Orang tua dulu diketahui memang
banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan
mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan
berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi
calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam
struktur keluarga.
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku
seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang
amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan
pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat
dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang
sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal
situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu
turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama
memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak
sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja
bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan.
Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka
sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya
pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling
melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu,
tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini
sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada
kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara
cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain
berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa
suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima
perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan
kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap
si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan
yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali
menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia
harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si
tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi
pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya,
untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi
masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si
sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal
mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka
sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung
seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu,
mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu
dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah
akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan
menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung
bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati,
maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka
mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak
tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.
Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal
situasi.
For me & husband is "Tengah - Tengah" hehe. Overall, 95% is correct. Tp utk kategori aku & pada pandangan aku je la. Lain org lain cara kan. Ada yg betul, ada jugak yg tak. So terpulang. Good Luck!
Nak credit article ni pun aku tak ingat dah aku curi dari mana. Sorry.
Btw, thanks for the info!