07 May, 2012

A Moment to Remember #2

hollaahhh. as promised, jeng jeng jeng! 2nd photoshoot. ngade dopp? banyak sangat shot. budget model *kesah?* untungnya, hari ni punya shot ada E dgn Dila :)

tapi sedih, Yaya, Arep ngan Abe tak boleh nak join. Macam yaya ngan arep, aku dh bgtau kat entry sblm neh kan. Abe plak mmg dia mintak maaf sgt tak dapat nak join shot yg kedua sbb dia nak study. hmmm. *subjek tu susah kot* takpelah. nak buat gane.

yang ada hari ni
Aku, Pa'a, Dida, Ira, Nad, Pot, Aida, Dila, Liq & E.

disebabkan kesilapan yang lepas, kali neh mmg kena make sure semua siap awal. tak boleh lambat2 dah. kang tak sempat lagi. pukul 5 semua dah ada kat Library. hari tu ada bincang nak buat tema apa? nak pakai baju sama lagi ke? dorang kata nak baju lain. so, nak bagi senang semua orang. Tema HITAM. hihihihi. sapa bising susah nak carik, memang nak kena :D


1st place. Library.

inilah tempat kami study bila final exam *ecehcecece* tempat pinjam buku, tempat dating *bukan aku okay :P* sejujur jujurnya, 3 tahun aku blaja situ, tak sampai LIMA kali aku pegi sana. hihihihi. betol. ntahla. aku tak suka study situ. pinjam buku? harapaann laa.


cantik dop Library? hihihi. Library memang cantik,
tapi tak tau kenapa aku malas nak pegi :P

next ktorang pg tasik ilmiah. hihihi. sini lagi lah banyak kenangan shiaall. tempat jogging, melepak malam2, berkelah - [ ktorang beli makanan kat pasa, malam2 bawak tikar, melepak kat sini. sanggup tu redah nyamuk liar.hehehe] praktis kapok, mengorat *erkk*, tempat meluah perasaan pun pernah. hahaha.

masa ktorang jadi resident, hari hari pegi class, lalu tasik ni lah. kalau petang2 balik class tu, sambil nak balik, sambil cuci mata tengok orang dating, jogging, melepak. ada yg lagi best, dorang basuh kereta kat sini -.-''






kitorang tawaf satu tasik tu. snap kat semua tempat yang ada. tempat yg ktorg tak penah pijak selama neh pun, ktorg pegi jugak. mcm kat tengah tengah tasik tu. yang batu banyak banyak. memang takot aku nak pegi situ. aku dah la tak reti berenang -.-'' tak pasal pasal je kang.

last skali, tempat wajib. Hollywood. grand kan nama dia. hahaha. bebudak uniten je suka panggil gitu. sebab kat sini ada huruf 'Muadzam Shah' beshaarrrr. dari sem lepas lagi aku niat nak naik huruf2 tu, tapi takde sape sanggup angkat aku yg gemook neh *aku pun tak sanggup nak suruh org angkat. takot putus plak urat blakang dorang*

TAPI,

hah! nampak tak? nampak tak? nampakkk doppp?? aku kat atas huruf H?
nampakkk takkkkkk??!!!
miahahahahahaa.

di sini saya ingin mengucapkan jutaan, ribuan, ratusan, puluhan, sa an,
terima kasih yang sangat sangat tidak terhingga kepada
Saudara faliquzaman kerana
sanggup mengambil risiko mengangkat saya yg gemookk neh,
naik ke atas huruf H dengan jayanya.
me so terharuuu. hahaha.

hangpa bayang lah, dia yg keding cicak tu angkat aku yg gemook barney neh *nak kartun yg comel jahh. hahaa* naik sampai atas? masa dia offer tu, erkk. kau bia betol liq. aku neh berat nak mampus tau dop. kau tu dah la kering. sekali dgn muka serius plus yakin seyakin yakinnya, "kau naik je" fuhhhh. cuak doe. takot patah plak bahu kau kang sapa nak bayar bil kalau kau masuk hospital pusrawi kali kedua. dengan lafaz bismillah *eceehhhhh* aku naik. waaaaaaaa. sekali up je hokayy. takde pun naik, jatuh, then try lagi. dengan ini, aku isytiharkan, kau memang gagah perkasa liq. hahahahahha :P *yess! berjaya jugak sem neh. yihaaaa.metacehh.metacehhh*



done for today.

habis je kat sini, tetbe pot pesan, dila ajak semua pegi blok akedemik. haa? pasai apa? nak tangkap kat mana lagi? kat class kan dah? pot kata, pegi je dulu. pot pun tak tau kenapa. so, konvoilah kami beramai ramai pegi sana. mula2 kata pegi dewan ilmu, sudahnya tuka pegi kat class AA. ada apa sebenarnya neh? makan makan ke? -.-''

dah masuk kat dalam kelas tu, tetbe dila ngan amzar pegi kat depan class.


