27 December, 2011

Weekend.

merry christmas! erkkk.org ckp kita xboleh sebot 'merry' .kita boleh ckp 'HAPPY CHRISTMAS!' jeee. heeeee. cuti christmas neh aku cdang nak turun kl sbb plan nak ajak ogy pg carik rumah sewa. aku dpt praktikal kat kl, so kena la crik tmpat tinggal. xkn aku nk tidor kat opis plak. Itu pon kalau company bagi kann. aku turun kl 22hb. Balik kl tu aku tumpang liq. Mok (sepupu faliq) pon ada jugak. Dia saje2 dtg muadzam release tnsion. Hahaa. suka kau datang muadzam kan. sejukk jee. xyah pg smp london, UK, nak sejuk beku mcm tuh. hahahaa.

Sampai kl je terus ambik azan (kwn faliq) then pg melepak kat mamak. Duk muadzam melepak. Sampai kl, jangan kata lah. Lagi lah banyak tmpat mlepak. xde nak risau kena halau ngan tauke kedai bila pukul 4pg tak reti reti nak balik. Miahahaaaa. Dah sampai mamak, adik bradik dia yg lain plak dtg. Mmg pusat pngumpulan kedai mamak neh. Hahahaha. Aku contact ogy ajak lepak skali sbb lepas neh pon aku mmg pegi uma dia. Alang alang kan. Ogy kata malas. Dia nak duk uma je. Lama tuh dorang ajak karok plak. Aku pon nak sangat tengok boboy (adk faliq yg katanya suka nyanyi style hazama tu) karok kann.

aku text ogy lg, nak karok tak? Dia boleh reply "malas la nak keluar hari nih. Rasa nak duk uma je" Aikkkkk?? Aku ajak karok kot? Bukan nya aku ajak panjat gunung. Klu tu aku mmg yakin la dia akan tolak 100%. ni aku ajak dia pegi karok! karaoke okay! xtvt yang paling dia tak kan tolak, tak kan bosan & tak kan benci lahhh! aku sampai call dia 2,3 kali tnya knapa xnak pegi? aku ajak karok neh? :D lamaa tuh aku pujuk punya pujuk. dia pegi. hehehehehee. kitorang karok kat Festival (mall yg baru bukak kat area uptown tuh) sbb kat situ je ada lagu Cinta teragung - Hazama. HAHAHAHAA.


23 Dec 2011. Friday.

hari ni ogy nak pg ofis dia jap, nak amik surat ape ntah. pastu ingat nak pg makan. Fizah (adik ogy) pon ada jugak. kebetulan, dis week, parents ogy takde, balik kampung kat terengganu. ngeh ngeh ngeh ngeh, lagi la panjang kaki kaannnnn. hahahahaa :P

lepas settle hal ofis dia, ingat nak pg makan, fizah pon dah lapaaaa. kami semua dah lapaaa. ogy nak ajak makan area ampang sbb dah dekat katanya. sekali tengah drive tu, boleh SESAT? eheemmm. bukan aku tau yg sesat nehh. kak yati! yang dari kecik duk kL tuh. miaahahahhaa. salah masuk jalan. biasa lah. kL kann. salah masuk jalan skit, habis satu kL kena pusing balik. bukan mcm kat perak ke, salah jalan, kat situ pon boleh U turn.

pastu ira ajak pg shopping kat BB jugak hari neh. nak cari handbag. ktorang dah smp Jusco kat area umah ira. aku lupa la Jusco mana tuh. ktorang makan situ je. masa tuh pon dah nak dekat pukul 7. tengah makan, adik ogy, Tini call. dia nak guna kereta nanti. so, terpaksa la cancel keluar ngan ira sbb lepas makan ktorg kena balik. sorry kaakk. maybe next time okay! :D

balik umah, lepak lepak jap sebab malam sikit dah janji ngan
adam, liq & da geng nak pg tgok midnite muvie.
adam nak tgok cite Sherlock Holmes katanya.


*ihsan Mr.Google*

bukan nak kata lah. dgar tajuk pon dah gempak. Sherlock Holmes kott. semua kata cite tu superb! taapiii. . sumpah aku mengantuk tgok cite neh! bosan gile! aku bukan nak mgutuk cite kau dam :P tapi betol. aku tak tipu. kak yati kat sebelah pon dah melangut kot. cite dia okay. tak kata pon cite neh ntahapehape. just kadang kadang aku rasa mcm lembab skit la cite neh. menguap banyak kali jugak lah. hahahahaa.

habis mubie macam biasa, melepak la kat mamak sampai pagi :D


Saturday. 24 Dec 2011.

sebelum nak datang kl, ogy dah pesan bawak baju kurung sbb ari sabtu ada kenduri. aku tanya la kenduri sapa? setahu aku, xde kawan kpm / kwn sekolah dia yg nak kawen. dia ckp nak pegi kenduri kawan kepada mak dia. hoh?? cik kiah balik kampung kan? ahhh. belasah sajeeee! ogy pon malas nak masak katanya, dia ajak semua adik2 dia termasuk aku, pegi makan free kat kenduri tuh. heheheheee.

habis kenduri, ktorg pegi amik adik ogy lagi sorang, Farah, kat Pudu. dia baru balik dr Perak. cuti sem. lepas tuh Tini ajak pg jalan2 kat masjid jamek. tengah carik parking kat situ, aku nampak lah bangunan tmpat praktikal aku tuh. betol2 kat masjid jamek. mmg jalan kaki dr train xsampai 5minit ahh. tiba tiba, nebes plak rasa! hohohoho. satu hari berjalan pakai baju kurung! terasa suci sekejap. hahahahaa.

