31 December, 2016

Year End.

Wow. Lama sungguh aku menyepi. Kesian blog aku ni. dapat tuan yang suam-suam kuku. kahkahkah. 
Actually, aku dah takde laptop. Laptop tu dah menurun ke adik bongsu aku sebab dia baru masuk belajar. So dari mak pak aku nak kena cari duit utk beli laptop baru, baikla kakak dia yang sacrifice ye dokk. 

Nak curi curi update dekat office (hihihi) tetbe haritu dia dah block! Hayam betul. 

Ni pun aku just try & error bukak blog aku and jeng jeng jeng! Eh?? dah boleh bukak? mihmihmih.
sempat la aku menaip barang lima enam baris sebelum office hour habis ni. 

Okay. Jam sudah pukul hhenam. Gua chow dulu. lain kali bila line clear dekat office, gua update lagi.
Zasss!

11 June, 2016

Monolog #3


kini
perasaan seperti
ketakutan
mimpi dan realiti
sepi dan sunyi
kosong tidak berisi

jiwa seperti tidak tenteram
hati seperti tidak tenang
seperti ada sesuatu yang belum dicapai
yang belum digapai

kini hati kuat memikirkan
pengakhiran diri
penghabisan duniawi
penghujung hidup ini

apa yang akan terjadi apabila
tidak sempat menyempurnakan
kewajipan
tidak dapat menjadi seorang manusia
dan hamba yang sempurna
tidak sempat menemui jalan ilahi

dan
apa akan jadi apabila tiba hari itu?

tiba tiba berasa
kerdil
sangat kerdil
terlalu jauh
jauh hingga tidak dapat diukur jarak itu

kini diri makin tidak peduli
dengan duniawi
dengan umpatan dan tohmahan
dengan percakapan

biarkan

fikiran kini tertumpu hanya pada satu
satu

apa yang akan jadi
apabila tiba hari itu.

09 May, 2016

Puding Raja.

Korang penah makan puding raja?

Seumur hidup aku tak pernah dengar pun nama puding raja. Start aku dengar pasal puding ni bila geng2 asal dari terengganu ni dok bising2 dalam group whatsapp. Dorang cakap puding ni sedap & kebetulan Farah a.k.a Pa'a kadang2 buat puding ni & jual.

Dari sehari ke sehari, Pa'a postpone nak buat puding ni. yela, dia bukannya full time buat benda ni. dengan kerja lagi, pindah rumah sewa lagi. Tp awal bulan haritu dia ada cakap nak buat puding & tanya ktorg ada sape2 nak order tak.

Kalau ikotkan tekak aku, dari gambar yang Pa'a share, aku takut nak makan. sebab banyak sangat bahan-bahan dia. Aku ni bukan cerewet pasal makan tau, just aku ni jenis yang banyak benda tak makan. asal pelik je ghupe dia, aku susah sikit nak sentuh.




ni haa ghupe dia bila Pa'a share gambar. tak ke pelik untuk org yang tak pernah makan mcm aku ni? dah macam mee kuning ada candy crush. hahaha


Tapi sebab namanya "Puding" so dalam kepala otak aku benda ni tak siap lagi, maybe sebab nak nampak cantik dalam gambar, Pa'a tangkap la sebelum masuk kan dia punya bancuhan tu, nanti benda tu dah siap maybe ada la ghupe puding nya. Puding kan macam agar2. 

So support bisnes kawan kawan punya pasal, aku order la satu. Dalam kepala otak aku, nanti sampai rumah Pa'a, aku nak suruh dia keluarkan tester. Aku nak rasa sikit. Kalau kena dengan tekak aku, yang aku order tu, masuk perut aku la. Kalau tak kena dengan anak tekak, aku bagi nenek la. Heeee




Masa Pa'a keluarkan tester, dia bagi macam gambar dekat atas ni. Hurmmm. lagi la aku pelik. Dah macam mana gayanya nak makan?? Memang caranya macam kita makan mee goreng ke? Kenapa panggil puding tapi ghupenya tak macam puding?

