25 February, 2012

I'm Married.

best ke kahwin? itulah soalan yg aku tanya kat ofismate aku kemarin. *gila! dah ada ofismate skang!hahaha* aku practical okay. not permanent staff. kenapa aku tanya? sebab dia baru je dua bulan kahwin kalau tak silap aku. tiap tiap hari dorang bahan dia, perut tu dah ada isi ke tak sebab dia selalu pening skang neh. tapi malang nya tidak, sebab dia datang bulan. hewhewhew. makin membuat aku nak tanya, dia tua setahun je dr aku. sebaya kak yati lah kan. tahun depan umo aku dah sama dgn umo dia sekarang. rasa rasa aku dah kawen ke tak masa tuh? hahahahahahaaa. ppptuuiihhhhhh. calon takdak. kawin ngan ayam je lah.

lepas aku tanya, dia senyum *aaikk. muka gatai nampak* kenapa?

"hmm. okaylah. just lepas kahwin, semua benda yg kita buat kena report kat dia. kena mintak izin dulu. kalau dulu, suka hati aku je nak redah apa pon"

habis tu kalau melepak dengan kawan kawan macam mana? yelah, umo pon muda lagi. anak pon belom ada. tak kan memerap je kat rumah?

"mcm aku ckp td, dulu takde hal. skang semua kena bgtau dulu. even
aku nak pegi beli roti pon kena bgtau. tapi, since aku dgn dia,
mmg byak masa aku habis kat dia je. takde sangat la nak melepak ngan kawan2"

korang setuju tak kalau aku kata once kau dah berkahwin, hubungan korang dgn dunia luar mcm terputus? mcm kes dia neh lg lah, tak payah tunggu kahwen, ms kapel dulu pon terus tak melepak dah ngan kawan2 lain. hidup mmg 100% dgn dia sahaja. so, seronok ke macam tuh ehh? dari dulu aku selalu tanya, kalau aku kahwin mcm mana? nak keluar kena bawak dia. nak melepak kena bawak dia. nak gosip kena bawak dia. kalau dia taknak ikot then bagi aku keluar sorang2 takpe lah. kalau dapat yang jenis tak bagi kita keluar tanpa dia? haaruuu kot! plus kalau dia jenis sekepala sekaki ngan kawan2 kita, okay lah, best sangat. tapi kalau dia jenis ikot kepala kaki dia je? lagi sakit pale aku.

aku tengok ofismate aku yg dah lama kahwin, everything is about family. datang keja, risau anak kat rumah makan ke tak. kalau anak sakit kat rumah lagi la susah nk buat keja pikir anak. balik kena pikir nak masak apa. klu tak masak, pikir nak beli makan apa. isnin smp jumaat keja. sabtu ahad, habis masa kat rumah layan anak & suami. dah tu, bila masa korang keluar jalan jalan, bersosial, release tension dgn manusia selain dari anak & suami?

mungkin korang akan cakap,

"lah, standard la tuh. nama pon kau dah kahwen. automatik kau
dah ada tanggungjawab kat family baru kau. takkan nak melepak
lagi macam dulu2. tak boleh lah"

tu pasal aku rasa aku tak ready lagi tuk semua tuh. aku masih nak hidup sendiri. tak nak ada komitmen dgn sapa2. apa aku nak buat, aku nak pegi mana, aku nak keluar dgn sapa, aku tak payah nak report.

korang akan cakap pulak macam neh,

"mmg ahh skang kau cakap macam tuh, tunggu kau tuka status jadi isteri org,
baru kau tau nikmat hidup bekeluarga. apa rasa bila ada yang halal utk kita,
apa rasa bila ada anak utk teman kita, apa rasa bila ada org yg syg kita, jaga kita. plus sampai
bila kau nak macam tuh? taknak kawen sampai tua?"

yes! aku admit semua tuh. aku la yang gila kalau taknak org jaga or sayang aku. tapi, im not ready yet. itu je isu dia skang. aku still nak keluar without limit. freedom. that da best word for now.

korang tanya lagi,

"habis tuh, kalau kawan2 kau semua dah kahwin? dah ada anak?
kau nak melepak ngan sapa? see?"

hmmmm *terdiam seketika :P* masa tuh? masa tu baru aku pikir nak berumahtangga kot. HAHAHAHAHAHHA. jodoh pertemuan kan sudah di tetap kan. kalau kau bercinta soploh tahun pon, tapi xde jodoh, benda tak jadi jugak. tiba masa, mungkin aku jugak akan bergelar isteri *maloowwwww.hehehehehe* chow.

*pelik dop knapa tiba2 aku cakap pasal kahwen. bukan sebab aku gatai nak berlaki okay. sebab banyak kali sangat aku di aju soalan yg sama. tak larat nak dengar dah. so, jwapan aku pon tetap sama. aku takde nafsu lagi utk ke arah itu.hahahahhaa*

tp utk yg sudah berumahtangga, jgn lah mnyumpah aku plak bila aku tulis entry mcm neh. alhamdulillah, korang berjaya mendirikan masjid & mempunyai keluarga yg bahagia hasil dr perkahwinan korang and hopefully aku pon dapat buat mcm tuh jugak nanti :D



nanti korang kawen mesti nak pakai cincin santek santek mcm neh kan?



ke korang nak macam neh? *berdarah pulak jari aku kalau pakai yg neh*

tak kisah pon sebenarnya korang nak cincin mahal ke, murah ke, ada berlian besar mcm bata buat rumah ke, yg penting korang bahagia sbb kebahagiaan bukan letak pd berapa nilai pasaran cincin kahwin kita. betol? *tapi kalau dpt cincin mcm kat ats neh kan best! :P*





Be patient, you dont need a boyfriend to make your life perfect.

11 February, 2012

Azura.

just nak share ngan korang lagu Azura version 2012! tak tau la korang rasa mcm mana, tp aku rs bila dia buat guna band, mcm best pulak. ish. mmg best lahh. lirik aku takyah letak lah kan sbb confirm korang hafal! :D








dont find a better guy but find a guy that can make you a better girl.