Sunday. 25 Dec 2011.

hoyeaahhhh! hari ni dorang ajak pegi swimming kat umah bf Tini, kat UK perdana kalau xsilap aku. dah lamaaaa x berenang renang. walaupon aku x pandai berenang, peduli hape! janji kaki boleh cecah, kira okay la kan. hahahahaa. macam nak pegi picnic kat PD kawww. pagi2 anak anak cik kiah nih dah sibuk kat dapur, memasak. masak nasi, masak ayam, masak sayur. pehhhh. dah ready semua, kita gerak, gerak, gerak.

menggigil kot masuk air. sejuk gilaahhhhh! aku yg dah masuk pon rasa nak kluar balik. tapi sayang la plak. takkan taknak mandi kot. rugi beb! ahhh, redahh aje. dah kejang kaki, keluar kejap. pastu masuk balik. keluar, masuk, keluar, masuk, keluar, masuk sampai lebam.

tengah2 mandi, liq msj tanya ada mana. aku ckp la ngah berenang renang :D skali dia tnya nak gerak pukul brapa. ahh sudahh. jgn kata nak balik muadzam hari ni? aku rasa dia yg kata nak balik isnin. lama tuh, liq msj balik kata balik isnin. ngeh ngeh ngeh. fuhhhhh. nasib baik. kalau tak, mahu terkejar kejar aku nak packing.

dah puas mandi, ktorg pegi tengok wayang plak. adik2 ogy nak tgok cite
Suatu Malam Kubur Berasap.



*ihsan Mr.Google lagi*


kami duduk couple seat lagi yuhhh. suwit suwit jerkkk. hahahahaa. cite dia okay jer. tapi ending tak berapa berkenan. ada pulak Suatu Malam Kubur Berasap II?? kalau dah ada part 2 tuh korang tau lah ending dia mcm mana kan. tergantung sikit. nak kata takot, tak berapa sangat. nak kata lawak pon, takde la sampai tahap lawak jozan tuh.

malam plak ktorg pegi karok ngan alyn, liq, mok, azan ngan shah. tapi tak lama pon. dapat karok sejam je. pastu dah tutup. habis karok apo lae. macam biasa, melepak lah sampai pagi. hewhewhewhew :D

hari isnin baru la aku balik muadzam terchenta. dah nak dekat final neh. gila ke nak lepak kL lelama. walaupon 1st paper aku lambat, tapi aku tak yakin dgn kerajinan aku sendirik. hahahaaa. wish me luck!!


Happiness is a feeling and it is also a choice. To be happy or to be sad is always within a thought.

03 December, 2011

Kesian Abg Long.

ini yang paling di tunggu tunggu sekali. last besday prank tuk tahun neh! ngeh ngeh ngeh. dan orang yang paling bertuah tu ialah Faliquzaman Kamaruzaman! ahhh peduli hape haku muka kau macam ah long mintak utang ke, macam gangster ke, prank ttp kena prank! saya tak takottt laahhhh *muka tunduk ke bawah. hahaha*

masa nak plan tuh, aku dah sebok cari crew. mcm bese lah, crew muadzam yg available, aku, ogy, pa'a, nad, ira, aten, yaya, arep. dida xboleh nak join sbb dia kena balik rumah. takpe, ibu lebih penting. aku roger MOK plak, sepupu faliq. dia ada kat kL, tp mana lah tau dia boleh turun muadzam ke. aku soh dia angkut skali adik beradik faliq n semua kuturunan faliq kalau ada yg nak ikot. mula2 okay jerp, tiba2 dorang xboleh sbb date tak santeekk. hari ktorg nak celebrate tuh, dorang pegi jay bee. adam plak xleh nak turun muadzam kali kedua. ada hal kata nya. then, alyn. kebetulan, alyn mmg plan nak datang muadzam. cantik sangat laah tuh. tambah crew lagi. kak aida plak balik seromban. last, kawan kawan faliq kat muadzam nehh. mula2 aku dah set ngan E, ajak dia join skali. bila dia stuju, aku soh tnya budak2 umah dia skali, kang kecik hati plak kata E x ajak dorang. tapi dorang pon xdapat join. E sorang je la wakil. no biggie.

besday faliq 7 dec sebenarnya. tapi sebab kak yati pon dah nak balik kL 4 dec plus alyn pon lepak sini smp 4hb je, ktorg kena celebrate awal jugak. bagus jugak celebrate awal, faliq mesti ingat ktorg clebrate afta 7hb kan. heheheee.

so, plan mula2 nya begini. ktorg tak tau nak celebrate kat mana. depan rumah ke, kat karok ke. kat bestari ke. dorang kata nak buat asing. celebrate dulu baru prank. aku tak brapa nak stuju sbb kalau kita dah dok nyanyi bagai, tak kan la dia xleh nak syak kita akan prank dia. benda tu kan wajib. bantai dia lari lepas tuh, camne? so, aku suggest, surprise prank sambung dgn celebrate skali (macam yg selalu lah). tapi bila bincang2 balik, mcm x boleh sbb, kalau ktorg prank+ celebrate dulu kat depan umah, nti habis lmbat, bila nak karok? dgn dia lagi nak kena tuka baju semua. kalau pg karok dulu baru celebrate pon susah jugak sbb mesti lepas karok tu terus lepak makan. mcm mana nak bawak dia dtg semarak? hoh. sudahnya, kami ikot plan asal, kita buat asing.

jadi, malam ni ktorg ajak dia pegi karok dan kebiasaan nya MEMANG faliq takkan menolak kalau xtvt berkaitan dgn nyanyian neh :P aku pon dah soh E standby bawak baju spare tuk faliq. bahan bahan hari ni xde lah teruk sangat. tepung ngan telur je. standard letteww kan. x berat pon. hehehee. yang ogy plak, aku dah pesan tepung tu beli tiga bungkus, nanti tak cukup. alih2 dia beli dua je. alasan dia, takot dia kena sekali. HAHAHAHHAA. ape, kau ingat kau beli dua, kau tak kena? haa, kau tunggu.

nak dekat pukul 12 tuh faliq dah sampai depan rumah. aku soh ogy pegi dulu settle karok sbb aku nk kena bawak keluar kek. kang si faliq nmpak plak ktorg bwak kluar kek. so bila nampak kreta faliq dah gerak, balance yg tinggal kat rumah nih pon prepare la kek, tepung, telur semua tuh. tak tau nak cakap lah masa aku pgg telur tu, busuk gileeee! aku pon pelik dah kenapa busuk sangat neh. rupa nya telur tu dah lama. ewwwwwwwwwwwwwww. tak kesah la busuk pong. lagi bagus kot! ahhahaha.