Banyak sangat persoalan aku. Aku siap cium dulu warna kuning tu. Nak bau. haha

Ogy pun tunjuk la macam mana nak makan Puding raja tu. Rupa2 nya, ambik custard yang dalam bekas kecik tu, tuang atas yang kuning tu. Dorang panggil "Jala Emas" 
lepas tu makanggg.

Hmmmmm. Suap sekali. Tak dapat rasa lagi.
Suap dua kali. hmmmmm. 
lepas tu aku yang habiskan tester tu. so kau rasa?? hahaha

Aku pun jerit dari ruang tamu. 
"Pa'aaaaa. ada lebih tak? nak tambah lagi satu order"

Haaaa. terusss tambah order! sedap weh. memang kena la dengan tekak aku. Sumpah sedap. Tak tipu!






08 May, 2016

Happy Mother's Day

Mak.

Seorang wanita yang sentiasa ada
Tak kira susah senang
Jatuh bangun
Apabila kau cari
Dia sentiasa menanti

Jauh mana kau lari
Jauh mana kau pergi
Dia tetap menunggu
Kau pulang
Kembali ke sisi

Jangan pernah kau lukakan hati
Jangan pernah kau sakitkan hati
Jangan pernah kau lupakan
Insan yang kau panggil Mak

Kerana dia tidak pernah
tidak pernah ingin menyakiti
tidak pernah ingin meninggalkan
tidak pernah lupakan
kau yang dia panggil Anak

Lihatlah
Ketabahan
Kecekalan
Kesabaran Mak
dalam mengharungi
kapayahan
kesusahan
kepahitan
bersama si Ayah

Lihatlah
supaya kau sedar
supaya kau bangkit
dari masalah yang menghimpit

Dosa? Silap?
Mak juga manusia biasa
Mak juga hamba Allah yang maha esa
Mak juga seperti kau yang tidak sempurna

Tapi
Siapa kau
Untuk menghukum Mak
Siapa kau
Untuk menghakimi Mak
Siapa kau
Untuk menidakkan pengorbanan Mak
membawa kau selama 9 bulan di dalam perut

Hmm.
Hidup ini tidak lama
Satu masa
Mak Ayah
Abang Kakak Adik
Kau dan Aku
akan pergi buat selamanya

Berbaktilah kawan
Selagi mampu
Selagi terdaya
Selagi kau bernafas

----------------------------------

Mak
Aku sayang Mak
Kesabaran  & Ketabahan
yang aku miliki
semuanya
di sebabkan Mak

Aku mohon
supaya Allah memanggilku dahulu
sebelum Mak
Supaya aku tidak pernah merasai
dan tidak akan merasai
bagaimana
rasa
kehilangan Mak


I LOVE YOU MAK




06 May, 2016

Monolog #2

Kosong.

Kini sendiri di hari hari ku
Huh.
Keluhan berat
Amat berat
Simpanlah apa yang di rasa
Biarlah sahaja
Apa yang diperlakukan
Redha

Hujan lebat turun
Guruh
Petir
Bagaikan berlawan sesama sendiri
Adakah mereka sama seperti aku
Kasih sayang
Ego dan geram
Berlumba mendapatkan tempat

Hati tidak dapat menampung kesedihan
Mata mula mengeluarkan air jernih
Mungkin mampu untuk aku sorokkan
dalam bingit guruh hujan
Tapi belum mampu sendu itu
aku dapat lindung kan

Hmm
Kenapa berubah
Di saat aku mula mencipta kebahagiaan.
Adakah kau sudah mula bosan
ataupun
Kau sedang selesa
sebab aku di genggaman

Di saat aku bersetuju
Aku bersetuju menerima semuanya
Dan membuat perjanjian dengan diri
akan melakukan apa saja

Semoga ini tidak sia sia

Harus ingat
Aku sentiasa ada selagi kau mengingati
Kini
Aku hanya diam dan memerhati
kebahagiaan mu
Walau apa pun yang terjadi
Senyumlah
Kerna senyum kamu penawar bagi setiap duka ku


27 April, 2016

Diary #13






Dont mistake my kindness for weakness.
Im kind to everyone, but when someone is unkind to me,
weak is not what u're going to remember about me.
You cant even handle half of what I've dealt with.
If you were me, you'd know.
But u're not.
So, dont think you do.









