingat senang ke nak set date neh. nak kumpul semua bukan senang. banyak kepala, banyak program. photographer lagi nak kena tgok free bila. semalam dah aku kacau dorang ajak pg jalan2 kuantan. hari ni photoshoot plak. ingat dorang takde final kee??! heeeeeeeee.

bincang punya bincang, semua setuju buat hari ni sebab 4hb dah start first paper final exam. try nak kumpul semua yang ada kalau boleh. tapi nak buat macam mana, mesti ada yang kurang. Dila dgn E tak boleh datang. Dila ada keja kena siap kan. E plak kat kelantan. haishhh. dah try our best nk kumpul semua, dah tak boleh, nak buat camne :(

Aku, Dida, Ira, Pa'a, Nad, Pot, Liq, Yaya, Aida, Abe & Arep
je lah yang ada hari ni.

takpe. plan kena jugak diteruskan. kalau cancel terus, lagi la sedih kan :) ikot plan asal nak buat afta zohor sbb takot hujan tu satu hal la. satu lagi takot tak sempat nak tawaf semua. sbb ini betol2 last photoshoot, so dorang nak pegi banyak skit tmpat compared dgn sem lepas. tapi, ayih, merangkap photograper, suh buat afta asar dlm 4.30 camtuh. dia kata afta zohor tu mcm panas sgt. dah ayih kata begitu, kami follow ajahh.

well, nama pun janji melayu, janji 4.30, dekat pukul 6 baru semua ada. yelah, nak tiup belon tu ingt kejap. amik masa kot. nak siap lagi. perempuan. lagii laaa lambaattt. hahahaa :P

bila start lambat, kami pun tak tau la sempat ke tak, nak pegi semua. kita try okay! :D

kita start dengan Wisma Sultan Ahmad Shah. Neh la admin Uniten Muadzam Shah. tempat kami final exam, tmpat bayar hutang, tempat buat jadual, lab, amik exam ticket, semuaa lahh. ni la satu2 nya tempat kami pakai student ID *pakai ke?* hahaha.

okay. part neh sumpah klaka! masa ktorg sampai kat wisma, ayih, syafiq ngan abe dah sampai dulu. ktorg pun serba salah sangat sbb smp lambat. kesian kat dorang. masa tu abe duk dalam keta, ayih ngan syafiq kat luar. ktorg pun pegi la kat abe. sekali aku tengok abe pakai kemeja putih, seluar hitam, kasut, siap kat kemeja ada tag nama ismail.

"be? nape mu pakai gini?"
"ye la. dah mu kata hari ni tema back to school?"

HAHAHAHAHAHAHAHA!

sampai skang kalau aku ingat balik mmg sumpah nak gelak guling guling. hahhaa. sorry be. aku tak dapat nak tahan walaupun kesian kat kau. haha. sape yang sangat tak bertanggungjawab tak bagitau yg tema kita telah bertukar neh haa?? *hahahahaa* saya mintak maaf sangat sangat encik ismail. tak berniat lansung nak biar kau terkapai kapai sorang2 pakai baju sekolah tuh. memang aku terkejut kot tengok kau pakai. hehehee. sorry tau! ampun :D *abe pun terkedek2 pg balik umah tuka baju :P*

memang asalnya nak buat tema back to school, sbb teringin sangat nak sarung baju sekolah balik. tapi memikirkan masing2 susah nak carik baju suma sbb everything last minute, ktorg tuka tema. semua kena pakai Merah Hitam or Kuning Hitam. arghh. janji kat badan tu ada warna Merah, Hitam, Kuning.




kat sini, habis semua belon pecah! urghhh. takpe la. dapat jugak tangkap gmba belon :)

tengok langit dah mendung. pikir sbb dah 6 lebih kot, tu yg gelap. senja kan. ktorg cepat cepat kemas semua barang, terus pegi pinggir pelangi.

