13 April, 2012

Your Big Day.

prank kali ni, takde la susah sangat. biasa lah, ogy je pon. celah gigi jep. hahahahaha. krew plak memberikan kerjasama yg amat memberangsangkan :D hmmm, yang membuatkan susah myb masa ogy nak dtg muadzam kot. TIBA TIBA, masa neh la dia nak demam, batuk, selsema, sakit pinggang, sakit usus, sakit kaki. haaihhh. nak paksa, orang tengah sakit. kang kata aku takde sifat ihsan sesama manusia plak. tapi mmg aku berharap sangattt lah dia jadi datang muadzam sebab takde waktu lain dah nak celebrate besday dia neh. pastu adam plak tak jadi ikot dtg muadzam atas sebab sebab yg tak dapat di elak kan. lagi lahh ogy malas nak dtg sebab takde teman -.-''
ikot plan, ogy nak datang muadzam hari rabu sebab cuti besday agong. pastu dia amik cuti khamis & jumaat sekali. dapat la rehat lama sikit. dari hari isnin sampai rabu tu, aku takde la push gila gila soh dia dtg muadzam. kang nampak sangat aku ade plan busuk yang amat kannnn. hahahhaa. so, buat buat relaks jep. aku siap ckp "kalau kau tak larat sangat, takpe lah. nak buat mcm mana. lain kali dtg pon takpe" tapi dalam hati! "datang lah. datang lah. datang lahh gileeee" ngeh ngeh ngeh.

and finally, kak yati datang jugak ari rabu tu dgn menaiki pengangkutan awam maraliner jam 04:00 *miaahahahahaa* alhamdulillah. amin. syukur. semuaa laahhhh :D nasib baik aku dh pesan awal2 kat dorang, if ogy confirm dtg neh, plan kita on okay! kami pilih hari khamis sebab jumaat tu dorang takde midterm or quiz. so, khamis malam tu free skit.

okay. plan dia tak susah sangat pon. lgpon ktorg nak celebrate sorang je. takde lah payah sangat pikir nak kumpul reramai. pikir sorang cukup. memandangkan dorang semua ada mirterm malam tu, ktorg ingat lepas exam baru pg makan. *hihihihihi* kul 9 pa'a dah soh standby sebab dorang pon tak tau nak kuar hall pukul brape. tepat pukul 10 camtuh, dorang dah gerak pg highway. kat umah nasib ada dua kreta. so, ogy bawak yaya pegi amik arep kat umah dia. aku pegi amik liq ngan E.

masa tengah makan, aku buat group kat whatsapp. just nak ingatkan & clear kan balik plan afta makan nanti. lepas makan, aku ckap kat dorang aku nak pegi bank ngan 7E dulu *saja nak melambatkan masa katanya* aku soh ogy ikot aku, sekali ngan Liq & E. kawan kawan yang lain kena standby kek dan tepung kat umah. sementara aku duk pegi bank ngan 7E neh, aku dok wtsapp ngan dorang tnya semua dah okay ke belom. dah tak tau nak melambat lambat kan masa banyak mana dah. once dorang kata okay, terus ktorg gerak balik.

lalu depan simpang masuk umah liq, ogy tanya, tak hantar liq ngan E ke? sbb aku terus je pg semarak. alasan aku bg, "liq nak amik note MS kat pa'a" :P
sampai depan umah, kebetulan lampu jalan kat lorong tu takde. sangat gelap kot *macam tau tau jep* elok aku park je keta, terus aku off lampu keta. hehehehehehee. mula mula ogy taknak turun sbb nak amik note je kan. pasni mesti kena hantar liq ngan E blik. aku malas nak jawab, aku tutup aircon, matikan enjin. paham paham la kak yati. sila turun dari kereta @_@

cik roze keluar je dari kereta . .


HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO OGY,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!








ada ke patot masa ktorg nyanyi tu, dia nak lari? wadepaakkkk. penat2 ktorg plan neh, kau boleh nak lari?? ktorg tak buat pape pon :P
pastu dia boleh jerit jerit "aku tau korang nak main kotor!" hahahahaaaa. ktorang nak soh kau tiup lilin je kak yati wehhh.
tengah dia dok kalut nak tiup lilin, aku ngan pa'a ke pot, pegi amik tepung, standby blakang ogy. tengah tiup tu pon mata dok pandang atas bawah kiri kanan. ish, tiup je lahh gileee. tak teruk pon. tepung je kot :D

bila dia dah lupa aku yg tgah usha line neh, apo laeee, haaaaa hamikkkk kau satu kilo tepung penaik tak turun turun! hahahahhaaa. itu baru sesi panaskan badan, ada dua kilo lagi tepung kat tangan dorang. tunggu ehhh. yang Liq ngan E bijak tahap bijaksana pegi tambah air pulop. eeeeeeeeiiiiiyakkkkk! melekit shiaalll. 