01 April, 2016

Monolog #1



Mereka yang memandangku mulia,
Tak pernah melihat aibku.
Mereka yang menganggap aku bahagia,
Tak pernah melihat duka ku.
Mereka yang menyangka aku kuat,
Tak pernah melihat kelemahanku.
Mereka yang melihat aku sempurna,
Tak pernah mengetahui kekuranganku.

Jujur.
Allah lah yang menyembunyikan semua itu,
Dari pandangan kamu.

Kerana,
Terkadang,
Tak semua hal perlu kau tahu.


01 March, 2016

27 ways to LOVE me.











 ✔✔                                                    


                                                                                                             














                                                                                                       














                                                                                                 















                                                                                     














           















             















           














     
















   















         
















           















         



this part aku suka. 
he always did this. mihmihmih ^_^

26 February, 2016

TGIF.


Kadang kadang kau mesti rasa hidup ini tak adil kan. 
Yang susah makin susah. Yang senang makin senang.
Yang bersusah payah, susah nak hidup senang. 
Tapi yang bersenang senang, susah nak hidup susah.

Kadang-kadang kau rasa kau usaha setinggi bukit pun, masih tidak dapat memenuhi impian sendiri.
Walhal insan di sekelililing kau, usahanya hanyalah selangkah dua, tapi hasilnya mampu buat kau ternganga.

Ini di namakan ujian. 

Bak kata seorang hamba Allah dekat office aku, ujian setiap hambaNya berbeza. kesenangan itu belum tentu dapat meletakkan seseorang itu di atas. dan kesusahan itu belum tentu tempatnya di bawah. Ini semua ujian sama ada kita akan lalai dengan kesenangan ataupun kita akan cepat berputus asa dengan kesusahan. 

Setiap hari aku berdoa supaya aku tidak pernah mengalah dengan kesempitan dunia dan aku tidak akan lalai sekiranya suatu hari nanti aku berpeluang untuk berada di atas. Aku yakin rezeki Allah itu luas. Aku yakin. InshaaAllah. 


















15 February, 2016

Random #12

Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin


So dah kira? haha. aku dah kira aku punya. Result nya :

6. Angin
7. Patuh
4. Rajin

Kau rasa? Angin tu memang ye. Rajin tu yang makcik tak jumpa kat mana.

:)Selamat Mencuba!

06 February, 2016

HoneymoonDiaries #4

last check point. Bukit Tinggi.

aku memang dah lama nak pergi Bukit Tinggi ni. kalau tengok org post kat instagram tu, cantik gila tempat dia, mcm dekat Peghanchiss!

jarak Bukit Fraser dengan Bukit Tinggi, takde la jauh sangat. Plus location Bukit Tinggi dah dekat dengan KL. sebab tu aku pilih Bukit Tinggi sebagai destinasi terakhir.

disebabkan ni plan main redah je, aku baru la nak booking hotel. atas research yang ada, Bukit Tinggi ada 3 tempat untuk menginap. 

1) Bukit Tinggi golf resort (yang mana aku rs haruslah mahal)
2) Colmar Tropicale Berjaya Hills (Bukit Tinggi famous sebab hotel ni la)
3) Dusun Nora (kalau search dekat trivago ke agoda ke booking.com ke, korang mmg tak jumpa. aku jumpa tempat ni pun dekat blog2 org lain)

No 1 awal2 aku dah reject. skang ni antara No 2 dengan No 3. 

kalau pikir niat asal aku nak ke Bukit Tinggi, mesti la aku pilih No 2. tapi Dusun Nora lagi murah. untuk memastikan aku membuat pilihan yang tepat, aku buat research lagi. 

banyak review tulis Dusun Nora tu best jugak, tempat dia style rumah kampung. tapi yang scary nya tempat ni, jalan dia teruk & kecik. jauh sikit ke dalam. pastu toilet pun dekat luar. hmmmm.

setelah discuss sedalam dalamnya, ktorg pilih Colmar Tropicale Berjaya Hills (CTBH). honeymoon bukan selalu kan. alang2 tu, kita pilih je la apa yang kita teringin. heee. tapi macam biasa la, weekend kan, harga pun naik la dari biasa. mula2 nak walk in je, tp takot pulak harga walk in lagi mahal melambung lambung, aku booking pakai agoda la jawabnya.

