hasil peniruan berjaya dari blog mediaserius. mohon share :)
Lelaki (L)
Wanita (W)
L : susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan.
W : senang nak fokus pada sesuatu walaupun perkara tu sangat remeh.
L : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut.
W : Emosi bagai ombak. datang dan pergi. sebab tu bila perempuan marah susah nak reda.
L : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.
W : Apabila tertekan, kebiasaannya, diorang lebih suka meluahkan apa yang terbuku di hati.
L : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.
W : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutamanya orang yang dekat di hatinya.
L : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.
W : Apabila rasa tergugat, lekas melenting dan protes secara terang-terangan.
L : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.
W : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. detail la senang cite.
L : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, mudah berubah bila jumpa yang lebih baik dari yang terbaik.
W : Setia pada cinta dan sukar tergugat tapi cepat cair. heheee.
L : Kejayaan di nilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri.
W : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan org sekeliling.
L : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros.
W : Boleh jadi kedekut ataupun berjimat cermat.
L : Kurang teliti dalam komunikasi tapi pantas memberikan pandangan.
W : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab dorang berfikir dulu sebelum bertindak.
L : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.
W : Senang mintak maaf walaupun susah nak lupakan.
L : Senang buat keputusan.
W : Lebih senang mengikut keputusan.
L : Apabila rindukan gf, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.
W : Lebih senang melayan perasaan rindu sendiri :D
tak semestinya tepat. bergantung kepada individu masing masing. tapi bagi aku, banyaknya betol. hahahahaa :P