kami tahu awak sayang rambut awokk, jadi, itu yang akan kami target dulu! bahahahhahahahahhhahaa!



yang sangat tak boleh di terima akal, ogy boleh lari masuk keta dida! wadeepaakkkkkkk tol. kuang ajaaqqqq. mana kau dapat idea nak lari masuk dlm keta ntah. apa lagi, terpaksa la guna kan kekerasan utk paksa dia kluar dr kreta tuh! :P 
sepanjang kerjaya aku dlm prank besday org neh, ini 1st time ada kes lari masuk dlm kreta tawww!






btw, thanks kat semua sbb sudi tolong aku malam neh.
tolong settle kek, tepung semua tuh. bagi pinjam masa sekejap even aku tau korang sangat bz.
terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada :
.DIDA.PA'A.IRA.PIPAH.YAYA.NAD.LIQ.E.AREP.

 a Big HUG & KISS for you.

again ;

SELAMAT HARI JADI ROZEYANTE!!
Let your dreams be bigger than your fears, 
your actions louder than your words, and your faith stronger than your feelings.

Acting like it never happened doesn't solve anything, it just leaves another problem to deal with again later.

07 April, 2012

Muaaaahhhxxxx!

tibalah masa nya utk aku berangkat ke kampung halaman yang kedua *hehehehe* muadzam shah terchenta! aku nak kena anta report sbenarnya kat miss nora, sambil2 anta report sambil2 kacau dorang la kat muadzam tuh *miaahahhhhahaaa* so aku malas nak bawak kreta, aku tinggal BER kat umah ogy. terpaksa lah ogy yg anta aku naik bas. tapi mana boleh kakak je yg anta, adik lagi sorg pon kena ikot! hahahaa.

aku pon belom carik tiket lagi neh. aku main redah je sbb hari sabtu kan. sape je nak balik hutan banat tu hari sabtu. ahad myb la ramai. pegi kaunter, tiket pukul 5ptg, 8mlm ngan 9mlm je yg ada. takkan aku nak amik pkul 5, masa tu pon dah pukul 4 lebih. lgpon, kena la lepak dulu ngan sayang sayang aii tu duluuu. nanti balik muadzam, winduuuuuu. ngehngehngeh.




bila tengok gamba neh, aku sangat geram ngan kak yati! tau psal apa adam pejam mata?
dia ada masalah ngan flash o mata dia tak tahan silau. masa gmba ogy ngan adam, aku tutup tau flash tuh!
masa gmba aku ngan adam, hasad dengki pnya org, dia tak off flash. arghhhhhh.
nih la hasil nya. kuang ajaqqq tol. mmg dia suka jeles ngan aku!
benciiinyaaaaaa! :P

sementara nak tggu bas aku pukul 9 tuh, ktorg melepak kat the mall je dah itu yg paling dekat. kesian adam. pening kepala layan ktorg satu hari. hahhahhaaa. nak buat macam mana 0_o




terima kasih tawww sayang sayangku berdua sebab kemanisan anda menghantar 
saya yg somelll neehh sampai naik bas.
siyes macam abg & kakak menghantar adik dia naik bas balik U  
*tp duit belanja tak bagi pong?* hahahahaa.
ngah jalan nak pegi kat bas maraliner tuh, adam ckp mcm neh :

belajar rajin rajin taww. kita neh org susah. mak ayah kita keja biasa2 je.
so, jangan kecewa kan mak ayah. 
ingat! jangan main main!

HAHAHAHAHAA.
tampa kang.

yang kak yati, senyap je kat blakang aku 
*bayangkan muka kakak sedih anta adik blaja jauh2*
hahahahahaha.



aku gerak muadzam dulu okay? nanti jumpa lagi.
*eksaiiiteddd nak jumpa adik bradik yg lain kat muadzam pulop*

*bising sangat dah lama takde gamba korang kat belog aku kaannnn. haamikkkkkk :P*

Don't let anyone try to change who you are. If they can't accept you, they are welcome to leave you.