Nasib baik Bukit Tinggi tak setinggi Bukit Fraser. Fuhh. Nak masuk tu kena bayar tau. Satu kepala RM 13. ha ha. boleh tahan mahal jugak. tapi kalau kita bermalam dekat CTBH, nanti masa check out, dia akan bayar balik duit tiket tu. So simpan tiket tu sampai la korang check out.

Sesampainya kami dekat atas. . .

Woahhh! cantik siot bangunan dia. bila aku dah start jalan ke dalam tu memang feeling macam dekat France. selama ni tengok orang lain je pergi, skang ni im here babe. hihihi.





Masa nak check in tu, ikotkan booking aku, receptionist tu kata aku pegi booked bilik yang dua katil single. aiyoyooo. tak sonoks la honeymoon dua katil single. HAHAHA

tapi, maybe receptionist tu tengok tangan aku penuh inai kot, dia bermurah hati bagi bilik yang king size bed ^_^  (tips untuk korang ye. mana tau dia nampak korang baru kahwin, macam2 lagi dia offer kann)

masuk je bilik, lagi sekali Woaahhh!! pehhh. aku suka gila bilik dia. tak macam hotel yang biasa kita pergi tau. susun atur, perabot, toilet, semuanya nampak lain. memang puas hati. bilik ni paling best antara bilik2 yang aku pernah check in sebelum ni. view dia pun best jugak, mengadap entrance CTBH. so bila malam2, lagi feel macam dekat istana zaman dulu kala.

sorry geng. gua lupa ambik gambar bilik. 













sampai2 je terus jalan jalan dekat Hotel tu. memang menarik la. ada beberapa cafe/kedai makan. setiap cafe tu berbeza cara masakan. ada cafe yang khas untuk western, ada bakery, ada kedai makan asian, ada kedai makan France dll. korang boleh pilih la nak makan masakan dari mana. dekat atas ni takde kedai makan yang biasa2 tau. restoran ke apa. semua nya dalam CTBH ni je. 

mula2 aku takut jugak makanan mahal. siap nak carik ATM sebab takut tak cukup duit. kena la drive turun balik bukit tinggi, withdraw dekat RnR Genting Sepah, pastu naik Bukit Tinggi balik. @.@

tapi bila aku masuk satu kedai makanan western ni, aku tengok harga dia standard. sama je macam dekat cafe2 area KL ni. 

satu lagi yang menarik kalau korang stay dekat CTBH ni, malam2 ada stage performance. aku ada baca dekat blog lain, macam2 performance yang dorang sedia kan, tapi time aku datang ni, satu team akrobatik china yang perform. bila aku datang lagi esoknya, team yang sama jugak perform. so aku dapat simpulkan disini yang satu minggu, satu team & satu jenis performance. next week baru tukar team. aku rasa la.



the next day which hari Jumaat, aku start plan apa xtvt ktorng harini. 
1st place yang ktorg jejak is Japanese Village. Kami decide nak try naik shuttle bas yg disediakan oleh CTBH je. tapi kena tunggu sikit la sebab dorang ada jadual kan. tak silap aku jadual dia selang sejam. kalau tak silap la. sampai je dekat check point shuttle bus tu, kami kena mendaki sikit untuk sampai ke Japanese Village tu. Berpeluh jugak la tiak makcik.

Japanese Village memang cantik. dia buat macam mini perkampungan Jepun dekat atas ni. Dekat sini dorang ada sediakan Kimono untuk bergambar tapi kena bayar la RM 20 sekali pakai. kalau teringin boleh la try. tapi aku tak try pun sebab aku sorang je eksaited. mok nak tolong tangkap gambar je. ciss.  






