27 December, 2011

Weekend.

merry christmas! erkkk.org ckp kita xboleh sebot 'merry' .kita boleh ckp 'HAPPY CHRISTMAS!' jeee. heeeee. cuti christmas neh aku cdang nak turun kl sbb plan nak ajak ogy pg carik rumah sewa. aku dpt praktikal kat kl, so kena la crik tmpat tinggal. xkn aku nk tidor kat opis plak. Itu pon kalau company bagi kann. aku turun kl 22hb. Balik kl tu aku tumpang liq. Mok (sepupu faliq) pon ada jugak. Dia saje2 dtg muadzam release tnsion. Hahaa. suka kau datang muadzam kan. sejukk jee. xyah pg smp london, UK, nak sejuk beku mcm tuh. hahahaa.

Sampai kl je terus ambik azan (kwn faliq) then pg melepak kat mamak. Duk muadzam melepak. Sampai kl, jangan kata lah. Lagi lah banyak tmpat mlepak. xde nak risau kena halau ngan tauke kedai bila pukul 4pg tak reti reti nak balik. Miahahaaaa. Dah sampai mamak, adik bradik dia yg lain plak dtg. Mmg pusat pngumpulan kedai mamak neh. Hahahaha. Aku contact ogy ajak lepak skali sbb lepas neh pon aku mmg pegi uma dia. Alang alang kan. Ogy kata malas. Dia nak duk uma je. Lama tuh dorang ajak karok plak. Aku pon nak sangat tengok boboy (adk faliq yg katanya suka nyanyi style hazama tu) karok kann.

aku text ogy lg, nak karok tak? Dia boleh reply "malas la nak keluar hari nih. Rasa nak duk uma je" Aikkkkk?? Aku ajak karok kot? Bukan nya aku ajak panjat gunung. Klu tu aku mmg yakin la dia akan tolak 100%. ni aku ajak dia pegi karok! karaoke okay! xtvt yang paling dia tak kan tolak, tak kan bosan & tak kan benci lahhh! aku sampai call dia 2,3 kali tnya knapa xnak pegi? aku ajak karok neh? :D lamaa tuh aku pujuk punya pujuk. dia pegi. hehehehehee. kitorang karok kat Festival (mall yg baru bukak kat area uptown tuh) sbb kat situ je ada lagu Cinta teragung - Hazama. HAHAHAHAA.


23 Dec 2011. Friday.

hari ni ogy nak pg ofis dia jap, nak amik surat ape ntah. pastu ingat nak pg makan. Fizah (adik ogy) pon ada jugak. kebetulan, dis week, parents ogy takde, balik kampung kat terengganu. ngeh ngeh ngeh ngeh, lagi la panjang kaki kaannnnn. hahahahaa :P

lepas settle hal ofis dia, ingat nak pg makan, fizah pon dah lapaaaa. kami semua dah lapaaa. ogy nak ajak makan area ampang sbb dah dekat katanya. sekali tengah drive tu, boleh SESAT? eheemmm. bukan aku tau yg sesat nehh. kak yati! yang dari kecik duk kL tuh. miaahahahhaa. salah masuk jalan. biasa lah. kL kann. salah masuk jalan skit, habis satu kL kena pusing balik. bukan mcm kat perak ke, salah jalan, kat situ pon boleh U turn.

pastu ira ajak pg shopping kat BB jugak hari neh. nak cari handbag. ktorang dah smp Jusco kat area umah ira. aku lupa la Jusco mana tuh. ktorang makan situ je. masa tuh pon dah nak dekat pukul 7. tengah makan, adik ogy, Tini call. dia nak guna kereta nanti. so, terpaksa la cancel keluar ngan ira sbb lepas makan ktorg kena balik. sorry kaakk. maybe next time okay! :D

balik umah, lepak lepak jap sebab malam sikit dah janji ngan
adam, liq & da geng nak pg tgok midnite muvie.
adam nak tgok cite Sherlock Holmes katanya.