ktorg habis karok dalam pukul 2. bila aku tengok jam dah pukul satu, aku pon mntak kunci kreta kat alyn, nak pegi amik kek. aku ajak ogy sekali. nasib baik lah ktorg ngan abg2 kat karok tu mmg dah kamceng. dorang siap bagi sudu plastik & pinggan polystyrene lagi *mana x kamceng kalau dah muka ktorg je slalu kat situ* aku dah standby kat lua bilik pegang kek. ogy masuk dalam jap nak suruh pause lagu. sekali dorang xtau kat mana nak tekan! haaiyooo. patot la lama aku tunggu kat lua. lama sangat tunggu, sudah nya aku masuk je. jeng jeng jeng.

HAPPY BIRTHDAY TO TOU,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,

HAPPY BIRTHDAY TO FALIQ,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.


muka taknak tercengang cengang tgok aku masuk bawak kek. hahahaa. terkejut la sangat. dah besday sapa lagi ktorg nak sambut. tinggal kau je yang belom. sesi malu malu tiup lilin, sesi gambar2, snap sana snap sini, makan makan. ehhhh, belom settle lagi. telur ngan tepung ada lagi dalam kreta tak berusik. kau tunggu jap ehh.






seronok ehhh liq makan kek? makan sambil nyanyi lagi. hewhewhewhew. aku dah dok jeling jeling jam. nak pukul 2 dah. sapa yg nak jadi sekutu nehh? aku bisik kat pa'a "kau nak tolong aku tak? kalau nak, kita dah kena standby kat bawah" Pa'a setuju je. aku ngan pa'a pon turun la kat parking kreta.

sampai kat bawah, halamakkk, banyak plak brother muadzam neh melepak. ahhh, pg mampos. buat pandai sudahhh. ktorg pon setting tepung nak letak mana, telur nak buat cane. sambil tu, aku text yaya ngan arep soh turun bawah & text ogy soh hint kalau karok dah habis. bila yaya ngan arep dah turun, ktorg dok bincang sapa nak pgg telur. ktorg ada tiga biji telur kat situ. aku dah kompom2 kena pgg satu. lagi dua sapa nak pegang? sudah nya yaya ngan arep yg pgang, pa'a standby tepung siap2. fuhhhhhh, cuak tak cuak jugak lah nak tunggu faliq turun bawah. takot pon ada nak buat. kalau adam tu, aku tak kesah ngat, berani dia nak marah? :D ni faliq kot. muka dah macam mintak hutang dah. sekali aku bagi tepung, dia bagi kaki, camno? ahhhh. kau marah, putus kawan! :P

bila dia dah turun tuh, dup dap dup dap. tengok dia relaks je? tak kan lah dia tak budget lansung nak kena prank? hmm. ke kau buat buat relaks? hahahaha. bila dia dah macam leka sikit, aku, yaya ngan arep yg duduk kat tangga dari tadi dah start bangun. pelan pelan kami jalan blakang faliq, KETEPEKKKKK! hahahahahaa. aku bantai kat tengkuk dia. yaya ngan arep aku tak hengat bantai kat mana. lepas aku baling telur tuh, cepat2 aku mntak tepung kat pa'a tadi, baling kat dia sementara dia ngah kelam kabut buang telur kat badan tu haa. bila dia tengok ktorg dah start baling tepung, apa lagi, sesi kejar mngejar berlaku di situ. hahahhahaa. dah macam kena kejar ngan seladang semua orang. utara, selatan, timur, barat, semua dorang lari.





tengah dok kejar2, aku nampak telur atas jalan tar tu. erkkk? kenapa kat sini, bukan 3,3 telur dah bantai kat faliq tadi ke? cehh, dua je kena kat faliq. arep baling tak kena rupanya! hampeh. patot la faliq dok tunduk2 macam sapu sumthing kat jalan, dia amik saki baki telur yg jatuh tuh kott. eeeeee. habis baju aku tadi! hoh. yg tak boleh belah, mcam mana satu plastik tepung dah boleh ada kat faliq?? satu lagi plastik mmg ada kat aku, lepas tu aku dah pas kat nad suruh sorok. rupanya dorang pegi letak je tepung tu dekat tayar kereta. adoiiiiii. bila tepung dah kat faliq, susah lahhh! -.-"

nasib baik ada 3,4 kreta parking kat situ, senang sikit nak lari. kak yati, macam biasalah. dari besday adam aku dah pesan, jgn lari kat jalan, lain kali lari kat kreta. senang sikit nak elak. ni tak, malam neh, dia lari lagi di jalan yg lurus tuh. haiyooo. mmg selamat lah kau ngan faliq :D


apa apa pun,

HAPPY BIRTHDAY LIQ!!





a simple celebration, a gathering of friends,
here is wishing you all of the great happiness that you deserve
and a joy that never ends.



a lot of loves from US ;

Zima.Ogy.Ira.Yaya.Pa'a.Alyn.Aten.Arep.E.



notes :
terima kasih kepada semua yg menjaya kan misi terakhir kita tahun neh :P hopefully, semua memori yg kita lalui kat muadzam terchenta, tak kisah la suka ke, sedih ke, bahagia ke, menangis ke, kita akan kenang sampai bila bila. selama nya korang akan jadi kesayangan aku. selamanya :)


The scariest thing about distance is that you don't know whether they'll miss you or forget you.