jeng jeng jeng.
sebabkan dorang dah habis neh, dila buat surprise,
perform akustik depan ktorg.
lagu nya aku lupa lagu apa. ada dua lagu.
satu tu lagu artis mana ntah, satu lagi lagu dila buat sendiri

terima kasih banyak banyak :)

dah settle semua, macam biasa, lepak jap kat jentayu. utk terakhir kalinya lepak sini. tapi takleh lama sangat sebab dorang still kena study. exam tak habis lagi awokkk ehh :D




sangat2 berterima kasih kat ayih, syafiq, ahmad
sebab sudi jd photographer kami.
kali kedua dah susahkan korang tangkap gamba kami yg somell nehh.
hihiihihi.
thanks tau.


CLOSE UP SHOT.
*cantik, comel & hensem kan mereka?
kawan2 aku memang semua cantik, comel & hensem*
ikhlas tau. sumpah tak tipu :)














sama jugak macam sebelum neh. di sebabkan gambar banyak sangat, aku terpaksa buat video. sila sila lah play yep. biasa biasa jahh. budak baru blaja :)





kita jumpa nanti di entry yang seterusnya.
sayang korang! :D

Best friends are like heartbeats, you may not hear them frequently,
but they silently support life.

01 May, 2012

A Moment to Remember #1

halloooo! lama gila tak berisi blog aku neh haa. bz lately *poyo* aku habis je praktikal, aku dah kena submit report kat muadzam. mcm org lain ada masa 2 minggu tuk prepare. aku takde, sbb duration prac aku 10 minggu. org lain 8 minggu je :(

sekali aku dah jejak muadzam, biasa la bro. macam taknak balik. seronok kacau dorang. dorang bz nak study tuk final, nak siapkan asingmnt, aku sibukk ajak karok, jogging, makan luar, kuantan. hehehehee. me sooo sorryyy meyhh. lama tak jumpa korang. winduu wuu wuuu nak lepak sekali *padahal baru 2 bulan*

now, turn Dida, Pa'a, Ira, Nad, Pot & Abe plak nak habis. ni semester terakhir dorang, afta dis dah kena praktikal macam aku. Memandangkan sem lepas dorang buat photoshoot tuk aku & aten, sem nih pun dorang nak buat jugak sblm dorang blah dari muadzam. KEBETULAN, masa aku habis prac, dorang dah study week. so, alang2 tu, saja nak mencapap kannn, aku tunggu la smp date nak shoot tu *kebetulan sangat* heheheee.

ingat senang ke nak set date neh. nak kumpul semua bukan senang. banyak kepala, banyak program. photographer lagi nak kena tgok free bila. semalam dah aku kacau dorang ajak pg jalan2 kuantan. hari ni photoshoot plak. ingat dorang takde final kee??! heeeeeeeee.

bincang punya bincang, semua setuju buat hari ni sebab 4hb dah start first paper final exam. try nak kumpul semua yang ada kalau boleh. tapi nak buat macam mana, mesti ada yang kurang. Dila dgn E tak boleh datang. Dila ada keja kena siap kan. E plak kat kelantan. haishhh. dah try our best nk kumpul semua, dah tak boleh, nak buat camne :(

Aku, Dida, Ira, Pa'a, Nad, Pot, Liq, Yaya, Aida, Abe & Arep
je lah yang ada hari ni.

takpe. plan kena jugak diteruskan. kalau cancel terus, lagi la sedih kan :) ikot plan asal nak buat afta zohor sbb takot hujan tu satu hal la. satu lagi takot tak sempat nak tawaf semua. sbb ini betol2 last photoshoot, so dorang nak pegi banyak skit tmpat compared dgn sem lepas. tapi, ayih, merangkap photograper, suh buat afta asar dlm 4.30 camtuh. dia kata afta zohor tu mcm panas sgt. dah ayih kata begitu, kami follow ajahh.

well, nama pun janji melayu, janji 4.30, dekat pukul 6 baru semua ada. yelah, nak tiup belon tu ingt kejap. amik masa kot. nak siap lagi. perempuan. lagii laaa lambaattt. hahahaa :P

bila start lambat, kami pun tak tau la sempat ke tak, nak pegi semua. kita try okay! :D

kita start dengan Wisma Sultan Ahmad Shah. Neh la admin Uniten Muadzam Shah. tempat kami final exam, tmpat bayar hutang, tempat buat jadual, lab, amik exam ticket, semuaa lahh. ni la satu2 nya tempat kami pakai student ID *pakai ke?* hahaha.

okay. part neh sumpah klaka! masa ktorg sampai kat wisma, ayih, syafiq ngan abe dah sampai dulu. ktorg pun serba salah sangat sbb smp lambat. kesian kat dorang. masa tu abe duk dalam keta, ayih ngan syafiq kat luar. ktorg pun pegi la kat abe. sekali aku tengok abe pakai kemeja putih, seluar hitam, kasut, siap kat kemeja ada tag nama ismail.