*ihsan Mr.Google*

bukan nak kata lah. dgar tajuk pon dah gempak. Sherlock Holmes kott. semua kata cite tu superb! taapiii. . sumpah aku mengantuk tgok cite neh! bosan gile! aku bukan nak mgutuk cite kau dam :P tapi betol. aku tak tipu. kak yati kat sebelah pon dah melangut kot. cite dia okay. tak kata pon cite neh ntahapehape. just kadang kadang aku rasa mcm lembab skit la cite neh. menguap banyak kali jugak lah. hahahahaa.

habis mubie macam biasa, melepak la kat mamak sampai pagi :D


Saturday. 24 Dec 2011.

sebelum nak datang kl, ogy dah pesan bawak baju kurung sbb ari sabtu ada kenduri. aku tanya la kenduri sapa? setahu aku, xde kawan kpm / kwn sekolah dia yg nak kawen. dia ckp nak pegi kenduri kawan kepada mak dia. hoh?? cik kiah balik kampung kan? ahhh. belasah sajeeee! ogy pon malas nak masak katanya, dia ajak semua adik2 dia termasuk aku, pegi makan free kat kenduri tuh. heheheheee.

habis kenduri, ktorg pegi amik adik ogy lagi sorang, Farah, kat Pudu. dia baru balik dr Perak. cuti sem. lepas tuh Tini ajak pg jalan2 kat masjid jamek. tengah carik parking kat situ, aku nampak lah bangunan tmpat praktikal aku tuh. betol2 kat masjid jamek. mmg jalan kaki dr train xsampai 5minit ahh. tiba tiba, nebes plak rasa! hohohoho. satu hari berjalan pakai baju kurung! terasa suci sekejap. hahahahaa.

Sunday. 25 Dec 2011.

hoyeaahhhh! hari ni dorang ajak pegi swimming kat umah bf Tini, kat UK perdana kalau xsilap aku. dah lamaaaa x berenang renang. walaupon aku x pandai berenang, peduli hape! janji kaki boleh cecah, kira okay la kan. hahahahaa. macam nak pegi picnic kat PD kawww. pagi2 anak anak cik kiah nih dah sibuk kat dapur, memasak. masak nasi, masak ayam, masak sayur. pehhhh. dah ready semua, kita gerak, gerak, gerak.

menggigil kot masuk air. sejuk gilaahhhhh! aku yg dah masuk pon rasa nak kluar balik. tapi sayang la plak. takkan taknak mandi kot. rugi beb! ahhh, redahh aje. dah kejang kaki, keluar kejap. pastu masuk balik. keluar, masuk, keluar, masuk, keluar, masuk sampai lebam.

tengah2 mandi, liq msj tanya ada mana. aku ckp la ngah berenang renang :D skali dia tnya nak gerak pukul brapa. ahh sudahh. jgn kata nak balik muadzam hari ni? aku rasa dia yg kata nak balik isnin. lama tuh, liq msj balik kata balik isnin. ngeh ngeh ngeh. fuhhhhh. nasib baik. kalau tak, mahu terkejar kejar aku nak packing.

dah puas mandi, ktorg pegi tengok wayang plak. adik2 ogy nak tgok cite
Suatu Malam Kubur Berasap.



*ihsan Mr.Google lagi*


kami duduk couple seat lagi yuhhh. suwit suwit jerkkk. hahahahaa. cite dia okay jer. tapi ending tak berapa berkenan. ada pulak Suatu Malam Kubur Berasap II?? kalau dah ada part 2 tuh korang tau lah ending dia mcm mana kan. tergantung sikit. nak kata takot, tak berapa sangat. nak kata lawak pon, takde la sampai tahap lawak jozan tuh.

malam plak ktorg pegi karok ngan alyn, liq, mok, azan ngan shah. tapi tak lama pon. dapat karok sejam je. pastu dah tutup. habis karok apo lae. macam biasa, melepak lah sampai pagi. hewhewhewhew :D

hari isnin baru la aku balik muadzam terchenta. dah nak dekat final neh. gila ke nak lepak kL lelama. walaupon 1st paper aku lambat, tapi aku tak yakin dgn kerajinan aku sendirik. hahahaaa. wish me luck!!


Happiness is a feeling and it is also a choice. To be happy or to be sad is always within a thought.