02 December, 2011

Hari Airmata Sedunia.

saya memang pembaca setia novel novel melayu di malaysia neh. novel omputih pon kadang2 baca cuma jarang. biasa lah, utama kan bahasa jiwa bangsa. hohoho. sebelum muvie Ombak Rindu keluar lagi ktorg mmg dah plan nak tgok. yelah, kalau ikot novel, cite tu mmg best kot. tapi tak tau lah kalau sudah di adaptasi.

ikot plan, hari ni bebudak HR kena pegi Pekan, Pahang nak settle pasal questionnaire. lepas settle tu dorang plan nak tgok Ombak Rindu. tapi dorang pegi afta class. aku neh yg dah sememang nye tido lambat, kompom tak dapat nak folo kalau bangun pon belom. hehehehe. so, ktorg bg dorang settle dulu questionnaire, nanti ktorg datang kuantan kemudian. tiba tiba pa'a text kata maybe tak jadi nak tgok wayang sbb mcm tak sempat. dorang nak jenjalan dulu kata nya.

aku pon text faliq kata ktorang tak jadi pegi kuantan hari ni sbb pa'a, ira ngan nad dah nak balik. buat apa pegi tgok kalau dorang pon tak tengok lagi. tapi faliq nak pegi jugak kuantan sbb E ajak teman gunting rambut. tambah mengganggu gugat, E nak belanja tengok wayang! lagi la makcik tak tahannn! haahaa. bincang punya bincang, budak2 HR kata takpe kalau ktorg nak pegi, hehehehee. deal.

masa tu yg ada kat rumah, aku, ogy ngan aten jer. yaya tak nak ikot sebab esok dia ada event tuk budak2 account. mula2 aten pon takmo pegi, yelah, sah2 kena overnite kalau dah dekat maghrib baru nak gerak kan. pujuk punya pujuk, aten setuju! hoyeaahhhh. takpe, kalau aten mengantuk, tido je dalam kreta :)


sudah nye E tak jadi potong rambut sbb tak tau nak potong gaya apa.
aku plak tension, sbb ktorg dah serabut tgok rambut helmet dia tuhh.
mmg ikot hati nak soh potong pendek terus. hoh
E tak jadi potong rambut, kak yati yang pegi cuci rambut :O



overall, Ombak Rindu BEST! tapi sebab aku dah baca novel dulu, muvie tu jadi kurang memuas kan hati sikit lah. cite dia mcam di cepat kan, bnyak part yg takde. tapi nak kata lebih pon tak boleh. ingat senang ke nak pendek kan novel yang tebal tu jadi dua jam punya cerita. SEDIH mmg sedih lah. kak yati menangis tak berenti2 kot. dari start muvie smp lah habis. mcam empangan pecah dah aku tengok. hehehehee. aku? saya tak menangis pong. HAHAHAHAA. tapi bukan sbb cite tu tak sedih, mungkin sbb kefokusan aku telah di ganggu gugat oleh jiran sebelah! dari mula sampai habis si faliq dok potpetpotpet tgok mubie. macam mana aku nak feel? asal ada ayat2 yang best disebut oleh aaron aziz, maya karin, lisa surihani or watak2 yang lain, sebok dia nak ingat. dah tak hengat, sebok plak tanya aku.hoh. faktor kedua, sebelum aku kena bahan seumo idup sbb jiwang sangat, baik aku tahan je rasa sedih tuh. hahaha. *patot lah kak yati, masa masuk je, dia terus duk hujung! mmg dia dah standby. kalau tak mmg dari mula smp habis tak senang hati nak feeling! *

note :
terima kasih banyak banyak banyak di ucap kan kepada E atas kesudian beliau bermurah hati belanja kami tengok wayang. hehehehehee.


There are 3 types of friends. Those like food: you can't live without. Medicine: you occasionally need. & Illness: friends you never want.

30 November, 2011

Luhur Maal Hijrah.

hari neh uniten ada buat TALK khas sempena Maal Hijrah. aku antara yang eksaitedd nak pegi talk neh. terkejut bukan? terkejut? aku sendirik pon terkejut. hahaha. takyah nak terkejut sangat lah sbb punca utama kami eksaitedd benor nak pegi neh, WARDINA & SHAM KAMIKAZE jadi panel! huhuhuhuhu. oke. walaupun nawaitu dah lari sikit kat situ, tapi jujurnya, kami ikhlas tau datang nak dgr talk pasal maal hijrah, bukan sbb dua orang artis neh semata mata. hehehe.

plus bila korang tau yg Wardina & Sham yg jadi panel, kompom kita boleh agak hijrah apa yg dorang nak bincang nanti kan. for sure dorang nak share pasal penghijrahan hidup dorang dari dulu sampai sekarang. kita pon sedia maklum, mereka tu artis. hidup sblm neh pon mestilah hidup style artis kan. now, satu malaysia tahu dorang dah berubah ke arah yg lebih baik & mereka tidak lah kedekut pengalaman dan pengetahuan dgn org lain. mungkin dorang berharap, ramai lagi manusia yg beragama islam, tak kira la artis or bukan, sama sama ikot jejak langkah dorang. amin :)





memang penuh la audi tu dengan orang. sbb bukan budak uniten je, orang muadzam pon boleh datang kalau nak join. macam tak percaya dua artis neh datang muadzam & share experience dgn kami. masa starting lagi best. crew siap pasang video lagu LUHUR-KAMIKAZE sblom majlis nak start. tiba tiba rasa nak karok masa tuh. hahahahaa.


best la talk hari nih. dorang cite mcm mana boleh start berhijrah. dulu punya life mcm mana. pengalaman masa dorang nak berubah. apa ujian yg dorang dapat bila dah decide nak berubah. macam macam lagi lah. dapat plak imam nuri yang jadi host. lawak jugak dia tuh.

masa dah habis talk, dorang announce Sham nak perform. WOOOWWWWW. eksaiteeeddd semua orang. ingat kan nak nyanyi, tapi lupa plak, sham tu main gitar, bukan nye penyanyi. sedap gilahh dia main gitar. mula mula dia xnak bgtau dia nak main lagu apa. dia suruh ktorg teka. so, bawah ni ada aku selit kan skali video dia perform. korang teka la sendiri :D






We sin. We don't repent. We continue to sin. We aren't grateful for our blessings. Then we get confused when our prayers go unanswered.

27 November, 2011

Visit.

