JUMAAT
11.01.2013
kalau ikot plan asal, minggu ni aku nak pegi kl sebab nak jumpa kengkawan. nak jumpa kengkawan. nak jumpa kengkawan. aikk. apasal repeat? HAHAHA.
tiba tiba jijah call. dia kata dapat prac kat amanah raya area masjid jamek tu. hmm. kena carik rumah sewa lettew! so plan asal tambah dengan plan baru, nak cari rumah/bilik sewa jijah sekali. mestila kena tengok rumah/bilik ye dopp. takkan nak order through fon call je.
duk carik carik dan carik kat tenet, dah call satu dua owner rumah, lagi sekali, tiba tiba jijah call. dia kata dah dapat rumah. duduk dengan kawan kawan katanya. 7 orang. so, aku cancel la plan kedua. tinggal plan asal je. nampak tak, tak kisah la plan kedua ke, plan asal ke, plan apa pun cancel, tetap kena pegi. hehehee. gatai nooorrr!
tapi kan, aku bagitau mak aku, aku pegi kl sebab nak carik rumah jijah. kihkihkih. alahhh. aku tau, nanti kantoi gak :D
mula mula aku nak gerak sabtu. yelah, jumaat kerja. kalau pegi kl hari jumaat gak, sampai dekat pukul 12mlm kot. sengsorang plak tu.
sekali, Mr. nak teman pegi kl. dia dah la sepatutnya kerja hari jumaat tu. boleh dia tipu boss, kata dia ada wedding kena pegi kat melaka. hihihihii. lap yuh more lahh :D
so lepas habis kerja, aku amik Mr. kat manjung, singgah jumpa mak aku jap, then gerak pegi kl. starting, aku drive, dah separuh tu, tak larat dah makcik, tukar driver.
lepas tu kan, aku boleh bantai tido. sampai tol duta aku tido. hehehee. sorry la awakk :D meacihhhh ea. ea.
kesian ogy, abe, dida ngan pa'a tunggu aku lama. dorang kata pipah ada event malam ni. ira plak takleh lepak lambat sbb sabtu kerja.
janji nak lepak gak malam tu sebab sabtu pagi, dida nak gerak kuantan dah. ada wedding tengahari tu.
ktorang lepak NZ sampai pukul 3 kot. itupun tak ingat nak balik. nasib baik pikir dida nak balik kuantan awal pagi plus abe pun ada class pagi.
SABTU
12.01.2013
next day ktorang plan nak pegi carik baju untuk dinner ogy. last week ogy dah pegi dengan ofismate dia, tapi satu pun tak berkenan. so dis week dia ajak lagi sekali pegi carik. kalau tak jumpa, aku taktau lah.
dida, subuh dah gerak balik kuantan. gigih kau kan. kalau aku la, susah ouhh nak bangun kalau semalam nya tido pukul 4-5pagi. hikhik.
kitorang terlupa sebenarnya hari ni ada perhimpunan rakyat. memang lupa sungguh! itupun dida yang ingatkan semalam. tapi nak buat camno, takkan nak cancel.
pagi tu aku duk call si rozeyante ni nak tanya plan camno. tak berangkat lansung. confirm hanyut! kul 1 call pun tak angkat lagi. ohooii. bila nak gerak ni makcik. aku ngan pa'a dah pusing kiri kanan tak boleh nak sambung tido dah. haihh. takkan nak call rumah. rugi kredit! haha.
lamaaaaaaaaa tu baru la makcik tu wtsapp aku. issskkk!
bincang punya bincang, ktorang decide nak naik train je untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. masa tu dah pukul berapa. kang tak pasal pasal bertembung ngan kesesakan yang tak di undang tu, pukul berapa nak sampai.
aku text ira, dia kata tak sure boleh join ke tak sebab takot lepas kerja, mak dia nak balik puncak. pipah plak, lepas event dia terus balik kg. dorang la cakap.
so, first destination, Time square! pukul 4 lebih baru sampai? pukul berapa nak balik ni gamaknya. tapi yang penting, kami lapar! dari pagi tak makang. duk pusing pusing pikir nak makan apa, ktorang park kat kopitiam. area GSC tu.
habis selicin licin nya ea. nampak sangat kebulur masing masing! hahaha. settle makang, baru la start berjalan. pusing punya pusing, ada la si ogy tu jumpa satu dua baju dia. jenuh mix and match semua baju baju yang ada tu. dah settle semua, ktorang gerak balik.
pastu duk pikir nak pegi mana lagi. kebiasaannya, last day aku kat kl kan aku akan ajak adam lepak. memandangkan esok aku ada plan lain, so aku kena jumpa adam hari ni jugak la.
macam biasa, malam, dorang melepak kat ali. tambah tambah hari ni ada bola kan. in case tetiba aku nak suruh dorang tinggalkan bola untuk lepak tempat lain, memang super susah la kan. bola kot!
solution nya, ktorang la yang kena pegi kat bola. hmmmm. dunia. dunia.
last sekali, barula ktorang pegi uptown.
AHAD
13.01.2013
semalam boleh plak si adam tanya, aku ada hal apa je hari ni. aku cepukk kang! dah jumaat lepak kat NZ ngan dida, pa'a, ogy, mok & abe, sabtu pulop lepak ngan adam, mok & shah, so last day ni takkan tak paham paham lagik?!
mesti la hari ni untuk dia. siapa? untuk dia. heyy. untuk dia. heyy. untuk dia. hihihihi. najwalatip le pulop.
takde pegi mana pun hari ni. Mr tak bagi aku balik lambat. sebab biasanya kalau aku balik malam, tiga empat kali aku stop kat RnR sebab mengantuk tahap ayam punya. sorang kan.
lepas ber
'chatime' , tengok wayang, aku pun bergerak la balik ke tempat asal.
sobb sobb :'( next month kita jumpa lagi ea. ea.
kawan kawan, nanti aku turun lagi taw :)