"be? nape mu pakai gini?"
"ye la. dah mu kata hari ni tema back to school?"

HAHAHAHAHAHAHAHA!

sampai skang kalau aku ingat balik mmg sumpah nak gelak guling guling. hahhaa. sorry be. aku tak dapat nak tahan walaupun kesian kat kau. haha. sape yang sangat tak bertanggungjawab tak bagitau yg tema kita telah bertukar neh haa?? *hahahahaa* saya mintak maaf sangat sangat encik ismail. tak berniat lansung nak biar kau terkapai kapai sorang2 pakai baju sekolah tuh. memang aku terkejut kot tengok kau pakai. hehehee. sorry tau! ampun :D *abe pun terkedek2 pg balik umah tuka baju :P*

memang asalnya nak buat tema back to school, sbb teringin sangat nak sarung baju sekolah balik. tapi memikirkan masing2 susah nak carik baju suma sbb everything last minute, ktorg tuka tema. semua kena pakai Merah Hitam or Kuning Hitam. arghh. janji kat badan tu ada warna Merah, Hitam, Kuning.




kat sini, habis semua belon pecah! urghhh. takpe la. dapat jugak tangkap gmba belon :)

tengok langit dah mendung. pikir sbb dah 6 lebih kot, tu yg gelap. senja kan. ktorg cepat cepat kemas semua barang, terus pegi pinggir pelangi.

Dulu masa adam ada lagi kat muadzam, ada la jugak ktorg pegi pinggir pelangi. ada la sekali dua datang sini join kwn2 adam main golf. lepas tu jarang sangat dah datang. kalau saje2 nak ambik angin petang, ktorg datang la sini. duk kat atas rumput tu, sembang sembang. best lepak petang2. kalau masa redup tu, lagi la seronok. baring2 kat situ rasa taknak balik.



masa pun makin suntuk, dah gelap neh. Last ktorg pegi kat Blok AA & AB.

sepanjang ktorang blaja kat muadzam neh, banyak masa ktorg hari hari di habiskan kat sini. ye lah. dah semua class kat sini. banyak sangat kenangan kat class. dgn classmate, dgn lecturer. ada dua blok. AA & AB. macam budak Finance ngan HR, ktorg banyak class kat Blok AB. bebudak Marketing, ACC ngan ED kat Blok AA. sebenarnya ikot lecturer. kalau tetbe budak acc ada ambik subjek macroeconomic, class kat AB lah, sbb bilik lect economic kat AB.

tak pasal pasal pot kena blakon jadi lecturer yang rendah dari student. hahahahaa.



walaupun penat, panas, berpeluh peluh, tetap enjoy! bila lagi nak tangkap gambar reramai macam neh kan. lepas neh entah jumpa entah tidak. kalau nanti dorang dah kawen, lagi laa susah nak jumpaa.

habis je shoot, ajak minum kat Jentayu. neh pon salah satu tempat yg ktorang takkan lupa. dari satu kedai, skang jentayu dah bukak dua kedai, ktorang still suka dtg makan western food kat sini. tengah duk minum minum, ktorang sembang2 la pasal kecewa tak dapat nak pegi semua tempat hari ni. Library, Tasik Ilmiah, Hollywood. Pot cakap, Ayih ada suggest buat 2nd photoshoot. heeeee. tapi, boleh ke? dorang dah nak final neh.


bincang punya bincang, dorang set nak buat 2nd photoshoot on 7th May. Semua takde paper hari tuh, tapi myb ada yang tak boleh dtg sebab on 8th May, dorang ada paper. macam Yaya ngan Arep tak boleh datang 7hb tuh. hmmm.

nak buat macam mana kalau dorang tak leh datang. at least dorang ada hari ni :)

*tak sabaa nak tunggu 2nd photoshoot. ihikkss.*


CLOSE UP SHOT
*tak berapa nak closeup sangat la kannn :P*

sory sbb saya terpaksa amik gmba yg neh. jenuh saya carik, takde gmba korang sorang2.
its still cun babe! :D


tunggu entry for da 2nd photoshoot okay!


ikhlas dari saya ;
.ZIMAAMIR.
disebabkan gambar terlalu banyak, kalau aku masuk semua kat sini macam
melampau sangat kann.
so, aku buat video. combine semua gamba yg ada.
aku tak terror sangat. biasa2 tu reti laa.
heheheheee.

*harap maaf atas ketidak clear an gamba dlm video di bawah.
aku pun tak tau bila masuk video dia jadi blur skit. sory. tak pandai. hee*




Do what makes you happy be with who makes you smile, laugh as much as you breathe
and love as long as you live.