03 December, 2011

Kesian Abg Long.

ini yang paling di tunggu tunggu sekali. last besday prank tuk tahun neh! ngeh ngeh ngeh. dan orang yang paling bertuah tu ialah Faliquzaman Kamaruzaman! ahhh peduli hape haku muka kau macam ah long mintak utang ke, macam gangster ke, prank ttp kena prank! saya tak takottt laahhhh *muka tunduk ke bawah. hahaha*

masa nak plan tuh, aku dah sebok cari crew. mcm bese lah, crew muadzam yg available, aku, ogy, pa'a, nad, ira, aten, yaya, arep. dida xboleh nak join sbb dia kena balik rumah. takpe, ibu lebih penting. aku roger MOK plak, sepupu faliq. dia ada kat kL, tp mana lah tau dia boleh turun muadzam ke. aku soh dia angkut skali adik beradik faliq n semua kuturunan faliq kalau ada yg nak ikot. mula2 okay jerp, tiba2 dorang xboleh sbb date tak santeekk. hari ktorg nak celebrate tuh, dorang pegi jay bee. adam plak xleh nak turun muadzam kali kedua. ada hal kata nya. then, alyn. kebetulan, alyn mmg plan nak datang muadzam. cantik sangat laah tuh. tambah crew lagi. kak aida plak balik seromban. last, kawan kawan faliq kat muadzam nehh. mula2 aku dah set ngan E, ajak dia join skali. bila dia stuju, aku soh tnya budak2 umah dia skali, kang kecik hati plak kata E x ajak dorang. tapi dorang pon xdapat join. E sorang je la wakil. no biggie.

besday faliq 7 dec sebenarnya. tapi sebab kak yati pon dah nak balik kL 4 dec plus alyn pon lepak sini smp 4hb je, ktorg kena celebrate awal jugak. bagus jugak celebrate awal, faliq mesti ingat ktorg clebrate afta 7hb kan. heheheee.

so, plan mula2 nya begini. ktorg tak tau nak celebrate kat mana. depan rumah ke, kat karok ke. kat bestari ke. dorang kata nak buat asing. celebrate dulu baru prank. aku tak brapa nak stuju sbb kalau kita dah dok nyanyi bagai, tak kan la dia xleh nak syak kita akan prank dia. benda tu kan wajib. bantai dia lari lepas tuh, camne? so, aku suggest, surprise prank sambung dgn celebrate skali (macam yg selalu lah). tapi bila bincang2 balik, mcm x boleh sbb, kalau ktorg prank+ celebrate dulu kat depan umah, nti habis lmbat, bila nak karok? dgn dia lagi nak kena tuka baju semua. kalau pg karok dulu baru celebrate pon susah jugak sbb mesti lepas karok tu terus lepak makan. mcm mana nak bawak dia dtg semarak? hoh. sudahnya, kami ikot plan asal, kita buat asing.

jadi, malam ni ktorg ajak dia pegi karok dan kebiasaan nya MEMANG faliq takkan menolak kalau xtvt berkaitan dgn nyanyian neh :P aku pon dah soh E standby bawak baju spare tuk faliq. bahan bahan hari ni xde lah teruk sangat. tepung ngan telur je. standard letteww kan. x berat pon. hehehee. yang ogy plak, aku dah pesan tepung tu beli tiga bungkus, nanti tak cukup. alih2 dia beli dua je. alasan dia, takot dia kena sekali. HAHAHAHHAA. ape, kau ingat kau beli dua, kau tak kena? haa, kau tunggu.

nak dekat pukul 12 tuh faliq dah sampai depan rumah. aku soh ogy pegi dulu settle karok sbb aku nk kena bawak keluar kek. kang si faliq nmpak plak ktorg bwak kluar kek. so bila nampak kreta faliq dah gerak, balance yg tinggal kat rumah nih pon prepare la kek, tepung, telur semua tuh. tak tau nak cakap lah masa aku pgg telur tu, busuk gileeee! aku pon pelik dah kenapa busuk sangat neh. rupa nya telur tu dah lama. ewwwwwwwwwwwwwww. tak kesah la busuk pong. lagi bagus kot! ahhahaha.

ktorg habis karok dalam pukul 2. bila aku tengok jam dah pukul satu, aku pon mntak kunci kreta kat alyn, nak pegi amik kek. aku ajak ogy sekali. nasib baik lah ktorg ngan abg2 kat karok tu mmg dah kamceng. dorang siap bagi sudu plastik & pinggan polystyrene lagi *mana x kamceng kalau dah muka ktorg je slalu kat situ* aku dah standby kat lua bilik pegang kek. ogy masuk dalam jap nak suruh pause lagu. sekali dorang xtau kat mana nak tekan! haaiyooo. patot la lama aku tunggu kat lua. lama sangat tunggu, sudah nya aku masuk je. jeng jeng jeng.