Hari ni ogy ajak ktorg pegi melawat ibu dida. yelahh, jarang dia dapat turun muadzam. so dah alang2 neh, baik pegi melawat terus. even mengantuk semalam pon tak habis lagi, demi ibu kau dida :D kami sanggup! hehehe. dan kebetulan, faliq pon tanya takde plan pape ke hari ni. apo lae, ktorg ajak la dia skali pegi melawat ibu dida. nak pegi tengok bola pon, esok baru final.

waktu melawat habis pukul 8mlm. ktorg sampai dlm pukul 7 mcm tu lah. lmbat sikit sebab pegi carik buah tuk ibu. tak kan nak bawak tngan kosong je kan. tapi aku yakin, nanti bukan ibu yang makan, kompom dida yang habis kan! HAHAHAHA.

lepak lepak, sembang sembang ngan ibu, ibu kata nak tido. ibu kata kalau dida nak berjalan ngan ktorg, pegi lah dulu. ktorg kata, takpe ibu, biar dia jaga ibu. mana boleh kasi jalan sangat dia neh. kang tak hengat nak balik. hahahaa.

bila nampak mcm ibu dah nak lelap tuh, ktorg ajak dida pegi makan dulu. sepanjang aku blaja kat sini, aku tak penah pegi tanjung lumpur. selalu dorang cite makan kat situ sedap. so, ajak la dorang pegi makan situ. asyik2 makan fast food je. bosan ouhh.



sumpah ramai orang. pastu banyak plak tu kedai. aku tak tau plak banyak macam tuh. so aku suruh yg pakar la memilih nak makan kedai yg mana satu. sekali duduk je, ada pakcik tu ambik order. terus dorang kata nak makan nasi goreng cendawan la. nasi goreng udang la. aku pon folo je la order nasi goreng tom yam. dalam 15 minit lepas tu, slow je aku cakap :

"hmmm. hmmmm. kenapa kita tak makan nasi putih? ikan bakar ke, telur dadar dan sebagai nya? kalau nasi goreng neh, aku rasa kan, aku rasa la, kat muadzam pon ade"
*muka aku dah abes kesian n suare dah abes slow dah*

sekali semua pandang aku
popetpotpetpotpet
membebel bebel kat aku.
"kenapa kau tak cakap dari tadi?" "lain kali cakap la nak makan nasi putih" "tu la. lambat sangat cakap" "dah pegi tuka order. sempat lagi nehh"
*lebey kurang camtuh la dorang membebel*

huhukss. muka aku dah abes seposen sbb kena marah. :D

lepas tuh, sluuurrrppppppppp. hamik kau. ikan pari bakar, ketam, sotong, tomyam. pehhhhhh. memang terbaheekkkkk dari kuantan! hahahaaa. kenyang siottttt! tapi, bak kata pepatah "orang tamak selalu rugi" ktorang terlampau kenyang smp bnyak yg susah nk di habiskan. sudah nya, faliq kena habis kan sbb dia yg paling kering & senang lawas. dia tu makan bnyak pon tak gemok gemok. so, takpe kita sumbat semua kat dia :)


There are 3 things you cannot recover in life: the WORD after it's said, the MOMENT after it's missed, & the TIME after it's gone.

26 November, 2011

Bola. Bola. Bola datang lagi!!

TNC time! hoyeeahhh! *poyo.padahal aku takde kena mngena pon dgn bola* neh tak tau lah TNC kali keberapa dah, tapi setakat aku blaja kat sini, yang nih kali ke tiga aku datang. sebelom neh kalau dtg pon ktorg just tgok2 je. kalau kenal, kenal lah. kalau tak kenal, buat buat kenal je. tapi sem neh ktorg datang sbb nak sokong team faliq. TEAM KITORANG. walaupon budak2 team dia tuh bukan budak batch aku, member punya pasal, jersi team kau pon kami sgup beli tau!

TAADAAAAAAAAA!!

kalau ikot plan, team faliq pnya jersi warna hitam putih. di sbb kan masalah
teknikal, jersi bertukar design n colour.
tak kesah lah warna apa pon.
yang penting main *bukan aku la yg main :P*

yg paling best tuh, kak yati ngan si katik adam mahu turun muadzam! hoyeaahhh.
kebetulan last day dorang praktikal jatuh pd hari TNC start.
so, alang2 nak anta report praktikal tuuh, dorang dtg tgok TNC skali :D

TNC dah start ari jumaat lagi 25nov, tapi team faliq start hari sabtu. so kami berkampung di padang hari sabtu lah. dari pagi smp petang duk ulang alik pegi padang.
pening ke, penat ke, dah tolak tepi sbb nak sokong punya pasal. hehehehehe.
tp tu lah, kaki si capik tuh bukan nye elok sepenuh nya pon. e2 pon ada hati nak main bola.
mula2 kata jadi manager team je, alih2, dengan dia2 skali main.
cakap dengan orang degil mcam dia neh umpama kita cakap dgan angin.
sudahnya, ikot kau lah liq. selagi kaki tu boleh menapak, guna sampai boleh.
kalau jadi apa2, baru kita sembang.
tapi masa tu, cakap apa pon dah terlambat! *degil sangat* :P





dukacita, team faliq kalah hari nih. so xdapat masuk final. takpe. kalah menang tu kan adat. kalau nak menang je selalu, baik buat game sndrik dop? next time boleh cuba lagi apa, cuma xtau la aku boleh dtg ke tak next time tuh :D
apa2 pon, congratz! sbb korang dah buat yg terbaik! yeaahhh!


fenat tak fenat, malam tuh ktorg plan nak overnite kuantan tgok Twilight Saga : Breaking Dawn. mula2 nak cancel sbb semua macam dah layu je. tapi pikir kan masa adam limited sbb dia x lama lepak muadzam, proceed jugak la dgn plan. mcm kak yati, dia dah setuju nak lepak muadzam smggu. so xde hal lah. aku yang demam2 pon, folo jugak pegi kuantan. kali nih ktorg pegi sembilan orang. aku, ogy, adam, faliq, ira, yaya, arep, abe & juju. ni first time la ktorg overnite ngan abe & juju.

