14 March, 2017

Monolog #5

kadang kadang tak tahu nak salahkan siapa. 
otak aku buntu, serabut, pikirkan masalah yang makin lama makin banyak.

at this age, masalah yang datang bukan nye macam time kau belajar dulu. kalau dulu problem setakat celah gigi je kot. kawan kawan pun ramai boleh tolong. sekarang? kawan kawan pun tak berani nak tolong kalau masalah tu besar & asyik berulang. 

tak kan nak salah kan member yang tak bersalah kot. kalau aku dekat tempat dorang pun belum tentu aku boleh buat. masing masing ada masalah sendiri kan. 

tapi bila kenang nasib sendiri, ntah la. satu soalan je asyik repeat dalam kepala otak aku ni. Kenapa?
Kenapa dari kecik sampai sekarang, lepas satu, satu masalah datang. Ni balasan atas segala dosa dosa aku ke? 

bukan nak kata aku tak nak bersyukur dan aku tahu, Allah tak kan uji hambaNya kalau dia tidak mampu. Buktinya, aku masih hidup lagi sampai sekarang. Kan?

Tapi otak ni tak berenti renti dari dulu asyik pikir macam mana nak selesai kan masalah itu, masalah ini. kadang kadang tu rasa penat sangat. hmmm

Aku harap dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir nanti akan mengubah nasib aku & keluarga lepas ni. Anak kan rezeki yang Allah anugerahkan untuk kita. InshaaAllah, lama kelamaan semuanya akan selesai :')

Amin.



02 March, 2017

36 weeks.

Harini genap 36 minggu. So harini aku ada checkup dekat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak). Sekarang ni aku dah start checkup 2 minggu sekali. Lepas ni maybe seminggu sekali pulak.
2 minggu lepas berat aku 99kg, hari ni cuba teka? hahahaha
101kg hokey. walaupun aku sedar aku pregnant, tapi serius ahh, tak pernah terpikir berat aku akan cecah 100kg. hahaha. 

Masa 34 minggu, berat baby dah 2.62kg. 
So bila berat aku dah cecah 101kg ni, aku terpikir, yang bertambah berat tu aku ke baby? Risau. Sebab aku ada GDM atau dengan kata lain nye kencing manis semasa mengandung. So possibility untuk baby besar tu ada. Hmmm.

Bila dah nak dekat bersalin ni, rasa macam hari hari nak scan. 

Nak cek condition baby camne. 
Berat dia bertambah banyak mana
Air ketuban okay tak.
Tali pusat macam mana.
Kedudukan baby macam mana.
Macam macam lagi lah!

Tapi nurse kata, scan selalu pun tak elok jugak. Takpela. 

Nervous & takut tu jangan cakap la. Kadang2 aku lansung tak boleh nak fokus dengan kerja dekat office. Asyik pikir pasal baby & bersalin nanti macam mana. Tiba tiba aku rasa, masa ni macam cepat pulak berjalan. Kejap je dah 36 minggu.

Apa2 pun, kita berserah je la dengan ketentuan Allah s.w.t
Kalau Allah dah kata anak ni memang rezeki aku & suami, InshaaAllah semuanya akan selamat. 
Amin.


*nama anak pun tak confirm lagi ni. adoiii.