Dulu masa adam ada lagi kat muadzam, ada la jugak ktorg pegi pinggir pelangi. ada la sekali dua datang sini join kwn2 adam main golf. lepas tu jarang sangat dah datang. kalau saje2 nak ambik angin petang, ktorg datang la sini. duk kat atas rumput tu, sembang sembang. best lepak petang2. kalau masa redup tu, lagi la seronok. baring2 kat situ rasa taknak balik.



masa pun makin suntuk, dah gelap neh. Last ktorg pegi kat Blok AA & AB.

sepanjang ktorang blaja kat muadzam neh, banyak masa ktorg hari hari di habiskan kat sini. ye lah. dah semua class kat sini. banyak sangat kenangan kat class. dgn classmate, dgn lecturer. ada dua blok. AA & AB. macam budak Finance ngan HR, ktorg banyak class kat Blok AB. bebudak Marketing, ACC ngan ED kat Blok AA. sebenarnya ikot lecturer. kalau tetbe budak acc ada ambik subjek macroeconomic, class kat AB lah, sbb bilik lect economic kat AB.

tak pasal pasal pot kena blakon jadi lecturer yang rendah dari student. hahahahaa.



walaupun penat, panas, berpeluh peluh, tetap enjoy! bila lagi nak tangkap gambar reramai macam neh kan. lepas neh entah jumpa entah tidak. kalau nanti dorang dah kawen, lagi laa susah nak jumpaa.

habis je shoot, ajak minum kat Jentayu. neh pon salah satu tempat yg ktorang takkan lupa. dari satu kedai, skang jentayu dah bukak dua kedai, ktorang still suka dtg makan western food kat sini. tengah duk minum minum, ktorang sembang2 la pasal kecewa tak dapat nak pegi semua tempat hari ni. Library, Tasik Ilmiah, Hollywood. Pot cakap, Ayih ada suggest buat 2nd photoshoot. heeeee. tapi, boleh ke? dorang dah nak final neh.


bincang punya bincang, dorang set nak buat 2nd photoshoot on 7th May. Semua takde paper hari tuh, tapi myb ada yang tak boleh dtg sebab on 8th May, dorang ada paper. macam Yaya ngan Arep tak boleh datang 7hb tuh. hmmm.

nak buat macam mana kalau dorang tak leh datang. at least dorang ada hari ni :)

*tak sabaa nak tunggu 2nd photoshoot. ihikkss.*


CLOSE UP SHOT
*tak berapa nak closeup sangat la kannn :P*

sory sbb saya terpaksa amik gmba yg neh. jenuh saya carik, takde gmba korang sorang2.
its still cun babe! :D


tunggu entry for da 2nd photoshoot okay!


ikhlas dari saya ;
.ZIMAAMIR.
disebabkan gambar terlalu banyak, kalau aku masuk semua kat sini macam
melampau sangat kann.
so, aku buat video. combine semua gamba yg ada.
aku tak terror sangat. biasa2 tu reti laa.
heheheheee.

*harap maaf atas ketidak clear an gamba dlm video di bawah.
aku pun tak tau bila masuk video dia jadi blur skit. sory. tak pandai. hee*




Do what makes you happy be with who makes you smile, laugh as much as you breathe
and love as long as you live.



30 April, 2012

ManillaCards #9

hallooohaaaa! kuantan again. itupon susah tau dop nak ajak dorang pegi merewang sekejap. maklumlah, semua bz nak submit asgment lah, present lah, final exam lagi. tapi sebab aku merayu *ehh.merayu ke? :D* nak pinjam 'satu hari' dorang, dorang setuju nak kluar g kuantan hari ni. ngeh ngeh ngeh. kami nak tgok The Avengers!! 