twilight saga is the best! even si adam boleh TIDO dlm wayang, peduli hape aku. cite melayu kau tido, cite omputih pon kau tido. aku bwak tgok cite padayappa baru kau tau! tak saba nak tunggu twilight part 2! kompom BEST!! mesti! harus! :D



lepas habis mubie, ktorg overnite kat TC je la. mana lagi nak lepak. e2 je la port biasa. yang ira dah tido dalam kreta. balance je lepak kat lua. dok mengarut kat situ sampai pagi. aku pon xsure ktorg gerak balik pukul berapa. odw balik tuh, nasib baek juju baik hati teman aku drive. si yaya ngan arep, dua dua tak leh pakai. berdengkur tak hengat! :P kreta faliq lagi best! semua tido! hahahahaa. faliq sorang je drive. e2pon dia kata, lagi 5minit nak sampai tuh, dia boleh tertido bwak kreta! haisshh. nasib baik x jadi pape. kalau tak, register la korang kat ospital muadzam yg santeekk nehh.


Don't be sorry the moment ended. Be grateful it happened. Even the shortest chapters have valuable lessons.

15 November, 2011

My Big Day.

nak carik title tuk entry yg nehh pon susah "hari tepung sedunia kah?" "cake party?" tak pon "3rd, 4th, 5th prank?" ahhh. semua tu dah biasa. sudah nya "MY BIG DAY" hikhikhikhik.

oke, saya nak start neh. . .

hari ni aku ada class pkul 12tghri.tapi mcm biasa lah, nk dekat wk2 class baru bgun pg mandi.. tiba2 hp aku bunyi,ada msj msuk.msj dr MAK sy. katanya "opah meninggal pukul 10pg td"
terduduk terus aku atas katil!! dgn mata sepet nye, aku baca dkt soploh kali msj tuh. aku ingt aku mamai. aku xreply pon msj mak aku, then terus pg mandi. lepas mandi pon aku x reply ke call ke amk aku lagi. aku siap2 terus pg class. dlm class 4 chapter sir ajar, satu pon aku xdgr.


"betol ke opah mninggal? hari nih? hari jadi aku hari nih kan? knapa hari ni? mmg la ajal maut semua di tngan tuhan. tp knapa di takdir kan hari nih?"


mungkin sbb Allah nak aku ingat smp mati tarikh opah mninggal. mungkin Allah nak suruh aku ingt sbb aku xpenah reti nak balik2 tgok opah aku even aku tahu keadaan dia yg tak berapa sihat. mungkin DIA nak aku rasa serba salah seumur hidup dan ni la hukuman yg aku dapat sbb lalai dgn keadaan nenek sndrik. honestly, aku xde la rapat gilee gilee gilee ngan nenek aku, cuma perasaan serba salah yg aku rasa skang, aku sndrik tak dapat nak buang smp bila2. last aku jumpa nenek aku, raya tahun lepas. ITU LAST! bulan brapa tuh?? skang dah bulan brapa?? sblm raya tahun lepas, nenek aku mmg dah kena strok kali pertama. then masa raya tahun lepas yg aku jumpa dia tuh, nenek aku dah okay skit. even masih x boleh bjalan mcm dulu & still kene guna wheelchair, dia kenal sapa aku, boleh cakap, boleh berdiri if kita pegang dia. kira improve la. lepas dari tuh, makin hari opah aku makin okay *ini report dr mak aku lah*


then, aku tak ingat hari apa, tapi before cuti raya haji tahun neh, mak aku kata opah aku masuk ospital lagi. aku ingat kena strok kali kedua, tapi kali KETIGA kott. start dr situ aku dh xsedap hati. mmg aku dh niat nak balik masa cuti raya haji, siap aku dh ckap kt kwan aku, aku kena balik jugak raya haji nak jumpa nenek aku. tiba2, ms raya haji tiket habis. yg ada tiket pagi raya je. memandang kan cuti raya haji skit, aku cancel je lah balik perak. now!! aku dah terlambat!! sangat terlambat! knapa aku x usaha balik jugak ms raya haji tuh. balik je lah pagi raya pon! mmg aku x rapat sgt ngan nenek aku, tp at least aku ada peluang nk ucap kan terima kasih sbb opah sgt baik, sangatt baik dgn adik bradik aku. tak boleh lansung tgok adik bradik aku/ cucu2 dia yg lain rasa susah. aku pn xtau lah nak crita mcm mana kebaikan yg opah aku dh buat kt kami adik bradik. entry2 sebelum neh aku ada cerita yg aku sgt suka nasi dagang kan. nenek aku yg neh lah yg slalu buat nasi dagang stiap kali raya. kalau ms raya xde nasi dagang yg nenek aku buat, aku rs mcm tak raya! lepas neh sapa nak buat nasi dagang lagi?? mmg la org lain blh buat, tp mesti tak sama kan??! tapi tu lah. semua orang akan mati. sama ada kita terima atau tak je.


balik dr class tiba2 aku mnangis sorg2 kat umah. nasib baik dida, pa'a, ira ngan nad, semua takde rumah. yg aten plak tido dlm bilik. ms nehh la pon aku nk kluar sifat pompuan aku. aku rs mcm cucu derhaka plak. aku nk balik, mak aku kata xpayah sbb nti bila aku smp, mayat dh kebumi. x sempat nak tgok opah. arghhhh. tekanan. aku text dida kata nenek aku meninggal, dida ajak buat baca yasin & smayang hajat mlm tuh. aku setuju je kalau dh e2 je yg aku mampu bagi kat nenek aku. tp takde la ajak ramai2. buat dgn budak2 rumah je. lepas isya' ktorang buat smayang hajat & yasin. alang2 dah buat tuh, selit sekali utk mak dida.