30 April, 2012

ManillaCards #9

hallooohaaaa! kuantan again. itupon susah tau dop nak ajak dorang pegi merewang sekejap. maklumlah, semua bz nak submit asgment lah, present lah, final exam lagi. tapi sebab aku merayu *ehh.merayu ke? :D* nak pinjam 'satu hari' dorang, dorang setuju nak kluar g kuantan hari ni. ngeh ngeh ngeh. kami nak tgok The Avengers!! 

tapi tak semua boleh join. dida kena balik umah sbb kena bawak ibu pg kemaman. yaya plak mmg bz nak study sbb first day exam, dia ada dua paper. so yang ada, aku, ira, pa'a, pipah, nad & liq. aku dah pesan kat liq dorang nak gerak pagi sbb taknak smp muadzam lewat sangat katanya. so pagi td aku call pukul 9pg, okay dia angkat then aku soh pegi mandi. kul 10 lebih macam tu aku text, kata odw pegi umah dia. sampai depan umah ktorg tunggu, takde org keluar. aku call takde org angkat. aikk? call maxis pn tak berangkat, celcom pon tak berangkat. soploh kali aku call tak berangkat hidung pon dah kluar asap dah neh! dah tak pikir makcik pakcik duk bertenggek depan umah, aku ajak ira pg ketuk umah dia *uiihhh. first time aku ketuk umah jantan neh. kecut* bg salam, takde org jawab. ketuk ketuk pintu, lama tu dengar org kata "kejap" haaa. liq kot. sekali bukak pntu, bukan nya liq, tom yang kluar. ktorg tnya la faliq ada tak. tom jawab macam nih "haa. liq keluar" HAAA? keluar? dia keluar pg mana? "hmm. dari smlm dia keluar sbnarnya. tak balik balik sampai skang" 

ahhhh sudah. mana kau pegi gileee. call tak berangkat! hangin aku. takkan nak tinggal macam tu je. dorang dah lama tunggu plak neh. padahal aku call pukul 9 td elok je kau bangun. lain kali campak je semattfon kau tu dlm jamban. haaishh. aku cakap kat pa'a, kalau dlm kul 11 still tak dapat contact dia, kita gerak. dah lenguh aku call, akhirnya dia angkat! "kau pegi manaaaa gileeee!" dia kata dia tido umah kawan. haaihhhhhh. kau pegi balik umah skang mandi! sejam lebih dah menggila duk carik kau.

ktorg smp kuantan dlm kul 1 kot. pegi dua kereta, so keta pa'a terus pg ECM, nak pg beli tiket wayang *benci betol aku dah tak boleh book online.kena beli kat kaunter* keta ira plak pegi toshiba jap. hard disk aku rosak. alang alang neh, baik aku pg hantar repair. dah smp toshiba, org yg handle warranty part pg lunch le pulop. so terpaksa tggu dia balik. kalau dia jenis punctual, balik la kot pukul 2. kalau tak? brape lama plak aku nak tggu. ktorg call pa'a tnya tiket pukul brapa. 

pa'a beli tiket pukul 2.50ptg. so hbis wayang dlm pukul 5 kan. sempat la kot. kedai tu tutup pukul 5.45. ktorg terus gerak pg ECM sbb kami sangat lapaaaa! PizzaHut time!






nasib baik sempat makan pizza. wayang start pukul 2.50, tapi pukul 2.20 pon makanan tak sampai lg. haihhh. kalau tak sempat camne? yg liq & nad, dua dua dah tgok cite tu. mmg dorang relaks je la even lambat pon.huh.

cite avengers neh, best jugak lah. HULK dia sumpah klaka. tapi aku rasa mcm panjang sangat smp byak kali jugak tnya kat nad, bila nak habis neh? lepas sekor dua raksasa kena bunuh, kluar lagi lima. aduhhh. aku dh nak tido kot. lepas habis wayang, dok sembang2 pasal cite avengers tuh, rupanya, dorang pon tertido jugak ms tgok cite tu td. hahahaaa.  apa2 pun, battleship lagi best! :D











sebab dah janji tak akan balik lambat, habis je wayang, jalan jalan sikit, minum each cup sambil2 tuh, ktorg balik. even tak semua yg boleh join hari ni, best sangat dpt keluar skali. lepas neh aku tak tau bila boleh lepak mcm ni.masing masing dah bz. practical lagi. sorang kat dungun, sorang kat kuantan, sorang kat kl, sorang kat perak. hmmmmm. belom masa lg aku nak buat entry sedih. cont later okay! :)

25 April, 2012

Perempuan.


