dunia mengenalmu sebagai seorang yang sangat terbuka untuk menerima segala jenis
tohmahan, persekitaran, dan kelakuan.
pada mereka,
perbezaan dan semua perilaku manusia,
kau boleh menanganinya dengan baik.
jika cacat, kau ditugaskan untuk mencantikkan.
jika buruk, kau disuruh untuk mengindahkan.
jika salah, kau diharuskan untuk memperbetulkan.
tetapi,
bila berlakunya kecacatan,
kau dipersalahkan.
bila berlakunya keburukan,
kau di pertanggungjawabkan.
bila berlakunya kesalahan,
kau dijadikan punca.
sekelip mata.
sekelip mata segala yang indah tentang kau menjadi buruk.
dunia.
mereka lupa yang kau bukan tuhan.
mereka lupa yang kau hanya manusia biasa.
mereka lupa yang kau juga ada hati dan perasaan.
mereka lupa yang kau juga perlu diberi perhatian.
apabila pohon yang selama ini berada di sisi,
tidak lagi mahu melindungi diri kau,
tidak lagi mmepercayai kata kata kau,
tidak lagi memahami tingkah laku kau,
tidak lagi mendengari cerita kau,
tidak lagi ingin menyelami hati dan perasaan kau,
apa lagi yang patut kau lakukan?
kecewa. sedih. terkilan.
satu perasaan yang kau paling benci dalam dunia.
sangat berbeza dengan perasaan marah.
bila datang perasaan itu,
kau boleh tunjukkan pada semua, sekeliling kau, pada dunia
yang kau memang marah.
tapi,
bila kau kecewa, sedih, terkilan,
kau hanya mampu sorokkan perasaan tu jauh ke dalam hati kau.
kau tak mampu nak buang dan tunjuk pada sesiapa.
sebab rasa itu sangat halus dan kecil untuk di beritahu pada semua.
walaupun,
kesannya tidaklah sekecil rasanya.
sakitnya tidaklah sehalus rupa.
tapi apabila rasanya di biak
ia mampu menghitamkan perasaan dan jiwa.
di satu tahap dan ketika
kau sudah tidak mampu lagi hidup untuk mendengar
anggapan dan pendapat dunia
pada mereka apa yang kau lakukan salah,
tapi apa yang diperlakukan terhadap kau, itu lumrah.
tapi bagaimana pula dengan pendapat kau?
tanggapan kau? perasaan kau?
adakah bagi mereka penting untuk mereka mengambil kira?