lepas dah settle semua, mcm biasa dorang ajak pg makan. siyes aku malas nak pegi. tapi sbb ktorg dah biasa semua kena pegi tak kira la kau makan ke tak makan ke, tapi teman je la kawan2 makan kan. so tgah siap2 tuh pa'a kata dia kluar dulu. dia kata jumpa kat kedai nti kate nye. aku malas nk tnya dia nak pg mana. bila semua org dah siap, tiba2 nad plak kata sakit perut. dia mntak permission nk pg toilet m'mandangkan semua dh siap. pelik tu mmg la pelik *oke,yg neh pelik no satu sbb nad mntak permission* ingat klu sakit perut tu blh di tahan2 ke hape?? nad tnya lagi, takpe ke nk pg toilet? nad klu msuk toilet, lama kot! setengah jam! haiyoo, nad, kalau nak tido dlm tuh pon takpe nad. ktorg tggu smp nad bangun :D

sambil nad nak pg toilet tuh, tiba2 nad kata "ehh, zimah. tu keta faliq kat depan umah?" aku pon ckp la kat nad "nad, bukan umah ni je umah kwn dia. umah ujung tuh pon umah kwn dia jugak. biasa klu dia nk dtg, dia msj dulu. dia pg sana la kot pasal bola ke hape" elok je aku ckp mcm tuh, ada msj masuk. faliq msj! "mah,jom kluar lepak2?" erkkk, panjang umo kau *yg neh pelik no dua. tiba2 dtg terus, xmsj dulu* aku pon terus kluar sbb ktorg suma mmg dh siap. sekali aku kluar aku tengok yaya dgn arep pon dh ada kat luar *nih mmg pelik no tiga. sumpah pelik mcm mane makhluk 3 ekor nehh blh ada sekali kat lua. mcm pakej plak. ahh, mls nak pikir, otak serabut* dah kluar tuh aku pon ajak la semua pg makan skali. faliq kate dia baru pas makan. ahh, sapa soh dtg xbgtau. ikot je lahh. bnyak bunyik plak. dah nak pg makan dorang kata kena tggu pa'a plak *td kata jumpa kat kedai je?? ahh, abaikan* tgah tggu pa'a tuh, dida dah start kreta. aku ngan yaya pon msuk la kreta faliq smbil tggu pa'a. masuk2 je kreta, tiba2 yaya tnya aku "zimah okay??" aku angguk je lah. myb sbb aku diam je hari nehh pastu asyik tgok fon je, tu yg dia tnya. faliq siap dh start kreta pon. sekali aku nmpak dr depan kreta, jalan masuk lorong rumah aku tu ada empat orang tgah bjalan kaki. aku x prasan sapa, tp aku nmpak kak aida *pelik yg terakhir! erkk. dh knapa semua dtg tiba2 nehh? lagi sekali aku malas nak pikir* dah datang dekat dgn kreta tiba2 aku nmpak dorang bawak kek. ehhh KEK??!! kek kah itu?? aku kat dalam kreta lagi masa tuh. yaya, faliq ngan arep dh kluar balik dr kreta. aku masih tak keluar2 dr kreta. LOST! dorang pon panggil la aku kluar.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO ZIMAH, YAYA, IRA & ATEN
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
terkedu sekejap. odw aku nk pegi kat kek tuh pon aku tgah dok pikir 'takpe ke aku clebrate nehh? hari ni nenek aku mninggal. tak ke jahat sgt aku nehh haa dok beronok ronok hari nehh? adoiii. takpe lah. bukan nye aku buat party ke hape. takpe kot'

yg best tuh, bukan aku je terkejut. aten of coz lah xtau ape2. yg ira ngan yaya nehh! dorang x tahu besday prank yg dorang sangka utk org lain rupa nya utk dorang skali. yg ira ingt nak celebrate bsday aku, aten & yaya jer. yg yaya plak ingt nk clebrate bsday ira, aku & aten jer. hohohoho.

then, kami berempat tiup la lilin. fuhhhhhhhhhhh! *maloowwwww doe! tak biasa tawww celebrate gini.hikhikhikss* sekali aku toleh belakang, aku nmpak pa'a pegang beg plastik! ahhh sudah! aku yg slalu handle birthday prank cengginih cnfirm la tau apa isi beg plastik tuh! TEPUNG! ikot kan, boleh je aku smbung mood aku dr pagi tadi tuh, aku diam je la dorang nak buat apa pon. baling tepung ke, baling kek ke, telur ke hape. tapi aku xnak la spoiled mood orang lain. cnfirm hari nehh hari yg mmg dorang tggu nak balas dendam atas sgala apa yg aku dh buat ms besday dorang dulu. kalau aku ikot mood aku, mesti dorang xjdi nak prank aku kan. nanti tak best la penat2 dorang plan aku spoiled kan.

so, lepas aku nmpak je tepung tuh *hahaha* apo lae, langkah seribu aku bukak! tak sempat nak tggu dorang bukak plastik tepung tu aku dah lari dulu. satu desa semarak neh aku lari *tipu jerp* sampai CRK dorang kena kejar aku, aku dh x pikir besday girl yg lagi 3 orang tuh. selamat kan diri sndrik dulu! *hahahhaaa*




fenatttt wokkkk! sangattt penat! mula2 penat kena kejar ngan dorang, pastu aku yg penat mngejar org! tenaga kerbau sekor2 tau! satu taman tu tahu rasa nya yg ktorg clebrate besday! bising nak mampos kena kejar. bila tepung habis je tak bermakna majlis dah tamat oke! dorang tak berani usik kek kan? ngeh ngeh ngeh. aku ambik kek tuh gaul2 kat tangan then sambung mngejar org! kahkahkah!

pastu aku tak puas lagi, kreta faliq, kreta dida ngan kreta arep! semua aku baling tepung. dah mcam tabur apa je. dorang dah bising sbb aku buat kreta mereka mcm tuh smp kan arep dtg kat aku "ehh, jgn buat kat sini. takpe2. buat kat muka neh haa" HAHAHAHAHAAA. e2 menadah nama nye! dh dia mntak, aku baling la apo lae!
lepas semua dh setuju xtvt mendajal org di berenti kan, pa'a kata "wehhh.cepat cepat camera! tangkap gmba cepatt. nanti zimah nk update belog!" hahahahahaa. tau takpe! cepaatttttttt! *kena la cepat sbb nak kena anta yaya, kak aida, pipah & dila balik before 12. dorang kan duk dalam*








HAPPY BIRTHDAY TO US!!!