Masa nak datang Japanese Village memang takde masalah, tapi masa nak balik, haishhh, lama gila tunggu shuttle bus tu. sejam lebih tak silap aku. dah lunch hour baru ktorg sampai CTBH. takjadi terus nak sambung pegi tempat lain. terus balik hotel, tido. penat pulak rasa. So untuk hari Jumaat ni ktorg pergi satu tempat je. Tapi ktorg tak kisah pun sbb seronok stay dalam bilik je. (sebab bilik dia cantik hokayy. hahahaa) 

Harini dah kena check out, suami aku kata, kita bawak kereta terus. lepas pergi semua tempat tu, terus balik. Okay, aku setuju.

Kalau ikut peta yang CTBH bagi, dekat sini ada Adventure park, Animal park & Horse Trails. Utk adventure park, aku dah reject awal2 la sebab aku dtg sini bukan nak buat xtvt lasak. Next is Animal park. ktorg pun pergi la cari dekat mana Animal park ni ha, bila dah sampai, agak terkejut la makcik. Kecik je. binatang yang ada pun tak banyak. sekali tengok tempat dia dah macam reban ayam pulak. betul weh, tak tipu. aku terus tak jadi pergi sini. ktorg pusing kereta pergi Horse Trails pulak.

Dekat sini pun tidak seperti jangkaan aku. tempat dia pun kecik je. Horse Trails dekat Tmn Tasik Titiwangsa tu lagi cun dari sini. Tapi aku turun jugak la sebab hati ni teringin nak naik kuda. 

Bila dok baca harga dia, fulamak, boleh tahan mahal. lepas tu takleh tangkap gambar pulak. lagi la malas aku nak proceed. org kalau naik nak ada xperience naik kuda DAN nak tangkap gambar. ni tak boleh pulak. so cancel je.

memandangkan dah takde apa nak dibuat dekat Bukit Tinggi ni, ktorang pun berangkat la pulang.

Sebenarnya dekat Bukit Tinggi ni yang menarik nya Hotel CTBH je. sebab design hotel. yang lain takde apa pun. so kalau korang just nak tangkap gambar berlatar belakang kan CTBH, takyah bermalam dekat situ pun takpe. sbb Hotel ni open to public. Tapi kalau nak merasa bilik dia, apa lagi, check in le!


Habisla program honeymoon aku. Tak puas cuti. rasa nak sambung cuti je. hehehe.

Sampai je KL, sesi membuka hadiah kahwin ktorg. Alhamdulillah, hasil dari hadiah2 yang korang bagi, complete set dapur aku walaupun aku tak tahu masak. hahaha. pasai pa la korang tak bagi mesin basuh ke, set bilik tidur ke, tv ke, peti ais ke. kihkihkih.



Terima semua yang secara lansung or tak lansung menyumbang dalam menjayakan majlis aku ni. and many thanks utk semua yang sudi memberikan hadiah2 kahwin ni. jasa, budi & niat baik anda semua hanya Allah yang mampu balas. 

Doakan supaya hubungan kami sentiasa diberkati & diredhai oleh Allah s.w.t
Amin.

04 February, 2016

HoneymoonDiaries #3

lepas checkout dari hotel cameron highland, ktorg terus gerak ke next destination. tapi sejujurnya masa tu ktorg tak betul2 decide lagi nak pergi mana. ktorg bawak je kreta tu keluar dari cameron. dalam kepala otak ni ada tiga tempat. Cherating, Perhentian or Bukit Fraser. Aku google tiga2 tempat ni, paling dekat is Bukit Fraser. Nak ke Cherating / Perhentian ambik masa sampai 5 jam lebih. pehhh! 

masa tu pun dah tengahari, mula2 ktorang menghala je ke cherating sebab pikir2 tak sempat nak sampai jeti before pukul 4. ktorg ikot je google map tu, sekali aku pun taktau jalan mana yang dia bawak, sebab jalan tu sunyi gila!aku tengok hp, line hp dah takde, wifi YES aku lagi la takde line. tapi map tu still bergerak. tawakal je la ktorg ikot jalan yang betul. dekat situ penuh dengan lori bawak kayu balak la, kereta pun sebijik dua je. siap aku boleh lalu dekat satu empangan yang besar gila. empangan tu dah macam dalam movie omputih yang kita selalu tengok dalam wayang tu. haha. besar & tinggi beb! aku pikir positive je masa tu. pahang kan memang penuh dengan hutan kayu balak. (hmm. salahkan diri sendiri yang lemah geografi) walaupun siang tapi seram. disebabkan aku rasa terlampau jauh, ktorang discuss balik next plan. 