Perempuan. atau kita panggil wanita. isk. perempuan la best. nampak muda sikit *ihik*

macam mana nak start neh? *garu kepala*

perempuan neh complicated ke? perempuan neh susah nak faham ke? perempuan neh leceh? perempuan neh macam macam hal? perempuan neh cerewet? perempuan neh materialistik? perempuan neh cemburu? perempuan neh memang memeningkan kepala ehh?

once perempuan cakap YA utk semua soalan di atas, then laki akan tanya, kenapa? persoalan nya, ada jawapan ke kenapa perempuan sebegitu? bagi aku, perempuan kan memang di jadikan lembut, sangat detail, dan yg paling penting, sangat sensitif *in general okay*

so bila basic perempuan dh macam tu, dia akan drag kpd perangai yg lain pulak. sensitif. hati kami sangat lemah. sebab tu perempuan boleh jadi gila bila putus cinta sbb kami tak cukup kuat utk kehilangan. lembut. kami amat takot akan kemarahan lelaki. aku yg nampak kental di luar neh pon boleh menangis kalau ayah or abang aku marah. kadang kadang dorang tak tengking pon just becakap dengan nada yg tegas. itupon aku boleh meleleh. detail. normally, siapa yang akan ingat tarikh tarikh penting dalam perhubungan? jarang sekali perempuan lupa. even kali pertama lelaki tu cakap 'hai' pon, perempuan boleh ingat tarikh dan masa bila benda tu jadi.

apa yang kami nak sbenarnya? itu yg kaum adam nk tahu kan.

kenapa tiba tiba aku gile nak cakap pasal neh? hari tu aku ada lepak dgn kawan2 lelaki kat mamak. then dorang bukak topik neh. tiba tiba. nak tanya pasal perempuan kat aku. kenapa perempuan macam neh. kenapa perempuan macam tuh. dan kebetulan, baru baru neh, aku melepak ngan kawan2 perempuan plak, bincang topik yg sama just kita tuka subjek, dorang plak tanya kenapa lelaki macam tuh, macam neh *sangat kebetulan kan?*

aku takde la hebat sangat nak bg pendapat, just utk kedua dua discussion neh, aku menjawab secara general, logik & tmbah skit pengalaman aku or kwn2 yg aku tahu. discuss dgn lelaki, aku letak diri aku kat tmpat perempuan2 yg dorg tnya tu, dgn pmpuan plak, aku try letak diri aku kt tmpat lelaki2 yg dorg bncngkan tu even mmg 100% aku tak tahu lelaki mcm mana sbb dh tentu2 aku neh perempuan. just be rational. plus nama pn perbincangan, kita share pendapat masing2 *bukan lah semua nya merujuk pd aku. gilaa hebakk aku macam tu kann. doktor cinta sangattt taww :P*

tak perlu kot aku list in detail apa yg dorang tanya sbb banyak sangat. basically, yg lelaki, dorang tanya kenapa bila dorang buat A, perempuan akan act B. senang cita, dorang tanya aku macam mana nak satisfied perempuan perempuan kat malaysia neh. hahahahaa. jujurnya, masa tu aku nak tergelak pon ada sbb dorang tnya kat aku yg tak cukup pengalaman neh. kenapa tak tanya kat prempuan yg lapan soploh kali couple. confirm dorang lebih tahu apa yg perempuan nak. tp, dah korang tanya aku, aku jawab sedaya yg mungkin.

neh ada sikit la pendapat or pandangan aku tambah dengan aku curik kat setengah2 belog orang *tak mintak izin pon nak amik. sorry* maybe boleh membantu kawan2 aku tuh *if dorang baca lah* takpon, kaum adam yg lain. memang, tak ada sesape pon yg sempurna kat dunia neh, tp mungkin ini blh tolong buat korang sempurna di mata perempuan macam saya neh ;)