06 April, 2012

Selamat Tinggal.

yeaahhhh! hari ni LAST DAY aku practical. SERONOK sebab lepas neh tak payah susah2 aku nak bangun pagi, gosok baju tuk smggu, basuh baju tuk semggu, menapak naik lrt. urrghhhhh.tapi SEDIH sebab keja kat situ sangat seronok. dapat kwn2 yg selamba, kecoh, sengal. memang aku tak pernah rasa stress keja kat c2 sbb dorang dah macam family. sehari kalau dorang tak buat lawak smp kau nak terkencing kencing, mmg tak sah! tapi nak buat camne, habis ttp habis. aku ttp kena anta report kat muadzam terchenta tu haaa. 

last day aku kat ofis, malam tu boss aku blanja makang makang kat damansara. kau ingat senang ke boss aku nak blanja. so, jangan nak buat gila tak nak datang menghabiskan makanan yg melimpah2 tu. sedap tu memang sangat sedap, tapi sangat banyak juga. tak habis kan, RUGI. kalau habis kan, perut dah tak boleh pegi.


terima kasih sangat sangat kepada
En Nik (baju hitam), Abg Eddy (depan aku), Kak Ida (duduk baju biru), Kak Ekin (yg tengah dukung anak tu), Fafa (budget comel gigit jari kannn), Haziq (baju putih), Adib (biru turquoise), tiada dalam gmba, Abg Ijam, Kak Erin ngan Azeema (nama taknak sama je :P)

thanks sebab sudi terima saya sebagai salah sorg ahli keluarga korang. walaupon aku ni pendiam *kehkehkeh* pemalu *walawehhh* muka taknak kerek *huh* korang tetap layan kan aje perangai saya nehhh. terima kasih taawwww!

saya akan selalu rindu korang! Love MBSB LASSC forevaahhhhhhh! <3

31 March, 2012

ManillaCards #7

manilla card meeting! heheheehe. tak sangka jumpa dorang. kalau tak hari ni plan nak balik perak ngan ogy, adam & liq. ada kenduri. boss ogy kawen. tapi, tetbe xde sape nak ganti ogy handle event kat One Utama. terpaksa la cancel. nak buat mcm mana. tak dapat la nak pegi :(

tapi takpe, gantinya, aku dpt jupa semarakian kat sini. hehehehee. dorg mmg plan nak dtg KL sbb ade career fair kat MidValley. mula2 aku ingat tak dapat la nak jumpa dorang kan. bila dah cancel pg perak ni, kita set plan B pulop :D dorang gerak dr muadzam subuh2 lagi sbb dtg hari sabtu. bila dorang dah smp kat mid, aku ngan lily pon gerak. tak jauh pon aku nak smp, tp sebab SESAK *aku benci* ambik masa jgak lah.

dalam kepala otak aku, aku ingat afta pg Mid, nak bawak dorg pg OU jumpa ogy kat sana. tp e2 plan dlm otak  je la. takot dorg ada hal lain nak buat. masa lepak2 makan kat fudcot Mid tu ha, aku tnya dorang lpas neh nak buat apa. dorang kata ikot saja. heeeeee.

settle makan, ktorg hantar lily kat Lrt sbb dia ada hal lain kat KLCC. lepas tu baru ktorg gerak pg OU. sampai2 je kat OU, dah nampak kreta KIA bnyak2 kat c2 *fuhhh. takyah susah2 cari kat mana dahh* terus nampak muka ogy jaga test drive KIA. serius je muka dia. hahahaaa. biasa la. deal ngan customer. mmg tahan jiwa raga sikit la. nampak dah adam ngan liq ngah sembang2 ngan ogy. apo lae, terus kami serang.








tak lama pon boleh lepak. ogy boleh break 15minit je. so lepas liq ngan adam pg test drive, ktorg culik ogy kejap bawak pegi makan. sembang2 mana yang sempat je.


sebab dorang dah penat sehari suntuk berjalan, nak bawak lebih lebih pon x best jugak.
lepas jumpa ogy kat OU, pg makan jap kat bangsar, terus bwak dorang balik.
semua muka dah tak boleh blah kot. berpuloh puloh ekor setan bergayut kat mata.


adam ngan liq jangan nak tacink sbb gamba korang takde ehh. sape soh pg test drive tak ajok? hahahaaa *mmg muat nak masuk semua* sangat best sebab dapat jupa ramai2. rindu muadzam hari hari kot! :D

The higher you build the walls around your heart, the harder you fall when someone tears them down.