tapi tak semua boleh join. dida kena balik umah sbb kena bawak ibu pg kemaman. yaya plak mmg bz nak study sbb first day exam, dia ada dua paper. so yang ada, aku, ira, pa'a, pipah, nad & liq. aku dah pesan kat liq dorang nak gerak pagi sbb taknak smp muadzam lewat sangat katanya. so pagi td aku call pukul 9pg, okay dia angkat then aku soh pegi mandi. kul 10 lebih macam tu aku text, kata odw pegi umah dia. sampai depan umah ktorg tunggu, takde org keluar. aku call takde org angkat. aikk? call maxis pn tak berangkat, celcom pon tak berangkat. soploh kali aku call tak berangkat hidung pon dah kluar asap dah neh! dah tak pikir makcik pakcik duk bertenggek depan umah, aku ajak ira pg ketuk umah dia *uiihhh. first time aku ketuk umah jantan neh. kecut* bg salam, takde org jawab. ketuk ketuk pintu, lama tu dengar org kata "kejap" haaa. liq kot. sekali bukak pntu, bukan nya liq, tom yang kluar. ktorg tnya la faliq ada tak. tom jawab macam nih "haa. liq keluar" HAAA? keluar? dia keluar pg mana? "hmm. dari smlm dia keluar sbnarnya. tak balik balik sampai skang" 

ahhhh sudah. mana kau pegi gileee. call tak berangkat! hangin aku. takkan nak tinggal macam tu je. dorang dah lama tunggu plak neh. padahal aku call pukul 9 td elok je kau bangun. lain kali campak je semattfon kau tu dlm jamban. haaishh. aku cakap kat pa'a, kalau dlm kul 11 still tak dapat contact dia, kita gerak. dah lenguh aku call, akhirnya dia angkat! "kau pegi manaaaa gileeee!" dia kata dia tido umah kawan. haaihhhhhh. kau pegi balik umah skang mandi! sejam lebih dah menggila duk carik kau.

ktorg smp kuantan dlm kul 1 kot. pegi dua kereta, so keta pa'a terus pg ECM, nak pg beli tiket wayang *benci betol aku dah tak boleh book online.kena beli kat kaunter* keta ira plak pegi toshiba jap. hard disk aku rosak. alang alang neh, baik aku pg hantar repair. dah smp toshiba, org yg handle warranty part pg lunch le pulop. so terpaksa tggu dia balik. kalau dia jenis punctual, balik la kot pukul 2. kalau tak? brape lama plak aku nak tggu. ktorg call pa'a tnya tiket pukul brapa. 

pa'a beli tiket pukul 2.50ptg. so hbis wayang dlm pukul 5 kan. sempat la kot. kedai tu tutup pukul 5.45. ktorg terus gerak pg ECM sbb kami sangat lapaaaa! PizzaHut time!






nasib baik sempat makan pizza. wayang start pukul 2.50, tapi pukul 2.20 pon makanan tak sampai lg. haihhh. kalau tak sempat camne? yg liq & nad, dua dua dah tgok cite tu. mmg dorang relaks je la even lambat pon.huh.

cite avengers neh, best jugak lah. HULK dia sumpah klaka. tapi aku rasa mcm panjang sangat smp byak kali jugak tnya kat nad, bila nak habis neh? lepas sekor dua raksasa kena bunuh, kluar lagi lima. aduhhh. aku dh nak tido kot. lepas habis wayang, dok sembang2 pasal cite avengers tuh, rupanya, dorang pon tertido jugak ms tgok cite tu td. hahahaaa.  apa2 pun, battleship lagi best! :D











sebab dah janji tak akan balik lambat, habis je wayang, jalan jalan sikit, minum each cup sambil2 tuh, ktorg balik. even tak semua yg boleh join hari ni, best sangat dpt keluar skali. lepas neh aku tak tau bila boleh lepak mcm ni.masing masing dah bz. practical lagi. sorang kat dungun, sorang kat kuantan, sorang kat kl, sorang kat perak. hmmmmm. belom masa lg aku nak buat entry sedih. cont later okay! :)