sebab apa pun jadi, by Khamis tu ktorg nak check in dekat Bukit Tinggi. so pikir punya pikir berbaloi tak pegi cherating just utk check in satu malam. dah la jauh, pastu nak patah balik ke Bukit Tinggi. ktorang stop dekat pekan Raub utk makan. sambil2 tu aku search la pasal Bukit Fraser. aku check apa org cakap. most of them puji Bukit Fraser sebab view dia sangat cantik fefeling oversea la katakan. Tapi yang tak best nya, org cakap pasal jalan nak pegi ke Bukit Fraser ni. 

1) jalan teruk & kecik
2) sunyi
3) bahaya
4) ada hotel kat Fraser yang agak scary
5) tak ramai orang
6) kalau kereta rosak memang takde sape nak tolong sebab takde kedai, rumah etc dekat situ

cuak pulak aku. masa tu dah 50-50 dah. nak pergi ke tak. kalau ikot dari Raub tu, dalam sejam jugak nak sampai dah Bukit Fraser. dah habis makan tu, ktorg decide pergi je la Bukit Fraser. at least kita penah pergi sekali kan. tp kalau masa tu dah senja, memang aku cancel la. taknak aku naik atas waktu malam. gile. 

nampak je signboard Bukit Fraser, bermula la perjalanan kami mendaki ke atas. walawehh. memang scary. jalan dia lagi teruk dari Cameron. jalan kecik sgt2 kecik. memang bahaya la. macam takde org jaga tempat ni. pelik aku. kata one of tempat pelancongan. takkan govt tak baikpulih tempat ni. takpela, teruskan perjalanan. 

pening tu jangan kata la. siap driver pun pening. pastu rasa mcm lama je nak naik atas. rasa macam, "bila nak sampai ni?" driver paling penat la. setelah satu jam lebih bawak kereta, ktorang nampak ni 



bila nampak je tugu jam ni rasa lega sangat2 lega. ktorg dua2 jerit "yeayy. berjaya sampai!" hahaha. ktorang terus check in sebab penat sgt. aku check in dekat Shahzan Inn Hotel. not bad la hotel ni & yang paling penting hotel ni dekat dengan tugu jam tu. so tak sunyi sgt ^_^

sampai ke malam ktorg duduk hotel je sebab lepas maghrib tu aku tengok kat tingkap memang takde satu kedai pun yang bukak. luar sunyi dengan lampu2 & kabus malam. so order makan dekat hotel je la. 

keesokkan harinya, lepas breakfast, ktorang jalan2 sikit nak ambik gambar. sekali aku nampak ramai gila orang dekat situ. mcm ada shooting. tengok kiri kanan, tak nampak pun artis yang aku kenal. ktorang pun lalu la dekat tepi. sekali dengar ada satu suara cakap pakai pembesar suara tu. director kot. dia suruh sesape yg tengah jalan tu duduk tepi. aku dh geram. ktorang pun jalan depan sikit. tengah jalan tu kena sound lagi. pastu staff dia pun suruh ktorang ke tepi. aku dah hangin. aku nak bercuti, korang nak shooting plak dekat sini. staff dia just cakap sorry la. apa la

ikot hati nak balik hotel je. tp husband aku taknak, dia kata lantak la. tangkap je la gambar. so disebabkan suami aku berkeras, dapat la ktorang amik gambar dekat sini






tak banyak sangat tempat yang ada dekat sini. so snap sekeping dua je la.ikot hati nak jalan2 lagi atas bukit, tempat naik kuda semua. tapi kereta ktorang kurang minyak. dah smp atas semalam, baru tau takde petrol station dekat atas. paling dekat yang ada, dekat Raub, takot minyak tak cukup nak turun, ktorang batalkan je la niat nak jalan lg

so kepada yang nak kan ketenangan & suka menghabiskan masa dalam bilik, digalakkan datang sini. memang tenang la. tambah2 waktu pagi, memang sejuk & penuh kabus.