  • mula mula korang nak tackle awek tu kan, mintak no fon, nak add pesbuk, nak folo twitter bagai. so start as a fren okay. ni kita panggil pelan pelan kayuh bro. sbb perempuan tak suka korang terburu buru, terlampau memaksa or senang cite, mamat gelojoh.
  • kami sukakan perhatian. kita skang neh bukan hidup dlm zaman P.Ramlee dulu. tibi pon skrin hitam putih. skang neh zaman teknologi bang. so dah ada kemudahan tu guna pakai lah. telefon, sms, email, 3G, 4G, ape2 G lagi lah yg ada. tak perlu sampai sejam stiap kali call or msj berantai2 sehari. kdg2 tu korang just say 'hai', 'morning', 'nite' itupon dh cukup. tunjuk kan yg pmpuan tu selalu ada dlm otak korang hari2. 
  • terima seadanya. everything pasal baik buruk dia, korang terima tanpa mengungkit di kemudian hari. tp aku tau korang pon berharap benda yg sama dr pihak perempuan kan. insyallah, in relationship, kita ada give and take dopp. 
  • be urself. tak payah nak fake sangat dgn awek. tak payah nak berlakon baik tuk jadi soleh or berlakon jahat tuk nampak macho. jangan pura pura ikhlas. even korang nak memuji pon bia kena masa. jangan terlampau berkeras or kasar. control sikit baran kau tu okay.
  • spontan. perempuan suka lelaki yg spontan, peka & memahami. sesetengah kes tu, perempuan kena ckap tiga empat puloh juta kali tuk bagi kau paham. klu ktorg guna body language, lagi benak otak korang nak pikir kan. 
  • surprise. sekali sekala kalau korang bagi sikit kejutan kat perempuan, aku rasa tak salah kot. tak payah nak romantik sangat tp jgn lah smp tak ambik berat lansung! nak buat candle light dinner? boleh saja. tak perlu beria. make it simple. 
  • janji melayu? please. kalau kau dah kata nak jumpa pukul 2pm, jgn 2pm esok baru kau nak datang. tapi point yg ini kekadang aku admit, kebiasaan kes lambat, datang dr perempuan. heee. penah dgr kan org cakap "biasalah. perempuan. siap mmg la lama" hahahaha. 
  •  confident. yakin sikit dgn diri sendiri boleh? tak payah nak berlakon jadi yg terbaik depan dia spaya dia tak nampak yg lebih baik dr kau. cth, klu takde duit, buat cara takde duit. bila kau xde duit tp kau berlakon ada duit, seksa sape? tak lain tak bukan, diri kau sndrik jugak mehh. kalau kau miskin then perempuan tu taknak, tunggu apa lagi. blah. carik perempuan yg blh terima kau seada nya pulak ;) even kau kaya raya anak dato datin tan sri sekalipon, tak perlu nak poyo. menyampah tau dop. 
  • pendengar. jadi lah pendengar yg baik wahai cik abang oii. kalau si awek tengah mengadu dia punya problem, tak kisah lah masalah sebesar kuman sekali pon, cuba dgr dengan se ikhlasnya boleh? jgn cuba pusing cerita if korang malas nak dengar. bagi respon and apa2 idea bernas tuk dia settle masalah dia tu. secara tak lansung, menjadikan korang seorang yg memahami tau!
  • hormat. ini penting. kalau dlm stage awal2 neh, sentiasa set dalam pale otak lu tu, kita hanya kawan. thats it. jangan melebih lebih or mengambil kesempatan. in case kau dh declare ngan dia pon, buat dia rasa diri dia tu penting tuk kau. jgn amik remeh semua benda.
  • friendly. perempuan suka kalau korang boleh sekepala dengan semua kawan2 dia. sbb senang kalau nak ajak keluar sekali. kiranya, kalau boleh lepas dgn semua kawan2 dia *yelah, sorang perempuan pon dah cerewet, ni kan pulak ramai. lagi susah dop* korang mmg best ahh :D
  •  consistent. sebelum kau dapat "apa saja akan aku lakukan utkmu sayang" bila dah dapat *belum kawen. baru declare je pon* terus kau biar. dulu ms kejar, hari2 call, creds habis pon takpe. dulu awal2 nak ngorat, morning, nite, lunch, dinner, supper, semua tak penah missed. dh dpt title 'girlfriend' saya bz lah. banyak kerja. malam kang sy msj okay? itupon kalau betol. kdg2 esok pn blm tentu dia carik. kami tak harap pon kau pegi ikot sheikh muszaphar naik smp angkasa tu, pacak banner yg tulis aku sayang kau kat bulan. tempah iklan semata mata nak state yg kau cintakan dia. just kau buat dia happy & bahagia dgn cara kau sendiri. simple.
korang mesti nak cakap, perempuan neh mmg cerewet ahh camtuh. taknak banyak lagi nak request utk jadi lelaki sempurna kat mata kita. ngeh ngeh ngeh. aku tau, setiap point di atas, pihak lelaki pon akan request benda yg sama jugak kat perempuan. laki pon nak kita memahami, pendengar yg setia, hormat dia, bergaul jugak dgn kawan2 dia, jadi diri sendiri dan semua di atas lah.

so, apa yang aku nak tekan kan disini, kita tak kan dapat yg sempurna sebab kita sndiri tak sempurna. kita nak partner kita kurangkan sikit ego dia tuh, tapi kita sndiri tak buat benda yg sama. agree? kita nak dia memahami, tp kita sendiri tak cuba utk faham dia. duk tanya kenapa perempuan macam neh, kenapa lelaki macam tuh, why not, kita tanya diri sendiri dulu. kita nak si dia ubah sikap, kita dah ubah sndiri punya? ni aku ckp utk 2,2 jantina. balance. aku tak cakap aku perfect. aku sendiri belajar dr keadaan sekeliling. masa aku duk menaip neh pon, aku sedar yg aku sendiri pn kena jadi lebih baik if aku nak partner aku baik.