18 March, 2012

Life.

hidup ini kadang kadang tak pernah adil.betol? ada setengah benda, kita rasa kita patot dapat, tapi tak pernah dapat. ada setengah perkara, kita tak nak lansung pon dalam hidup kita. tapi yang itulah kerap datang. kita tolak macam mana pon, still datang jugak.

manusia tak pernah berpuas hati.pon betol bukan? setiap apa yang kita ada, kita mesti nak lebih dari tu. orang sekeliling pakai apa. kita mesti nak lebih dari dia. orang lain target apa dalam hidup dia, kita mesti nak capai lebih dari target dia.

tapi. apa yang kita dapat bila kita buat macam tu? 'persaingan secara sihat' sound better than 'persaingan busuk hati' rite? kita terkejar kejar orang lain punya achievement. kita kejar orang lain punya lifestyle. tapi bila orang lain bijak pandai belajar kat U, taknak pulak kau kejar yang tu.

tipu lah kalau aku sendiri tak pernah merasa nak ada apa yang kawan2 aku ada. nak beli apa yang kawan2 aku beli. tapi, alhamdulillah, aku ada seseorang yg terlampau kerap, sentiasa dan selalu ingat kan aku 'ukur baju di badan sendiri' dia selalu pesan kat aku, tak kisah kita berkawan dengan sesape, sekaya mana pon dia, setinggi mana pon darjat dia, jangan sesekali sama kan diri kita dgn dia. ambil masa seminit dua, letak diri depan cermin, tanya diri sendiri, mampu tak kita nak ikot cara dia?

entry neh untuk peringatan diri sendiri jugak. nothing personal. moga aku tak pernah 'terkejut beruk' dengan cara hidup manusia sekarang. enuf for today :D








Past is a past. If u want happiness, dont walk together with ur past.


12 March, 2012

Random #1





Dont every say u arent smart enough, mature enough, pretty enough. Just believe in YOURSELF and say 'Im worth it enough!'

03 March, 2012

ManillaCards #6

rindu mereka sangat sangat! rindu sampai tak sanggup nak tunggu habis intern. hehehe. kalau tak, aku nak tunggu habis practical baru aku balik muadzam, tapi . . macam tak boleh haiihh. aku plan dgn ogy nak ikot liq balik muadzam, tapi ogy tak jadi ikot. so aku je la pg muadzam. aku neh pon last minit decide nk pg muadzam.
aku smp muadzam pukul 4 ke 5 pagi sbb ktorg gerak dr kL lambat skit. pastu aku mintak ira letak kunci umah kat tepi pintu mcm dolu dolu. hahaha. dulu pon bila aku lupa nak bawak kunci, macam tu la ira buat. dia letak kat tepi pintu umah *ish.rindu.rindu!*

smp je aku terus tido. mengantuk siakk baru balik keja terus gerak sana. tapi mmg best. first class kau layanan! smp je aku terus dpt check in master bedroom kaawwww *kau ada?* HAHAHAHAHA.

bangun esok je, dah dengar dorang duk bising2 kat depan, duk intai2 aku tido dlm bilik *rindu letteww* hahahahaa. tp mcm tak percaya aku dgr sore dorang. sangaattt rindu. hehehehhee. aku bangun terus buat hingaq kat depan. first word dorang cakap 'apasal muka kau tembam?' CISSSS. biadap sungguh kamu semua. tapi takpe di maafkan sebab dorang cover balik dengan ayat neh 'tapi apasal muka kau cerah sikit neh?' awwwwwwww.malooowww! aku cover la balik kannn 'krim muka smlm aku lupa cuci.terus tido' hahahahahahahaha.

duk merepek lima soploh minit, kerah semua orang soh pegi mandi. kita pegi kuantan sekarang! cepatttt siap! kihkihkih. aku roger liq ngan E, dorang sibuk ngan futsal. ahhhh. taknak kawan sampai malam!

plan nak tengok muvie tapi tak tau nak tengok cita apa. nak tengok This Means War, aku dah tengok. nak tengok adnan sempit 2, takot tak best. bincang2, tengok je la cita yg sama. tak kisah la tengok dua kali pong. cita tu sangat BEST. so aii tak kisah.







habis je wayang, macam biasa, lepak TC. lamaaa tak pegi TC. penuh kot masa tuh. pack gila. selama aku blaja kat uniten, tak penah aku lepak burger king. dorang kata baru bukak, tp ada yg kata dah lama bukak. aku pon xsure sbb tak penah perasan burger king tuh. tapi view dia best sbb ktorg lepak atas. boleh nampak view dr atas.
yang tak boleh blah, aku boleh tersengguk sengguk kat burger king tu. sumpah mengantuk gila! tak tahan lansung. siap aku dah pesan kat yaya, balik kang aku nak tido, soh dia yg teman driver. hehheheee.

sampai muadzam tak boleh tido terus sbb dah janji nak tengok arep kat umah dia. arep baru lepas xcident. teruk jugak la. so alang2 aku dah sampai sini baik aku melawat terus kan. melepak la aku kat depan umah arep makan burger king.

alaahhh. ahad dah balik sebab isnin kena keja maaaa. bosann betol! takpe, habis je prac duk la ang puas2 kat muadzam tuh. nanti aku datang lagi okay! :)



In life, always hold your head up, there are so many haters on the way, but be careful to keep your nose at a friendly level.