HAPPY BIRTHDAY TO TOU,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,

HAPPY BIRTHDAY TO FALIQ,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.


muka taknak tercengang cengang tgok aku masuk bawak kek. hahahaa. terkejut la sangat. dah besday sapa lagi ktorg nak sambut. tinggal kau je yang belom. sesi malu malu tiup lilin, sesi gambar2, snap sana snap sini, makan makan. ehhhh, belom settle lagi. telur ngan tepung ada lagi dalam kreta tak berusik. kau tunggu jap ehh.






seronok ehhh liq makan kek? makan sambil nyanyi lagi. hewhewhewhew. aku dah dok jeling jeling jam. nak pukul 2 dah. sapa yg nak jadi sekutu nehh? aku bisik kat pa'a "kau nak tolong aku tak? kalau nak, kita dah kena standby kat bawah" Pa'a setuju je. aku ngan pa'a pon turun la kat parking kreta.

sampai kat bawah, halamakkk, banyak plak brother muadzam neh melepak. ahhh, pg mampos. buat pandai sudahhh. ktorg pon setting tepung nak letak mana, telur nak buat cane. sambil tu, aku text yaya ngan arep soh turun bawah & text ogy soh hint kalau karok dah habis. bila yaya ngan arep dah turun, ktorg dok bincang sapa nak pgg telur. ktorg ada tiga biji telur kat situ. aku dah kompom2 kena pgg satu. lagi dua sapa nak pegang? sudah nya yaya ngan arep yg pgang, pa'a standby tepung siap2. fuhhhhhh, cuak tak cuak jugak lah nak tunggu faliq turun bawah. takot pon ada nak buat. kalau adam tu, aku tak kesah ngat, berani dia nak marah? :D ni faliq kot. muka dah macam mintak hutang dah. sekali aku bagi tepung, dia bagi kaki, camno? ahhhh. kau marah, putus kawan! :P

bila dia dah turun tuh, dup dap dup dap. tengok dia relaks je? tak kan lah dia tak budget lansung nak kena prank? hmm. ke kau buat buat relaks? hahahaha. bila dia dah macam leka sikit, aku, yaya ngan arep yg duduk kat tangga dari tadi dah start bangun. pelan pelan kami jalan blakang faliq, KETEPEKKKKK! hahahahahaa. aku bantai kat tengkuk dia. yaya ngan arep aku tak hengat bantai kat mana. lepas aku baling telur tuh, cepat2 aku mntak tepung kat pa'a tadi, baling kat dia sementara dia ngah kelam kabut buang telur kat badan tu haa. bila dia tengok ktorg dah start baling tepung, apa lagi, sesi kejar mngejar berlaku di situ. hahahhahaa. dah macam kena kejar ngan seladang semua orang. utara, selatan, timur, barat, semua dorang lari.





tengah dok kejar2, aku nampak telur atas jalan tar tu. erkkk? kenapa kat sini, bukan 3,3 telur dah bantai kat faliq tadi ke? cehh, dua je kena kat faliq. arep baling tak kena rupanya! hampeh. patot la faliq dok tunduk2 macam sapu sumthing kat jalan, dia amik saki baki telur yg jatuh tuh kott. eeeeee. habis baju aku tadi! hoh. yg tak boleh belah, mcam mana satu plastik tepung dah boleh ada kat faliq?? satu lagi plastik mmg ada kat aku, lepas tu aku dah pas kat nad suruh sorok. rupanya dorang pegi letak je tepung tu dekat tayar kereta. adoiiiiii. bila tepung dah kat faliq, susah lahhh! -.-"

nasib baik ada 3,4 kreta parking kat situ, senang sikit nak lari. kak yati, macam biasalah. dari besday adam aku dah pesan, jgn lari kat jalan, lain kali lari kat kreta. senang sikit nak elak. ni tak, malam neh, dia lari lagi di jalan yg lurus tuh. haiyooo. mmg selamat lah kau ngan faliq :D


apa apa pun,

HAPPY BIRTHDAY LIQ!!





a simple celebration, a gathering of friends,
here is wishing you all of the great happiness that you deserve
and a joy that never ends.



a lot of loves from US ;

Zima.Ogy.Ira.Yaya.Pa'a.Alyn.Aten.Arep.E.



notes :
terima kasih kepada semua yg menjaya kan misi terakhir kita tahun neh :P hopefully, semua memori yg kita lalui kat muadzam terchenta, tak kisah la suka ke, sedih ke, bahagia ke, menangis ke, kita akan kenang sampai bila bila. selama nya korang akan jadi kesayangan aku. selamanya :)


The scariest thing about distance is that you don't know whether they'll miss you or forget you.