tips di atas *boleh kata tips ke? miahahahaha* boleh di guna pakai utk kedua dua belah pihak. just tuka kata ganti perempuan kpd lelaki, itu saja. wahai kawan2 perempuan ku sekalian, lelaki pon ingin kan benda yg sama dr kita. so, give & take, okay. tak semestinya semua dia yg betol & tak semestinya kita yg betol. bertolak ansur. itu yg penting. 

guys, ini hanya pendapat/pandangan okay? take it or leave it. happy for sharing :)

---------------------------------------------

conclusion masa discussion hari tu, aku just cakap ;

senang cite, macam neh lah. perempuan memang complicated. aku sendiri susah nak faham diri sendiri.
perempuan ada macam macam jenis, sikap & perangai.
if korang dapat perempuan yg tak memeningkan kepala, lucky you. 
so, proceed to the next stage lah.
kalau dapat perempuan yg boleh buat kau migrain, ada dua option. terima seadanya & try ubah dia. ataupon, putus hubungan, angkat kaki, blah, cari lain. 
okay? 

kepada kawan2 aku yg tengah bermasalah skang, gud luck okay. jangan risau. semua benda ada jalan utk settle. sabar ehh.



The worst mistake you can make is to walk away from the person who actually stood there and waited for you.

22 April, 2012

Random #2

Tak Paham aku dengan setting baru neh!
pening kot nak update entry! itu je nak cakap.
okay. BYE.

.SEKIAN.

18 April, 2012

ManillaCards #8

baru sampai pagi tadi, masuk umah terus tido tak ingat dunia. berdengkur plus berair liur smp tengahari, aku celik. celik mata je dorang kata hari ni bebudak marketing ada buat event kat audi. event apa? LOL. haa?? LOL? stand for what? aaaaaaa. dorang pon tak sure katanya. jadi, dengan segala hormatnya dipersilakan aku bangun & pegi mandi sebab semua dok tunggu aku. ngeh ngeh ngeh.

saya sudah wangi! skang, nak pegi mana dulu? hmmm. car wash! dorang kata abe bukak car wash hari neh. berangkut la semua kereta yg ada. erkk. TY tinggal. sebab baru lepas cuci ms besday ogy aritu. sampai je, dari jauh dah nampak abe ngan kakitangan nya bermain air & sabun. aku ingatkan abe cuci free, service berbayar rupanya! *ingat buat kebajikan apa*







sambil nak tunggu kereta siap di cuci, ktorg pegi jenjalan kat audi, nak tengok apa je yg ada hari neh. takde orang sangat pon. tp memandangkan masa ktorg datang tu pon dh lewat, logik la takde org. senja dah pon tunggu nak azan jep. hehehee *btw, LOL - Living Out Loud* itupon sebab aku nampak kat banner :D

tengah jalan jalan tengok orang jual barang, ada satu booth neh, dorang jual tiket. rupanya utk penutup event, dorang ada buat live acoustic & band malam neh. wahhhh. mesti best! wajib beli. hahahaha.




dengan eksaiteddnya kami bersiap dengan pantas dan cepat sbb takot full house *based on pengalaman sebelum neh la* dorang cakap start pukul 8, tapi biasa lah, janji melayu, mesti start lambat. kan. kan. odw tu mmg rasa teruja sikit sbb dah lama tak pg live band kt uni10 neh. mesti crowded. sekali keta masuk simpang audi, LENGANG. sekali lagi, lengang hokay! masa tu dah dekat pukul 9 kot. dah kenapa kosong. kau boleh bilang dengan jari berapa bijik keta yg ada kat parking. DULU, nak crik parking pon susah. neh kau siap boleh pusing 2,3 kali tuk carik parking yang kena dgn cita rasa kawww. 

aku dah macam pelik nokk. banyak kali aku tanya pipah. betol ke tak ada event neh? apasal sikit sangat org datang? ni bukan sikit sebarangan. sikit melampau neh. bukan nya weekend, student nak balik kampung. pendapat pipah, mungkin publisiti kurang & student tak tau pon pasal event neh. wadeepaakkk.

sebab dah beli tiket, masuk kena masuk lah, rugi sengal. sekali lagi makcik terkejut ayam. seat kosong. tidak  pernah berlaku dalam sejarah band mungkin. dulu aku tk pernah dapat peluang nak pilih seat. tapi tidak kali ini. Empat kali ktorg tuka seat utk dapat view yang paling strategic spaya kami lebih feel bila dorang perform. sampai kikio boleh detect la aku ada kat dalam audi tu *menunjuk kan ktorg banyak kali bangun duduk bangun duduk tuka seat*

overall, okay. just bila orang tak ramai, kita tak feel nak hingaq. tau hingaq tu apa? tak tau, p carik sendirik. paling ktorg suka sekali, biasa lah. acap. dia perform mmg superb. aku suka sbb dia style. gaya sendiri. tak perlu nak over acting atas stage. just be urself. bila dia buat akustik, dia sangat relaks tau. aku pon tak tau nak cakap mcm mana. hehehee. plus, bob punya grup pon best. normal lah. korang dah biasa aku tengok perform. so tak payah aku elaborate panjang sbb korang mmg dah superb :D

Love leaves a memory that no one can steal. But sometimes, it leaves a heartache that no one else can heal.