Suraya Sulong - 18 September
Noorul Shahiza Zainal Abidin - 23 October
Faten Fathilia Mohd Fauzi - 11 November
Azimah Amiruddin - 15 November


kepada insan insan gileee di bawah nehh yg mnjadi syaiton mendajal
aku, ira, yaya & aten,
thank you sooo sooo sooo muchhhhhh muchhhh moreee moreeee mooreee!
saya sayanngggg awaakkkk semuaaaa!



AREP.PA'A.LIQ.DIDA


PIPAH.AIDA.NAD.DILA



'the making'

lepas habis tgkap gmba semua, yaya, arep, kak aida, pipah & dila kena balik. so yg balance neh ktorg smbung lepak highway pg makan. tp afta kami mandi lah. lapaa doe! kek pon aku x sempat makan tau dop! mcm biasa postmortem time!

dida : zimah. sorry lah kalau ktorg celebrate hari ni

haaaa. itu yg aku nak tnya dari tadi!

aku : mcm mana korang boleh decide nak celebrate hari nih? aku x bdget lnsung
kot! yelahhh. tau kan hari ni dah jadi hari apa tuk aku?
dida : takde. ktorg dah plan dulu baru tau yg nenek kau meninggal. ms faliq msj tnya
mcm mana, nak proceed ke tak sbb nmpak kau tweet nenek kau mninggal?
ktorg decide teruskan aje sbb hari lain xboleh. esok mlm faliq ada meeting.
ari khamis myb dida ngan ira balik.
aku : mcm mana korang carik faliq?
pa'a : ingat dop ms ari2 makan kat kedai aku ada pnjam kejap hp kau?
aku : yg dida kate kau hack tweet aku tuh?
pa'a : masa tuh la aku curik no fon faliq *sengih keladi* yelahh. susah sgt
nak ckp sndrik ngan faliq. asal nk ckap je, ada je org kat dia. tak kau, yaya. tak yaya, ira.
aku : kuang ajaqq tolll *dlm hati laahh* kalau aku tau, aku tgok kau amik apa ms tuh!
abes tuh? yaya & ira camno?
ira : yg aku tau nak clebrate bsday kau, aten ngan yaya. even ms dorang nk pg jupe
faliq kat bestari tu pon kebetulan aku x folo. dorg nak pg bank kata nye.
kalau la aku ikot dorg pg bank ms tu kann...
aku : yaya? tak tau?
dida : yaya pon ingat nk clebrate bsday kau, aten & ira.
aku : sapa yg beli tepung?
pa'a : yaya. masa aku call dia kate dh siap beli tepung 2 bungkus!
aku : kira dia xtau la dia beli tepung tuk diri sndrik rupa nya??
HAHAHAHAHHHAHAHAAA.

aku : hmmm. susah dop nak plan tuk EMPAT org skali??
dida : eeeeeeeeeeeeeee. kau jgn tnya lah mcm mana ktorg settle. dh la mastermind
3 org je. aku, pa'a ngan nad!
aku : HAAAAAAAAA. e2 la yg aku rasa masa buat besday korang korang neh tau!
hahahahaha. tapi apa2 pon. TERIMA KASIH ehhh!!

jgn risau lah psal korg terpaksa smbut hari nih.
at least aku lupa sekejap psal bnda2 sedih yg aku pikir tuh.
heheeeee.

pa'a : haaa.yg aku nk tnya nih. aritu ms bsday aten,
kau ada tnya kat dida psal plan nk clebrate bsday sapa lg yg kita tak buat kn? knapa kau nk
clebrate bsday ira,yaya & aten sblm kau? kau nk ktorg celebrate bsday kau sorg2 ke?
aku : korakk muuuu!! ayamm sungguh! hahaa.
pa'a : dah tuh knapa kau nak clebrate bsday dorg dulu?
aku : oke. kita ckp based on xprience la kan. selama neh sapa yg handle
bsday korang? biasa aku yg kena tnya semua org bila free, nak buat mcm mana,
mcm mana nk prank. tgok dr bulan 9 msa bsday yaya kita drag smp bsday ira.
lepas ira pn tangguh lagi smp bsday aten. aku tak kesah pon klu korang x clbrte aku pnya *ecewahhhh* tp klu boleh b4 aku abes sem nih aku settle kan lagi 3 org pnye bsday nehh.
kalau aku tnya lepas bsday aku, e2 umpama aku xmalu nak soh korang clebrate bsday aku skali.
hahahhahahaha. paham? :D


notes :
1st thanks to budak2 rumah aku sbb buat smayang hajat & baca yasin tuk arwah nenek aku. dan kpd sesapa yg baca entry nehh, jemput korang sedekah kan fatihah utk nenek saya. moga arwah di tempat kan dlm golongan orang2 yg beriman. amin.

2nd to Dida, Pa'a, Nad, Kak Aida, Liq, Pipah, Dila & Arep sbb sudi nak celebrate besday aku, yaya, ira & aten. at least b4 aku abes semester nih ada kenangan yg sangat susah nak aku lupa! :')

3rd. hmmm. aku rindu kak yati ngan adam. sepatot nya dorang pn ada ms celebrate bsday ktorg neh. patotnya dorang ada tuk baling tepung, kek semua tuh kat aku. patotnya dorang ada dlm gmba nehh. patot nyee ..... tp nak buat mcm mana, dorang xde kat muadzam :(

4th. tinggal sorang je lagi yg kita nak kena prank! ngeh ngeh ngeh! tak sabar! :P

lagi sekali. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK KORANG!! appreciate sangattt!! :)


da best thing in life r free : hugs. smiles. friends. family. love. laughter. sleep. good memories.