02 December, 2011

Hari Airmata Sedunia.

saya memang pembaca setia novel novel melayu di malaysia neh. novel omputih pon kadang2 baca cuma jarang. biasa lah, utama kan bahasa jiwa bangsa. hohoho. sebelum muvie Ombak Rindu keluar lagi ktorg mmg dah plan nak tgok. yelah, kalau ikot novel, cite tu mmg best kot. tapi tak tau lah kalau sudah di adaptasi.

ikot plan, hari ni bebudak HR kena pegi Pekan, Pahang nak settle pasal questionnaire. lepas settle tu dorang plan nak tgok Ombak Rindu. tapi dorang pegi afta class. aku neh yg dah sememang nye tido lambat, kompom tak dapat nak folo kalau bangun pon belom. hehehehe. so, ktorg bg dorang settle dulu questionnaire, nanti ktorg datang kuantan kemudian. tiba tiba pa'a text kata maybe tak jadi nak tgok wayang sbb mcm tak sempat. dorang nak jenjalan dulu kata nya.

aku pon text faliq kata ktorang tak jadi pegi kuantan hari ni sbb pa'a, ira ngan nad dah nak balik. buat apa pegi tgok kalau dorang pon tak tengok lagi. tapi faliq nak pegi jugak kuantan sbb E ajak teman gunting rambut. tambah mengganggu gugat, E nak belanja tengok wayang! lagi la makcik tak tahannn! haahaa. bincang punya bincang, budak2 HR kata takpe kalau ktorg nak pegi, hehehehee. deal.

masa tu yg ada kat rumah, aku, ogy ngan aten jer. yaya tak nak ikot sebab esok dia ada event tuk budak2 account. mula2 aten pon takmo pegi, yelah, sah2 kena overnite kalau dah dekat maghrib baru nak gerak kan. pujuk punya pujuk, aten setuju! hoyeaahhhh. takpe, kalau aten mengantuk, tido je dalam kreta :)


sudah nye E tak jadi potong rambut sbb tak tau nak potong gaya apa.
aku plak tension, sbb ktorg dah serabut tgok rambut helmet dia tuhh.
mmg ikot hati nak soh potong pendek terus. hoh
E tak jadi potong rambut, kak yati yang pegi cuci rambut :O



overall, Ombak Rindu BEST! tapi sebab aku dah baca novel dulu, muvie tu jadi kurang memuas kan hati sikit lah. cite dia mcam di cepat kan, bnyak part yg takde. tapi nak kata lebih pon tak boleh. ingat senang ke nak pendek kan novel yang tebal tu jadi dua jam punya cerita. SEDIH mmg sedih lah. kak yati menangis tak berenti2 kot. dari start muvie smp lah habis. mcam empangan pecah dah aku tengok. hehehehee. aku? saya tak menangis pong. HAHAHAHAA. tapi bukan sbb cite tu tak sedih, mungkin sbb kefokusan aku telah di ganggu gugat oleh jiran sebelah! dari mula sampai habis si faliq dok potpetpotpet tgok mubie. macam mana aku nak feel? asal ada ayat2 yang best disebut oleh aaron aziz, maya karin, lisa surihani or watak2 yang lain, sebok dia nak ingat. dah tak hengat, sebok plak tanya aku.hoh. faktor kedua, sebelum aku kena bahan seumo idup sbb jiwang sangat, baik aku tahan je rasa sedih tuh. hahaha. *patot lah kak yati, masa masuk je, dia terus duk hujung! mmg dia dah standby. kalau tak mmg dari mula smp habis tak senang hati nak feeling! *

note :
terima kasih banyak banyak banyak di ucap kan kepada E atas kesudian beliau bermurah hati belanja kami tengok wayang. hehehehehee.


There are 3 types of friends. Those like food: you can't live without. Medicine: you occasionally need. & Illness: friends you never want.