16 April, 2012

Them #3

hari ni awal gila aku bangun *sbb tersedar lily nak pg keja* dah bangun, malas plak nak tido balik. tak mandi, tak gosok gigi, carik maggi. ngeh ngeh. sambil tggu berita dari boss, bgtahu bila nak gerak pg settle psal kreta dia, aku guling guling guling atas katil *kenyang makan maggi kan* dlm kul 10pg, boss text tanya ada mana *sekeh jugak dia neh* nak gerak awal katanya. takot lambat sampai. ahh sudah, jgn kata skang. mandi pon belom neh. nasib baik dia kata paling lambat pkul 12. dengan segera aku siap, kang boss bising! *mintak2 jalan tak sesak* 

aku smp jerijit dlm 12.05minit cmtuh la *5minit je pon lambat* aku park BER kat situ, tggu boss dtg hamik. 12.20 dia tak sampai lagi. takpe. tak salah menunggu sbb kdg2 dia pon ada tunggu aku jugak :P 12.40 pon tak sampai2 lagi. aikkk?? aku rasa masa aku lalu depan pusrawi td pon dh text dia bgtau nk smp dah. 1.05mnit pon tak sampai lagik! haiyoo. satu badan aku dah naik rentung neh giloooo. panas rembang kottt. takpe2. sabaaaaaaa. dlm 1.15 camtuh dia smp! hmmmmm.

masuk je keta, dia bgtau tak jadik balik hari neh. haaihhhh! awat ang tak bgtau awai2. takde la sesak aku nak bawak baju yg aku pakai smlm tuk basuh. mmg aku dtg bwak bdan je tadi taww! nasib baik kau boss. nak bebel pon aku takot sikit. kihkihkih. belasah je la balik bila2 pon. aku tak sekolah dah :D

settle pasal keta dlm pukul 4-5 mcm tu kot. dengan nak redah kesesakan lalu lintas yang melampau lagi. sampai keramat nk dekat pukul 7 jugak lah. pastu roger semua org ada mano. ingat nak ajak karok malam neh. 

ogy aku dah pesan awal2. balik keja mandi terus! smp keramat je, jumpa faiz jap kat ali. dorang makan cepat2 sbb liq nak gunting rambut lagi. kang tak sempat nk karok plak. so berpecah, mok ngan faiz balik umah nak mandi. aku tman liq gunting rambut jap. adam ngan kawan dia, jidin? idin? *ape ntah nama* jumpa kat festival terus. ogy? belom mandi lagik. ishh. geram betol aku ngan minah sorang neh. 

kelam kabot kejar masa sbb nak karok 3 jam katanya. kang tak sempat. pukul 10.20 ktorg sampai festival. yg lain dh sampai awal lah *hehehehe. kesian kena tunggu* yeaahhhh! karok time bebehhhhh!








first time hokay! first time karok bilik besar nak mampuihhh! b4 dis kami amik bilik kecik2 je. ye lahh. nak buat apa besor2. nak menyanyi sambil berlari?? neh haaa maybe ramai sikit dr biasa *sikit je la ramai nya* akak kaunter tu soh hamik bilik besharr. bedal aje. takde la nak merebut kerusi. mic pon bnyak.

paling penat sekali karok, of coz la liq ngan ogy. dah sorang Lan, sorang lagi Ziana Zain. lagu, hamikkkk kau. semua key tinggi. tgok macam ktorg. relaks je amik lagu slow. lagu nasyid kawww. hahahahaa. dah la tiga jam! itu pon tak cukup katanya.

habis karok pukul 1.30 ikot mata memang dah layu. kalau aku layu, ogy apetah lagi kan. tp itu kebiasaan nya lah. tiba tiba hari ni, mata dia segar tak hengat & nak melepak lagi. fuyoooo. ajaib sangattt :P tp menyesal jugak la ikot melepak sbb aku telah di perkotak katik kan oleh anak beranak kamaruzaman neh! aku pon tak tahu nak percaya or tak dengan semua cerita pasal salasilah keluarga dia tuh. sumpah menyesal tanya! -.-''

Your friends are like the buttons on an elevator. They will either take you up or they will take you down